Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah satu sistem pendidikan


yang menyediakan latihan-latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan
beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa maksud usaha
sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk
menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti. Apabila seseorang pekerja
itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini
akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi
pekerja mahir yang baru.
Selain itu dalam sistem pendididikan, Pendidikan Teknik dan
Vokasional mempunyai perbezaan daripada sistem pendidikan umum
kerana sistem pendidikan teknik dan vokasional lebih menekankan aspek
kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal.
Diantara

faktor

yang

menyebabkan

pendidikan

teknik

dan

vokasional dianggap semakin penting adalah kerana ia bersangkut paut


dengan corak pembangunan ekonomi sesebuah negara. Perkembangan
ekonomi sesebuah negara daripada mudah kepada perindustrian yang
lebih kompleks dan pelbagai menyebabkan ia memerlukan lebih banyak
pekerja berpengetahuan dan berkemahiran yang kompleks dan khusus
kepada

pekerjanya.

Latihan

juga

merupakan

satu

langkah

yang

memberikan kemahiran untuk pekerjaan yang khusus adalah menerusi


pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional. Menerusi sistem
pendidikan juga, sebarang pengubahsuaian dan latihan semula yang
diperlukan boleh dijalankan.

2.0 KERATAN AKHBAR YANG BERKAITAN DENGAN TVET

Berdasarkan keratan akhbar yang dipilih daripada Berita Harian


bertarikh

Rabu,

April.

Kementerian
3

Pendidikan

Malaysia

(KPM)

menyasarkan peningkatan keseluruhan 650 000 pelajar dalam program


Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang tahun 2025. Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selaras dengan
Lonjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) 2015-2025 PPPM (PT), untuk meningkatkan graduan
TVET berkualiti.
Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Putrajaya (JPTP) akan melancarkan
satu inisiatif iaitu Program Transformasi Universiti yang berdasarkan
program

Transformasi

Syarikat

Berkaitan

Kerajaan

(GLC).

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah mengariskan


10 lonjakan bagi menyokong lima aspirasi sistem iaitu akses, ekualiti,
kualiti, kecekapan dan perpaduan. PPTM juga memberi penekanan dalam
melahirkan graduan holistik dan seimbang, yang berilmu dan berakhlak
agar memperolehi keupayaan untuk menyumbang kepada negara dan
dunia

3.0

KAJIAN TUGASAN
Berdasarkan kajian tugasan ini, saya ingin mendapat maklumat

mengenai TVET menjelang tahun 2020 sebagai negara perindustrian yang


maju iaitu Wawasan 2020. Saya juga ingin mengetahui mengapakah TVET
perlu berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
melahirkan pekerja berpengetahuan(K-Worker) bagi mencapai Wawasan
2020. Semua hal tersebut adalah penting dan saling berkait rapat antara
satu sama lain. Keratan akhbar diatas merupakan salah satu kaedah yang
dianjurkan bagi melestarikan TVET untuk negara kita menuju Wawasan
2020.

4.0 HURAIAN DAN ULASAN

Wawasan 2020

TVE
T
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan

K-Workers

SIistem pendidikan negara perlu berusaha terus menerus dalam


memupuk pelajar dengan kemahiran, latihan dan memenuhi ilmu
pengetahuan untuk mereka bersedia apabila berdepan landskap saingan
global.

Gabungan

usaha

sama

dengan

pemimpin

industri

yang

menawarkan pekerjaan, latihan dan kaunseling kerjaya bagi menyediakan


pelajar ke alam pekerjaan sebenar nyata membuahkan hasil amat
memuaskan. Dengan perubahan kepada pekerjaan yang berasaskan ilmu
dan pengetahuan, kerajaan perlu berusaha meningkat dan memgasah
bakat yang ada pada pelajar. Dalam konteks ini, iaitu peluang untuk
menjalinkan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), perniagaan
dalam sektor swasta dan kerajaan haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.
Pendidikan Tenik dan Vokasional (PTV) telah dibangunkan bagi
menyediakan modal insan yang berkemahiran, kebolehpasaran dan

kebolehkerjaan agar dapat membantu menyokong pembangunan ekonomi


negara serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan kepada semua
murid. Ketika ini, sistem Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional
(TVET) di Malaysia berupaya menyediakan modal insan dan tenaga kerja
yang dihasilkan menerusi graduan pada peringkat sijil, diploma dan
diploma lanjutan yang ditawarkan di politeknik. Graduan politeknik dan
vokasional ini menyediakan pekerja mahir dan separuh mahir serta kelas
pertengahan.
Kelebihan TVET tidak dinafikan kerana pengajian yang ditawarkan
menyediakan keseimbangan di antara kemahiran umum dan khusus,
latihan teori dan amali, tumpuan kepada industri, skim latihan untuk
pelajar dan pengajian sepanjang hayat. Kewujudan politeknik kini menjadi
tumpuan ibu bapa yang merasakan anak mereka boleh mendapatkan
pekerjaan selepas menamatkan pengajian sama ada pada peringkat sijil
mahupun diploma.
Sudah tiba masanya program yang ditawarkan oleh politeknik itu
sendiri

dinilai

menerusi

sistem

bintang

sebagai

dorongan

untuk

melahirkan modal insan berkualiti yang dijangka bermula 2010 dan


mengenal

pasti

politeknik

terbaik

serta

menubuhkan

pusat

kecemerlangan teknologi dan bidang yang menjadi kekuatan. Penyediaan


tenaga

pengajar

berkemahiran

tinggi,

berpengetahuan

dan

yang

mempunyai pengalaman dalam sektor industri turut menjadi faktor


penting sekali gus memudahkan proses pembelajaran dan menarik minat
pelajar.
Kemahiran amat diperlukan untuk membolehkan graduan terus
bersaing dalam pasaran pekerjaan di negara ini. Lebih-lebih lagi pada
ketika ekonomi Malaysia yang mengalami transformasi daripada latar
belakang sektor pertanian yang kukuh dan berasaskan pengeluaran
kepada ekonomi pelbagai sektor. Perkara ini menjadi cabaran kepada
graduan bagi memastikan kemahiran mereka terus kekal dan relevan
apatah lagi dalam membangunkan kemahiran dalam k-ekonomi, ada
peranan yang perlu dimainkan pelajar, IPT, majikan serta pembuat dasar.
6

Sebagaimana contoh pada keratan akhbar yang dipilih adalah salah


satu usaha yang diwujudkan oleh KPM untuk meningkatkan kualiti
graduan TVET menjelang tahun 2020. PPPM (PT) mensasarkan Malaysia
sebagai hab pengajian tinggi pada peringkat global. Sekiranya PPPM (PT)
dapat dilaksanakan sebaiknya, ia bakal menjadikan Malaysia sebagai
pusat pendidikan tinggi bukan sahaja di rantau ini malah pada peringkat
global. Selain itu, usaha menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej
vokasional dan penstrukturan semula subjek vokasional di sekolah
menengah telah dilaksanakan, strategi pembangunan lestari di dalam
TVET

seharusnya

diberikan

perhatian

yang

sewajarnya

bagi

membangunkan program TVET di dalam negara.


Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) memainkan peranan yang
penting dalam membentuk tenaga kerja manusia yang dapat memenuhi
pasaran kerja di dalam sektor perindustrian. Usaha KPM dan semua pihak
yang terlibat dalam meningkatkan kualiti graduan TVET ini dapat
menlahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi atau
K-Worker.
K-worker atau pekerja berpengetahuan adalah individu-indivu yang
mempunyai kompetensi tinggi untuk memahami dan mepelajari ilmu-ilmu
atau isu-isu baru serta menciptakan peluang yang positif pada setiap
situasi baru. K-worker juga bekerja berasaskan leaning skill dan
capability yang mereka miliki menyebabkan mereka tetap inovatif
dalam pelbagai situasi yang berubah dengan cepat. Elemen-elemen ini
amat penting dalam pendidikan TVET di negara kita kerana ia dapat
melahirkan lebih ramai lagi individu atau pekerja yang berpengetahuan
untuk negara kita membangun dan menuju kearah wawasan 2020.
Namun begitu, sistem TVET ini perlulah berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana ini satu usaha kearah
melestarikan pembangunan insan selain daripada memberi tumpuan
kemahiran dan kecekapan, kesedaran rakyat, sikap dan nilai-nilai yang
perlu dimiliki. Ini bahawa TVET memainkan peranan yang penting untuk

pembangunan negara dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak


kerajaan adalah tepat untuk menuju wawasan 2020.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,

Bagi

melahirkan

pekerja

atau

graduan

yang

berkemahiran sistem TVET ini amat penting di Malaysia kerana ia dapat


memenuhi permintaan yang tinggi dalam sector. TVET juga memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan dan membentuk seseorang
individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mencapai
gelaran K-Worker.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) harus di pupuk dan disemai
kepada system ini

untuk menuju kearah melestarikan pembangunan

insan selain daripada memberi tumpuan kemahiran dan kecekapan,


kesedaran

rakyat,

sikap

dan

nilai.

Dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan dan TVET, ini mampu memajukan dan membangunkan


negara kita dan ia juga adalah sebagai penentu masa depan negara.
Untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu sebagai sebuah negara
perindustrian yang maju pekerja yang berpengetahuan atau k-worker
amatlah penting dan perlu dipertingkatkan lagi jumlah ini dan Sistem
TVET haruslah diperkuat lagi agar negara kita mampu melahirkan graduan
8

dan pekerja yang berkualiti tinggi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat
perlulah berkerjasama untuk mencapai matlamat tersebut.

6.0 RUJUKAN

Wikipedia.http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
Admin. August 27, 2014. Kerajaan perkasa TVET.
http://www.didikmalaysia.my/cn/?p=580
Afinde, Dec 14, 2013. Pendidikan Umum Dan TVET
http://www.slideshare.net/afinde/pendidikan-umum-dan-tvet
abemiusa, Jan 01, 2013. PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Sinopsis
http://www.slideshare.net/abemiusa/pendidikan-teknik-dan-vokasionalsinopsis

7.0 LAMPIRAN

Keratan akhbar bertajuk PPPM (PT) tekankan TVET

10

Keratan akhbar bertajuk Pendidikan teknikal, vokasional


diutamakan

Keratan akhbar bertajuk Pelajar TVET dijangka meningkat

11