Anda di halaman 1dari 1

Guru beretika,murid bertatasusila.

Kenyataan ini menggambarkan betapa


pentingnya etika seorang guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan, 2005 etika
merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Ia
juga melambangkan prinsip moral, tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika
merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada
Allah.Jadi daripada definisi yang diberikan,dapat disimpulkan disini bahawa etika
merupakan satu perkara yang penting yang perlu ada pada setiap guru pada masa
kini.
Disiplin dan kawalan pelajar di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri.Jika
guru mengikuti etika perguruan yang telah ditetapkan maka pelajar akan
menunjukkan tatasusila yang baik. Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan
mengariskan amalan yang tertentu. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan
supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila
Guru.Antara prinsip-prinsip etika perguruan ialah
profesionalisme,integriti,kejujuran,intelektual,neutraliti,akauntabiliti,berpakaian,ber
bahasa,pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat
keputusan.Berdasarkan prinsip-prinsi etika,guru akan lebih bertanggungjawab
dalam mendidik pelajar.
Murid akan menghormati guru apabila guru itu bertindak dengan menggunakan
prinsip-prinsip etika guru seperti professional,integriti,jujur dan pandai berbahasa.
Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikaan
juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini
bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
guru.Seorang guru yang berintegriti dan jujur akan sentiasa telus dalm mendidik
dan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajarnya faham.Guru
yang pandai berbahasa lebih mudah mengawal situasi di dalam kelas dan sekolah.
Kesimpulannya,setiap guru perlu mengamalkan etika perguruan kerana etika
perguruan merupakan satu sistem . Guru juga bertindak sebagai pembentukan nilai
atau role model yang membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia
dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi bagi menghayati ilmu dengan
bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.Inilah
yang dimaksudkan dengan guru beretika,murid bertatasusila.

Anda mungkin juga menyukai