Anda di halaman 1dari 33
Apa Itu ‘Islam Progresif’? Apa Itu ‘Islam Progresif’? Persoalan Bagi Aktivis dan Cendekiawan Muslim Sedunia @ Farish A. Noor MUKADIMAH APAKAH yang dimaksudkan Islam progresif dan apakah yang mungkin berlaku kepada gerakan Islamisme Pprogresif di rantau Asia Tenggara? Tulisan ini adalah satu percubaan untuk menjawab per- soalan tersebut dan perkara-perkara berkaitan, PENDAHULUAN I. Mencari kompas dan hala tuju Islamisme progresif: Bisakah Islam progresif hidup subur di bawah telunjuk Washington dan ‘Perang anti-terror’nya? Hairan dan menakjubkan sekali, kita hidup dalam suatu era yang kompleks dan rumit. Walaupun dari segi akidahnya, kiblat umat Islam itu masih menghadap ke Mekah, tetapi dari segi politik atau siasahnya, kerajaan-kerajaan Muslim berpaling ke Washington apabila mencari kiblat mereka! Fenomena ‘satu umat, dua kiblat’ ini merupakan suatu ISLAM HADHARI #8 Jonuari-Aprit-Jun 2005 151 Farish A. Noor fenomena yang baru, tetapi ada faktor-faktor material, ekonomi, poli- tik dan struktur yang menyebabkannya berlaku sebegitu. (Ini bukan hasil usaha jin-jin Washington, perlu diingat!) Baru-baru ini kita menonton temasya Olimpik di Athens, Yunani, yang begitu meriah sekali. Tetapi kita tidak sangka bahawa dewasa ini, apabila kuasa politik dunia Islam mengalami saat senjanya, ada juga pesta Olimpik yang lain, iaitu perlumbaan antara kerajaan-kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara Islam ke pintu depan White House di Washington, untuk mendapat pengiktirafan dan status ‘negara Islam moderat’! Dalim perlymbaan yang mudah dan lucu ini, kelihatan pemimpin- -pelliimpin negara Muslim berlagak berbeza: Ada yang Jari bertempiaran, kelam-kabut, sarung pun hampir terlondeh dan selipar Jepun pun terpelanting. Ada pula yang lebih beradab, berpakaian kemas dan cantik, membawa pen Mont Blanc, berbahasa halus - tapi matlamatnya juga sama: datang nak minta tolong, mengheret peti wang derma yang kosong. Setakat ini beberapa kerajaan Muslim telah memenangi piala ‘Islam moderat’ yang dimimpi-mimpikan itu: Afghanistan, Pakistan, Malaysia dan Indonesia. Aneh sekali, kerajaan Afghanistan yang dipimpin oleh Hamid Karzai - bekas lobbyist untuk kompeni minyak dan gas Amerika - dapat memenangi piala ‘Islam moderat’ itu. Apakah keadaan di Afghanistan itu telah pulih kembali? Apakah wanita di Afghanistan itu bebas bekerja, bisa ke sekolah, bisa mendapat pendidikan seperti wanita di negara-negara lain? Atau mungkinkah Afghanistan dianggap ‘negara model Muslim’ kerana telah ditawan secara halus oleh pers Amerika dan kroni-kroninya? Mungkinkah Afghanistan dianggap .‘negara model Muslim’ kerana pemimpinnya begitu patuh kepada kehendak dan agenda politik Amerika, dan begitu ghairah menyokong Amerika dalam perjuangan anti-terrornya di sana? Dan mungkinkah Afghanistan itu dianggap ‘negara model Muslim’ kerana peranan strategis dan militer yang bisa dimainkan, di rantau Asia Tengah yang begitu penting untuk kehendak jangka masa panjang Amerika dan negara-negara Barat? 152 ISLAM HADHARI #8 Bil, 39 & 40 Apa Itu ‘Islam Progresif’? Aneh juga bila Pakistan yang dipimpin Pervez Musharaf - pemimpin militer yang merampas kuasa melalui suatu coup d’etat - mendapat gelaran ‘negara model Muslim’ juga. Apakah keadaan di Pakistan itu telah juga pulih kembali? Apakah gerakan-gerakan mili- tan garis keras di Pakistan (seperti Lashkar-e Taiba, Sipah-e Sahaba, Jaish-e Muhammad dan lain-lain) yang dahulunya dilindung, dinaungi dan dipromosikan oleh golongan elit militer Pakistan (termasuk pihak intel Pakistan, ISI) itu dibubarkan? Apakah sistem politik Pakistan yang berdasarkan budaya feudalisme itu direformasikan? Atau mungkinkah Pakistan sekarang dianggap ‘negara model Muslim’ ker- ana pemimpinnya begitu patuh kepada kehendak dan agenda politik Amerika, dan begitu taasub menyokong Amerika dalam perjuangan anti-terrornya di sana? Dan mungkinkah Pakistan - seperti jirannya, Afghanistan - dianggap ‘negara model Muslim’ kerana peranan strate- gis dan militer yang bisa dimainkan di rantau Asia Tengah yang begi- tu penting untuk kehendak jangka masa panjang Amerika juga? Aneh juga apabila Malaysia dan Indonesia - negara jiran serumpun dan sebudaya di Nusantara ini - mendapat pengiktirafan ‘negara negara model Muslim’ daripada golongan elit Amerika dan Barat. Kononnya kedua-dua negara ini merupakan model negara Islam yang mempunyai budaya dan corak sosial yang unik, berbeza daripada puak-puak dan kaum berjanggut dan berserban di Afghanistan itu. Tetapi patut ditekankan bahawa Malaysia dan Indonesia memang ada suatu relasi yang intim dengan Amerika, dari awal lagi. Dalam kes Malaysia, Amerika telah menumpu perhatiannya kepada negara ini dari tahun 40-an lagi, setelah kalahnya kerajaan imperialis Inggeris pada masa Perang Dunia Kedua. Apabila tentera Jepun ditewaskan dan Inggeris mula kembali ke Malaya, pihak intel Amerika juga datang menumpang bersama, dan memulakan aktiviti bawah tanah mereka berpusat di perkampungan Cina (Chinatown), Kuala Lumpur. Sepanjang Perang Dingin tahun 60-an dan 70-an, pihak militer dan intel Amerika telah menganggap Malaysia sebagai negara teman (ally) yang sangat penting, sehingga Malaysia dianggap salah satu benteng terakhir untuk menyekat kenaikan dan penyebaran ideologi komunis ISLAM HADHARI Bi Januari-ApriJon 2005 153 Farish A. Noor di Asia Tenggara. (Mereka khuatir terhadap Indonesia pada masa itu, kerana kebangkitan PKI di Indonesia yang dikatakan rapat dengan Sukarno). Indonesia juga mempunyai suatu relasi intim dengan Amerika, khususnya pihak militer dan intel negara itu. Setelah peristiwa Gestapu 1965, Amerikalah yang mendukung rejim militer Suharto hingga beliau ditewaskan oleh gerakan reformasi tahun 1998. Malah, bisa dikatakan bahawa faktor utama yang menghindari kebangkitan demokrasi rakyat di Asia Tenggara ini tidak lain dan tidak bukan pe- ranan yang dimainkan oleh Amerika itu sendiri, yang telah menaungi, melindung dan menyokong kedua-dua diktator terkuat di rantau ini, Suharto di Indonesia dan Ferdinand Marcos di Filipina. Sepanjang period Perang Dingin 60-an hingga 80-an, Malaysia dan Indonesia memainkan peranan yang kritikal dalam percaturan politik antarabangsa di mana kerajaan-kerajaan negara membangun Dunia Ketiga dianggap boneka, dan dalangnya golongan elit politik, bisnes dan militer di Amerika (tidak kira Demokrat atau Republikan yang berkuasa). Dari era John F. Kennedy ke Jimmy Carter ke Ronald Reagan, Asia Tenggara hanya dijadikan suatu gelanggang bagi suatu pertarungan politik yang membazirkan beratus juta dolar dan mengor- bankan berjuta nyawa rakyat Asia itu sendiri. Dewasa ini, kedua-dua negara ini - Malaysia dan Indonesia - telah diundi masuk ke gelanggang yang baru, iaitu gelanggang “perang anti- terror’ yang diilhamkan George Bush Junior dan penyokong neo-kon- servafif (Neo-Cons) nya itu. Selain Singapura, Siam dan Filipina, Malaysia dan Indonesia telah memainkan peranan yang penting dalam perjuangan ‘anti-terror’ di ASEAN kebelakangan ini. Pemimpin- pemimpin kedua-dua negara ini diiktiraf sebagai ‘pemimpin Islam moderat’ dan sistem kerajaan di kedua-dua negara dianggap ‘model’ bagi seluruh dunia Islam. Tetapi bisakah kita katakan Malaysia itu suatu ‘model’ yang patut dicontohi, manakala hakikatnya ialah sistem politik Malaysia itu masih berdasarkan politik yang diwarnai fahaman dan nilai-nilai sek- tarian perkauman, dan undang-undang yang digunakan untuk men- 154 ISLAM HADHARI #8 Bil, 39 & 40 Apa Itu ‘Islam Progresif’? jamin keutuhan negara itu termasuk undang-undang zaman kolonial seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)? Dan bisakah Indonesia dianggap ‘negara model’ bagi negara Muslim lain, manakala Hak Asasi Manusia jelas sekali kita lihat kebangkitan kembali pihak militer? Kes-kes Hak Asasi Manusia (HAM) seperti pembunuhan di Aceh masih belum selesai dengan sempurna, tetapi_ pemimpin- pemimpin lama dari era Suharto seperti bekas Jeneral A.M. Hendropriyono sudah kembali ke pentas politik nasional. Indonesia juga telah cuba mewujudkan undang-undang anti-terror yang baru, yang agak sama dengan undang-undang ISA di Malaysia. Apakah ini satu contoh emulasi ‘nilai-nilai Islam moderat’ yang diagungkan itu? Il. Senario yang baru? Atau permainan yang lama? Bisakah dikatakan bahawa “‘perang anti-terror’ ini merupakan suatu senario politik yang baru? Ataukah ia hanya permainan yang Jama, dengan rukun-rukun dan hakum-hukum yang sama, tetapi hanya watak dan vokabulari yang agak berbeza? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu meninjau sedikit sebanyak tentang latar belakang senario politik antarabangsa dan mengenal pasti perkembangan-perkemba- ngan yang baru. Jelas sekali, dengan tamatnya Perang Dingin, hegemoni dan kuasa negara-negara terbangun hanya dapat dikekalkan jikalau adanya suatu musuh yang baru yang dapat memainkan peranan anasir yang bisa menyatupadukan masyarakat negara terbangun dan menghidupkan kembali dinamik relasi kuasa tidak seimbang yang berlandaskan logik dialektik bermusuhan (oppositional dialectics) itu. Sebelum tewasnya rejim Soviet di Rusia, penganalisis Amerika seperti Samuel Huntington sudah meramalkan bahawa negara-negara Barat patut bersedia untuk menghadapi tentangan daripada negara membangun, terutama negara Muslim. Hegemoni idea ini begitu jelas kelihatan apabila ilmuan dan cen- dekiawan Barat yang dianggap ‘liberal’ seperti Gore Vidal (Amerika) dan Gunter Grass (Jerman) mengungkap idea yang sama. Malah, Gore Vidal pernah menyebut bahawa masanya telah tiba untuk semua ISLAM HADHARI #8 Jonuaré-AprilJun 2005 155 Farish A. Noor negara berbangsa Aryan (termasuk Amerika, Eropah dan Rusia) bersatu, untuk menentang ancaman dari Asia. Gunter Grass pula menyatakan bahawa Islam itu serupa dengan ideologi Fascisme dan Nazisme, dan patut dianggap suatu ideologi berbahaya. Ganjil sekali, apabila puak liberal ini menggunakan istilah dan wacana yang tidak berbeza dengan kaum garis keras haluan kanan! Kebelakangan ini, pihak intel dan ilmuan Barat (terutama Amerika) pula cuba mencari jalan untuk melemahkan lagi gerakan Islamisme dan melumpuhkan momentumnya. Salah satu contoh percubaan begi- ni wujud apabila suatu institut pengajian - RAND Corporation of Amerika, yang hubungannya dengan pihak militer, bisnes dan intel Amerika dikenali ramai - mengeluarkan suatu laporan tentang ‘Civil Democratic Islam’. Penulis laporan tersebut, penganalisis Cheryl Bernhard, menyatakan secara terbuka bahawa untuk menjamin masa depan kuasa dan ekonomi Amerika, kerajaan Amerika patut cuba melagakan atau melawankan puak-puak ‘konservatif” dan ‘tradition- alist’ di kalangan umat Islam. Beliau kemudian menggalakkan elit Amerika untuk mendukung dan membantu golongan ‘moderate Muslims’ , agar mereka ini tidak menjadi lebih ‘radikal’ dan berbahaya kepada Amerika dan agendanya. Mengikut pendapat Cheryl Bernhard, wawasan Amerika dan mat- lamat jangka panjangnya ialah untuk membina suatu wacana Islamisme ‘moderat’ yang bersifat ‘pasif? dan lemah, tidak bisa mengkritik hegemoni Amerika tapi pada masa yang sama bisa digu- nakan sebagai landasan untuk beberapa hal yang dianggap penting oleh golongan liberal, termasuk isu HAM (Hak Asasi Manusia), gen- der, isu kewanitaan, demokrasi dan Jain-lain lagi. Isu-isu beginilah yang dewasa ini dianggap isu-isu ‘panas’ di kalangan aktivis, cende- kiawan, pemimpin dan ideolog gerakan Islamisme sendiri. Malah, ker- ajaan-kerajaan Muslim yang berjaya dalam perlumbaan mereka ke pintu depan White House itu bisa memenangi piala ‘negara model Muslim’ kerana membuktikan kepedulian dan keprihatinan mereka terhadap isu-isu juga! Manipulasi dan strategi begini telah merumitkan keadaan_ bagi 156 ISLAM HADHARI ft Bil. 39 & 40 Apa itu ‘Islam Progresif’? aktivis dan pemimpin Islam progresif sedunia. Kita yang menganggap diri kita ini Muslim progresif tidak mahu diri kita dimasukkan dalam kategori ‘moderate Muslims’ yang disenangi Presiden Bush, RAND Corporation, CIA dan pihak intel-militer-bisnes Amerika itu. Tetapi pada masa yang sama kita juga ingin mempromosikan nilai-nilai dan idea-idea demokrasi, HAM, kepedulian gender, antirasisme dan lain- Jain juga. Suasana dan iklim politik sedunia telah menghimpit dan menolak kita ke dalam suatu sudut yang sempit dan terpencil. Bisakah Islam progresif itu hidup subur di bawah jari telunjuk Presiden Bush dan kroni-kroni haluan kanannya? Sudah tentu tidak. Tetapi ke ma- nakah arah yang kita patut tuju? Manakah kompas dan hala tuju kita, gerakan progresif? Bagi saya, jawapannya ialah: ke arah yang lebih radikal. Tetapi sebelum bergerak ke arah itu, kita perlu kembali kepa- da definisi ‘radikalisme’ yang tepat. KE ARAH ISLAMISME PROGRESIF YANG RADIKAL I. Kembali kepada ‘radikalisme’ yang asal dan tulen. Dewasa ini, para pemimpin, anggota dan pengikut gerakan Islamisme sedunia begitu takut dan curiga kepada istilah ‘radikal’ ataupun ‘radikalisme’. Hampir semua pemimpin Islam berlumba- lumba untuk mendapatkan label ‘Muslim moderat’ yang dikatakan beradab, damai dan pasif. (Baca: Disenangi kuasa-kuasa Barat dan patuh kepada kehendak dan agenda Washington). Apatah lagi setelah istilah ‘radikalisme’ itu diberi suatu makna atau warna yang begitu negatif sckali, sehingga dipersamakan dengan ‘militan’, ‘ganas’ dan ‘ekstremisme’. Kita begitu waspada dan risau terhadap istilah ‘radikal’ ini sehing- ga kita tidak mahu apa-apa hubungan dengannya, atau dikaitkan de- ngannya walau bagaimanapun. Begitu takut ‘dikambinghitamkan’ dengan gelaran ‘Islam radikal’, sehingga gerakan-gerakan Islam sedunia dijinakkan dan dijadikan kambing langsung! Inilah aspek komedi gerakan Islamisme dewasa ini, yang mengatakan mereka itu ‘berani mati’ tapi ‘takut lapar’... (Kerana maklumlah, golongan ISLAM HADHARI 8 Januari-April-Jun 2005 157 Farish A. Noor Islamis radikal tidak disenangi Barat dan tidak bisa terima wang donatur dan naungan daripada mereka!) Saranari saya ialah association atau perkaitan antara konsep ‘tadikalisme’ dan fenomena-fenomena negatif seperti ‘militan’, ‘ganas’ dan ‘ekstremisme’ itu salah, baik dari segi historis (sejarah) dan juga logik. Dari sudut pandangan etimologi (iaitu asal usul sesuatu perkataan atau konsep itu) kedua-dua konsep itu tidak ada apa-apa hubung kait langsung. Yang inenakjubkan ialah bagaimana telah berlaku suatu alihan par- adigm: ry aradigm shift) dan alihan wacana (discursive shift) yang menyeBabkan berlakunya perkaitan antara ‘radikalisme’ dan ‘militan’ ini. Seperti yang saya sebut di awal rencana ini, perubahan-perubahan sebegini disebabkan oleh faktor-faktor institusi, relasi kuasa dan struk- tur kuasa tertentu, dan bukanlah hasil usaha geng-geng jin dan hantu pelesit yang dikhuatiri oleh sesetengah pihak konservatif di kalangan kami. Agensi-agensi yang terbabit dalam peralihan wacana dan para- digma ini termasuklah golongan pers arus perdana, kerajaan-kerajaan negara terbangun, kroni-kroni mereka di negara-negara membangun, dan (malangnya, tetapi benar juga) kesilapan sesetengah gerakan Islamis itu sendiri. Peralihan wacana ini tidak berlaku tanpa sebab. Memang ada sebab-sebab tertentu mengapa istilah dan konsep ‘radikalisme’ itu telah dikambinghitamkan dan diberi label dan nilai negatif yang baru. Untuk memahami proses ini dan sebab-musababnya, kita perlu bermu- la dengan suatu sorotan sejarah, balik kepada suatu era di mana ‘radikalisme’ itu tidak dianggap bahaya, malah positif nilainya dan diagung-agungkan. II. Radikalisme yang positif. Saya tertarik kepada Islamisme yang radikal rupa dan jiwanya. Malah saya membela gerakan Islamisme radikal atas keyakinan saya bahawa gerakan ini mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk berdepan dengan gejala globalisasi dan aspek-aspek negatifnya. Dalam konteks politik antarabangsa waktu ini, jelas sekali gerakan 158 ISLAM HADHARI 8 Bil, 39 & 40 Apa Itu ‘slam Progrest’? Islamis radikal sajalah yang bisa menandingi masalah-masalah ekono- mi dan politik yang rumit dan kompleks yang disebabkan oleh proses globalisasi yang tidak dikawal dan tidak bisa dikawal. Kita patut kembali kepada makna ‘radikalisme’ yang asal. Pada akhir abad ke-19 dan pertengahan abad ke-20, gerakan nasionalis dan antikolonial di Dunia Ketiga dipimpin dan diterajui oleh tokoh-tokoh radikal yang hebat dan berperibadian tinggi dan mulia. Tokoh-tokoh Asia seperti Jose Rizal di Filipina, Pridi Banomyong di Siam (yang mendirikan Universiti Thamassat), Nguyen Cho Thacht (@ Ho Chi Minh) di Vietnam, Bung Karno dan Muhammad Hatta, Haji Agus Salim di Indonesia dan Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al- Hemly di Malaysia - mereka semuanya bisa dilabelkan ‘radikal’ pada masa itu. Mengapa ‘radikal’? Kerana mereka berusaha untuk membebaskan negara dan masyarakat mereka daripada bebanan hidup di bawah suatu rejim kolonial yang tidak adil. Matlamat dan wawasan politik mereka berlandaskan suatu idea kebebasan yang tulen, yang berdasarkan kon- sep keadilan universal sejagat yang tidak membelah bahagi. Mereka tidak berkompromi dalam perjuangan mereka dan mereka menentang status quo yang sedia ada secara total. Penentangan total inilah yang menyebabkan mereka dianggap tadikal pada masa itu. Tetapi perlu diingat bahawa pada masa itu penentangan total antikolonial disokong dan didukung oleh rakyat jelata. Tokoh-tokoh ini sedar bahawa perubahan dan kemerdekaan yang sempurna tidak akan dicapai selagi struktur-struktur kuasa dan relasi kuasa yang lama masih kekal, oleh kerana itulah fokus penen- tangan mereka diarah kepada sistem politik dan institusi politik kolo- nial masa itu. Contoh yang sama bisa kita dapatkan dari kes yang berlainan: Mahatma Ghandi di India juga dilabelkan ‘radikal’ yang berbahaya. Pemimpin-pemimpin nasionalis Afrika seperti Patrice Lumumba di Congo menghadapi tekanan yang sama. Dan saya kira pemimpin ‘radikal’ yang paling terkenal dalam abad ke-20 tidak lain dan tidak bukan Nelson Mandela di Afrika Selatan, yang langsung tidak berdia- ISLAM HADHAR] 88 Jonuari-Apri-Jun 2005 159 Farish A. Noor Jog atau berkompromi dengan rejim aparteid di sana, hingga beliau dipenjarakan lebih 25 tahun. Apakah Nelson Mandela, Mahatma Ghandi dan Patrice Lumumba itu individu-individu bersifat radikal yang berbahaya? Ya, tentu sekali ‘berbahaya’ - tetapi berbahaya bagi rejim militer dan racist yang kejam, zalim dan korup! Patutkah kita menolak radikalisme jenis itu? Bagi mereka yang ingin perjuangan untuk keadilan itu diteruskan, jawapannya tentu tidak. Aneh sekali, dewasa ini kuasa besar Amerika pula menggunakan label ‘radikal’ untuk meminggirkan dan mengambinghitamkan musuh dan saingan mereka. Tetapi perlu kita ingat bahawa Amerika juga didirikan oleh pemimpin-pemimpin yang dahulunya dianggap radikal. George Washington, yang memberontak menentang kerajaan Inggeris pada abad ke-18, juga digelar ‘radikal’ oleh Raja George Inggeris pada zaman itu. Malah boleh dikatakan tanpa apa-apa keraguan, bahawa Amerika tidak mungkin wujud tanpa gerakan prokemerdekaan yang radikal. Jadi mengapakah pemimpin-pemimpin Amerika waktu ini takut kepada aliran-aliran idea dan politik yang berwajah radikal? Adakah mereka dihantui oleh bayangan-bayangan mimpi mereka? Atau mungkinkah mereka sedar bahawa sekarang ini Amerika bukan lagi suatu negara yang dijajah, tetapi negara yang menjajah dan diang- gap negara penjajah? Til. Radikalisme dan keagamaan. Persoalan radikalisme ini menjadi kian rumit apabila dikaitkan dengan suatu lagi fenomena sosial yang merupakan suatu faktor vari- able (variable factor) yang kompleks: Agama. Jelas sekali bahawa di kalangan ideolog dan pemimpin negara ter- bangun, telah wujud suatu ketakutan dan keraguan terhadap fenomena politik keagamaan. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, wujudnya fenomena ‘liberation theology’ (teologi kebebasan) di Amerika Latin dan Amerika Tengah. Di kalangan tokoh-tokoh dan pemikir agama Katolik di sana, lahirlah suatu wacana keagamaan yang menampilkan sifat kepeduliannya terhadap isu-isu keadilan sosial dan kema- syarakatan. Pemimpin-pemimpin gerakan teologi kebebasan ini mula 160 ISLAM HADHARI 88 Bil. 39 & 40 Apa itu ‘islam Progresif’? menggunakan idea-idea dan nilai agama Nasrani untuk menentang kezaliman dan ketidakadilan rejim-rejim militer yang didukung dan disokong oleh penaung mereka, iaitu kerajaan Amerika dan kelompok bisnes-militernya. Walaupun gerakan teologi kebebasan ini gagal mencapai kebe- basan yang sempurna, jelas sekali bahawa kelebihan dan keupayaan gerakan begini terserlah. Golongan elit politik, bisnes dan militer ter- haru apabila melihat demonstrasi jalanan, mogok dan lain-lain feno- mena penentangan yang begitu hebat dan popular. Dari masa itulah, gerakan politik keagamaan itu tidak disenangi lagi. Wacana (discourse) mana-mana agama itu memang mempunyai potensi untuk menentang dan merombak Kembali suatu orde sosial dan politik yang sedia ada. Ini adalah kerana tiap-tiap agama yang diwahyukan dan diturunkan kepada umat manusia itu mengandungi pesanan atau mesej yang sama: Menentang kezaliman dan mene- gakkan keadilan sejagat bagi seluruh umat manusia, yang merupakan insan setaraf dan sama di sisi Tuhan. Oleh kerana ini, amat susah bagi kita membayangkan suatu wacana keagamaan yang bersifat ‘pasif’ dan ‘jinak’. Agama Buddhisme, sebagai contoh, mempunyai mesej radikalnya: Buddhisme bisa diinterpretasikan sebagai suatu wacana baru yang mengkritik dan menolak hegemoni kasta Brahmin yang begitu domi- nan dalam struktur sosial dan hierarki kuasa masyarakat Hindu pada masa itu. Oleh kerana itulah, dalam tulisan-tulisan Buddhisme kita kerap kali membaca adegan yang mengkritik golongan Brahmin itu. (1) Bagi kasta atasan Brahmin itu, Buddhisme memang bisa dianggap suatu sistem idea dan nilai yang berbahaya dan radikal - tetapi radikalisme Buddhisme itu wujud kerana sikap kepeduliannya ter- hadap isu-isu keadilan sosial. Dalam kes agama-agama tradisi Ibrahim (Abrahamic tradition), timbul juga elemen-elemen radikalisme yang sama: Agama Nasrani (Kristian) mengandungi kritikan terhadap hegemoni golongan paderi (Rabbi) kaum Yahudi. Nabi Isa mengkritik kesalahgunaan kuasa dan kesilapan penafsiran teks di kalangan elit agama Yahudi ini, sehingga ISLAM HADHARI 8 Janvari-April-Jun 2005 161 Farish A. Noor beliau dituduh ‘menghina agama Yahudi’ dan menyebar ajaran sesat. Tetapi clemen radikal yang ada dalam ajaran Nabi Isa itu wujud oleh kerana agendanya yang bersifat transformative dan menghala ke arah suatu reformasi total - baik dari segi interpretasi tekstual mahupun orde sosial. . Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, beliau juga dituduh seorang ‘radikal’ yang menimbulkan kekacauan dan konflik di kalangan masyarakatnya. Nabi Muhammad dituduh menyebar ajaran t, membawa fitnah, mencetuskan konflik antara keluarga, dan g scbagainya. Tetapi Nabi ditentang kerana ajaran agama Islam itu sebe- , Darmya menentang secara total ketidakadilan dan kezaliman yang berluas-luasan di kalangan kaum bani Quraisy pada masa itu. Islam memang dari awalnya mempunyai ciri ‘radikal’ sebegini kerana ia tidak senang dengan ketidakadilan, dan mereka yang senang dengan corde lama yang korup itu pula tidak senang dengan kedatangan Islam. Oleh kerana kedua-dua sistem nilai dan orde sosial ini tidak bisa diper- samakan atau disesuaikan, maka wujudlah konflik yang berasaskan saingan kuasa. ‘Radikalisme’ yang ada pada ajaran agama Islam - dan agama yang lain - berpunca dari visi atau wawasan sosialnya, iaitu suatu wawasan orde yang baru, yang menentang kesalahan dan kemungkaran orde sedia ada, dan ingin melahirkan suatu orde sosial baru yang lebih adil bagi semua. Bisakah kita, waktu ini, menolak agenda pembaharuan yang radikal tetapi positif dan progresif sebegini? IV. Apakah maknanya ‘radikalisme’ hari ini? Saya menolak sama sekali persamaan yang dibuat antara ‘Islamisme radikal’ dan aksi militan, ganas, garis keras dan konser- vatif, Malah hakikatnya gerakan Islam garis keras, yang bersifat kon- servatif dan pendirian kolot dan kuno, lebih dekat dengan golongan konservatif Barat yang digelar Neo-Konservatif (Neo-Cons) itu. Ini jelas kelihatan apabila kita membandingkan pendirian mereka ter- hadap beberapa isu seperti hak asasi manusia, demokrasi, hak wanita, keadilan sosial, keadilan gender dan lain-lain lagi. 162 ISLAM HADHARI 8 Bil, 39 & 40 Apa Itu ‘Islam Progresif’? Persoalannya ialah: Jikalau kita ingin kembali kepada suatu defi- nisi atau interpretasi Islam progresif yang maju, dinamik dan radikal secara positif dan membangun (constructive), bagaimana? Bagi saya, halangan-halangan utama yang dihadapi oleh pihak Islamis progresif waktu ini adalah: i. Terpaksa membela agenda progresif yang kerap kali dilabelkan ‘radikal’ itu, ii. Terpaksa berfikir dan menjalankan aktivitas dalam ruang wacana dan idea yang sempit, di mana Parameter perjuangan itu masih terkongkong oleh ortodoksi yang lama, iii. Terpaksa mendirikan suatu wacana pembaharuan sosial dengan menggunakan logik, wacana, istilah dan idea dari era yang lalu. Bagi Islam progresif itu benar-benar ‘progresif’ sifatnya, ia harus progres - iaitu maju - keluar dari lingkungan idea dan praktis yang ke- tinggalan zaman, Kitab-kitab lama yang kuno tidak bisa memberikan kita jawapan kepada masalah-masalah semasa, terutama masalah yang disebabkan proses globalisasi. Oleh kerana itu, parameter perjuangan dan idea-idea asas perjuangan Islamisme itu mesti dirombak kembali, agar lahirnya suatu wacana Islamisme yang bisa berdepan dengan rea- liti harian yang ada. (Dan bukan masalah esoterik seperti hantu jin di bawah katil!). Bolehkah gerakan Islamisme progresif ini melepaskan dirinya dari dominasi epistomologi, logik dan praktis zaman dulu? Apakah rupa dan bentuknya wacana progresif yang baru ini? Inilah persoalan-persoalan yang akan dibincang seterusnya. ‘ISLAM PROGRESIF’ BUKAN FENOMENA YANG BARU! Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 peninggalan Haji Agus Salim, tokoh Islamisme progresif ulung yang dianggap salah satu “bapa bangsa’ kepada Republik Indonesia merdeka. Tidak salah jika ISLAM HADHARI 8 Jonuari-Aprit-Jun 2005 163 Farish A. Noor dikatakan bahawa Agus Salim merupakan seorang dari pemula dan penaung gerakan Islamisme progresif di rantau Nusantara ini, Begitu hebat sumbangain beliau kepada gerakan progresif-demokrat sehingga segala usahanya masih memanfaatkan kita di rantau Asia hingga ke hari ini. Agus Salimlah yang mendirikan Jong Islamieten Bond (IB - Angkatan Muslim Muda) pada tahun 1925. Anggota dan pemimpin JIB inilah yang kemudiannya menjadi pemimpin dan anggota Partai Islamis-demokratik yang pertama di Indonesia, Partai Masjumi (yang malangnya diharamkan pada tahun 1960 oleh Sukarno). Agus Salim, bersama dengan tokoh agung yang juga kontempo- rernya, Haji Omar Said Tjokroaminoto, telah memimpin Sarekat Islam (yang kemudian ditukar ke Partai Sarekat Islam) pada darsawarsa 20- an dan 30-an. Kedua-dua tokoh ini telah menentukan garis panduan dan hala tuju gerakan Islamisme di Indonesia yang menjadikan demokrasi, kemerdekaan dan keadilan sejagat matlamat unggulnya. Pada tahun 1936 Agus Salim mendirikan Partai Penyedar dan meneruskan usahanya untuk meluaskan dan mendalamkan lagi fahaman rakyat Nusantara tentang makna dan relevensinya Islamisme dalam konteks kehidupan yang moden. Dan tidak patut dilupakan bahawa Agus Salim, sepanjang hayat- nya, menekankan nilai-nilai universalis dan kesamarataan insan manu- sia dalam semua tulisan, khutbah-khutbah dan pidatonya, sehingga beliau bisa dikatakan antara feminis pertama di Indonesia dan per- juang antikomunitarianisme yang pertama juga. Beliau berpegang teguh kepada prinsip-prinsip universalis ini schingga beliaulah yang menentukan bahawa jawatan Presiden Indonesia itu tidak dimonopo- likan oleh golongan kaum peribumi sahaja. (Apabila beliau bertugas dalam jawatankuasa yang menentukan Undang-undang Dasar Republik Indonesia tahun 1945). Dan dalam tulisan-tulisan keaga- maannya, beliau memperingati golongan Muslimin dan Muslimat bahawa perbezaan seksual (fizikal) antara lelaki dan wanita tidak patut digunakan sebagai alasan untuk memperkukuhkan dan memperlan- jutkan lagi struktur dan relasi kuasa patriaki. Ahli sejarah Indonesia 164 ISLAM HADHARI wi Bil. 39 & 40 Apa Itu ‘Islam Pragresif’? selalu mengungkap kembali episod di mana Agus Salim menurunkan tabir yang memisahkan lelaki dan perempuan dalam perjumpaan Jong Islamieten Bond, agar lelaki dan perempuan bisa berdiskusi bersama. Di Malaysia juga gerakan Islamisme Progresif itu tidak kurang hebatnya: Tatkala Agus Salim dan HOS Tjokroaminoto mula menye- mai benih-benih idea progresivitas di kalangan Mustlimin Indonesia, di Malaysia wujud juga tokoh-tokoh seperti Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka inilah yang dianggap pelopor dan penggerak gerakan Islamisme moden dan progresif, yang dilabelkan “Kaum Muda’. (Malah pada masa itu Syed Syeikh al-Hadi diberi gelaran ‘Khalifah Kaum Muda’ di Malaysia, walaupun label itu ada konotasi negatif bagi golongan feudal-tradisional.) Seperti Agus Salim, Syed Syeikh al-Hadi juga menampilkan sikap kepedulian terhadap persoalan-persoalan gender dan hak bersama antara lelaki dan perempuan. Novel karangan beliau berjudul Hikayat Faridah Hanum itu dianggap novel yang sangat revolusioner pada waktunya, dan bertentang dengan arus zaman di mana wanita Melayu- Muslim dianggap bertaraf rendah, tidak upaya mendidik diri sendiri dan perlu bergantung kepada lelaki. Syed Syeikh al-Hadi memberi gambaran yang sebaliknya: Watak Faridah Hanum itu merupakan se- orang wanita yang berkeperibadian kuat dan mulia, mempunyai agen- si rasional yang individualistik dan bisa membuat pilihan hidupnya sendiri, tanpa gangguan atau pertolongan lelaki. Golongan konservatif Kaum Tua di Malaya begitu terharu dan curiga kepada novel ini, sehingga para ulama konservatif cuba mengharamkan buku itu, atas alasan ia suatu karangan lucah (pornografi) dan Syed Syeikh al-Hadi dituduh menghina Islam dan menyesatkan pengikutnya! Kes-kes seperti riwayat hidup Agus Salim, Tjokroaminoto, Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin ini memberi bukti yang konkrit bahawa gerakan Islamisme Progresif itu telah bertapak dan tumbuh subur di bumi Nusantara ini sejak darsawarsa 20-an dan 30-an lagi. Perlu kita ingat bahawa Islam Progresif ini bukan fenomena yang baru, yang dicipta reka oleh golongan intelek dan intel di Amerika! Lagipun, jelas sekali bahawa Islamisme progresif itu bukan pasif atau ISLAM HADHARI tet Jonuari-April-Jun 2005 165 Farish A. Noor jinak cirinya: Pada masa itu, tokoh-tokoh progresif itu disegani dan ditakuti oleh pihak berkuasa, baik dari golongan pentadbir kolonial (Inggeris dan Belanda), mahupun golongan elit feudal-tradisional peribumi. Kritikan Kaum Muda terhadap struktur-struktur dan relasi kuasa zaman mereka itu diilhamkan nilai-nilai Islam dan dibentuk oleh kefa- haman moden mereka: Mereka berusaha untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, tetapi melalui strategi kritikal yang berdasarkan kritik wacana kua: (discouse-power) yang mengaitkan wacana (discourse) yang dominany dengan’struktur kekuasaan (power-structure) masa itu. Bagi tokoh-t8koh Kaum Muda ini, tidak ada perbezaan antara struktur wacana kuasa kolonial dan golongan elit konservatif peribumi, kerana kedua-duanya mempunyai objektif yang sama: memonopolikan kuasa politik atas justifikasi kewacanaan kebudayaan (cultural-discursive) di mana relasi kuasa yang tidak adil dan tidak seimbang itu bisa dinor- malisasikan. Oleh kerana itulah tulisan-tulisan Kaum Muda itu begitu keras dan tajam sekali, persis menikam intipati budaya kuasa politik rejim pada masa itu. Akhirnya segala omong-omong kosong pihak berkuasa ditelanjangkan langsung: Apa yang tinggal hanya kuasa yang terdedah (naked power) yang jijik dan zalim. ‘PROGRESIF’ KERANA MAJU ' Kalau dibandingkan dengan tokoh-tokoh lain yang sezaman de- ngan mereka, individu seperti Agus Salim dan Syed Syeikh al-Hadi flan gagasan idea-idea mereka memang bisa dikatakan sangat progre- sif sekali. Mengapa? Kerana mereka mendahului arus perkembangan zaman dan bebas maju keluar dari kongkongan atau lingkungan idea dan epistemologi yang begitu sempit pada masa itu. Tatkala kontem- porer-kontemporer mereka masih asyik bergelut dengan persoalan- persoalan esoterik seperti jin dan makhluk halus, persoalan ritual nor- matif seperti bisakah kitab Quran itu dicetak (dan tidak ditulis secara tradisional), bisakah khutbah Jumaat itu disampaikan dalam bahasa lokal, dan lain-lain, mereka sudah jauh ke hadapan dengan perbinca- 166 ISLAM HADHARI 8 Bil. 39 & 40 Apa itu ‘Islam Progresit’? ngan yang lebih praktikal, seperti bagaimana umat Islam bisa meny- atupadukan kekuatan ekonomi mereka untuk mendirikan suatu ger- akan nasionalis antikolonial. Label ‘progresif” itu diberikan kepada mereka ini kerana mereka menghidupkan dinamik evolusi sosial masyarakat mereka, dan tidak berpegang kepada idea lama secara taklid buta. Faktor yang paling penting sekali ialah kecenderungan mereka kepada tradisi dan praktik ijtihad, memikirkan isu-isu rumit dengan minda yang terbuka dan ter- dedah kepada idea dan hakikat baru, Mereka juga tidak curiga atau ragu-ragu kepada teknologi dan idea-idea Barat, malah Agus Salim sendiri telah cuba ke Belanda untuk belajar menjadi doktor. Jelas sekali bahawa mereka amat senang dengan inovasi teknologi baru, yang mereka ingin gunakan untuk memperkuatkan dan menaikkan kedudukan masyarakat mereka. ‘Islamisme progresif’ itu hanya progresif jikalau ia maju. ‘Progresif’ di sini bukan bermakna suatu Kategori atau label yang essentialist atau ontologikal. Ia juga bukan suatu label untuk sekumpu- lan atau satu puak/tribe Muslim tertentu. Bisa dikatakan adanya ‘Muslim Jawa’, ‘Muslim Sumatera’, ‘Muslim Melayu’, kerana label- label seperti ‘Jawa’, ‘Sumatera’ dan ‘Melayu’ itu label bagi kategori essentialist. Tetapi label ‘Islam progresif” itu suatu gelaran atau label yang bersifat deskriptif - iaitu ia label/nama yang menggambarkan keadaan suatu objek/fenomena. Mobil yang ‘progres’ jalah suatu mobil yang maju atau bergerak. Apabila mobil itu berhenti, ia tidak lagi dikatakan mobil yang progres. Sama juga dengan Islamisme pro- gresif - ia hanya ‘progres’ apabila ia dalam keadaan yang maju atau dinamis. Tetapi bukan Islam - dari segi idea-idea asas dan fundamentalnya - yang berubah, kerana persoalan akidah tidak timbul langsung. Tokoh- tokoh seperti Agus Salim dan Syed Syeikh al-Hadi tidak meragui atau menyoal, apatah lagi menolak atau menafikan, idea-idea asas Islam itu. Mereka teguh dalam pegangan mereka pada konsep tauhid, rukun iman dan rukun Islam. Apa yang maju dan berubah itu hanyalah ekspresi normatif dan aspek ritual-sosial Islam itu, seperti cara Muslim ISLAM HADHARI i Jonuari-April-Jun 2005 167 Farish A. Noor berbusana, cara mereka menjalankan aktiviti sosial, cara mereka berdepan dengan persoalan zaman mereka. Keupayaan dan kesanggupan untuk menyoal dan merombak kem- bali aspek-aspek normatif-sosial Islam komunal inilah yang men- jadikan tokoh-tokoh ini begitu progresif apabila dibandingkan dengan kontemporer mereka. Golongan progresif Muslim dan Kaum Muda di Indonesia dan Malaysialah yang memulakan begitu banyak inisiatif, seperti kompeni-kompeni Muslim, madrasah moden, perterjemahan buku-buku Arab ke bahasa lokal, perjuangan kultural-Islamisme dan Jain-lain. Tidak hairan bahawa perubahan-perubahan ini akhirnya membawa ke arah konflik dan antagonisme sosial politik. Ini adalah kerana - seperti yang saya telah ulas dalam bahagian KE ARAH ISLAMISME PROGRESIF YANG RADIKAL - wacana dan wawasan Islam yang murni itu sudah tentu tidak disenangi oleh mereka yang mendukung status quo yang sedia ada. Mesej Islam yang menekankan hakikat per- samarataan antara insan manusia, keadilan sosial, keadilan ekonomi, kebebasan berfikir dan bersuara dan lain-lain, memang akan menggu- gat kedudukan dominan kelompok berkuasa. Oleh kerana sistem poli- tik sosial yang tidak adil itu hanya dapat dikekalkan melalui penggu- naan kuasa (dan kadangkala kekerasan dan kezaliman), maka mana- mana sistem idea alternatif yang mempersoalkan orde epistemik dan sosial politik itu akan dianggap berbahaya. Jikalau Nabi Muhammad sendiri bisa diragui, dicurigai dan dikambinghitamkan sebagai anasir subversif yang radikal dan revolusioner, maka sudah tentu mereka yang cuba menghidupkan kembali semangat radikalisme tulen Islam itu akan juga dikotakkan dalam kategori ‘revolusioner’ dan ‘radikal’ juga. Oleh kerana itulah tokoh-tokoh seperti Agus Salim, Tjokroaminoto, Syed Syeikh al-Hadi dan golongan Kaum Muda ditolak, diusir, dipu- laukan malah diancam langsung oleh musuh-musuh mereka. Dalam kes Malaysia, Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir langsung dibuang keluar dari kerajaan-kerajaan Melayu dan terpaksa melanjutkan akti- vitas reformasi mereka di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka (yang TA ISLAM HADHARI #8 Bil. 39 & 40 Apa itu ‘slam Progresif’? di bawah naungan kerajaan Inggeris pada masa itu). Syeikh Tahir juga dilucutkan dari jawatannya sebagai mufti oleh Sultan Melayu yang dipengaruhi oleh ulama-ulama kolot ketinggalan zaman Kaum Tua, dan dilabelkan ‘musuh Islam’. Tetapi siapakah sebenarnya musuh-musuh Islam itu? Mereka yang ingin membawa pembaharuan, membuka jendela dan pintu-pintu men- tal yang tertutup begitu lama? Atau mereka yang berhaluan kanan garis keras, yang berpegang kepada ortodoksi dan praktis kolot, yang masih merujuk kepada kitab-kitab Kuning yang tidak lagi relevan bagi kehendak semasa? Pada masa itu (darsawarsa 20-an dan 30-an), tokoh-tokoh pemba- haruan Islamisme progresif itu dianggap ‘musuh dalam selimut’ dan ulama radikal yang berbahaya. Namun begitu, pada era ini kita bersyukur kepada mereka, kerana merekalah yang membuka jalan untuk suatu reformasi dan renovasi Islam yang dewasa ini semakin kuat momentumnya. Zaman ini, gagasan idea dan perjuangan Agus Salim, Syed Syeikh al-Hadi dan tokoh-tokoh Kaum Muda itu diteruskan oleh pemikir dan aktivis Nusantara seperti Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid, Amien Rais dan juga Hidayat Nurwahid di Indonesia, Chandra Muzaffar dan Osman Bakar di Malaysia. Tetapi walaupun kita menghargai jasa dan usaha tokoh-tokoh seperti Agus Salim dan Syed Syeikh al-Hadi, kita mesti juga berdepan dengan hakikat bahawa zaman telah berubah dan realiti zaman ini - zaman hegemoni Amerika dan kebangkitan kuasa global Amerika - jauh lebih rumit, kompleks dan berbahaya. Globalisasi dan proses membina kembali orde ekonomi global telah membawa padah dan musibah kepada umat manusia sedunia, dari warga kota miskin di Brazil ke warga desa yang ditindas di Bangladesh. Bolehkah kita lahirkan suatu wacana dan wawasan Islamisme pro- gresif yang dapat bertahan dalam suasana kucar-kacir begini? Bolehkah kita wujudkan suatu wacana Islamisme universal yang dapat mMenjambatani jurang perbezaan kuasa, kekayaan dan ekonomi antara Masyarakat negara kaya dan yang miskin? Bolehkah kita membina Suatu gagasan Islamisme yang menjadikan perjuangan antikomunita- SLAM HADHARI a Jonuar-Apritdun 2005 169 Farish A. Noor rianisme, antirasisme, antidiskriminasi itu sebahagian daripada per- juangan totalnya? Inilah persoalan yang akan kita cuba jawab. HALA TUJU BAGI GERAKAN ISLAMISME PROGRESIF MASA DEPAN ‘Radikalisme’ yang ada dalam Islamisme progresif itu bergantung kepada keupayaannya untuk memecah benteng-benteng dan menjam- batani jurang-jurang mental yang wujud dalam konteks masyarakat Sekitar. Mustahil wujudnya Islamisme progresif yang pasif, yang senang dengan status quo yang sedia ada, atau disenangi oleh golo- ngan elit yang mendukung status quo itu pula. Inilah dinamika yang ada dalam norma-norma praktis Islam nor- matif yang kita telah sebut sebelum ini. Bermula dari titik tolak kon- sep tauhid, iaitu kewujudan Tuhan yang Satu, yang Maha Esa dan Maha Berkuasa, kita akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa seluruh alam ini merupakan suatu objek yang satu, tidak bisa dibelah bahagi, dan tidak ada kuasa yang bisa mengalahi kuasa Tuhan, (Walaupun ini merupakan suatu konsep yang rumit dan kompleks, dan kadangkala membawa kepada kesalahfahaman dan kekeliruan, seperti dalam kes doktrin Wahdat-ul Wujud yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik).(?) Logiknya begini: Jikalau kita terima hakikatnya bahawa Tuhan itu Satu dan Tuhanlah yang mereka dan mewujudkan alam dan segala yang ada di dalamnya, justeru itu dari sudut pandangan Tuhan yang Maha Esa, semua yang terkandung dalam alam ini mempunyai status eksistensial dan ontologikal yang sama. Perbezaan antara kewujudan dan ketidakwujudan itu merupakan suatu perbezaan yang mutlak, bukan relatif. Jadi makhluk yang kecil, lemah dan hina seperti semut pun merupakan bukti keagungan dan kekuasaan Tuhan. (Kalau tak percaya, cuba anda wujudkan seekor semut. Sebutir pasir pun tak bisa diwujudkan oleh kita!).C) Realiti inilah yang menjadi tapak dan landasan bagi sistem etika dan falsafah Muslim. Oleh kerana itulah umat Islam disuruh memeli- 170 ISLAM HADHARI i Bil 39. 40 Apa itu ‘Islam Progresif’? hara dan menghormati alam sekitar - kerana rumput dan lalang pun merupakan sebahagian daripada alam yang diwujudkan Tuhan, dan kita umat manusia hanya “‘menumpang’ di bumi ini. Kita wujud di bumi kerana diamanahkan untuk memelihara alam yang diwujudkan Tuhan, dan daripada interaksi dan sikap saling bergantung (inter- dependency) dengan alam sekitar ini kita bisa mengenali dan meng- hayati keindahan dan kekuasaan Tuhan yang Maha Esa, Dari titik tolak yang sama, kita patut sedar bahawa dari sudut pan- dangan Tuhan, umat manusia ini sama taraf dan statusnya. Tidak ada manusia yang lebih agung, lebih sempurna, lebih istimewa daripada manusia yang lain. Kelebihan para nabi dan rasul terkandung dalam keimanan dan watak moral mereka, yang membolehkan mereka memahami dan menghayati keagungan Tuhan secara lebih mendalam, sehingga mereka bisa terima wahyu dari Tuhan. Namun begitu, mere- ka sendiri masih manusia biasa, yang hidup, mati, bekerja dan berin- teraksi dengan masyarakat sekitar. (Kita tidak patut mengagung- agungkan para nabi dan rasul, apatah lagi golongan ulama dan aulia, sehingga mereka diangkat ke tahap dewa, seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut aliran Barelwi di India/Pakistan. Ini juga bisa dikatakan sejenis syirik atau kekufuran yang berbahaya dan melanggar prinsip-prinsip akidah Islam). Berikutan dari titik tolak yang sama, patut ditekankan bahawa dari sudut pandangan Tuhan tidak ada manusia yang lebih rendah, hina atau inferior daripada yang lain. Kecenderungan manusia - sebagai organisme atau haiwan sosial (social animal) - ialah untuk berkumpul bersama dan membentuk kelompok-kelompok yang homogenis. Kerap kali apabila kecenderungan ini wujud, faktor yang menyatu- padukan kelompok itu ialah faktor etnik, ras, bangsa, sejarah, bahasa/linguistik mahupun keagamaan. Walaupun secara logik peri- laku begini bisa dikatakan suatu norma organisme sosial, tetapi ia masih menentang prinsip tauhid yang menekankan kesatuan dan kesamarataan antara makhluk Tuhan. Dalam Islam tidak ada konsep ‘ras’, ‘etnik’ ataupun “bangsa’, tetapi hanya suatu umat - iaitu umat manusia - yang sama dan setaraf. ISLAM HADHARI sae Jonvari-April-Jun 2005 VI Farish A. Noor Menentang, mengkritik dan menghapuskan sikap prejudis perkauman beginilah yang patut dijadikan satu daripada matlamat gerakan Islam progresif dewasa ini. ANTIRASISME DAN ISLAM PROGRESIF Dalam iklim politik global yang begitu panas pada masa ini, sikap prejudis perkauman patut dianggap suatu daripada halangan kepada ,, _perkembangan aliran Islam progresif. “ «Islam progresif, seperti kita telah sebut sebelum ini, mempunyai daya maju ke hadapan, bergerak keluar dari lingkungan sempit idea- idea dan norma-norma ortodoksi tradisional yang diwarnai oleh sikap, perilaku dan kebiasaan zaman kuno. Semangat pembaharuan yang terkandung dalam harakah gerakan progresif ini sudah tentu menen- tang sikap prejudis dan perkauman yang berasaskan unsur nafsu yang primordeal dan tidak rasional. Tetapi apabila berdepan dengan gejala tidak rasional, antirasional dan antihumanis begini, apakah taktik atau strategi yang patut digunakan oleh golongan Muslimin progresif? Khazanah intelektual Muslim padat dengan idea-idea dan teori- teori yang dibentuk dan diwarnai oleh semangat rasionalisme yang memang terkandung dalam Islam dan budaya normatif Muslim. Malah, tradisi ilmuan Barat yang dikatakan begitu rasional itu pun dibentuk melalui interaksi tamadun Barat dan tamadun Islam. Dari al- Ghazali ke Ibnu Khaldun, begitu banyak ilmuan Muslim telah menekankan kepentingan daya fikir yang kritis, persis dan rasional ini. Kita masih bisa kembali kepada tradisi intelektualisme rasional ini, menghidupkan kembali dinamisme yang dewasa ini agak pudar, dan melancarkan suatu gagasan idea rasional yang relevan dan berkesan untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa. Tetapi untuk projek begi- ni berjaya, kita juga mesti sanggup melakukan suatu renovasi dan reformasi dalaman, bermula dengan suatu auto-critique di mana kita bisa menyoal idea-idea dan taktik strategi asas kita. 172 ISLAM HADHARI #8 Bil. 39 & 40 Apa itu ‘Islam Progresif’? MENCARI MUSUH Hakikat yang tidak dapat ditolak atau dinafikan ialah selama ini gerakan Islamisme telah berjaya menyatupadukan ummah Islam atas alasan ‘Islam tercabar’ dan ‘umat Islam dikelilingi_musuh’. Kecenderungan mencari musuh (baik yang benar-benar ada, ataupun musuh yang direka belaka) inilah yang memberi gerakan Islam ke- upayaan untuk menyatu umat (bonding capital). Dari segi keupayaan menyatukan umat ini, gerakan Islamisme moden memang tidak dapat dinafikan kehebatannya. Di mana-mana saja, dari Palestin ke Indonesia, kita dapat lihat contoh gerakan-ge- rakan Islamisme yang telah berjaya menyatupadukan komunitas mere- ka secara efektif dan sukses, Tetapi pada masa yang sama, daya upaya untuk menyatukan umat ini juga telah menjadi suatu halangan bagi gerakan Islamisme, kerana pada masa yang sama ia telah mendirikan benteng-benteng mental dan sosial yang menghalang interaksi dengan kaum-kaum lain, dan dalam beberapa kes (seperti di mana Muslimin itu merupakan kumpulan minoriti) telah meminggirkan dan memencilkan umat Islam pada masa yang sama. Jadi walaupun dari segi keupayaan menyatu (bonding ca- pital), gerakan Islamisme itu kuat, dari segi keupayaan menjambatani jurang (bridging capital) gerakan Islamisme itu lemah sekali. Kelemahan ini jelas terbukti apabila kita lihat bagaimana rasa sim- pati bagi umat Islam pada tataglobal itu amat berkurang waktu ini: Umat Islam di Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan, Kashmir, India, Filipina, Siam, Indonesia dan Eropah dizalimi dan diganyang habis- habis, tetapi komuniti global tidak melakukan apa-apa. Malah, sering kali kita lihat dalam laporan media global arus perdana kes-kes di mana Muslimin yang sebenarnya mangsa kezaliman dianggap “musuh’, ‘anasir teroris’ dan ‘pihak yang bersalah’. Ini menunjukkan bahawa pada tahap global, kecenderungan gerakan Islamisme untuk berkumpul bersama dan menumpukan fokusnya khusus kepada umat Islam secara eksklusif telah membawa padah dan bencana. Keadaan ini tidak mungkin berubah selagi gerakan Islamisme ISLAM HADHARI Bt Januari Apritun 2005 173 Farish A, Noor berpegang kepada konsep dialektik bermusuhan (oppositional dialec- tics) dalam strategi mereka. Tetapi konsep dan nilai dialektik bermusuhan ini telah merésap dan menular masuk ke dalam minda umat Islam secara menyeluruh, dan praktik ini diperkukuhkan lagi oleh kerana kita masih bergantung kepada idea, nilai dan epistemolo- gi yang diwarisi dari zaman lama, iaitu zaman di mana umat Islam memang dalam keadaan konflik dengan dunia luar. Inilah fenomena yang disebut oleh pemikir Islam Ebrahim Moosa sebagai ‘epistemolo- gi zaman empayar kuno’; (Imperial Epistemology). qv ss EPISTEMOLOGI ZAMAN EMPAYAR KUNO s Mengikut pendapat pemikir Islam progresif Ebrahim Moosa, umat Islam dewasa ini mengalami suatu masalah epistemik-psikologik.(*) Walaupun kita hidup di awal abad ke-21, dari segi mentaliti kolektif kita, kita masih tinggal dalam zaman pertengahan, masih kekal dalam mind-set zaman Perang Salib. Jikalau ditinjau secara empirisis, kita dapat lihat bagaimana begitu banyak pemikir dan pemimpin gerakan Islamisme bergantung kepada konsep ‘musuh dan kawan’ (friend and enemy) dalam pidato, tulisan dan praktik politik mereka. Secara amnya, apabila membaca tulisan- tulisan gerakan Islamisme generasi ini, kita mendapat gambaran bahawa umat Islam di dunia tidak mempunyai teman atau kawan lang- sung. Gambaran yang kita dapat ialah suatu komunitas yang dikepung, dikelilingi musuh dan dizalimi tanpa henti. Tetapi, gambaran ini tidak tepat, malah, hanya mengelirukan dan memutarbelitkan realiti yang ada. Hakikatnya ialah walaupun umat Islam ity dizalimi (oleh struktur-struktur ekonomi, politik dan proses globalisasi), ada juga komuniti yang lain yang menjadi mangsa juga. Cuba lihat ke negara-negara membangun yang lain, seperti Venezuela, Brazil, Mexico di Amerika Latin, negara-negara Amerika Tengah, negara-negara Afrika seperti Mozambique, Angola, Sierra Leone dan lain-lain. Bukahkah ini contoh komuniti yang lain (yang bukan Muslim) yang dizalimi oleh proses globalisasi dan struktur ekonomi 174 ISLAM HADHARI 3 Bil 39 & 40. Apa Itu ‘Islam Progresif’? global yang tidak adil juga? Malangnya, rasa simpati, peduli dan perikemanusiaan umat Islam jelas terbatas ke sempadan komuniti umat Islam itu saja. Dalam usaha saya sebagai aktivis Hak Asasi Manusia dan aktivis antiglobalisasi, jarang sekali saya berjumpa dengan aktivis Muslim lain di per- jumpaan-perjumpaan dan konferensi tentang isu-isu begitu. Nampaknya seakan gerakan Islam hanya bergerak dan bertindak apa- bila mereka yang dianiyai dan dizalimi itu datang dari komuniti mere- ka sahaja! Jikalau begini, bisakah kita katakan bahawa kita telah memahami, apatah lagi menghayati, nilai-nilai Islam yang universal itu? Inilah sebabnya Ebrahim Moosa menyatakan: “We cannot contin- ue to employ the same epistemology of the age of the old Muslim empires. We need new intellectual tools for the age we live in, to deal with the realities of a more complex and plural universe.” Menolak kecenderungan kepada dialektik bermusuhan ini ialah langkah pertama untuk mendirikan suatu gagasan Islamisme progresif yang benar-benar universal, terbuka, inklusif dan pluralis. Bermula dari titik tolak prinsip tauhid yang kita sebut tadi, kita perlu mengge- rakkan arus fikiran Muslim ke arah yang lebih terbuka dan inklusif, di mana Muslimin sedunia bisa mengerti dan sedar bahawa solidariti yang perlu dibentuk ialah di kalangan semua umat manusia, dan per- juangan untuk keadilan itu ialah suatu perjuangan global yang matla- matnya ialah membebaskan umat manusia secara menyeluruh. Dalam perjuangan ini, gerakan Islamisme mesti sedar bahawa teman-teman yang mereka cari itu ada di kalangan kaum dan komuni- ti lain juga, dan tidak Semestinya daripada kaum Muslim sahaja. Malah, bagi saya, teman-teman dari komuniti lain itu mungkin lebih komited, lebih berprinsip, lebih berwibawa dan lebih jujur dalam per- juangan mereka. Mereka inilah yang patut dianggap ‘teman sejalanan dan teman_perjuangan’ gerakan Islamisme progresif, dan bukan kelompok-kelompok Muslim konservatif yang berpegang kepada idea dan ortodoksi lama, atau sikap prejudis kuno. Dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan sejagat bagi seluruh umat manusia, gerakan-ge- rakan pekerja (trade unions), gerakan mahasiswa (student unions), ISLAM HADHAR] 88 JonvariAprilJun 2005 175 Farish A. Noor gerakan buruh (labour movement) dan gerakan prodemokrasi dan HAM antarabangsa lebih penting daripada kelompok Muslim yang konservatif, ‘fundamentalis dan eksklusif. (Patut dinyatakan di sini bahawa banyak di antara gerakan Muslim konservatif itu juga bukan ‘radikal’ sebenarnya, kerana mereka juga menyokong dan mendukung ideologi kapitalisme Barat juga). Matlamat akhir perjuangan global ini ialab untuk meruntuhkan struktur-struktur dominasi, eksploitasi dan penindasan yang meru- pakan faktor-faktor konkrit yang menyebabkan wujudnya benteng- benteng dan rang, jurang sosial di dunia waktu ini. Dan jikalau struk- tur-strukfar ini menyebab (dan mengekalkan) perbezaan sosial dan perkaumian yang tidak adil, malah menafikan kesatuan dan kesama- rataan umat manusia, jadi struktur-struktur inilah yang bisa dikatakan struktur-struktur kekufuran zaman ini - zaman globalisasi kapitalisme dan hegemoni Amerika. STRUKTUR-STRUKTUR KEKUFURAN DAN AGENDA ISLAMISME PROGRESIF Kebelakangan ini, kita lihat bagaimana sesetengah individu dan gerakan Islamis begitu ghairah apabila menuduh satu sama lain ‘kafir’ dan/atau ‘munafik’. Walaupun sikap dan taktik takfir (menuduh Muslimin lain itu kafir) yang jijik dan dikeji ini telah dibidas dan dikri- tik habis-habisan oleh cendekiawan dan sarjana Muslim lain dari Muhammad Iqbal, Fazlur Rehman ke Syeikh Yusof al-Qaradawi(*), malangnya praktik ini masih berleluasa dan diamalkan oleh mereka yang kononnya menganggap diri mereka itu ‘Muslimin tulen’. Dalam perlumbaan mereka untuk mencari Islam yang autentik dan murni, mereka telah melanggar segala batasan etika dan lunas-lunas perada- ban Islam itu sendiri! Kecenderungan kepada praktik takfir ini dapat kita fahami apabila kita sedar bahawa kebanyakan daripada mereka yang mengamalkannya itu telah menghayati logik dualisme yang kita telah bincangkan di atas. 176 ISLAM HADHARI Ba Bil. 39 & 40 Apa itu ‘islam Progresif’? Kecenderungan kepada logik dialektik bermusuhan (oppositional dialectics) yang sebenarnya bercanggah dengan prinsip tauhid (yang menekankan kesatuan Tuhan dan alam semesta) ialah satu daripada akibat hegemoni ideologi Barat dan lumpuhnya mentaliti kaum yang ditindas dan dijajah secara sempurna dan menyeluruh. Inilah bukti konkrit bahawa umat Islam dewasa ini telah meresap dan menghayati nilai-nilai dan idea-idea Barat, walaupun mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka telah menjadi wadah bagi ideologi dan mentaliti Occidentalis itu. Seperti yang dikatakan oleh pakar sejarah dan so- siologi politik Ibnu Khaldun 500 tahun lalu, ruang mentaliti suatu kaum itulah batasan terakhir sebelum kaum itu dijajah secara menyeluruh: Apabila ahli-ahli kaum itu mula berfikir menggunakan logik kaum penjajah, maknanya mereka telah benar-benar tewas dan dijajah secara komprehensif. STRUKTUR-STRUKTUR KEKUFURAN DAN AGENDA ISLAMISME PROGRESIF Dalam konteks politik dunia semasa, satu cabaran yang dihadapi oleh pemimpin, ideolog dan anggota gerakan Islamisme progresif ialah bagaimana mereka dapat melahirkan suatu interpretasi konsep kafir/kekufuran yang relevan bagi kehendak zaman ini. Setakat ini, gerakan Islamis sedunia hanya berjaya menyatu- padukan umat Islam sedunia di bawah sepanduk Pan-Islamisme dan dengan menyuarakan slogan emotif ‘Islam dicabar’. (Kadangkala juga kedengaran slogan ‘Islam dihina’ atau “Islam terancam’). Slogan-slo- gan ini, seperti mana telah diterangkan sebelumnya, telah melahirkan Suatu generasi Muslim yang terasa mereka itu senantiasa terancam, dijadikan mangsa prejudis dan diskriminasi, dizalimi dan dianiyai. Ta juga telah memperkuatkan lagi silaturahim antara Muslimin sedunia, atas rasa simpati yang tidak mengenal sempadan politik - sehingga penderitaan Muslimin di Palestin, Kashmir, Chechnya, Aceh dan Mindanao bisa dirasai oleh Muslimin yang hidup di negara lain yang Suasananya lebih enak, cocok dan damai. ISLAM HADHARI 88 Jonvar-April Jon 2005 177 Farish A. Noor Malangnya, seperti kita telah terangkan di atas, sikap prihatin dan kepedulian antara Muslimin ini juga telah memulaukan mereka sehingga dewasa ini umat Islam sedunia dianggap suatu komuniti minoriti, yang terpencil dan dipinggirkan. Bonding capital yang begi- tu berkesan untuk menyatupadukan umat Islam telah juga memu- laukan mereka daripada arus perdana masyarakat antarabangsa, dan akhirnya menjadi batasan yang tidak dapat diatasi secara berkesan oleh kerana ketidakadaannya ‘bridging capital’ yang dapat menjam- batani jutang>jurang budaya, etnik dan ras itu. Satu [Agi akibat negatif praktik ini ialah ia telah menutup mata Muslim’ sedunia apabila mereka berdepan dengan realiti kezaliman, kekerasan dan keburukan dalam masyarakat Muslim itu sendiri. Aktivis-aktivis Islamis begitu prihatin dan peduli kepada kezaliman yang dikenakan ke atas Muslim di negara-negara lain, tetapi mereka patut sedar bahawa ancaman kepada umat Islam umumnya datang juga dari dalam, iaitu daripada kalangan pemimpin dan kerajaan mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Zionis Israel yang bersikap facis dan militaris itu telah melakukan begitu banyak kesala- han dan kezaliman terhadap masyarakat Palestin. Tetapi janganlah pula kita lupa bahawa rakyat Palestin telah dizalimi, diperalati, dima- nipulasikan oleh kerajaan-kerajaan Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria dan lain-lain negara Arab juga. Dan jangan pula kita lupakan bahawa umat Muslimin itu bukan semuanya yang baik. Bahlol, pelesit dan goblok-goblok jahil dan tidak berpendidikan yang menjadi anggota tentera Taliban itu telah sanggup bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dan pihak inteligen Amerika, Israel dan negara-negara Barat; yang telah menggunakan Taliban sebagai boneka mereka untuk menghancurkan kerajaan Mujahidin Afghanistan - agar kompeni-kompeni minyak dan gas Barat bisa mendirikan sistem paip untuk minyak dan gas di Asia Tengah. Mustahil dikatakan bahawa hantu-hantu begini bisa dianggap ‘model Muslim tulen’! Dalam konteks pergolakan politik yang begitu rumit dan kompleks sebegini, kita mesti bermula dari soalan yang paling penting: Apakah 170 ISLAM HADHARI tit Bil 39 & 40 Apa itu ‘Islam Progresif’: itu kekufuran, dan siapa/apakah itu ‘kafir’ yang sebenar? KEKUFURAN DARI ASPEK STRUKTUR POLITIK EKONOMI Dalam tafsir surah Hud, Nik Aziz Nik Mat telah memperingatkan kita bahawa perkataan ‘kafir’ itu berasal daripada suatu istilah agrari- an, iaitu suatu istilah yang digunakan oleh kaum tani. Akar eti- mologinya ialah perkataan “kufr’, yang bermakna “‘mengambusi atau menutup lubang yang digali untuk menanam sebiji benih’. Bagaimanakah perkataan ‘kufr’ (istilah agrarian) ini menjadi suatu istilah teologis/keagamaan? Inilah proses diakronisma (diachronic) yang membuktikan bahawa bahasa dan wacana (discourse) itu bersifat plastik, iaitu ia bisa berubah mengikut konteks apabila istilah-istilah dan perkataan-perkataan digunakan dalam konteks berbeza (multiple contexts). Seseorang yang dikatakan ‘kafir’ itu ialah individu yang menutup mata hatinya apabila berdepan dengan hakikat kesatuan alam dan kewujudan Tuhan yang satu dan yang Maha Esa. Ia dikatakan ‘kafir’ kerana ia melakukan kekufuran, kerana menutup mata hati dan tidak menerima realiti yang terbukti jelas. Apakah realiti yang dinafikan itu? Inilah realiti konsep tauhid, yang menekankan kesatuan alam dan kesamarataan antara segala makhluk yang diwujudkan Tuhan.(*) Kekufuran bukan semata-mata suatu aksi sepihak, yang dilakukan dengan sengaja oleh individu atas sebab-sebab subjektif. Memang nyata bahawa dalam kes-kes individu tertentu, sikap kekufuran itu mungkin wujud oleh kerana prejudis dan mentaliti individu itu sendiri. Mereka yang bersikap racis, yang bersikap prejudis terhadap golongan atau kaum lain atas alasan mereka itu adalah bangsa/ras/gender yang tendah dan Jain-lain - ini adalah contoh kekufuran pada tahap indivi- dual. Manusia yang racis, atau bersikap prejudis atas perbezaan warna kulit, bahasa, etnik/ras - bukan saja bersikap tidak rasional, tetapi lebih mengkhuatirkan lagi, menunjukkan sikap anti-Tauhid apabila mereka menafikan hakikat bahawa semua umat manusia itu sama rata, dan ISLAM HADHARI bap Janvari-April-Jun 2005 179 Farish A. Noor datang dari Tuhan yang sama. Tetapi kekufuran juga disebabkan oleh struktur-struktur ekonomi, politik dan sosial yang wujud merata-rata, dan malangnya tidak dipedulikan ramai. Apakah struktur-struktur kekufuran ini? Inilah struktur-struktur ekonomi politik yang memudahkan proses eksploitasi dan memperalatkan manusia, schingga insan manusia - yang diberikan Tuhan daya berfikir, agensi rasional, status dan keperibadian unik - direndahkan kepada status suatu mesin atau alat perkakas dalam jen- tera skohomi kapitalis itu, tenaganya hanya diperah dan digunakan baie Habit 2 s KAPITALISME DAN KEKUFURAN Sistem ekonomi politik liberal-kapitalisme itulah struktur kekufu- ran yang paling zalim, berbahaya dan menonjol pada zaman kita ini. Segala bencana dan musibah yang melanda umat manusia sedunia - dari kadar pengangguran yang melambung di Barat, ke kemunduran ekonomi di Afrika, ke keadaan huru-hara di Iraq - semuanya dise- babkan oleh dominasi hegemonik sistem kapitalis global yang telah membawa bencana. Peperangan di Afghanistan dan Iraq itu tidak ada kena-mengena dengan alasan ‘perang antiteror’, tetapi didorong oleh rasa tamak haloba golongan kapitalis sedunia untuk memerah hasil alam semula jadi, khususnya minyak dan gas, dari negara-negara yang diserang dan dijajah itu. Pemuda-pemudi Amerika dan negara-negara sekutunya dihantar ke Iraq untuk melawan dan menjajah suatu masyarakat yang tidak berdosa. Tragedinya ialah anak-anak muda Amerika itu kebanyakannya datang dari keluarga miskin dan tidak berpendidikan tinggi. Mereka pula dihantar ke Iraq untuk mati di tangan tentera gerila Iraq, yang juga datang dari golongan miskin. Hakikatnya anak-anak muda Amerika itu sebenarnya mempunyai banyak persamaan dengan anak- anak muda Iraq, manakala golongan elit Amerika - termasuk pengecut dan penipu nombor satu George Bush dan kroni-kroninya - tinggal secara aman dan enak di istana-istana mewah yang dikelilingi pelin- 180 ISLAM HADHARI #88 Bi. 39 & 40 ‘ Apa itu ‘slam Progresif’? dung (bodyguards) mereka! Nampaknya seakan zaman kolonial yang pahit itu telah kembali menghantui kita semua... Malah dari abad ke-17 lagi, politik kolonialisme dan imperialisme Barat memang tidak ada apa-apa kaitan dengan aspirasi murni seperti menyebar nilai dan idea ketamadunan Occidental, tetapi hanya untuk merampas kekayaan negara-negara lain dan melumpuhkan sistem ekonomi lokal di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan negara-negara Arab. Manakala sistem ekonomi Islamis (iaitu sistem ekonomi yang di- warnai dan diatur mengikut nilai-nilai Islami) bertujuan untuk menya- tupadukan umat manusia secara menyeluruh (dan bukan umat Islam saja, ingat!), sistem ekonomi liberal-kapitalis mempunyai tujuan yang sebaliknya: Iaitu untuk mewujudkan jurang-jurang perbezaan kelas antara kaum miskin dan kaum kaya; kaum lemah dan kaum bekuasa; kaum yang dieksploitasikan dan kaum yang mengeksploitasikan. Tetapi konsep kelas (seperti juga konsep ‘ras/etnik’) ini merupakan konsep yang bukan semula jadi (unnatural) dan tidak rasional (irra- tional), malah antirasional. Baik dari Segi teologis dan segi epistemik, ‘kelas’ merupakan suatu konsep yang tidak ada asas dalam peraturan alam semula jadi (natural order). Ia merupakan suatu rekaan manusia, dan suatu fenomena yang bidaah dari segi hukum syariat alam. Perbezaan kelas sosial wujud dari praktik ekonomik yang tidak seim- bang dan tidak adil semata-mata. Seseorang Muslimin itu mesti ingat bahawa dari sudut pandangan Tuhan yang Maha Esa, umat manusia itu merupakan suatu umat yang sama rata, dengan taraf/status yang sama. Kita semua insan manusia, dan status keinsanan kita itu bergantung kepada ciri-ciri kemanusiaan kita, yang termasuk sifat simpati, kasih sayang, empati, perikemanu- Siaan, kepedulian dan lain-lain. Tidak ada perbezaan ras atau perkau- man dari sudut pandangan Tuhan, apatah lagi perbezaan kelas - yang diwujudkan semata-mata oleh sistem ekonomi yang tidak seimbang dan menguntungkan hanya suatu kelompok minoriti yang berkuasa. Struktur ekonomi politik yang membelah bahagi umat manusia yang satu kepada puak-puak yang berbeza ini Patut difahami dan ISLAM HADHARI ee Jonuari-AprtJun 2005 181 Farish A. Noor dikenali sebagai suatu struktur kekufuran, yang menafikan kesatuan dan persamaan antara umat manusia, malah memecah belah dan mem- perkotak-kotakkan umat manusia yang satu. Oleh kerana sistem ekonomi kapitalis yang tidak seimbang inilah wujudnya kemiskinan dan kemunduran. ‘Kemiskinan’ bukan suatu bencana yang wujud secara semula jadi, ataupun jatuh dari langit - tetapi diperbuatkan secara sengaja oleh praktik sistem kapitalis yang secara sistematis mengeksploitasikan kin dan memerah tenaga mereka untuk kehendak mencari keuntungan yang maksimum (profit maximisation). Sadi ‘kemiskinan’ itu | Sebenarnya suatu gejala sosial buatan manusia, suatu fenomena yang bidaah menyeleweng hukum syariat alam, dan juga suatu pem- buatan yang berdosa. Jikalau gerakan Islamisme progresif ingin membuktikan relevensinya dan sikap kepeduliannya terhadap isu-isu sosial semasa, maka masalah struktur ekonomi-sosial-politik inilah mesti dijadikan objektif politik unggulnya. Saya masih yakin bahawa gerakan Islamisme global mempunyai daya upaya untuk melahirkan suatu wacana alternatif yang pragmatis, efektif dan konstruktif agar bisa menandingi masalah globalisasi zaman ini. Tetapi jikalau gerakan Islamisme progresif ini hendak ber- jaya, maka pemimpin, ideolog dan anggota aliran ini mestilah berfikir tentang isu-isu konkrit seperti struktur ekonomi global sedunia. Gerakan Islamisme sedunia telah berjaya menggerakkan tenaga manu- sia secara besar-besaran, tetapi kritiknya terhadap struktur-struktur kekufuran dan kezaliman era semasa begitu lemah kerana banyak di kalangan kelompok ini yang curiga kepada konsep-konsep seperti per- soalan kelas dan struktur ekonomi. Pada era Perang Dingin (Cold War), gerakan Islamisme progresif dibelakangi oleh aliran Islamisme konservatif yang lebih kuat bersuara. Atas alasan takut dituduh ‘Marxist’ atau ‘komunis’, golo- ngan ilmuan Islamis progresif berasa waswas apabila menyebut ten- tang persoalan kelas dan struktur ekonomi. Hanya beberapa individu yang berani menjalankan sistesis konstruktif dengan menggunakan 182 ISLAM HADHARI #8 Bil 39 & 40 Apa tu ‘Islam Progresif’? idea-idea politik aliran kiri, antaranya Ali Shariati. Tetapi sikap keti- dakpedulian terhadap isu-isu struktur inilah yang dewasa ini melemahkan gerakan Islamisme progresif, sehingga bisa dikatakan kebanyakan antara mereka yang mengaku dirinya Muslim progresif itu hanya ‘harimau tua tidak bergigi taring’! Waktu ini kita yang mengaku diri kita Islamis progresif tidak boleh lagi berdolak-dalih dan mencari alasan sang pengecut. Jangan usah membuang masa berdiskusi tentang persoalan esoterik, seperti ada atau tidak adanya jin dan hantu, halal atau tidaknya internet dan lain- lain lagi. Kalau nak sibuk sangat mencari “kafir’, nah, buka mata dan lihat kekufuran yang menonjol di depan batang hidung sendiri: Kapitalisme yang memecah belah umat manusia itulah kekufuran yang paling jelas waktu ini. Soalannya, bisakah kita membina suatu sistem ekonomi politik yang dapat menyatupadukan umat manusia pula? Selagi soalan ini tidak dapat dijawab, janganlah harap Islam progresif itu bisa berjaya! ISM HADHARI 68 Janvar-Aprit-Jun 2005 183

Anda mungkin juga menyukai