Anda di halaman 1dari 5

MOHD.

HANIFF HAFISZAL SEMAN, 33, berjalan mundar-mandir di sekeliling bilik


makmal komputer yang terletak di tingkat dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint
8 (1), Putrajaya. Sesekali matanya liar memerhatikan gerak-geri pelajar-pelajar tahun tiga
Alfa yang leka mengadap komputer masing-masing.
Mereka tampak begitu fokus, mungkin sedang gigih memerah otak menyelesaikan beberapa
latihan matematik yang diberikannya sebentar tadi.
Kelas, kamu semua ada 15 minit lagi. Pastikan semua soalan dijawab dengan sempurna dan
disemak sebelum dihantar. Sesiapa mempunyai masalah, sila angkat tangan nanti cikgu akan
bantu kamu, katanya sambil melihat jam tangan yang dipakainya.
Lazimnya, begitulah kaedah pengajaran yang dipraktikkannya sejak setahun yang lalu.
Selepas menerangkan sesuatu konsep seperti yang ditetapkan dalam silibus, dia akan
memberikan latihan kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka.
Menariknya, Mohd. Haniff Hafiszal tidak menggunakan kaedah pengajaran konvensional di
bilik darjah, sebaliknya selesa mengajar dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) menerusi sistem pembelajaran maya, Frog VLE.
Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih
interaktif.
Semua bahan pengajaran juga boleh diakses melalui satu pangkalan data membolehkan guru
dan pelajar berkongsi maklumat yang sama, ujarnya yang sudah tujuh tahun bergelar
pendidik.
SK Putrajaya Persint 8(1) merupakan salah satu daripada 10,000 buah sekolah rendah dan
menengah di negara ini yang mengguna pakai aplikasi Frog VLE.
Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL
Communications menerusi projek 1BestariNet sejak awal tahun lalu, sistem yang
dibangunkan di United Kindom itu membolehkan proses pengajaran, pembelajaran,
pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah dan lancar.

PENGGUNAAN Frog VLE menjadikan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan


pentadbiran di sekolah menjadi mudah serta lancar.

Menerusinya juga, semua sekolah bakal dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi 4G,
platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi sejajar dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.
Berasaskan web
Pengarah Eksekutif Frog Asia Sdn. Bhd., Yeoh Pei Lou berkata, Frog VLE adalah satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Katanya, melalui sistem itu pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah sahaja
sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan mengakses sebuah tapak
pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan mereka memperoleh hampir semua
maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi
sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal.
Apa yang lebih penting, limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat yang ditawarkan itu
adalah selamat dan telah ditapis, katanya kepada Kosmo!
Mengulas lanjut, Pei Lou berkata, sistem itu menggunakan platform Google Cloud yang
membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Google seperti Google Email, Google
Drive dan sebagainya.

Pada masa yang sama, katanya, platform itu juga menawarkan bahan pengajaran berkualiti
secara percuma seperti Khan Academy, Ted Education, National Georgaphic dan British
Council selain apa yang disediakan oleh KPM.
Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari bahan-bahan pengajaran yang
sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar mereka.
Pada masa sama, mereka juga boleh menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan berkongsi
bersama guru lain di sekolah atau di seluruh negara, ujarnya.

PEMBELAJARAN secara interaktif melalui Frog VLE mampu meningkatkan minat dan
kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek.

Jelas Pei Lou, syarikat itu tidak sekadar menyediakan platform Frog VLE malah
bertanggungjawab memastikan sistem itu dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara
menjelang akhir tahun ini.
Fasa-fasa akhir kini giat dilaksanakan termasuk menyediakan rangkaian internet berkelajuan
tinggi di samping merangka sistem latihan dalam kalangan mereka yang terlibat di semua
peringkat.
Sebanyak 351 buah sekolah telah dipilih di bawah Program Sekolah Champion dan telah
diberi bimbingan mengenai penggunaan Frog VLE secara komprehensif. Pada masa sama,
kami turut melatih lebih 671 kakitangan di kementerian bagi tujuan yang sama, katanya.
Kelebihan

Sementara itu, Tan Mui Meng, Ketua Panitia Bahasa Cina di sekolah itu berkata, sistem itu
memberi kelebihan kepada semua pihak sama ada dalam kalangan pentadbir, para guru,
pelajar dan ibu bapa.
Ujarnya, melalui sistem itu, semua maklumat dalam buku teks termasuk latihan dan kerja
sekolah akan disimpan dalam satu pangkalan data.
Ia dapat mengurangkan jumlah buku teks yang perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah dan
jumlah buku latihan yang perlu ditanda oleh guru setiap hari kerana peranan itu telah diambil
alih oleh komputer.
Dengan ini, guru dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajar serta merangka aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Sementara itu, ibu bapa pula bukan sahaja dapat memantau perkembangan anak-anak
mereka malah dapat mengetahui acara-acara di sekolah menerusi ruang kalendar, papan notis
sekolah dan sebagainya melalui laman yang tersedia, katanya.
Mudah
Bagi Tengku Amirah Zahiyah Tengku Amir Zakri, 10, pada mulanya dia sendiri agak kekok
belajar menggunakan sistem itu namun semuanya menjadi mudah selepas mencubanya
beberapa kali.
Katanya, penggunaan sistem pembelajaran maya membolehkannya berinteraksi atau bertanya
soalan dengan guru biarpun selepas sesi persekolahan tamat.
Sistem Frog VLE tidak sekadar boleh digunakan di sekolah semata-mata sebaliknya di
mana-mana sahaja asalkan ia mempunyai kemudahan capaian internet, katanya.

Ujarnya, sistem itu juga menarik minatnya untuk belajar sesuatu subjek kerana bahan
pengajaran yang disediakan berorientasikan pelbagai sumber dan bersifat interaktif.
Pelajar mempunyai kebebasan membuat rujukan dan ulang kaji sehingga benar-benar faham
mengenai subjek dipelajari biarpun tanpa bantuan guru. Ia menjadikan mereka lebih
berdikari.
Saya sendiri turut merasai kesan positif daripada Frog VLE. Jika sebelum ini purata markah
bagi subjek matematik ialah sekitar 80 peratus, kini ia telah meningkat lebih 90 peratus dalam
tempoh kurang setahun, katanya tersenyum.

Rakannya, Wan Syamirul Azhan Shahrul Azman, 10, berkata, selain pembelajaran melalui
nota dan video, pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz, latihan, mendapatkan contoh soalan
peperiksaan malah dapat mencuba permainan di akhir topik.
Ia merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran konvensional yang lazim berpusat di bilik
darjah dan buku teks. Menerusi sistem ini pelajar bukan sahaja lebih tertarik untuk belajar,
malah pada masa yang sama berpeluang meneroka ilmu lain yang terkandung di dalamnya,
jelasnya.

Anda mungkin juga menyukai