Anda di halaman 1dari 4

Hubungan positif antara guru dan murid

Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra


demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau
cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif
antara guru dan murid.
Pengenalan:
Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan
murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha
dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan
guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal
persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap
mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas
pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap
situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa
guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti
marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi
positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan
dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan
kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar
apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang
ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan
lebih berkesan.
Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan
dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan
murid-murid:

Strategi 1: Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama


masing-masing.
Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan
mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan.
Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau
nama-nama ganti diri am,contohnya, awak...,kamu..., atau berdasarkan
posisi di dalam kelas contohnya awak yang duduk di belakang sekali....
kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka.
Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping
menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali muridmuridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat
menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong
guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah
laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya.

Guru juga menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya tidak pasti
akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid tersebut dan
bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama
dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut
diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara
ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Guru juga
dinasihatkan tidak menunding jari, awak... bangun, kamu... dengar sini.
Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan gurumurid.
Strategi 2: Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah
Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh
membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke
sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan
kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh
menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti
yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang
melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru
membimbing murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk
kelas mereka.
Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing murid bukan hanya
mengarah dan mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara yang terbaik
untuk menjaga keharmonian kelas. Dapatkan idea-idea bersama untuk
mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan kelas diisi dengan bahanbahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk
sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti
murid. Puji dan beri peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh
mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga penggal akhir. Tanamkan sikap
bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan
terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan
membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid
dan guru-murid.
Strategi 3: Agihkan Tanggungjawab Bersama
Melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama memikul
tanggungjawab melibatkan kelas dan P&P merupakan salah satu strategi
untuk membina hubungan antara guru-murid. Beri peluang kepada muridmurid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas,
iaitu bermula dengan bersama-sama membuat peraturan bilik darjah. Guru
dengan murid berbincang dan menentukan peraturan, matlamat, harapan dan
sebagainya.
Hal ini berupaya mengekalkan hubungan kerja yang sempurna dalam
sesebuah bilik darjah. Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan
proses ini sebagai proses memperbaiki dan membangun semula. Faktor
personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha ini boleh
dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak
menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang

berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat


kesilapan sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang
dilakukan sebagai kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru
menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan
dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan pelajar.
Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia
adalah rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual,
Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam
suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernulajadi. Mereka mengharapkan
peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurang-kurangnya dua
hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.
Sehubungan itu, murid-murid berasa diri mereka adalah sebahagian
daripada bilik darjah tersebut. Hal ini boleh membina hubungan yang positif
antara guru-murid.
Strategi 4: Tunjukkan Keprihatinan
Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya
akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan muridmuridnya. Sikap guru ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada muridmurid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di
persekitarannya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan
keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya
memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu
sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Muris-murid dapat
mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.
Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid.
Kadangkala murid-muris malu untuk bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru
perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar belakang murid-muridnya.
Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod yang
disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah
mengajar murid-muridnya. Adalah penting untuk seseorang guru mengetahui
personaliti anak didiknya. Guru boleh memberi murid-muridnya ujian
personaliti yang ringkas supaya guru boleh mendapat gambaran awal tentang
perawakan murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian
sendiri terhadap anak muridnya. Settelah mengetahui sedikit sebanyak
tentang personaliti anak-didiknya, guru boleh menggunakannya untuk
mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka
sekiranya mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi.
Kadangkala, murid-murid malu dan segan untuk meluahkan masalah
dan perasaan kepada guru secara bersemuka. Guru boleh menggunakan
pelbagai cara yang lain. Contohnya, aktiviti mrnghantar surat kepada guru
atau menulis jurnal harian dan dihantar secara peribadi kepada guru. Selain
itu, guru boleh menggunakan kemudahan teknologi. Guru boleh menyuruh
murid menghantar e-mail kepada guru untuk menceritakan kisah atau
masalah peribadinya.

Luangkanlah masa untuk membaca dan mendengar isi hati murid.


Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid
menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid. Murid yang
rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid daripada terjebak
dalam masalah peribadi dan disiplin.
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/hubungan-positif-antara-guru-danmurid.html