Anda di halaman 1dari 12

UPSR UJIAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Tahun 6
Bahasa TAHUN 6
Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
011
SULIT
Bahasa Malaysia
Kertas I
011
50 minit 40

Nama Calon :___________________________________________

Kelas :___________________________________________

Angka Giliran:___________________________________________

No. Sijil Lahir/ Kad Pengenalan:_____________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1) Calon hanya dibenarkan untuk menggunakan kertas jawapan OMR sahaja


untuk menghitamkan jawapan dan kertas soalan untuk rujukan sahaja.
2) Isikan ruangan (A) yang terdapat di dalam kertas jawapan OMR.
3) Adalah tidak dibenarkan sesama sekali untuk meniru jawapan kawan.
Sekiranya berbuat sedemikian, kertas soalan dan kertas jawapan akan dirampas.
4) Jawab kesemua soalan.
5) Kertas ini mengandungi 40 soalan.
6) Sila serahkan kertas soalan dan kertas jawapan kepada pengawas di akhir
peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 muka yang bercetak

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, D. Antaranya, ada
satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu dan tandakan jawapan kamu dengan
menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

011 @ 2010 [Lihat sebelah


1 SULIT
Soalan 1 hingga Soalan 20.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

1. Cikgu Sarathi sedang __________ para pelajar di hadapan kelas.

a) mengajar c) melayani
b) menasihati d) memarahi

Soalan 2 dan 3 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2

2. Beberapa orang peniaga menjual barangan di _________ jalan.

a) tepi c) penjuru
b) samping d) hujung
3. Harga barangan yang dijual di situ amat _________.

a) murah c) berpatutan
b) berbaloi d) bagus

4. Kebanyakan pakaian Kak Ifah semakin_________ semenjak dia berdiet.

a) kecil c) nipis
011 @ 2010 [Lihat sebelah
2 SULIT
b) kedut d) longgar

5. Murid- murid Tingakatan 5 Sains Teknologi ketawa _________ apabila


mendengar cerita yang melucukan itu

a) berderai- derai c) berdekah- dekah


b) terjerit- jerit d) bersorak- sorak

6. Shahrul membeli seutas rantai emas yang bertatahkan intan dan berlian ________
Kedai Emas Pau Shen untuk dihadiahkan _________ isterinya.

a) dari, pada c) dari, kepada


b) daripada, untuk d) pada, daripada

7. Buah limau itu menjadi ________ kerana tidak disimpan di dalam peti sejuk.

a) kecil c) kecut
b) buruk d) kempis

Soalan 8 berdasarkan Gambar 8.

Gambar 3

8. Abang Mahmood cuba untuk _________ bola ke dalam gol pihak lawan.

a) merembeskan c) menjaringkan
b) melepaskan d) menendang

9. Kesakitan akibat penyakit yang dihadapi tidak _________ lagi oleh Ismah.

a) penanggung c) tanggungan
b) ditanggung d) tertanggung

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4

011 @ 2010 [Lihat sebelah


3 SULIT
Gambar 4

10. Hamzah ________ setimba air dari perigi di belakang rumahnya.

a) mencedok c) membimbit
b) mengambil d) memunggah

11. Sammy selalu ditegur oleh guru Bahasa Malaysia kerana tulisannya ________.

a) comot c) buruk
b) kasar d) ketinggalan

12. Setelah sepuluh tahun berkhidmat di Sekolang Kebangsaan Datu Pengiran


Mohamad, tiba masanya pula untuk Cikgu Masnah _________ ke sekolah lain
pula.

a) bermasam muka c) beralih angin


b) berganti tikar d) berubah hati

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

13. Abang Hamid __________ hasil kebunnya ke pondok rehat.

a) mengeleki c) mengusung
b) memikul d) mengandar

14. “_______ tunjukkan lesen memandu encik,” kata anggota polis kepada pemuda
itu.

a) Tolong c) Usah
b) Jangan d) Sila

011 @ 2010 [Lihat sebelah


4 SULIT
Soalan 15 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

15. Golongan ________ diseur agar menghulurkan derma bagi membantu golongan
yang memerlukan menerusi program “Bersamamu” di TV3.

a) hartawan c) dermawan
b) wartawan d) bangsawan

16. Parang itu tajam kerana baru _______ oleh abang.

a) diasahi c) mengasah
b) dikasah d) diasah

17. Sikap Azrul yang tidak mendengar nasihat ibunya boleh dikatakan sebagai ____.

a) didengar ada, dipakai tiada c) lempar batu sembunyi tangan


b) sudah terhantuk baru tengadah d) ada gula ada semut

18. “Guru _______ lilin yang membakar dirinya,” kata guru besar ketika berucap
dalam perhimpunan pagi.

a) seperti c) sama
b) macam d) ibarat

19. Wak Parjo sedang ______ buah koko yang sudah matang itu untuk dijual.

a) memetik c) meragut
b) menarik d) merampas

20. Buah-buah koko yang matang itu laku dijual. Perkataan berlawan bagi
perkataan matang ialah ________.

a) kecil c) muda
b) putik d) mengkal

011 @ 2010 [Lihat sebelah


5 SULIT
Soalan 21 berdasarkan Gambar 7.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

Gambar 7

21. Apakah yang dilakukan oleh Cikgu Yusuf?

a) Cikgu Yusuf sedang mengajar matapelajaran Matematik.


b) Cikgu Yusuf bercakap di hadapan kelas.
c) Pelajar itu dipukul oleh CikguYusuf.
d) Gambar itu dilukis oleh Cikgu Yusuf.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22. Saya berasa tidak sedap badan dan kepala saya pun pening-pening.

a) Bagaimanakah perasaan kamu ketika seminar itu berjalan?


b) Siapakah yang tidak sedap badan dan pening kepala ketika itu?
c) Mengapakah kamu pulang ketika seminar itu berlansung?
d) Apakah kamu berasa tidak sedap badan dan pening kepala ketika itu?

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23. a) Kumari bukan menjaga adiknya dengan baik.


b) Poskad yang diterima Narimah tidak daripada rakan karibnya.
c) Nama kampung Iman bukan Kampung Sungai Ular.
d) Kereta baru Abang Shidi tidak kereta Proton Waja.

Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24. I Udara di kawasan tanah tinggi itu terasa dingin dan segar.
II Hubungan mereka suami isteri mulai dingin semenjak peristiwa itu.
III Adik menarik gebar untuk mengelakkan dingin pada malam itu.
IV Pameran maritim itu mendapat sambutan yang dingin daripada pihak swasta.

a) I dan II sahaja c) I, III dan IV sahaja


b) I, II dan IV sahaja d) Semua di atas

011 @ 2010 [Lihat sebelah


6 SULIT
25. I Hidup kami senang lenang semenjak dusun ayah membuahkan hasil.
II Mak Cik Sarah sungguh terkejut apabila mendengar dalam hati anak tunggalnya.
III Banyak kenderaan terperangkap di kawasan yang dilanda banjir kekilat itu.
IV Kak Farina memang suka menghias ruang tamu rumah kami.

a) I dan II sahaja c) II, III dan IV sahaja


b) I dan IV sahaja d) Semua di atas

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. Mesyuarat PIBG itu terpaksa ditangguhkan kerana ahli jawatankuasanya tidak
mencapai kata sepakat.

a) Ahli jawatankuasa PIBG itu tidak berjaya mencapai kata sepakat


hinggalah mesyuarat itu ditangguhkan.
b) Ahli jawatankuasa PIBG itu meminta supaya mesyuarat itu ditangguhkan
kerana tiada kata sepakat yang dapat diambil.
c) Oleh sebab ahli jawatankuasa gagal mendapat kata sepakat, mesyuarat
PIBG itu ditangguhkan.
d) Ahli jawatankuasa yang gagal mencapai kata sepakat itu telah
menangguhkan mesyuarat PIBG.

27. Kalau tidak kerana Afzal, belum tentu pasukan bola sepak kita dapat
menewaskan Pasukan Seri Rama II itu.

a) Kemenangan pasukan bola sepak itu disebabkan oleh kehadiran Afzal.


b) Kalau tidak kerana sekolah, tidak mungkin Afzal dapat menewaskan
Pasukan Seri Rama II.
c) Pasukan bola sepak sekolah kita menang dalam perlawanan dengan
Pasukan Seri Rama II iu kerana kehebatan Afzal.
d) Kehadiran Afzal, pasukan bola sepak sekolah tentu akan memenangi
perlawanan menentang Psukan Seri Rama II itu.

Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat yang betul.

28. a) Hambali yang gagal melangsaikan janjinya.


b) Dia menyiram sayur-sayurannya pada setiap hari.
c) Safinaz menganugerahkan laporan itu kepada ketuanya.
d) Felix sepenuh perasaan dengan menyampaikan lagu itu.

011 @ 2010 [Lihat sebelah


7 SULIT
Soalan 29 berdasarkang Gambar 8.

Aku tidak peduli. Walaupun


engkau tidak ada duit, aku mahu
engkau ganti jam aku.

Gambar 8

29. a) Aku akan bayar bila aku ada duit.


b) Wah, engkau memang marah sangat sekarang.
c) Nah, terimalah tumbukan aku!
d) Aduh, engkau marahkan aku?

Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

30. I Kehilangan rakan karibnya merasai sekali oleh Yana.


II Puan Kasmah memberi sebungkus nasi lemak kepada setiap orang anak buahnya.
III Sharifah Badriah mempunyai sebuah impian yang besar sebagai seorang pegawai.
IV Setengah-setengah pemohon yang memohon jawatan itu tidak mengisi borang
dengan betul.

a) I dan IV sahaja
b) II dan IV sahaja
c) I dan II sahaja
d) Semua di atas

011 @ 2010 [Lihat sebelah


8 SULIT
Soalan 31 sehingga Soalan 35

Baca petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Bunga Rafflesia atau dalam Bahasa Melayunya disebut Bunga Pakma, adalah sejenis bunga yang
unik.Bunga dari spesies tumbuhan parasit ini tidak mempunyai akar atau klorofil hijau.

Mengikut catatan sejarah, bunga ini ditemui oleh Sir Stamford Raffles di Sumatera pada tahun
1818.Namun begitu, masyarakat Melayu di Nusantara telah menggunakan bunga ini dalam ramuan
perubatan lebih awal lagi.

Bunga ini tumbuh di atas akar tumbuhan lain atau batang reput. Mengikut kajian, walaupun hidup
di atas tumbuhan lain, Rafflesia tidak merosakkan tumbuhan yang ditumpangnya. Rafflesia banyak
terdapat di hutan hujan sekitar Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand.

Bunga Rafflesia hanya berkembang selama empat hari. Selepas itu, warna Rafflesia akan bertukar
menjadi gelap dan beberapa minggu kemudian, Rafflesia akan musnah. Walaupun nama dan
bentuknya amat indah tetapi bunga ini mengeluarkan bau yang busuk.

Dua daripada spesies Rafflesia dipercayai telah pupus. Malahan, spesies Rafflesia yang masih
wujud dikhuatiri menerima nasib yang sama. Kawasan hutan yang diteroka dan dibangunkan tanpa
terancang, memungkinkan kepupusan spesies bunga terbesar ini.

011 @ 2010 [Lihat sebelah


9 SULIT
31. Apakah nama lain bagi Bunga Rafflesia?

a) Bunga Tanjung
b) Bunga Pakma
c) Bunga Malihah
d) Bunga Anggun

32. Siapakah orang yang pertama sekali menemui serta menggunakan bunga ini?

a) Masyarakat Melayu Nusantara


b) Sir Stamford Raffles
c) Orang Asli
d) Orang Laut

33. Di manakah terdapatnya Bunga Rafflesia ini?

I Malaysia
II Amerika Syarikat
III Filipina
IV Indonesia

a) I dan II sahaja b) I, II dan III sahaja


c) I, III dan IV sahaja d) Semua di atas
34. Berapa harikah bunga ini dapat bertahan untuk berkembang?

a) dua hari c) tiga hari


b) empat hari d) lima hari

35. Berapakah jumlah jenis bunga ini yang dipercayai telah pupus?

a) 1 c) 2
b) 3 d) 4

Soalan 36 sehingga Soalan 40

Baca petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Salah satu tarian yang sinonim dengan Orang Asli, khususnya yang berketurunan
Senoi ialah tarian sewang. Tarian sewang ditarikah dalam pelbagai acara dan sambutan
perayaan. Tarian ini diselitkan dengan nyanyian yang diiringi dengan paluan buluh yang
disebut sebagai centong dan gong. Sebahagian daripada centonng inidibuat daripada
buluh beruas panjang dan sebahagian lagi daripada buluh beruas pendek. Ukuran tersebut
bertujuan untuk memperdengarkan irama dan rentak tarian yang berbeza.

Tarian sewang dipersembahkan dengan iringan enam orang pemuzik. Biasanya,


tarian ini dipersembahkan ketika majlis mengubati pesakit, menyambut tetamu serta
membuka pantang yang menandakan berakhirnya tempoh pantang larang. Tarian ini
dipersembahkan juga ketika upacara pembukaan ladang baru, untuk bersuka ria dan
merayakan kejayaan setelah mendapat hasil tanaman yang memuaskan.

011 @ 2010 [Lihat sebelah


10 SULIT
Tarian sewang diiringi dengan nyanyian yang diketuai oleh penyanyi yang disebut
tukang gabak. Sambil bersahut-sahutan, penari perempuan mengetuk buluh cendong di
atas buluh panjang atau di atas kayu keras yang padat bagi mengeluarkan bunyi nyaring.

Penari tarian sewang akan memakai daun kelapa yang diselempangkan di badan.
Pemuziknya pula memakai lilitan anyaman daun kelapa yang disebut sebagai gulung.
Mereka juga memakai pelbagai bunga hutan bersama-sama dengan gulung bagi
menggambarkan kegembiraan. Penari menari mengiringi lagu yang dinyanyikan oleh Tuk
Halak yakni bomoh.

Tuk Halak biasanya menyanyikan lagu tentang pemujaan roh, puteri bukit,
kecantikan bunga, alam semula jadi dan ‘tabang’ (buah-buahan). Mesej lagu bertukar
sekiranya tarian tersebut digunakan untuk mengubati penyakit . Orang luar tidak
dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga tarian tersebut selesai.

Tarian sewang merupakan suatu cabang kebudayaan dan adat resam masayarakat
Orang Asli yang unik. Walaupun rata-rata Orang Asli dicengkam kedaifan, namun
mereka tetap kaya dengan amalan tradisi nenek moyang yang asli dan dipertahankan
identitinya.

36. Apakah maksud rangkai kata orang luar?

a) Pelancong asing
b) Orang Asli dari kawasan lain
c) Tetamu yang menyaksikan tarian sewang
d) Mereka yang bukan dalam kalangan Orang Asli

37. Perbezaan ukuran pada centong penting bagi menghasilkan __________.

a) kepelbagaian bunyi dan rentak tarian


b) keseragaman bunyi dan rentak tarian
c) kenyaringan dan kemerduan bunyi
d) kelainan gerak-geri tarian

38. Lagu-lagu yang mengiringi tarian sewang lazimnya berkaitan dengan _______.

a) puteri bukit dan tugas harian masyarakat Orang Asli


b) cara hidup dan persekitaran masyarakat Orang Asli
c) pemujaan roh nenek moyang Orang Asli
d) kegembiraan masyarakat Orang Asli

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang tarian sewang.

a) Popular dalam kalangan Orang Asli Senoi


b) Diiringi dengan paluan centong dan gong
c) Bertujuan meraikan kepulangan tetamu
d) Melibatkan penari lelaki dan perempuan
011 @ 2010 [Lihat sebelah
11 SULIT
40. Mengapakah tarian sewang ini perlu dikekalkan identitinya?

a) kerana antara warisan nenek moyang yang tinggi nilai seninya.


b) kerana merupakan amalan tradisi yang senag diikut.
c) Kerana merupakan tarian asal masyarakat pribumi.
d) Kerana dapat membantu menyembuhkan penyakit.

SOALAN TAMAT

011 @ 2010 [Lihat sebelah


12 SULIT

Anda mungkin juga menyukai