Anda di halaman 1dari 14

novel 6.

20

Nota daripada BPK


Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan
muda dalam menentang anasir-anasir barat yang
mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili
oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih
untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar
sekolah menengah dan universiti) daripada terus
hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang
menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai
kumpulan black metal yang telah dilakukan oleh
Jerry.
PERSOALAN
i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila
Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu
misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20
kerana baginya tindakan Sukma akan membawa
bahaya kepada dirinya.
ii. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang
berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu
beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan
dan telah membelikannya sebuah buku untuk
mengurangkan masalahnya.
iii. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan
memberitahu segala maklumat kelab WX2
walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaran


Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari
lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan
kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2
seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar
kelab tersebut.
v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa
menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan
urusan masing-masing
vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan
dana bagi membiayai pembedahan jantung dan
merawat penyakit kulit Ehsan.
vii. Remaja yang mudah terpengaruh.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai
kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan
mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.
NILAI
i.Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku
kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan
mengalami tekanan perasaan.
ii. Nilai prihatin
Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana
bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit
Ehsan.
iii. Nilai setiakawan

Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk


menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan
Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran
barat.
iv. Nilai tanggungjawab
Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan
mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia
dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.
v. Nilai saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman
kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung
ke rumahnya.
vi. Nilai kejujuran
Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia
mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai
hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan
Iskandar.
vii. Nilai pengorbanan
Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak
polis walaupun nyawanya terancam.
viii. Nilai patriotik
Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk
membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat
keamanan negara.
ix. Nilai keimanan/ketaaatan
Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan
solat sebagai umat Islam.
x. Nilai kecintaan
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta

melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka


merupakan golongan remaja.
xi. Nilai kerjasama
Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling
bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih
tua daripada kita
Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak
pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang
berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh
ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.
ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir
luar
Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis
pengaruh pemikiran barat meskipun rakanrakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan
WX2.
iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap
setiakawan
Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi
bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka
iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi
dengan pemikiran barat.
iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik
terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara
hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar
negara.

v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan


amanah
Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab
melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi
jawatankuasa di kampungnya.
vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai
umat Islam
Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas
menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat
Islam.
vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan
cabaran
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan
dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah
Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang
lari meninggalkan dia dan Aim.
viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi
kedaulatan negara
Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa
untuk menyelamatkan golongan muda daripada
terus terjerumus dalam pemikiran barat yang
menggugat keamanan negara.
LATAR
Latar Masa
i. 6:20 pagi
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak
dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan
rumahnya.
ii. Petang

Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana


hari sudah petang.
iii. Senja
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan
kelab, senja hampir berlabuh.
iv. Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood
LATAR TEMPAT
i. Banglo Taman Megah
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir
bersama-sama keluarganya.
ii. Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan
pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
iii. Balkoni kamar
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.
iv. Rumah Ehsan
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan
yang baru menjalani pembedahan jantung.
v. Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan
persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang
diketuai oleh Erman.
vi. Di pintu pagar rumah
Contoh: Aim datang menemui Sukma dan
menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan

Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman


sekuliahnya menduduki ujian.
vii. Tempat rehat
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan
perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan
mereka.
viii. Kelab WX2
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat
keadaan sebenar kelab tersebut.
ix. Warung Pak Alias
Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang
terletak di seberang jalan.
x. Rumah Aim
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu
Sukma.
xi. Rumah Tuk Siak
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.
xii. Kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak
lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua
tahun lepas.
xiii. Bangunan biru di hujung daerah
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis
telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.
xiv. Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital
akibat terkena tembakan ahli.

LATAR MASYARAKAT
i. Masyarakat pelajar universiti.
Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan
penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi
pengajian tinggi awam.
ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan
muda.
Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar
sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan
menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk
mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.
iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas
pulang dari kerja.
iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan
dalam perjuangan
Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang
boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas.
v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan
cabaran.
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan
dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan
mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal
dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia
dan Aim.
vi. Masyarakat yang berdikari.
Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar
basah setiap hari, berjual buah untuk menyara
kehidupan.
vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan
pemikiran Barat.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai
kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak
akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

WATAK & PERWATAKAN


Watak Utama
NUR SUKMA BT HJ SYAQIR
i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji
Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi
pengajian tinggi awam.
iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma
mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas
tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya)
iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain
(Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang
berada di luar pagar rumahnya).
v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma
menurut perintah ibunya yang melarangnya
daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri
yang berada di luar rumahnya).
vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon
maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar
terhadap ibunya).
vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan
(Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma
tetap menunaikan solat setiap waktu).
viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab
WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar
kelab tersebut).
ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma
sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan
Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan
pengaruh pemikiran barat).
x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar
arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika
operasi dijalankan).

xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil


makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang
ke rumahnya).
xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak
berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat
berkaitan Kelab WX2).
xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk
sangka terhadap tingkah laku ibunya).
WATAK SAMPINGAN
1.
Puan Delia
- Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir
- Seorang yang berdisiplin, amanah, baik hati dan
cantik.

Seorang yang berhati-hati


Cth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada
berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan
isteri muda di hadapan pagar rumahnya.

Menghormati tetamu
Cth: Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan
kuih dan air kepada Rafiq.

Penyayang
Cth: Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku
kerana risau akan diri Sukma yang dikatakan
mengalami tekanan perasaan.

Penghidap penyakit darah tinggi


Cth: Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di
rumah.

Seorang perisik
Cth: Puan Delia menyamar sebagai salah seorang
ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati
dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui
pergerakan kumpulan tersebut.

2.

3.

Tuan Haji Syakir


Seorang yang bertanggungjawab
Cth: Melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan
penuh amanah.
Bersikap prihatin
Cth: Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi
membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit
Ehsan.
Taat akan perintah Tuhan
Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau
tetap menunaikan solat pada setiap waktu.
Berjasa kepada rakyat
Cth: Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling
kerana jasanya terhadap mereka.
Seorang yang tidak emosional
Cth: Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan
perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dan
Puan Delia.
Bertolak ansur
Cth: Beliau tidak memarahi Sukma apabila
mengetahui bahawa Sukma pergi ke kelab WX2
seorang diri.
Pandai memujuk
Cth: Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf
kepada ibunya dengan segera setelah Sukma
berlaku kasar dengan ibunya.
.
.
.
.
.

ISKANDAR
Sahabat Sukma di sekolah menengah
Gemar memberontak ddan pesimistik
Seorang lelaki yang ego
Tertarik akan Sukma
Bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukan

. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan


WX2
4.
Kak ros
. Jiran keluarga Sukma
. Seorang Inspektor polis
. Berusia dalam lingkungan 30-an
. Seorang yang cekal dan tabah
. Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya
. Berani menjalankan tugas
5.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rafiq
Berasal dari Washington
Pelajar cemerlang dari Amerika
Pelajar baharu di universiti Sukma
Berperwatakan sederhana
Lelaki yang menyenangkan dan berwajah ceria
Ikut ayahnya berpindah ke Malaysia
Bersemangat setia kawan
Tertarik akan Sukma
Baik hati
Mudah dibawa berbincang
Bersikap rendah diri

6.

Teja
. Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam
. Teman karib kepada Sukma sejak berusia 13
tahun
. Sedikit nakal dan gila-gila bahasa
. Sahabat yang prihatin akan masalah yang
dihadapi oleh sahabatnya
. Taat akan kedua-dua ibu bapanya

7.

Remy
. Berketurunan Iban
. Seorang penari daripada Kumpulan Waris Cinta

. Mahir segala jenis tarian tradisional


. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
tertinggi
. Menimba ilmu hanya daripada pembacaan
. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan terlibat
dengan kumpulan WX2
8.

Jerry
. Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma
. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma
. Taat akan perintah kedua-dua ibu bapanya
. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya
. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan
. Baik, boleh dipercayai, tidak pernah
menyusahkan keluarga dan terlibat dengan
kumpulan WX2

9.

Wanita Tua
. Wanita tua yang berdikari
. Sayang akan cucunya
. Bidan kepada Sukma
. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan
keluarga Sukma
. Ada seorang anak lelaki yang sudah meninggal
dunia
. Menjual buah di pasar untuk menyara
kehidupannya
. Tabah membesarkan anak seorang diri
. Berperanan penting dalam mempengaruhi
pandangan Sukma terhadap ibunya

10.

Abang Aim
. Kurus badannya, melengkung, berkulit gelap dan
lemah
. Penghidap Aids dan bekas kumpulan WX2
. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang

. Tinggal di belakang rumah Tok Siak


. Menceritakan pergerakan WX2 yang
menggunakan pati 1 dan dadah untuk
mempengaruhi
pengikut mereka
11.

12.

Aim Kecil
. Anak yatim piatu yang berusia 5 tahun
. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berumur
2 tahun
. Matang walaupun masih kecil
. Mendengar kata dan sayang akan neneknya
.
.
.
.
.

Su Ani
Ibu saudara Teja
Pemilik kafe flora
Berkahwin dengan Su Rawi
Pemurah dan baik hati
Mesra dengan kanak-kanak

13.

Pak Rashid
. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun
. Berpakaian kemas, berbaju kemeja putih dan
berseluar hitam
. Pandai menyimpan rahsia
. Prihatin akan diri Sukma
. Baik hati

14.

Erman
. Ketua kumpulan Waris Cinta
. Kumpulan penari tradisional Sarawak
- Seorang yang peramaha

Anda mungkin juga menyukai