Anda di halaman 1dari 6

MODEL P&P MONTESSORI

2.0

MODEL MONTESSORI
Model Montessori sebenarnya menekankan pendidikan bagi pelajar yang berkeperluan khas. Minat yang
mendalam menyebabkan beliau membuka kelas untuk kanak-kanak di Amerika dan beliau
memperkembangkan program ini. Program ini juga menekankan kemahiran hidup yang asas bagi
keperluan kanak-kanak dalam pengurusan diri. Model Montessori pada hari ini sangat mendapat
sambutan terutamanya di kalangan keluarga yang agak mewah.
.
2.1
Persekitaran Kelas Montessori
Persekitaran bilik darjah Model Montessori sangat unik. Peralatan yang disediakan adalah
mengikut saiz kanak-kanak dan memudahkan ia dicapai serta digunakan oleh mereka. Ia membuat
pembahagian yang jelas tentang sudut-sudut tertentu seperti Sudut Bahasa ,Sudut Matematik, Sudut
Pondok-pondok, Sudut Melukis, Sudut Melukis, Sudut Bacaan, Sudut Sains, Sudut Kreatif, Sudut
Komputer, Sudut Zoo dan Sudut Berkebun.
Ia juga menitikberatkan persekitaran yang bersesuaian yang disepadukan dengan dengan
falsafah Montessori.
2.2
Kanak-kanak
Pendidikan Model Montessori menitikberatkan aktiviti individu. Kanak-kanak dari kumpulan umur yang
berbeza akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek yang dipilih,
menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar kain, lantai atau di meja.
Pembelajaran juga berlaku melalui proses peniruan dan pemerhatian dari kumpulan kanak-kanak yang
lebih tua yang dapat melakukan aktiviti yang diberi oleh Kanak-kanak yang lebih muda. Kanak-kanak
melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas atau bekerja berdua-dua dalam satu masa.
2.3

Guru

Proses pembelajaran dalam Model Montessori ini lebih kepada demonstrasi dan pengawasan dari
jauh. Guru memerhati dengan cekap tanpa memberi peneguhan kerana aktiviti adalah berbentuk
ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru yang menjalankan Model Montessori, belajar
mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus intensif. Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru
prasekolah.
Membuat Rancangan Aktiviti Harian

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak

Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran

Penyediaan menu makanan seimbang

Menguruskan tingkah laku kanak-kanak


.

2.4

Bahan-bahan pembelajaran

Bahan yang digunakan oleh Model Montessori adalah didaktik contohnya bahan sebenar yang
digunakan dalam kehidupan seharian iaitu cawan, gelas, pisau.Ia dijalankan dengan pengawasan rapi
oleh pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak didedahkan dengan pengajaran seperti memasak
menggunakan api dan menyiram pokok bunga. setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang khusus. Ia
adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak mendapat maklumat bahan yang
segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan diselesaikan.
Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak adalah
tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada lebih susah. Bahan dibina
dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan yang sebenar antaranya
penyapu , penyodok, alat alat pertukangan, dan stetoskop.

2.5

Kurikulum

Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila kanakkanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka diperkenalkan kepada komponen kehidupan
harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah berfokuskan kepada pengurusan diri,
dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran seperti membutangkan baju, menyikat rambut,
menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu.

Berikut adalah aktiviti dalam Model Montessori ;


Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan kepada tiga bidang yang berbeza. Kanakkanak
diperkenalkan komponan kehidupan harian di mana aktiviti amali yang kepada penjagaan diri contohnya
kemahiran menjaga diri seperti memakai kasut, dan memakai baju

Set peralatan aktiviti adalah berkaitan dengan deria, membentuk kanak-kanak membina,
menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.

Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian

Mengenali binatang, tumbuh-tumbuhan dan haiwan peliharaan

Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak

Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna dari gelap ke
terang dan mencampur warna

Melibatkan konseptual

atau

bahan

akademik contohnya membantu

membina

asas menulis,membaca dan matematik

Aktiviti konseptual

adalah

dan menggunakan pelbagai sensori

konkrit dan

melibatkan

kanak-kanak

secara

aktif

Kiosk Pemulihan Khas


23 April 2009cikguTinggalkan komenGo to comments

Salam sejahtera..
Semalam sahaja, saya menerima berpuluh-puluh email yang
rata-ratanya daripada pelajar di institusi pendidikan yang
mahu saya papar gambar sebenar kelas Pemulihan.

Baiklah, bagaimanakah yang dikatakan sebuah kelas


Pemulihan yang selesa, kondusif, selamat dan sejuk mata
memandang?
Saya akan paparkan pada minggu depan beberapa contoh
kelas Pemulihan yang saya perolehi dalam sesi lawatan
Profesional ke lima buah sekolah di sekitar Johor Bahru pada
pertengahan 2008 yang lalu.
Hari ini saya akan paparkan kehebatan kelas Pemulihan dari
Sekolah Kebangsaan Lepar Utara 1, Bandar Jengka yang
mempunyai kiosk menarik dan sesuai dengan ciri-ciri
kelasnya.

Kiosk Ruang / Visual

Kiosk Matematik

Kiosk Interpersonal

Kiosk Intrapersonal

Kiosk Muzik

Kiosk Bahasa

Anda mungkin juga menyukai