Anda di halaman 1dari 33

Puding Triffle (Resepi Turun Temurun) kononnye la...ngggee..

ezralovescook@myresipi.com
Nama pudding ni mmg pnjg sbb xtau nama sebenar puding ni so main letak je nama..tp yg pasti
mmg sedap terutama dimakan sejuk..& senang jgk nk buat..thanx utk makchaq yg bg resepi ni!
Resepi WAJIB tiap kali raye..Smua rumah aunt2 hidang triffle nih..;)

Created on : 24-01-2010
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ezralovescook

1623Share

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai


lapisan bawah puding.

3 sudu besar Tepung kastard

1 sudu besar Gula

1 cawan air

1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)

1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan &


ketepikan airnya

1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)

1 cawan air untuk larutkan Jelly

Cara-cara
1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn
biar berketul)
2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air
sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke
dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam
bekas puding @ mangkuk kecil)
4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.
6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut
cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke
atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun.
Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat
mencuba

Puding trifle

daniaelyza@myresipi.com

puding trifle. * Gambar dari laporan masakan oleh misz_su

Created on : 18-10-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 5-7 )

1 tin susu cair


1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona

1 mangkuk air panas

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.


Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu
cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan
dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras,
bolehlah dihidangkan.

Easy Pasta Bake

mutiarazura@myresipi.com

Italian recipe yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

Created on : 05-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

281Share
Bahan-bahan ( 6 orang kot )

500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang halus

1
1
1
1
1
1
1
1

tin sedang tomato puri


tin cendawan butang - dihiris
biji lada benggala - didadu
kiub stok ayam atau lembu ikut jenis daging yang digunakan
batang carrot didadu
batang celery didadu
sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu

segar)

Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan


3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
1.

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru
masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak
masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2.
Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup
sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
3.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4.
Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai
berkuah pula.
5.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan
Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
6.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila
nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
7.
Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair
dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4
minit, kemudian masukkan susu segar.
8.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang
senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
9.
Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi
kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu
lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
10.
Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
11.
Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan
keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Spaghetti gerenti sedap


No picture
45 minit sahaja

Created on : 24-08-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

18Share
Bahan-bahan ( 5 orang makan )

1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan)


1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur)
1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan
1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant)
1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus)
5 sudu besar minyak kelapa sawit
1/2 sudu kecil garam
1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur
2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur
Bawang besar sebijik atau sebijik setengah

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )


Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau
Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat
Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat
Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...
Tambah air dalam secawan & kacau hingga sebati & letak garam
Tambah hirisan cendawan butang tadi & kacau lagi sampai mendidih...
Letak spaghetti dalam pinggan & tuang kuah atasnya, kemudian letak beberapa hiris broccoli
& capsium tadi....
* Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir
besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi... Broccoli & capsium dicelur dalam air
mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal... Selamat mencoba...

Smashed Potato

fizammar@myresipi.com

resepi ni dpt dr internet..tp nk share kat cni.owps, tp gmba ni mmg i punye..hehe..ok tak?sedap, tp
mane leh same btl2 mcm kfc ye tak?

Created on : 28-09-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

231Share
Bahan-bahan ( 2 org )

5 biji ubi kentang


butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup)
1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air)
1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa)
Or gravy (dicipta sendiri) sauce black pepper(botol) kiub ayam air tepung jagung

Cara-cara
1.
2.
3.

utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap
rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)
utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung
jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.
mknlah smashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!

Macaroni & cheese (goreng)

mrsdayat@myresipi.com

my own version.heheh..very cheesy.tak sesuai utk yg tgh berdiet

Created on : 30-04-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

244Share
Bahan-bahan ( 2 org )

Setengah biji bwg besar (potong dadu)


2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto

Cara-cara
1.
2.
3.

Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air


tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato
puree

4.
5.
6.

masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak


Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n
ajinomoto to taste

Spaghetti Mudah

missima@myresipi.com

Resepi campak-campak..Mudah..

Created on : 19-02-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

18Share
Bahan-bahan ( 4 orang )

Spaghetti
sos tradisional Prego
Lada kering kisar
Bawang besar Holland
Bawang putih
Cendawan Butang
Daging Kisar
Bebola Ikan
Daun ketumbar

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Rebus Spaghetti dgn sedikit minyak.


Rebuskan daging kisar.. asingkan air jgn dibuang
Tumiskan bawang holland yang telah di potong dadu bersama dengan bawang putih yang
telah dicincang.
Bila telah sedikit garing, masukkan lada kering kisar. Kalau suka pedas boleh letak banyak.
saya telak 2 sudu jer.
Kemudian, masukkan sos tradisional prego dalam 5 sudu. Tumis sehingga sedikit garing & naik
bau.
Bila dah garing, masukkan air rebusan daging kisar tadi.
Masukkan juga daging kisar, bebola ikan & cendawan butang.
Letakkan sedikit bahan perasa, garam & gula. Ikut rasa masing-masing .
Bila dah agak-agak masak & secukup rasa. Matikan api. Dah taburkan daun ketumbar.
Gaulkan untuk dapat rasa daun ketumbar.

10.
11.

Siap untuk di hidangkan..


Cuba laa..

Macaroni and Cheese

mrsdayat@myresipi.com

resepi dari buku Cook's Kitchen Handbook

Created on : 27-08-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( loyang 10" )

115g macaroni
55g butter/marjerin
30g tepung gandum
575ml susu segar
170g cheddar cheese
3 tbsp fresh parsley-hiris (sy gune dry ajer)
garam dan lada sulah
100g serbuk roti
45g parmesan cheese-parut

**kalau xmau terlalu cheesy sampai xleh nak telan, buleh kurangkan kuantiti susu segar dan
campurkan dgn air biasa sampai jadi 575ml

Cara-cara
1.
2.
3.

Panaskan oven 180degree. Griskan loyang dgn butter


Rebus macaroni dlm air didih(ikut arahan paket). Letak garam sedikit. Toskan
Cairkan butter, tambahkan tepung. Kacaukan selama 2 minit.Masukkan susu dan biar sampai
didih. Terus kacau sampai nampak ia dah memekat. lebih kurang 5 minit.

4.
5.
6.
7.

Alih dari api, masukkan macaroni, cheddar cheese dan parsley. Gaul sebati. Masukkan garam
dan lada sulah secukup rasa
Masukkan macaroni ke dalam loyang, ratakan.
Dlm mangkuk lain, campurkan serbuk roti sgn parmesan cheese. Taburkan atas macaroni tadi
Bakar 30-35minit atau hingga bhgn atas jd 'golden brown'

Macaroni bakar

syuhaiza@myresipi.com

mudah dan cepat dimasak

Created on : 25-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

426Share
Bahan-bahan ( 3 orang makan )

3 ulas bawang putih (ditumbuk)


1 paket daging kisar
1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
3 ekor sotong (dipotong nipis)
10 ekor udang (dibuang kulit)
1/2 paket macaroni (direbus)
6 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis
mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1.
2.
3.

tumis bawang putih hingga naik wangi


masukkan daging kisar, udang, sotong dan cendawan serta garam
masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap

4.
5.

tutup api. letak telur dan kacau rata


sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam
loyang

6.
7.
8.

taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi
permukaannya.
letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit
siap untuk di makan.

Markaroni Cheese

ezafaiz@myresipi.com

masakan sendiri

Created on : 28-05-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

36Share
Bahan-bahan ( 2-4 orang )

3 ulas bawang putih dicincang


ayam dipotong kecil-kecil(ikut suka banyak mana)
6 ekor udang sederhana (potong kecil-kecil)
3 tangkai brokoli & 1/2 btg carrot (potong dadu)
markaroni
sedikit susu
3-4 keping cheese slice (ikut suka nak byk @ x)
sedikit garam
sedikit oregano

Cara-cara
1.
2.
3.

markaroni direbus, bila dah empuk angkat & toskan


panaskan sedikit minyak utk menumis
masukkan bawang putih, bila dah layu, masukkan ayam & udang

4.
5.
6.
7.
8.

bila dah bau wangi, masukkan sayur brokoli & carrot


masukkan sedikit air & tutup kuali sehingga sayur masak
slps itu masukkan sedikit susu & keju, kacau rata
bila keju dah sebati, masukkan garam secukup rasa & sedikit oregano
boleh dihidang..

Pizza simple
No picture
saiz kecil shj

Created on : 03-05-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

4Share
Bahan-bahan ( 1 family boleh 2 pon boleh )

BAHAN A (inti)
3 ulas bawang putih (di hiris halus)
1 biji bawang besar (di hiris halus)
1 peket kecil daging kisar (RaMly)
1 biji kentang di cincang halus
1/2 peket rempah daging
BAHAN B (sos)
1 botol kecil sos tomato
1 botol kecil sos cili
1 tsb gula
BAHAN C (doh)
1 kg tepung gandum
1 cwn air suam dicampur ragi 1 peket direndam 30 minit
2 cwan air suam
BAHAN D (hiasan)
1 tin cendawan butang dihiris halus
1 peket sosej dihiris halus
keju mozarela
1 biji lada benggala/cili moden dihiris halus
oregano

Cara-cara
1.
2.

tumiskan bahan a
selepas itu, tumis bahan b

3.
4.
5.

campur semua bahan c dan uli sehingga sebati dan biarkan ia 30 minit atau sejam
setelah bahan c naik sediakan lah piza yang lazat ini
NOTA: KALAU KEJU MOZARELA X DAK GUNA KEJU SLICES PON X PA KEMUDIAN HIRIS
HALUS2 DAN SEDIAKAN PIZA TERSEBUT

Potato cheese

honey@myresipi.com

ubi kentang bakar dengan cheese

Created on : 09-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

4Share
Bahan-bahan ( 2 orang )

1 biji potato
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar parmesan cheese
1 sudu besar mentega
pasley kering secukupnya.

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bersihkan ubi kentang. Balut dengan aluminium foil. Masak dengan microwave sehingga ubi
kentang 2/3 masak. ( Boleh juga dikukus)
Potong ubi kentang ke pada 2 bahagian.
Cucukkan permukaan ubi kentang dengan garfu. Kemudian sapukan dengan mentega.
Lepas tu letakkan pula mayonis ke atas permukaan ubi kentang tadi.
Taburkan pula dengan parmesan cheese dan juga daun parsley
Akhir sekali masukkan ubi kentang ke dalam oven toaster. Bakar selama 5 minit.
Siap untuk dimakan

Cheese tart

yani@myresipi.com

cheese tart mini. Sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Created on : 19-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

749Share
Bahan-bahan ( 18 biji )

**Pastri**
70g butter
50g gula halus
1 biji kuning telur
110g tepung gandum
15g almond powder
beberapa titik esen vanila
**Filling**
50g cream cheese
100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
40g gula halus
1 biji telur(saiz m)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil corn starch
50ml fresh cream

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Cara buat pastri. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi
bentuk krim.
Tambahkan gula. Pukul sehingga putih
Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.
Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.
Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum
digunakan.

7.
Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais
sementara siap buat filling.
8.
Cara buat filling Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar
sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
9.
Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.
10.
Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga
sebati.

11.
Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke
dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.

12.
Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga
pastri nampak kuning/perang.

13.
Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

Simple Baked Macaroni

asma_d1510@myresipi.com

Resepi ciptaan sendiri....

Created on : 04-09-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

53Share
Bahan-bahan ( Seisi keluarga )

2 mangkuk kecil macaroni


1 1/2 cawan susu segar
3 biji telur
1 keping isi ayam bahagian dada (dipotong kecil-kecil)
2 keping sosej (dipotong nipis-nipis)
1/2 mangkuk mix vegetables
5 sudu besar Prego Italian Sauce (Classic)
Mozarella Cheese (Ikut citarasa masing-masing)
Cream Cheese (Ikut citarasa masing-masing)
1 labu bawang besar dan 1 ulas bawang putih dicincang (untuk menumis)
Garam dan gula secukup rasa
Untuk menutup bahagian atas:- 50 g butter, 1 cawan tepung, 1 gelas susu segar & Secubit
garam

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Rebus macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak n garam ke dalam air rebusan).
Setelah lembut, toskan.
Tumis bawang n masukkan Prego Italian Sauce.
Masukkan garam n gula, renehkan sebentar.
Masukkan isi ayam n mix vegetables. Gorengkan sehingga empuk.
Masukkan separuh sosej yang dipotong tadi. Kacau rata.
Masukkan macaroni yang sudah direbus tadi dan kacau sehingga sebati.
Setelah siap, masukkan separuh macaroni tersebut ke dalam bekas/ loyang yang dah disapu
marjerin.

8.
9.
10.
11.

12.
13.

Susunkan baki sosej tadi, taburkan mozarella cheese n picitkan cream cheese di atas
macaroni tersebut.
Masukkan kesemua baki macaroni tadi n ulang langkah 8.
Bancuh telur, susu segar n sedikit garam n tuangkan ke dalam bekas tersebut.
Untuk menutup bahagian atas: cairkan butter, masukkan tepung n kacau sehingga sebati
seterusnya masukkan susu segar n sedikit garam. Tuangkan adunan yang pekat ini ke atas macaroni
tadi. (jika suka taburkan sedikit mozarella cheese di bahagian atas)
Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah Celcius.
Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba! :)

Cheezy Mashed Potato

kak fida@myresipi.com

kentang lecek berkeju...

Created on : 11-04-2010
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

21Share
Bahan-bahan ( 8-10 orang )

5 biji kentang - dikupas dan bersihkan


secukup air untuk merebus
garam secukup rasa
3 sb mentega
1/2-3/4 cawan susu segar
1/3 buku cream cheese-dadu atau 1-2 keping cheese slice-siat2
sedikit serbuk lada putih/hitam
daun parsley cincang (opt)

Cara-cara
1.

Kentang dipotong dadu dan rebus dengan secukup air dan sedikit garam hingga empuk.Toskan
dan lecek ketika panas dan gaulkan dengan mentega hingga sebati.

2.

3.
4.

Masak susu bersama cheese di atas api perlahan hingga cheese cair.Terus tuangkan ke dalam
mangkuk berisi kentang lecek tadi.Tambahkan lada dan daun parsley dan sedikit garam jika perlu.Gaul
rata.
Enak dimakan dengan nugget,fish n chips,ayam goreng dan lain2...bersama sos cendawan,sos
lada hitam atau brown sos...
Sesuai juga dijadikan topping untuk hidangan Shepherd's Pie...

Pizza Hawaiian Chicken

Nurul77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 personal pan pizza )

BAHAN DOH
1 sudu besar garam (sukatan rata)
1 sudu besar gula (sukatan rata)
500g tepung (bread flour)
1 sudu besar minyak
11g mauripan yeast (1 peket kecil)
300ml air suam (agak- agak dalam 40 darjah celsius)
BAHAN SOS
1 tin tomato puri
1 sudu besar oregano
1 sudu kecil paprika
garam secukup rasa
1/4 botol sos cili maggie
gula dan garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihancurkan
TOPPING
300g isi ayam yang dipotong dadu
sedikit lada sulah dan lada hitam
garam secukup rasa
Nanas di dalam tin
mozarella cheese

(topping- ikut suka banyak mana)

Cara-cara
1.

2.
3.
4.
5.
6.

DOH: Mauripan yeast dimasukkan ke dalam air suam, dikacau dan dibiarkan lebih kurang 5
minit. Tepung dicampurkan dengan garam, gula dan minyak. Sedikit demi sedikit air yang bercampur
dengan mauripan yeast tadi dituang ke dalam adunan tepung sambil diuli. (uli hingga benar- benar
sebati dan licin). Simpan doh dalam bekas yang ditutup dengan tuala yang lembab selama 1 jam.
SOS: Masukkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
TOPPING: Tumiskan iisi ayam dengan sedikit minyak (janji tak melekat). tambahkan garam,
lada sula dan lada hitam sedikit. Masak sehingga airnya kering. (Jangan sampai garing- tak sedap)
Sediakan pan- kalau tak ada, tutup periuk pun boleh. Letakkan sedikit minyak di atas pan
sebelum letak doh supaya tepung tidak melekat. Tekan- tekan pakai jari dan tarik- tarik agar lebar.
Sapukan sos rata- rata. Letakkan topping ayam tadi dan nanas yang telah dipotong- potong
(ikut suka banyak mana). Taburkan keju mozarella di atas topping tadi.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pizza dalam suhu 180 darjah celsius
dalam 15 minit atau ikut citarasa masing- masing.

Hash potato

yani@myresipi.com

homemade hash potato

Created on : 15-09-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

274Share
Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji ubi kentang


1/3 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.

Bersih dan kupas kulit potato

2.
Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus.

3.
Ambik sebiji lagi, cincang kasar.

4.
Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada
4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W

5.
Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji
potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.

6.
7.

Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.


NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian
masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.

paella d pattate

eqyin@myresipi.com

ilham dari masakan Mediterranean simple and elegan.mudah di sediakan

Created on : 10-10-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 2 orang )

5 biji kentang 2 biji lobak merah 1 keping ayam tanpa kulit 1 biji bawang besar (kuning) 2
ulas bawang puteh 1/2 litter stok daging 1/2 cawan beras wangi 5 sudu besar butter tatura 2 sudu
besar fresh oregano chopped 1 sudu besar lada hitam 1/2 cawan

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

panaskan butter,tunggu sehingga kekuningan kemudian massukan b.besar n b.puteh yang di


potong dadu masukan ayam yang dipotong dadu
selepas itu massukan kentang n lobak merah n stok daging masak separuh empuk.beras
harus di masukan sekali supaya ia masak kering bersama bahan -bahan yang sebelum ini
massukan susu,oregano,n lada hitam n garam dan perasa secukupnya masak sehinga
kering.pindhkan ke dalam periuk nasi keep warm
siap taburkan cheese mozarella parut n fresh parsleyboleh dihidangkan dengan focasia or
garlic bread HAPPY EATING;)ENRYQYIEN

Moussaka

yasminz@myresipi.com

Cara lain utk memasak terung. Sesuai utk penggemar cheese atau masakan western.

Created on : 05-12-2011
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

6Share
Bahan-bahan ( 4 )

Minyak utk menumis


2 biji terung, di potong bulat tebal 1cm
600 gm kentang/ keledek, di kupas kulit
1 biji bawang besar, hiris
4 biji bawang putih, hiris
600 gm daging/ kambing kisar
herbs - thyme, marjoram atau guna je yg dlm botol kecil "Italian Herbs"
400 gm tomato hiris dlm tin atau buah tomato fresh, di cincang
2 sudu tomato puree atau sos
1 sudu oyster sos
gula, garam, lada putih - secukup rasa
150 gm cheese - Cheddar atau yg sesuai
600 ml susu segar
60 gm butter
50 gm tepung gandum

Cara-cara
1.
2.

Goreng terung dlm minyak yg sedikit, separuh masak. Kentang di rebus sebijik-sebijik dan
apabila hampir masak, angkat dan hiris bulat-bulat.
Utk isi daging, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, kacau sebentar.
Kemudian masukkan tomato hiris, puri, herbs, oyster sos. Kacau lagi dan sekiranya agak kering,
tambah sedikit air. Masak sehingga daging agak lembut. Tambah garam, gula dan lada putih mengikut
rasa anda. Utk menyediakan sos putih, panaskan susu sebentar. Di dalam kuali, cairkan butter dan
masukkan tepung gandum. Kacau selama 2 minit dan masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau
sehingga kepekatannya seperti "whipping cream". Tambahkan garam dan lada putih.

3.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sapukan butter pada permukaan mangkuk pembakar. Tuang isi
daging, kemudian lapiskan dengan kentang, diikuti terung. Ulang lagi. Lapisan akhir di tuang sos putih
di atasnya. Dan kemudian taburkan cheese.. Bakar selama 40 minit. Utk 5 minit terakhir, naikkan
suhu ke 200C utk menggaringkan cheese di atasnya.

Happy Markaroni ;)
No picture
Sesuai untuk jamuan ringan ;)

Created on : 18-07-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 4 )

1 bawang besar dihiris nipis


1 ulas bawang putih didadu
1/2 daripada sebiji capsicum hijau bersaiz sederhana -didadu
1/2 daripada sebiji capsicum berwarna merah bersaiz sederhana- didadu
3 ke 5 biji telur

sebungkus markaroni
1 sudu besar sos tiram
100 gram mentega buttercup
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

1.
1. Rebuskan markaroni seperti biasa. Setelah markaroni di rebus, tuskan markaroni tersebut, tetapi
jangan biarkan ia terlalu kering.
2. Gaulkan markaroni tersebut dengan dua jenis capsicum yang telah didadu dan hirisan bawang
besar. Setelah rata di gaul, pecah kan telur satu persatu. Sekurang - kurang nya, 3 telur digunakan,
jika anda inginkan rasa yang lebih pekat, tingkatkan jumlah telur ke 5 biji.
3. Di kuali, tumis kan bawang putih dan sos tiram sehingga baunya naik, dengan menggunakan 100
gm buttercup.
4. Setelah itu, masukkan markaroni itu ke dalam kuali dan gorengkannya selama 5 - 10 minit.
Semasa menggoreng, masukkan sedikit serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
Selamat mencuba

Kentang Goreng

rahman bestari@myresipi.com

Menu orang bujang yang ringkas dan lazat. Boleh juga dimakan sebagai pengganti nasi untuk
pengamal diet. Sesuai untuk sajian minum petang.

Created on : 22-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

143Share
Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar )

3 biji kentang bersaiz besar


1 kiub pati ayam / bilis
Air secukupnya utk merebus
Minyak utk menggoreng - "deep fry"

Cara-cara

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.
Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam
rebusan kentang.
Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.
Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang
kelihatan perang.
Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.

Pesto Asiana

mutiarazura@myresipi.com

Lagi Italian resipi yang diubahsuai guna Asian herbs

Created on : 19-12-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

19Share
Bahan-bahan ( 4 orang )

Sos Pesto :
Daun ketumbar anggaran RM2-RM3 (a bunch)
3 4 ulas bawang putih
100-200g kacang gajus (cashew nuts) panggang (toast) keperangan
1 cawan minyak zaitun atau lebih
1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu liquid chicken stock) - optional
Sedikit parutan keju parmesan optional
Pasta pilihan direbus mengikut packet instructions (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau
penne)

Cara-cara

1.

Buat sos dulu : Dengan menggunakan food processor atau blender, kisar daun ketumbar,
kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka). Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit
demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos. Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau
pekat.

2.

3.
4.
5.
6.

Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti
sejuk up to seminggu.
Untuk menghidang : Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang.
Campurkan 2 sudu besar sos pesto -kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)
Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan
(jika suka). Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!
NOTA 1 : Resipi Italian asal guna fresh basil dan pine nuts. Jika anda ada bahan-bahan tu
boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja
NOTA 2 : Sos memang kaler hijau, tapi rasanya sedap. Perfect untuk anda yang inginkan
kelainan!

Easy Pasta Bake

mutiarazura@myresipi.com

Italian recipe yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

Created on : 05-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

281Share
Bahan-bahan ( 6 orang kot )

500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1

ulas bawang putih dicincang halus


labu bawang besar dicincang halus
tin sedang tomato puri
tin cendawan butang - dihiris
biji lada benggala - didadu
kiub stok ayam atau lembu ikut jenis daging yang digunakan
batang carrot didadu
batang celery didadu
sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu

segar)

Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan


3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
1.

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru
masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak
masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2.
Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup
sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
3.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4.
Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai
berkuah pula.
5.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan
Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
6.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila
nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
7.
Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair
dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4
minit, kemudian masukkan susu segar.
8.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang
senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
9.
Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi
kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu
lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
10.
Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
11.
Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan
keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Eggplant Parmigiana

mutiarazura@myresipi.com

Guna lebihan sos Spaghetti Bolognese, tak membazir :-)

Created on : 22-12-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

9Share
Bahan-bahan ( 4 orang )

1-2 cawan sos Bolognese


2 biji terung bulat (eggplant)
Parutan keju Mozzarella
NOTA : Sy guna leftover sos bolognese seperti dalam resipi Spaghetti Bolognese saya. Boleh
juga beli sos yang dah siap seperti Prego etc

Cara-cara

1.
Potong terung bulat nipis-nipis dan goreng hingga keperangan dan naik bau.

2.

3.
4.

Susun terung dalam bekas tahan panas (oven) dan kemudian ratakan satu lapisan sos tomato.
Teruskan melapis hingga semua terung dan sos habis.
Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dan bakar dalam oven 180 darjah Celcius hingga keju
cair dan keperangan.
Hidang panas-panas sebagai menu minum petang. Selamat mencuba!

Spaghetti Bolognese

mutiarazura@myresipi.com

Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab authentic rasanya!

Created on : 21-12-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

1769Share
Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti (sepeket)


500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot didadu kecil
2 batang celery didadu kecil
1 tin cendawan butang dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese.
Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice
kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak
beza.

Cara-cara

1.

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru
masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak
masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan
butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang.
Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya
seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5.
Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu
telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2
tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga
hancur.
6.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume
perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri
masam, manis dan masin sos.
8.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan
periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2
jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti
dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Spaghetti peperoncino

minami133@myresipi.com

masa penyediaan 20 minit. senang sahaja

Created on : 18-05-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

31Share

Bahan-bahan ( 2 orang )

150gm spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun (minyak biasa pon boleh)
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/4 bawang besar - dimayang halus
2 batang sosej ( boleh diganti dgn seafood)
brokoli atau apa2 saja sayur
basil
oregano
garam

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.

masak air sehingga mendidih. setelah mendidih masukkan garam dan spaghetti. rebus
sehingga spaghetti lembut.
sementara menunggu spaghetti lembut, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga
kekuningan.
masukkan sosej yang telah dipotong serong2. goreng sebentar.
masukkan brokoli dan garam
masukkan spaghetti yg telah direbus ke dalam tumisan tersebut. akhir sekali masukkan basil
dan oregano. Gaul sebati. siap untuk dihidang.

Spaghetti Cabonara

bellmikenzo@myresipi.com

Italian food,Peruntukan masa dalam 30 minit,senang,mudah dan sedap dimakan tidak kira yang tua
atau yang muda.

Created on : 15-11-2011
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

24Share
Bahan-bahan ( 6 orang )

1 Paket Pasta
2 Tin Cabonara Prego
1 Labu Bawang Besar Bombay ( Potong Dadu )
4 Ulas Bawang Putih ( Potong Dadu )
2 Kotak Kecil Susu Penuh Krim
Butter Untuk Menumis
Cendawan Butang ( Dihiris Nipis )
Udang & Sotong ( Ikut suka nak letak berapa banyak...nak letak seafood lain or daging
cincang pun boleh )
Bahan Perasa Secukup Rasa
Cheese & Parsley Flakes untuk ditabur di atas spaghetti selepas masak

Cara-cara
1.
2.
3.

Rebus spaghetti hingga lembut,masukkan secubit garam dan minyak sedikit,ketepikan.


Panaskan kuali,masukkan butter dan tunggu hingga cair
Masukkan bawang besar & bawang putih,masak hingga bawang layu dan mengeluarkan bau
harum

4.
5.

6.
7.

Masukkan pula udang dan sotong,masak sehingga air sotong kering sedikit,selepas itu
masukkan pula cendawan butang
Setelah itu,masukkan Prego Cabonara Sauce kedalam kuali dan terus tuangkan susu penuh
krim,jika anda beli susu dalam kotak besar,sukat susu didalam tin Prego tadi,1 tin prego bersamaan
dengan 1 tin susu ( yang telah disukat menggunakan tin Prego tadi...paham x??) XD
Kacau hingga sebati dan pekat,jika x nak pekat boleh tambah air sedikit,masukkan juga bahan
perasa
Boleh lar dihidangkan dan tabur cheese & parsley flakes diatas spaghetti tadi jika
suka...selamat mencuba XD