Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "

Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana
proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses
tersebut menjadi lancer dan dapat mengembangkan potensi diri masingmasing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan
sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat
beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi
kini, setiap perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan
seseorang itu maju ke hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan
seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu, menyalurkan
cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul, mempunyai peluang
masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan
gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.
Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia
bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan
Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan
Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan insan yang seimbang
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-being) serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan


negara.
Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula
dari sekolah rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah
penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi
seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun tertakluk
kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berunbah
mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,
sosial dan politik.

Konsep Falsafah

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan falsafah berasal


daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani
dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini
membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam
bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan
Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang
sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya
wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau
pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para
ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada
kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan berinsurkan logic
akal.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan berfikir. berfikir
sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun
perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan
sama ada perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut
ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara
integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi
sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti
matematik, perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan
menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak dapat dijawab
oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak
pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang

boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung


kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua


aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung
melonjakkan negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi
dengan pendidikan di negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di
Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti
mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut
merupakan hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan


secara ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal
insan berkualiti yang baik, seimbang dan bersepadu secara langsung
merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita Negara .
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara.
Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu
untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab serta menjadiwarganegara yang baik.
Memperkembang potensi individu
Rakyat yang berilmu
Kepercayaan kepada Tuhan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat yang berakhlak mulia


Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Sumbangan rekyat menerusi FPK
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara
dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial
kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek
pun.
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara.
Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu
untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Secara
keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu :

Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia


yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat
yang berintegriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat
di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya
perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia dan seterusnya
menjana peningkatan produktiviti Negara.

Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Memperkembang Potensi Individu


Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan
seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek
dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah
untuk melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga
manusia yang serba boleh.
2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan

Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus


itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam
mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu
kelak.
3. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan
kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi
bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di
samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut
agama lain.
4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang
sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya.
Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas
dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan
mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang
berketrampilan.
5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana
akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai
kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu,
seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari
secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.
6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri
akan memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik
serta kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi
seseorang itu dapat dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri,
masyarakat, agama dan Negara.
7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan
Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara
dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial
kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek
pun.

Mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di


Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan
membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling
rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan
tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua
tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang
baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan
yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan
saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan citacita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat
pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara
harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.
Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan
akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli
keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu
dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu
terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih
penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta

masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan


masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.
Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia
sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah
ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan
keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk
pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya
menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang
berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.