Anda di halaman 1dari 33

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGC6363
PENGURUSAN KOPERASI, KELAB DAN
PERSATUAN
SET 1
TUGASAN INDIVIDU
KERJA LAPANGAN DI KOPERASI
NAMA PENSYARAH :
CIK HAJAR HALIMAH BT HARUN
DISEDIAKAN OLEH:
RAVI A/L NAGARATHANAM
(P69124)
TARIKH HANTAR: 15 MEI 2014

ISI KANDUNGAN

Bil
1.0

Kandungan
Koperasi SMK Cochrane Kuala Lumpur Berhad

Muka Surat
2

2.0

Koperasi SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad

3.0

Koperasi Tenaga Nasional Berhad

4.0

Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad

13

5.0

Lampiran

17

1.0 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur Berhad


1.1 Latar Belakang
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur Berhad telah ditubuhkan
pada tahun 1998. Awalnya, koperasi sekolah ini dikenali sebagai Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur Berhad, tetapi ditukar nama pada tahun 2005,
kerana telah berpindah ke bangunan baru.
1.1.1

Pengurusan
Koperasi ini diketuai oleh Pn. Kassina Binti Ghazali dan diuruskan oleh Pn. Irni Hafizan
Binti Ibrahim Bey. Koperasi ini mempunyai seramai 391 orang ahli termasuk Ahli Lembaga
Koperasi. Keterangan lanjut tentang koperasi ini, tidak dapat peroleh kerana guru yang
bertugas enggan memberi kerjasama. Keahlian adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga
tingkatan enam. Walau bagaimanapun, keahlian akan tamat apabila seseorang pelajar tersebut
tamat tingkatan lima dan apabila pelajar tersebut daftar tingkat enam, mereka perlu bayar
semula yuran keahlian dan saham.
Pemilihan Pengawas Koperasi adalah berdasarkan temu duga. Seramai 32 orang
pengawas telah dilantik pada tahun ini.

1.1.2

Saham dan Yuran Keahlian


Yuran yang dikenakan kepada ahli koperasi adalah seperti berikut:
a. Pelajar: RM1.
b. Guru: RM1.
Manakala saham yang dikenakan adalah seperti berikut
a. Pelajar: minimum RM5.
b. Guru: minimum RM10.

1.1.3

Dividen Saham yang Diisytiharkan


Setakat 31 Disember 2012, jumlah saham koperasi ini adalah RM14,174. Keuntungan bersih
yang diperoleh adalah RM4,720.35 dan dividen yang diisytiharkan adalah 10%.

1.1.4

Jenis jenis Perkhidmatan


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi sekolah ini adalah seperti berikut:
a. Pakaian sekolah seperti baju, seluar dan kain kepada pelajar tingkatan enam.
b. Pakaian sukan untuk pelajar dan guru
c. Lencana dan tanda nama.
d. Alat alat tulis.
e. Makanan seperti biskut, coklat dan kacang.
f. Minuman seperti susu Dutch Lady, Vitagen dan air mineral.

1.1.5

Aktiviti aktiviti yang Lain

Selain aktiviti jualan, koperasi sekolah ini juga ada deposit tetap di Public Bank sebanyak
RM12,481 pada akhir Disember 2012. Selain itu, koperasi juga memberikan sumbangan
kepada
a. Tabung Derma dan Sumbangan.
b. Tabung Kebajikan Am.
c. Tabung Pendidikan Koperasi.
d. Tabung Keceriaan.
e. Tabung Pengubahsuaian Kedai.
1.2 Analisis Koperasi
1.2.1 Kepimpinan
Koperasi sekolah ini mempunyai kepimpinan yang baik. Di mana, pengetua sekolah ini
memberikan komitmen yang baik terhadap perjalanan koperasi sekolah ini. Guru guru
koperasi juga menjalankan tugasnya dengan baik, di mana sering berusaha untuk
meningkatkan pendapatan koperasi dan juga menyediakan perkhidmatan yang baik kepada
ahli dan juga para pelajar. Akan tetapi, dari segi pengurusan masa, guru koperasi ini sering
datang lewat untuk bertugas.
Di samping itu, walaupun koperasi sekolah dapat menjana keuntungan dan aktiviti
koperasi berjalan dengan baik, pengetua masih enggan memberikan kebenaran kebenaran
tertentu kepada koperasi untuk menjual sesetengah produk di koperasi. Antara produk
produk yang ingin dijual kepada ahli koperasi iaitu guru di sekolah adalah seperti mangkuk
pinggan, pakaian seperti tudung dan lain lain lagi, untuk menambahkan pendapatan
koperasi.
Dalam pada itu, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) koperasi ini menjalankan tugas
mereka dengan baik. Walau bagaimanapun, ALK dalam kalangan pelajar tidak beberapa aktif
dalam kegiatan koperasi tersebut. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan keputusan berkaitan
koperasi tersebut hanya dalam kalangan ALK yang terdiri daripada guru guru.
1.2.2

Kejayaan / Kegagalan
Pada pandangan saya, kejayaan bagi koperasi ini adalah setakat jualan barangan di koperasi
dan juga deposit tetap dalam Public Bank. Tiada pembaharuan dilakukan dalam aktiviti
koperasi dan terutamanya dari segi penjualan produk. Koperasi sekolah ini dapat berjalan
dengan baik, akibat kebanyakan produk yang dijual di koperasi ini adalah wajib dibeli oleh
pelajar seperti pakaian seragam pelajar tingkatan enam, track bottom dan lain lain.

1.2.3

Potensi
Koperasi ini berpotensi untuk menjual barang barang biasa sahaja. Selain itu, tiada potensi
lain yang dapat dilihat terhadap koperasi ini.

1.2.4

Cabaran Masa Hadapan


3

Cabaran bagi koperasi ini amat sedikit. Ia hanya tertumpu pada pelaburan deposit tetap di
Public Bank. Hal ini kerana, walaupun semua bank di Malaysia dikawal selia oleh Bank
Negara, akan tetapi pihak koperasi sering peru mengawasi terhadap dividen yang diberikan
ke atas deposit tersebut. Hal ini demikian, kerana, dividen tersebut adalah salah satu dapatan
koperasi tersebut.

2.0 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad
2.1 Latar Belakang
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad telah
ditubuhkan pada tahun 2004. Sekolah ini merupakan sekolah baru di mana mula beroperasi
sejak tahun 2003.
2.1.1

Pengurusan
Ahli lembaga koperasi ini adalah seperti berikut:
a. Pn Hajah Jamaliah Othman (Pengerusi)
b. En Badrolhisham Mohd Khamis (Naib Pengerusi)
c. Pn Rosnah Abu Hasan (Penyelaras)
d. Pn Haslina Ramli (Setiausaha)
e. Pn Nurelisza Mohd Nor (Bendahari)
f. Pn Bahariah Mohd Nor (ALK)
g. Pn Nurhalina Hashim (ALK)
h. Siti Nor Aisyah Mohd Padri (ALK)
i. Nur Syahirah Aminuddin (ALK)
j. Nur Hanis Shuhada Hamran (ALK)
k. Amirah Dayana Shamsul Fansuri (ALK)
l. Asma Ul Husna Ramli (ALK)
m. Afiqah Nadhirah Zahari (ALK)
n. Anis Syahirah Anuwar (ALK)
Koperasi ini mempunyai seramai 1020 orang ahli termasuk Ahli Lembaga Koperasi.
Keahlian adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Walau bagaimanapun,
keahlian akan tamat apabila seseorang pelajar tersebut tamat tingkatan lima dan apabila
pelajar tersebut daftar tingkat enam, mereka perlu bayar semula yuran keahlian dan saham.

2.1.2

Saham dan Yuran Keahlian


Koperasi sekolah ini, tidak mengenakan yuran keahlian tetapi hanya saham yang dikenakan.
Ia adalah seperti berikut
a. Pelajar: minimum RM10.
b. Guru: 1/5 daripada modal syer.

2.1.3

Dividen Saham yang Diisytiharkan


Setakat 31 Julai 2013, jumlah saham koperasi ini adalah RM35,707.80. Keuntungan bersih
yang diperoleh adalah RM8,995.29 dan dividen yang diisytiharkan adalah 15%.

2.1.4

Jenis jenis Perkhidmatan


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi sekolah ini adalah seperti berikut:
a. Pakaian sukan untuk pelajar dan guru
b. Lencana.
5

c. Alat alat tulis.


d. Makanan seperti biskut dan coklat.
e. Minuman seperti susu Dutch Lady, Air Kotak dan air mineral.
2.1.5

Aktiviti aktiviti yang Lain


Selain aktiviti jualan, koperasi sekolah ini juga ada deposit tetap di Bank Rakyat sebanyak
RM10,200 pada akhir 31 Julai 2013. Selain itu, koperasi juga memberikan sumbangan
kepada
a. Tabung Derma.
b. Tabung Kebajikan Am.
c. Tabung Pendidikan.
d. Tabung Keceriaan Koperasi.
e. Tabung Keraian
f. Tabung Infrastruktur.

2.2 Analisis Koperasi


2.2.1 Kepimpinan
Secara umumnya, kepimpinan koperasi ini juga baik. Di mana, pengetua sekolah ini
memberikan kerjasamanya yang padu untuk pembangunan koperasi sekolah tersebut.
Manakala, guru guru koperasi juga menjalankan tugas mereka dengan baik, demi
kepentingan koperasi ini. Guru guru tidak leka dengan tugas mereka. Mereka sering
menepati masa untuk membuka koperasi untuk meningkatkan kualiti dan pendapatan
koperasi ini dengan mencadangkan untuk menjual produk produk yang lain seperti
Dominos Pizza, menjual pakaian seragam unit beruniform dan lain lain lagi.
Para pengawas koperasi juga berkomited dengan tugas tugas mereka, iaitu menepati
masa dalam menjalankan tugas di koperasi sekolah. Kerjasama di antara mereka
membolehkan koperasi sekolah ini boleh membangun dengan baik.
2.2.2

Kejayaan / Kegagalan
Kejayaan bagi koperasi ini adalah dari segi komitmen antara semua pihak koperasi seperti
guru guru koperasi, ALK dan juga ahli ahlinya. Selain itu, pelaburan deposit tetap di
Bank Rakyat juga salah satu kejayaan bagi koperasi ini. Ia akan memberi pendapatan
tambahan kepada koperasi dan ia boleh digunakan sebagai modal tambahan dalam
pengurusan koperasi. Di samping itu, jualan barangan dalam koperasi ini juga membolehkan
koperasi berjalan dengan lancar kerana terdapat sambutan daripada para pelajar.

2.2.3

Potensi
Tiada potensi yang lain selain menjual barangan yang biasa di koperasi dan juga deposit bank
tetap.

2.2.4

Cabaran Masa Hadapan

Cabaran bagi koperasi ini adalah menerusi deposit tetap di Bank Rakyat, pihak koperasi
sering perlu memerhatikan dengan dividen yang diberikan oleh bank kerana ia merupakan
pendapatan tambahan bagi koperasi tersebut. Hal ini kerana, jika modal atau yuran keahlian
menurun, maka pihak koperasi perlu mengeluarkan wang deposit di bank tersebut untuk
menguruskan kewangan koperasi. Maka, dividen yang diberikan terhadap deposit bank
adalah juga sedikit.

3.0 Koperasi Tenaga Nasional Berhad


3.1 Latar Belakang
Koperasi Tenaga Nasional Berhad telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1951. Awalnya, koperasi ini
dikenali sebagai Koperatif Tenaga Nasional Berhad, tetapi ditukar nama kepada Koperasi
Tenaga Nasional Berhad 28 November 1997. Koperasi ini beroperasi di No. 96, Jalan
Bangsar, 59200 Kuala Lumpur. Berikut merupakan visi, misi, objektif dan nilai nilai
bersama:
a. Visi:

Menjadi koperasi berprestij berteraskan kecemerlangan perniagaan dan


perkhidmatan.

b. Misi:
Kami beriltizam untuk meningkatkan perkhidmatan, produk, dan perniagaan
untuk kepentingan ekonomi anggota, pekerja dan pemegang berkepentingan
selaras dengan prinsip dan nilai nilai koperasi.
c. Objektif:
Memastikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti.
Mengurus kewangan dengan efisien.
Mengamalkan urusan perniagaan yang berhemah dan telus.
Memperkasa budaya berkompetensi tinggi dan saling membantu.
Menjamin pulangan pelaburan yang terbaik.
d. Nilai nilai Bersama:
Integriti
Profesional
Mesra
Kerja Berpasukan
3.1.1

Pengurusan
Ahli lembaga koperasi ini adalah seperti berikut:
a. YM Raja Hang Tuah bin Raja Iskandar (Pengerusi)
b. En Md Zamri bin Md Yasin (Naib Pengerusi)
c. En Mohd Roszeli bin Majid (Setiausaha)
d. En Zaiful Amran bin Aman (Bendahari)
e. Pn Bahariah Mohd Nor (ALK)
f. En Ali bin Omar (ALK)
g. Tuan Haji Mohd Hanaiah bin Ismail (ALK)
h. Tuan Hahi Mohammad Idris bin Hashim (ALK)
i. En Hassan bin Mohammad (ALK)
j. En Raja Ram a/l Subramaniam (ALK)
k. En Saseetharan a/l Manam (ALK)
l. En Krishnan a/l Ponnan (ALK)
m. Tuan Haji Abdul Shukor bin Hassan (ALK)
8

Koperasi ini mempunyai seramai 22,300 orang ahli. Keahlian akan didaftarkan jika
pekerja TNB berminat untuk menyertai koperasi tersebut. Keahlian akan tamat, jika anggota
tersebut telah bersara, letak jawatan, dibuang kerja, masalah kesihatan dan juga meninggal
dunia. Koperasi ini terdapat sebanyak 53 orang staf untuk menguruskan pergerakan koperasi
ini. Segala urusan dan pengambilan staf dilakukan oleh koperasi sendiri dan tiada campur
tangan oleh pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana koperasi merupakan entiti
yang berasingan.
3.1.2

Saham dan Yuran Keahlian


Yuran keahlian yang dikenakan kepada ahli koperasi adalah 3% daripada gaji bulanan dan
juga dividen yang dibayar.

3.1.3

Dividen Saham yang Diisytiharkan


Setakat 31 Disember 2012, jumlah modal syer koperasi ini adalah RM4,508,675 dan modal
yuran adalah RM83,357,338. Keuntungan bersih yang diperoleh adalah RM11,122,607 dan
dividen yang diisytiharkan adalah 19%.

3.1.4

Jenis jenis Perkhidmatan


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi ini adalah seperti berikut:
a. Simpanan dan Kredit
Menggalakkan penyimpanan wang pada setiap bulan serta menyediakan
kemudahan pinjaman dan pembiayaan.
b. Perkhidmatan Pengguna
Menyediakan kemudahan pengguna untuk membolehkan anggota, orang
perseorangan dan syarikat korporat mendapat barangan keperluan dengan
harga yang kompetitif dan berkualiti.
c. Skim Insurans
Menyediakan kemudahan Insurans Nyawa dan Insurans Am dengan pelbagai
faedah sampingan.
d. Pelancongan dan Pengembaraan
Menyediakan aktiviti perniagaan tiket pengangkutan dan perkhidmatan
pelancongan serta aktiviti berkaitan dengannya yang dijalankan oleh anak
syarikat.
e. Perhotelan
Menjalankan aktiviti perhotelan
f. Ejen Pembayaran
Menjadi ejen untuk membayar premium insurans bagi pihak anggota.
g. Kedai Buku
Menyediakan perkhidmatan pembekalan buku buku dan alat tulis kepada
UNITEN, institusi institusi pendidikan dan orang awam.
h. Pelaburan
9

Melabur di dalam institusi kewangan dan Koperasi serta hartanah untuk

mendapatkan pulangan yang terbaik kepada anggota anggota.


i. Pendidikan Anggota
Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan latihan.
j. Bantuan Pelajaran
Mengendalikan bantuan kebajikan dan pelajaran untuk anggota dan pekerja
serta anak anak yang berkelayakan.
3.1.5

Aktiviti aktiviti yang Lain


Selain aktiviti di atas, koperasi juga memberikan sumbangan kepada Zakat, di mana pada
tahun 2013, koperasi ini telah mendapat kelulusan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan untuk
menyumbangkan sebanyak RM58,818.94

3.2 Analisis Koperasi


3.2.1 Kepimpinan
Koperasi ini mempunyai kepimpinan yang baik. Pengurus besar memang bijak dalam
menguruskan koperasi ini. Di samping itu, ALK turut memberikan komitmen yang baik
dalam pengurusan koperasi ini. Perancangan dan perjalanan koperasi memang baik. Keadaan
ini dapat dilihat menerusi keuntungan yang dijana dan juga bilangan anggota / ahli yang
daftar dengan koperasi setiap tahun. Kepekaan terhadap keperluan anggota menjadikan
koperasi ini menjadi tempat yang bagus untuk dikunjungi oleh ahlinya.
Di samping itu, pengurusan masa dalam mengendalikan permintaan ahli juga baik, di
mana ia mengambil masa satu hingga dua hari sahaja, membolehkan permintaan ahli ahli
dapat dipenuhi dalam masa yang singkat.
3.2.2

Kejayaan / Kegagalan
Kejayaan koperasi ini adalah bergantung kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan
oleh koperasi ini kepada ahli ahlinya. Contohnya, tiket penerbangan, perhotelan, barangan
elektrik, dan lain lain. Di samping itu, pelaburan koperasi ini dalam hartanah dan
perhotelan membolehkan koperasi ini memperoleh pulangan yang baik, di mana ia dapat
disalurkan semula kepada ahli ahlinya. Tambahan pula, keanggotaan koperasi ini juga
membawa kejayaan kepada koperasi ini, di mana, yuran keahlian dan yuran saham yang
dikenakan membolehkan koperasi ini menggunakan wang tersebut untuk pengurusan
koperasi ini. Selain itu, komitmen antara ahli ahli, ALK dan juga pihak pengurusan
koperasi turut membolehkan pergerakan koperasi ini berjalan dengan lancar.

3.2.3

Potensi

10

Koperasi ini mempunyai untuk berkembang pesat. Hal ini disebabkan oleh pelaburan, jualan
barangan seperti barangan elektrik, agensi pelancongan, perhotelan memang menjana
pendapatan yang baik untuk koperasi ini. Oleh hal yang demikian, koperasi ini perlulah
mengekalkan semua aktiviti ini, supaya dapat menjana pendapatan yang lebih baik pada masa
yang akan datang.
3.2.4

Cabaran Masa Hadapan


Rata ratanya, koperasi ini mempunyai cabaran dari segi pelaburan dalam hartanah dan
perhotelan. Hal ini kerana, pulangan ke atas pelaburan pelaburan ini akan mengambil
jangka masa yang lama. Di samping itu, jika pelaburan pelaburan ini tidak diuruskan
dengan baik, maka ia boleh menggugat kedudukan kewangan koperasi ini.

11

4.0 Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad


4.1 Latar Belakang
Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 30 Julai 1985. Awalnya,
koperasi ini beroperasi di kampus sementara UUM di Tanah Merah, Jitra, Kedah. Perniagaan
buku secara kecil kecilan dilakukan untuk mendapatkan komisen. Sekitar tahun 1990,
koperasi ini berpindah ke Sintok, dan menjalankan perniagaan kedai runcit, dan kemudian
bertukar kepada kedai buku. Koperasi UUM Berhad kini, mempunyai pejabat urusan sendiri
di Changlun, Kedah. Koperasi ini beroperasi di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia,
06010, Sintok, Kedah Darul Aman. Berikut merupakan visi, misi dan objektif:
a. Visi:

b. Misi:

Koperasi termaju dan terbaik.


Menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik.
Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti.
Modal insan yang berasaskan prinsip Koperasi yang kompeten dan

membudayakan keusahawanan.
Koperasi yang peka dengan tanggungjawab sosial.
Melaksanakan / menggunakan / mengungguli teknologi terkini.
Mencapai 10 koperasi terbaik pada tahun 2015.
c. Objektif:
Meningkatkan keuntungan tahunan sebanyak 25%.
Mewujudkan kepuasan pelanggan kepada 90% dari segi perkhidmatan dan

produk.
Meningkatkan pelaburan baru.
Mengurangkan kadar keberhentian staf tahunan kepada 5%.
Meningkatkan tanggungjawab sosial melalui perkhidmatan yang diberikan.

4.1.1 Pengurusan
Ahli lembaga koperasi ini adalah seperti berikut:
a. Tuan Haji Mohd Hamizan Zalazilah (Pengerusi)
b. Dr. Abdul Halim Abdul Majid (Naib Pengerusi)
c. Tuan Haji Mohd Ashari Yaakub (Setiausaha)
d. Tuan Haji Ahmad Puat Abdl Rahim (Bendahari)
e. En Ahmad Rahimi Husin (ALK)
f. En Jafri Ishak (ALK)
g. Pn Adilah Ishak (ALK)
h. LT. KOL. Prof. Dr. Abdul Razak Chik (ALK)
i. Ustad Muhamad Usamah Ismail (ALK)

12

Koperasi ini mempunyai seramai 3,200 orang ahli. Keahlian akan didaftarkan jika
pekerja UUM berminat untuk menyertai koperasi tersebut. Keahlian akan tamat, jika anggota
tersebut telah bersara, letak jawatan, dibuang kerja, masalah kesihatan dan juga meninggal
dunia. Koperasi ini terdapat sebanyak 58 orang staf untuk menguruskan pergerakan koperasi
ini. Segala urusan dan pengambilan staf dilakukan oleh koperasi sendiri dan tiada campur
tangan oleh pengurusan UUM kerana koperasi merupakan entiti yang berasingan.
4.1.2

Saham dan Yuran Keahlian


Yuran yang dikenakan kepada ahli koperasi ini adalah minimum RM30 setiap bulan melalui
potongan gaji. Manakala saham pula tiada hadnya.

4.1.3

Dividen Saham yang Diisytiharkan


Dividen yang diisytiharkan adalah 15%. Bayaran dividen diberikan dalam bentuk lain, seperti
produk jualan yang terdapat di koperasi tersebut.

4.1.4

Jenis jenis Perkhidmatan


Antara aktiviti utama koperasi ini adalah seperti berikut:
a. Alat tulis dan cenderamata.
b. Tender buku.
c. Pasar raya.
d. Kafe.
e. Vending machine snek dan minuman.
f. Pinjaman anggota.
g. Penyelenggaraan perumahan.
h. Kursus / bengkel / seminar.
i. Pelancongan.

4.1.5

Aktiviti aktiviti yang Lain


Selain aktiviti jualan, koperasi sekolah ini juga ada deposit tetap di Public Bank sebanyak
RM12,481 pada akhir Disember 2012. Selain itu, koperasi juga memberikan sumbangan
kepada
a. Skim Pembiayaan Bai Ai Einah
Pinjman tunai kepada ahli koperasi.
b. Skim Pembiayaan Murabahah
Pembelian barangan utama oleh ahli.
c. Skim Pembiayaan Qardul Hasan
Pinjaman kecemasan kepada ahli.
d. Tabung Kebajikan Sejahtera
Sumbangan kepada ahli ahli jika terdapat kematian dalam keluarga ahli.
e. Tabung Kebajikan Pendidikan
Diberikan kepada anak anak ahli yang berkelayakan.
f. Sumbangan Zakat
g. Pelaburan Hartanah di Perlis dan Kuala Kedah.

13

4.2 Analisis Koperasi


4.2.1 Kepimpinan
Kepimpinan koperasi ini dalam keadaan sederhana. Oleh hal yang demikian, pengurusan
koperasi ini mempunyai beberapa masalah. Keadaan ini dapat dilihat menerusi sikap sikap
staf koperasi ini yang sering leka dalam menjalankan tugas mereka. Contohnya, pekerja dan
juga pengurus besar tidak menepati masa, sering berbual kosong sesama mereka. Sistem
dokumentasi dokumen dokumen penting seperti invois dan lain lain juga tidak betul. Staf
sering alpa dalam memfailkan dokumen dokumen tersebut dan sering mencari cari di
merata rata tempat. Manakala, ALK pula tidak mengambil berat tentang perjalanan
koperasi, kerana kebanyakan ALK merupakan pensyarah di UUM dan sering sibuk dengan
tugas tugas rasmi mereka.
4.2.2

Kejayaan / Kegagalan
Pada pendapat saya, koperasi ini mempunyai kejayaan dari segi penjualan barang barang
kepada pelajar UUM. Hal ini kerana, koperasi ini sering mendapat kunjungan oleh pelajar
pelajar UUM untuk membeli buku, alat tulis, mencetak, fotostat, membeli barangan
keperluan seperti makanan minuman dan lain lain. Akan tetapi, komitmen di antara pihak
pengurusan koperasi dan ALK yang kurang baik, menyebabkan pengurusan koperasi ini
menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan koperasi boleh mendapat kerugian.

4.2.3

Potensi
Potensi bagi koperasi ini adalah dari segi penjualan barangan kepada pelajar dan juga
pelaburan hartanah di Perlis dan Kuala Kedah, kerana ia boleh memberi pulangan yang baik
kepada koperasi ini dan membolehkan kedudukan kewangan menjadi stabil.

4.2.4

Cabaran Masa Hadapan


Cabaran yang mungkin dihadapi oleh koperasi ini adalah menerusi pelaburan hartanah di
Perlis dan Kuala Kedah. Jika pelaburan ini tidak diuruskan dengan betul, maka kedudukan
kewangan koperasi boleh tergugat. Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan koperasi
perlulah berkomited dalam menguruskan koperasi ini dengan betul dan baik.

14

5.0 Lampiran (Gambar)


5.1 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur Berhad.

15

16

17

5.2 Koperasi SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur Berhad

18

19

20

21

5.3 Koperasi Tenaga Nasional Berhad

22

23

24

25

26

5.4 Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad

27

28

29

30

31

32

Anda mungkin juga menyukai