Anda di halaman 1dari 24

Nasi2

Nasi dagang
Versi 1
Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

2 cawan beras nasi dagang

1 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan sederhana pekat

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 sudu teh halba

Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 6 jam. Toskan.
2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi
sehingga separuh masak.

4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.


5. Perasakan santan dengan garam dan gula.
Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga
halba ke dalam santan.
6. masukkan beras separuh masak tadi ke dalam
bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan
sehingga benar - benar sebati.
7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam
periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak
(kredit: yati373)

Versi simple - Guna rice cooker


1 kg beras lembut(nasi dagang)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan
nasi-1 1/2 ruas jari)
1 sudu garam
sejemput halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris

Cara:
1. Bersihkan beras.Masukkan beras, halba dan bahan
hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua
bahan. Masukkan garam
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh
dihidangkan.
Kredit: Pakar masakan, Juariah Hj Yunus
@ http://juariahhjyunus.fotopages.com

GULAI IKAN AYA NASI DAGANG


Bahan - bahan:
1.
2.
3.
4.
5.

2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2


4 keping asam keping
garam
sedikit air
sedikit gula melaka

Cara:
rebus ikan bersama bahan2 diatas.

Bahan2 untuk Kuah


1. 1 labu bawang besar*
2. 3 ulas bawang merah*
3. 4 ulas bawang putih*
4. 1 inci halia*1 inci lengkuas*
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 10 tangkai cili kering*
7. Santan
8. garam
9. 1 keping Asam keping
10. sedikit gula melaka
11. perasa
12. cili hijau
13. 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
14. sedikit minyak untuk menumis

Cara - Cara
1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur
2. kemudian tumis sehingga wangi
3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2
seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili
hijau.

6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg


sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan
perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili.
8. Try test rasa :-)
kredit: embunrosaliza.blogspot.com
SAMBAL NYIUR NASI DAGANG
1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja
Cara:
1. Sangrai kelapa parut bersama bawang putih, bawang
merah dan serai sehingga garing dan
kekuningan. menjadi kerisek
2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan
3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal
kerisek tadi. siap.
Kredit: Pakar masakan, Juariah Hj Yunus
@ http://juariahhjyunus.fotopages.com

UNTUK ACAR MENTAH, CARI RESIPI DI NOTES LPKMK.


SELAMAT MENCUBA, WALAU DIMANA ANDA BERADA!

nasi dagang
kelantan. bila kali terakhir anda memakannya? (kredit:
cheferra@blogspot.com)
Nasi Ayam spesel

junjs11@myresipi.com

resepi ni dari majalah wanita simpanan mak jun..dah lama laa

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)

- 2 ulas bawang putih


- 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair
Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.
Bahan sos
> 5biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup
@garam
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.

Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas
bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan
beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga
dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup
tadi.

p/s:letak madu skit lam ayam

Nasi ayam madu

Nadia@myresipi.com

cepat,mudah dan sedap

2654Share

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Bersih ayam. Potong ikut suka


Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan
daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit
sup ayam tadi

Nasi Paella (Spanish Rice)

readzone@myresipi.com

Masakan nasi cara tradisi Sepanyol dari kawasan Mediterranean dengan bahan-bahan yang mudah
diperolehi di Malaysia yang beriklim tropika. Periuk yg sesuai ialah yg leper sikit, tapi kalau takde hentamlah
periuk apapun...Mengandungi 3 jenis sumber protien:- ayam, udang & sotong. Sesuai untuk makan
tengahari ataupun masa birthday party. Topping seafood yg beraneka jenis kat atas tu boleh menggoda
sesiapa sahaja yang melihatnya. (simple, sedap dan gerenti jadi punyalah...!)

Created on : 25-03-2012
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi readzone

13Share
Bahan-bahan ( 3-4 orang )

Bahan A (Menumis):
1 labu bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
2 inci halia - diketuk
Bahan B:
4 pot beras - basuh dan tos
1 kiub pati ayam - dilarutkan dalam air yg cukup utk masak nasi 4 pot
200 gram isi ayam - dihiris nipis
200 gram udang - dibuang kulit
200 gram sotong
1 biji cili merah - dicincang ( kalau ada capsicum merah & hijau lagi sesuai)
2 biji tomato - dicincang
3 sudu marjerin
2 sudu minyak masak
1 pokok daun sup - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit (menggantikan saffron yg mahal dan susah nak cari)
garam secukup rasa (biasanya 1-2 sudu teh dah cukup cantik)
1 biji kecil - limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara
1.

Gunakan kuali, panaskan marjerin

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Goreng udang dan sotong. Angkat dan ketepikan dulu.


Kemudian letak periuk di atas dapur, tumiskan Bahan A dengan minyak hingga naik bau.
Masukkan isi ayam. Kacau rata.
Masukkan larutan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan garam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih.
Masukkan beras, tomato, cili dan perahan limau. Kacau sedikit, tutup periuk dan biarkan ia
sehingga masak. Pastikan api kecil.
Apabila nasi dah masak, taburkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sekejap.

8.

9.

Akhir sekali bila dah masak, angkat periuk dan terus letak diatas meja. Bolehlah dihidangkan untuk seisi
keluarga. Beginilah rupanya nasi paella bila dihidangkan atas pinggan...
Nak lagi best, hidangkan dengan fresh oren / ribena...tengah-tengah hari kalau pekena

Nasi Arab

lingsyima@yahoo.co.uk@myresipi.com

Nak masak dgn mudah dan sedap. Setakat ni, cara inilah yg paling simple saya dapat! Saya gunakan lebih
sup tulang masak semalam....

Created on : 12-03-2011
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi lingsyima@yahoo.co.uk

880Share
Bahan-bahan ( 3-4 org )

*1/2kg tulang lembu (kalo ada daging sikit lagi elok!)


*2 bungkus sup bunjut adabi
*2 biji bawang besar belah 6
* garam secukup rasa
# 4 ketul ayam/daging
# 1 sudu besar rempah beriani

2 cawan beras basmathi special (saya guna brand faiza moghul basmathi super special RM8.90
sekilo kalo tak silap)
1 biji bawang besar potong dadu
4 sudu makan minyak sapi untuk menumis
5 biji lada hitam
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Rempah bunjut sup tulang (bunjut dibuka dan dikisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus)
3 cawan sup tulang
1 biji tomato dipotong dadu
Pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

*Untuk sup tulang : Rebus semua bahan-bahan bertanda * dengan air (sama macam rebus untuk
buat sup tulang laa.....)
# Untuk Ayam/daging : Perap bahan bertanda # selama 30 minit ---Alternatif : Rebus semasa nak
tumis sup untuk buat nasi (langkah 5)--Beras direndam 20 minit dan ditoskan
Panaskan minyak sapi dan tumis lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah
bunjut yang telah dikisar sehingga garing.
Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika (5-10 minit)
Beras dan ayam/daging perap diselangselikan dalam periuk nasi
Tuang sup yang telah ditumis tadi ke dalam nasi periuk. (Biasanya 2 1/2 cawan @ 3 cawan sup dah
mencukupi untuk pastikan nasi ni masak)
Bila dah kering boleh letak warna kuning (macam pewarna nasi beriani) dan biarkan seketika tanpa
dikacau/gaul.
Sedia untuk dihidang

NASI KERABU ASLI KELANTAN


No picture
MASAKAN IBU

Created on : 28-12-2010
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi hani14

29Share
Bahan-bahan ( 2 - 4 )

untuk nasi
nasi putih
pewarna warna biru(kalau boleh guna bunga lagi elok) warna semulajadi
daun limau purut

Klik di sini untuk isi bahan


untuk tumis
budu
daun limau purut
serai
Bahan sambal
8 ekor ikan kembung (lg byk ikan lagi sedap)
1 cawan kelapa parut yang telah digoreng
3 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
sedikit halia
garam / gula

Cara-cara
1.
2.

beras dimasak seperti biasa tetapi tambahkan pewarna biru dan daun limau purut didalamnya dan
dimasak seperti biasa.
untuk tumis nya pula masakkan budu bersama serai dan daun limau purut sehingga masak dan
masukkan sedikit gula melaka

Nasi Bukhari

DianaA@myresipi.com

Hidangkan bersama Ayam Masak Merah dan Dalca...

Created on : 07-05-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi DianaA

147Share
Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan


900 ml air
1/2 tin susu cair
1 cawan sayur campur

3 biji bawang besar, dihiris


10 biji bawang putih, dikisar
2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
4 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 senduk minyak sapi
bawang goreng, untuk hiasan
garam secukup rasa

Cara-cara
1.

2.
3.

4.

Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga
cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan
pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Masukkan sayur campur dan gaul rata.
Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan atas nasi dengan bawang
goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan.
Nota: Diana lebih suka gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus
kerana periuk nasi jenis non-stick kebanyakkannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak periuk
non-stick bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua bahan2 serata.
Ini untuk mendapatkan nasi yang tidak patah-patah.

Nasi minyak

mrsdayat@myresipi.com

Resepi dr mak sy..

Created on : 30-04-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi mrsdayat

466Share

Bahan-bahan ( 4 org )

4 cwn beras basmathi


6 cwn air(ikut jenis beras)
1-2 biji bwg besar (hiris)
2" halia (hiris)
3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
1 cwn susu cair
sedikit minyak sapi utk menumis
sedikit garam
sedikit rempah tumis
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan
sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.

mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan


dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras
,garam dan daun pandan.
bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

Nasi Beriani Ringkas

Mat Gebu@myresipi.com

Mudah dan ringkas

Created on : 31-12-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Mat Gebu

1929Share
Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan


1 tin kecil minyak sapi (ghee)
1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
3 biji bawang besar, dihiris halus
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
1 kiub ayam maggi
Garan secukup rasa
Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

Cara-cara
1.

2.
3.

4.
5.

Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga
lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus
dan masak hingga gajus perang.
Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup
rasa). Biarkan mendidih.
Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak
hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan
tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi
betul2 masak.
Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus
koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas.
pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Bubur Nasi Qashira

msrohayu@myresipi.com

sekali sekala pekena bubur sedap jugak... Silalah cuba

Created on : 07-05-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi msrohayu

10Share
Bahan-bahan ( 3 org )

240 gm beras
750 ml air
2 sudu besar minyak sapi
2 ulas bwg besar , 3 ulas bwg putih (dicincang halus)
1 cm halia
1 helai daun pandan
2 kpg dada ayam (potong dadu)
100 gm daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu makan lada putih
500 ml santan pekat
1 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 1 kayu manis
5 biji buah pelga
1 helai daun ketumbar
1/2 sudu teh stok ayam (kalau suka)

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Masukkan beras dan air, masak atas api sederhana sehingga lembut
Kemudian panaskn minyak sapi dlm kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, halia.
Masukkan daging kisar dan ayam yg telah dipotong dadu tadi.
Selepas itu baru masukkan serbuk lada putih dan serbuk kari, daun pandan, perasa ayam dan
garam secukup rasa.
Bila sudah masak, campurkan semua bahan yg ditumis tadi kedalam periuk rebusan bubur.
Bila bubur sudah hampir masak, masukkan santan dan masak hingga pekat.
Bolehlah dihidangkan dgn hirisan daun bawang dan daun sup. Taburkan juga bawang goreng.
Rasanya lebih umpphh sekiranya dimakan dengan kicap pedas.

Bubur Nasi Western

14sept@myresipi.com

resipi orang demam... hehehe

Created on : 06-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi 14sept

99Share
Bahan-bahan ( - )

2 pot beras atau lebihan nasi


1 paket western Soup MAGGI Cream of Chicken
1 paket western Soup MAGGI Cream of Mushroom
Air secukupnya (terpulang nak cair atau pekat)

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Basuh beras. Isikan air ke dalam periuk bersama beras tadi. Kalau nasi, tak perlu basuh hanya
masukkan air ke dalam periuk.
kemudian masukkan serbuk Cream of Chicken dan Cream of Mushroom dan sebatikan jangan
sampai berketul.
kemudian masak sehingga kembang.
Dah siap bolehlah dihidang dengan telur masin, ikan masin dan sayur kangkung goreng belacan :)

Resepi nasi kukus ala mamak boleh aku bagi, kalau nak kukus kena
1:1 antara air & beras.

paling mudah masak nasi ialah dgn cara kukus.


mula2 tumis & didihkan bahan2 yg aku bagi ni,
Panaskan minyak (minyak sayuran) dlm periuk dan tumis 1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih
dan 2 biji bunga lawang serta 1 btg serai
kemudian masuk air dan garam secukup rasa (air kena bagi masin sikit )
masak sehingga mendidih dan tutup api.
masukkan air kedalam steamer, didihkan

masukkan beras kedalam bekas (loyang) dan sukat air 1:1 dgn beras bersama daun pandan.
tutup steamer tersebut biarkan masak 45min kemudian baru buka, dan nasi kukus anda
sudah siap.
AYAM BEREMPAH MAMAK PENANG.
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2? (inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg. Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan
ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam
didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging
ayam .
Masukkan serbuk kari,cili kering, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut
plastic wraper dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk
kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari
yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh
ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini
akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng
seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak
perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah
sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang
sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam
telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha
ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan
perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan
menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan.
Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baruCuba dan mencuba.pasti anda akan berjaya dan mahir
dalam masakan.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci kunyit hidup**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung

1 biji telur
1 tangkai daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng.
Cara cara:
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang
telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap. Perap
selama 30 minit.

Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


(blh letak jintan manis dan jintan putih)

Boleh dihidangkan.