Anda di halaman 1dari 22

Latihan ChromeLab Mudah Alih

1.1 Overview of the ChromeLab Components

Modul Latihan
2.0 Apakah itu Chromebook?

Modul 2.0: Objektif Latihan


Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan produk yang terperinci kepada para peserta
kursus. Setelah para peserta menamatkan kursus, mereka akan memahami tentang semua
perbezaan ciri dan fungsi Mobile ChromeLab ini dan kaedah penyelesaian masalahnya. Mereka
juga akan berupaya untuk menasihat para pengguna di sekolah tentang cara menggunakan
fungsi-fungsi yang berbeza, demi mencapai dengan cemerlang matlamat tugas mereka.

2.0 Apakah itu Chromebook?

2.0.1 Apakah itu Chromebook?


Chromebook ialah peranti pengkomputeran jenis baharu yang membuatkan pembelajaran
dengan teknologi menjadi lebih mudah, lebih pantas serta ringkas! Ia dioperasikan oleh Chrome
Operating System (Chrome OS), iaitu sistem berasaskan pelayar Chrome yang mempunyai
lapisan keselamatan berbilang dan ruang simpanan awan yang sedia terbina. Chrome OS hanya
membenarkan Chrome Browser untuk memasang sesuatu aplikasi ke dalamnya. Oleh itu, dalam
erti kata lain, ia selamat kerana virus atau malware lain sukar menjangkiti OS kerana ia direka
untuk tidak membenarkan aplikasi lain terpasang padanya kecuali Chrome Browser. Peranti ini
memberikan guru dan pelajar akses yang pantas kepada sumber-sumber pendidikan dan
kolaborasi global yang luas.

2.0.2 Apakah itu Pengkomputeran Awan?


Anda mungkin pernah mendengar ungkapan pengkomputeran awan sebelum ini tetapi mahu
mengetahui maksudnya. Bekerja di dalam awan bermaksud fail dan folder anda yang
dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, kini disimpan dan diproses pada pelayan
komputer yang disambungkan dengan internet. Tidak seperti awan yang sebenar, penyimpanan
awan (seperti Google Drive yang didatangkan bersama Chromebook anda), adalah selamat
dan terjamin.
Ia mempunyai banyak persamaan seperti menyimpan wang dalam bank hanya pengguna yang
ditugaskan sahaja yang boleh mengakses data mereka (dengan kata laluan yang betul), dan jika
mereka mahu, mereka boleh mengakses data tersebut dari mana-mana sahaja di dunia ini, atau
dengan menggunakan peranti-peranti seperti komputer riba dan telefon mereka. Semua fail
anda adalah selamat, walaupun jika Chromebook anda hilang atau rosak.
Dengan Google Drive, data anda disimpan di pusat data Google yang sangat selamat. Syarat
Perkhidmatan menjelaskan bahawa segala yang anda miliki adalah kekal milik anda. Anda
memiliki fail anda dan anda mengawal dengan siapa anda berkongsi fail-fail anda, ia jelas dan
mudah. Google Drive juga menawarkan penyimpanan awan pengguna, perkongsian fail dan
pengeditan secara berkolaborasi.

2.0.3 Mengapakah Chromebook berbeza?


Chromebook adalah komputer jenis baharu yang direka untuk membantu anda melakukan
tugas dengan pantas dan mudah.

Chrome OS
Google Chrome OS ialah satu sistem operasi yang ringan, dibina dan dioptimumkan untuk web
tanpa keperluan yang sukar, justeru ia boleh beroperasi pada peralatan kurang mahal,
membantu mengurangkan harga komputer. Ia dilengkapi dengan Google Apps terbina dalam,
mudah dikongsi serta dikemaskini secara automatik.

2.0.4 Ciri-ciri Chrome OS yang membuatkannya berbeza


Pantas Dilancarkan
Chrome dilancarkan hanya dalam beberapa saat daripada dekstop anda apabila anda mengklik
ikon Chrome sebanyak dua kali.
Menjalankan Aplikasi Web Dengan Pantas
Chrome dilengkapi dengan V8, enjin JavaScript yang lebih berkuasa yang dibangunkan untuk
menjalankan aplikasi web yang kompleks dengan kelajuan kilat. Dengan pelancaran baharu,
Chrome menjadi lebih pantas.

Carian Dan Navigasi Pantas


Anda boleh memasukkan carian dan alamat web dalam bar gabungan carian dan alamat
Chrome, yang dikenali sebagai Omnibox. Bar alamat tempat anda memasukkan alamat
web/URL semasa melayari internet dikenali sebagai Omnibox.

Omnibox memaparkan cadangan bagi carian dan alamat yang anda taipkan, dan menyediakan
fungsi auto-siap untuk membantu anda menemui carian anda hanya dalam beberapa ketukan
kekunci.
Pantas Memuatkan Halaman Web
Chrome adalah dikuasakan oleh enjin sumber terbuka WebKit dan halaman web dimuatkan
dalam sekelip mata.
Ia ringkas
Chrome direka untuk menjadikannya seringkas yang boleh. Ia pelayar yang berbeza daripada
web yang biasa, supaya anda boleh lebih fokus kepada apa yang anda utamakan seperti untuk
menggunakan emel atau memanfaatkannya sebagai alatan untuk mengajar.
Carian & Navigasi Mudah
Anda hanya perlu menaip dan anda akan temui apa yang dicari.
Hanya terdapat satu kotak pada Chrome the Omnibox iaitu unuk anda membuat carian web
atau menavigasi laman. Ia melengkapkan secara automatik taipan anda, memaparkan cadangan
dan juga boleh memuatkan keputusan serta-merta jika anda mengaktifkan Chrome Instant.
Pengurusan Tab Yang Cekap
Tab-tab adalah mudah untuk diseret, dilepaskan dan disusun. Anda juga boleh pin tab
kegemaran anda (seperti emel) ke jalur tab agar ia muncul di tempat yang sama, di setiap kali
anda melancarkan Chrome.

Tab Untuk Carian


Kenapa perlu pergi ke YouTube.com terlebih dahulu dan kemudian mencari video? Taipkan
sahaja youtube.com ke dalam Omnibox dan tekan tab untuk terus melakukan cari YouTube.
Anda juga boleh menetapkan kata kunci peribadi untuk laman-laman kegemaran anda.

Pemapar PDF Terbina Dalam


Anda boleh memuatkan PDF dalam sekelip mata tanpa perlu memasang perisian atau plug-in.
Ia mudah untuk mengubah saiz, menyimpan dan mencetak PDF dengan hanya satu klik.
Mulakan Di Tempat Anda Berhenti
Apabila anda menutup Chrome , ia akan mengingati tab yang anda buka supaya anda boleh
terus menyambung kerja anda, bermula dari tempat anda berhenti.
melakukan kerja anda meneruskan kerja anda
Melayari Dengan Selamat
Chrome akan memaparkan mesej amaran sebelum anda memasuki laman web yang disyaki
mengandungi malware atau phishing. Serangan phishing berlaku apabila seseorang bertindak
sebagai orang yang lain untuk memperdaya anda agar anda berkongsi maklumat peribadi atau
maklumat sensitif dengan mereka, biasanya dengan menggunakan laman web palsu. Malware,
dalam erti kata lain, merupakan perisian yang dipasang pada komputer anda, biasanya tanpa
pengetahuan anda dan direka untuk membahayakan komputer anda atau mempunyai potensi
untuk mencuri maklumat daripada komputer anda.
Sandboxing
Sandboxing ialah mekanisme keselamatan untuk mengasingkan program yang berjalan. Hal ini
menghalang malware dari terpasang ke dalam komputer anda atau menggunakan apa yang
berlaku dalam satu tab pelayar untuk mempengaruhi di tab yang lain. Sandbox menyediakan
lapisan perlindungan tambahan terhadap laman web yang berniat jahat, yang cuba memasang
program pada komputer anda, memantau komputer anda atau mencuri maklumat peribadi dari
pemacu keras anda.

Kemaskini Automatik
Untuk memastikan anda memiliki kemaskini keselamatan yang terkini, Chrome secara kerap
melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, guru tidak
perlu untuk mengemaskini kesemua Chromebook secara manual. Kemaskini Chromebook
adalah tertakluk kepada polisi KPM, iaitu kemaskini yang dianggap kritikal dan selepas ujian
lanjut sahaja yang akan dihantar kepada Chromebook untuk dilakukan kemaskini automatik.
Mod Incognito
Jika anda tidak mahu kunjungan anda ke laman web atau muat turun anda direkodkan dalam
sejarah pelayaran atau muat turun, anda boleh melayarinya dengan mod Incognito. Di samping
itu, sebarang kuki yang dihasilkan semasa dalam mod incognito akan dipadamkan selepas anda
menutup kesemua tetingkap incognito yang terbuka.

Semasa anda melayari dalam mod incognito, anda akan dapat melihat ikon incognito di
bahagian sudut. Mod Incognito amat berguna kerana ia adalah kaedah mudah untuk melayari
web secara peribadi tanpa anda perlu mengubah tetapan privasi berulang kali semasa melayari
internet. Misalnya, anda boleh mempunyai satu sesi biasa dan satu sesi incognito, dalam
tetingkap yang berasingan, pada waktu yang sama.
Pilihan Privasi
Anda boleh mengawal semua pilihan privasi untuk Chrome dari dialog Options, di bawah
bahagian Privacy, yang terletak di atas tab Under the Hood.

Membersihkan Data Pelayaran


Dengan Chrome, anda boleh membersihkan data pelayaran anda pada bila-bila masa supaya
maklumat pelayaran tidak tersimpan dalam pelayar anda, termasuk sejarah pelayaran dan
muat turun, kuki, kata laluan tersimpan dan data borang tersimpan.
Nota: Pintasan Papan Kekunci untuk tindakan ini ialah: CTRL + H
Menetapkan Pilihan Privasi Mengikut Laman Web
Di bawah tetapan kandungan Chrome; anda boleh mengawal pilihan privasi untuk kuki, imej,
JavaScript dan plug-in secara laman demi laman.
Menambah Pengguna Baharu
Kemudahan menambah pengguna baharu membolehkan anda merasai pengalaman peribadi
Chrome dan anda boleh mendaftar masuk ke dalam Chrome untuk menyegerakkan barangan
anda. Mendaftar masuk ke dalam Chrome menyebabkan penanda buku, aplikasi, sejarah dan
tetapan lain anda dihantar ke semua peranti anda. Apa sahaja yang anda kemaskini dalam satu
peranti, serta-merta dikemaskini di mana-mana sahaja, dan barangan Chrome anda selamat jika
berlaku sesuatu terhadap komputer anda.
Perlu diingat bahawa tindakan menambah pengguna baharu ke dalam Chromebook tidak akan
menambah pengguna tersebut ke dalam Frog VLE. Menambah pengguna baharu ke dalam Frog
VLE hendaklah dilakukan oleh Pentadbir Frog (Frog Admin).
Nota: Guru dan pelajar hanya boleh melog masuk dengan menggunakan 1BestariNet Yes ID
mereka sahaja.
Tema
Adalah mudah untuk menambah sedikit warna pada Chrome. Anda boleh memasukkan tema
dari Chrome Web Store atau anda boleh membuat tema anda sendiri di mychrometheme.com
serta berkongsikannya dengan rakan-rakan guru.
Menambah Aplikasi
Tambahkan aplikasi ke dalam sebuah komputer. Akses aplikasi tersebut di semua komputer
anda. Terdapat banyak aplikasi pendidikan tersedia di Chrome Web Store. Menambah aplikasi
adalah proses 3 langkah:

1. Untuk memasukkan aplikasi, layari mudah kedai di http://chrome.google.com/webstore.


Atau klik ikon

dalam senarai Apps

2. Layari atau cari aplikasi yang anda ingin pasangkan.


3. Untuk aplikasi percuma, terdapat butang + Free di halaman butirannya. Klik butang tersebut
untuk memasang aplikasi berkenaan.
Aplikasi tersebut akan dipasang secara automatik dan ikonnya akan muncul dalam bahagian
Apps pada halaman New Tab.
Aplikasi dari Chrome Web Store ini menggunakan teknologi web baru yang berkuasa untuk
memberikan pengalaman produktiviti, pendidikan dan permainan yang terbaik, sentiasa hanya
dengan satu klik dari halaman New Tab. Chrome Web Store menawarkan beribu-ribu aplikasi,
kelengkapan pendidikan yang percuma dan berbayar, dan peluasan untuk membantu guru dan
pelajar memanfaatkan Chromebook mereka dengan sepenuhnya.

2.0.5 Ciri-ciri fizikal Chromebook

Paparan 11.6 inci (1366x768)


0.7 inci nipis 2.42 lbs / 1.08 kg
Hayat bateri lebih daripada 6.5 jam*
Samsung Exynos 5 Dual Processor
16 GB Solid State Drive
Dual Band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
Terbina Dalam
Sambungan Yes 4G Terbina Dalam
Kamera VGA
1 x USB 3.0, 1 x USB 2.0
HDMI Port
Bluetooth 3.0 Compatible

2.0.6 Port Chromebook


1
2
3
4
5
6

Slot Sim Kad


USB 3.0
USB 2.0
HDMI Output
Lampu Penunjuk
Bateri
Port Pengecasan

Penting: Chromebook tidak menyokong sambungan mana-mana peranti USB yang perlukan
pemacu.

2.0.7 Bateri
Sila rujuk kepada arahan berikut apabila menggunakan komputer dengan kuasa bateri, tanpa
menyambung kepada kuasa AC. Chromebook dilengkapi dengan bateri dalaman.

Sambungkan penyesuai AC dengan jek input kuasa di sebelah kiri Chromebook. Bateri akan
mula dicas. Apabila pengecasan selesai, LED Cas akan bertukar ke warna hijau.
STATUS

LAMPU CAS

Sedang dicas

Merah

Telah dicas sepenuhnya

Hijau

Penyesuai AC tidak bersambung

Tidak Menyala

Untuk melihat jumlah kuasa bateri yang tinggal, klik ikon


bateri di sudut bawah kanan skrin.

2.0.8 Menghidupkan Chromebook


Jika anda membuka panel LCD, komputer akan dihidupkan secara automatik. Jika panel LCD
sudah sedia terbuka, sila tekan butang kuasa.

LED butang kuasa akan dinyalakan apabila komputer dihidupkan.

2.0.9 Mematikan Chromebook

Tekan dan tahan butang kuasa selama lebih kurang 4 saat untuk mematikan
Chromebook. Tekan dan tahan butang kuasa selama lebih kurang 2 saat untuk
mengunci Chromebook.

Apabila sistem dibekukan, tekan dan tahan butang kuasa selama lebih kurang 8 saat
untuk mematikan komputer.

Mengawal kuasa Chromebook


JIKA PENUTUPNYA
DITUTUP

JIKA TIADA INPUT PADA MASA


YANG DITETAPKAN

JIKA BUTANG KUASA


DITEKAN

Daftar
masuk

Mod tidur

Mod tidur

Situasi bertukar kepada


daftar keluar.

Daftar
keluar

Komputer dimatikan

Chromebook dimatikan

Komputer dimatikan.

2.0.10 Menyambung ke rangkaian tanpa wayar


Nota: Chrome OS ketika ini menyokong semua piawaian keselamatan tanpa wayar utama (WEP,
WPA, WPA2, dan WPA-Enterprise).
Untuk menyambung komputer anda dengan rangkaian tanpa wayar:
Klik ikon rangkaian
di sudut kanan bawah skrin. Jika anda tidak melihat ikon rangkaian
tersebut, tutup atau kecilkan semua tetingkap yang terbuka.
Satu senarai rangkaian tanpa wayar akan dipaparkan. Pilih rangkaian anda.

Masukkan kata laluan rangkaian, jika berkenaan dan klik Connect.

Maklumat rangkaian anda kini disimpan.

2.0.11 Log masuk dengan 1BestariNet ID


Anda boleh log masuk ke dalam Chromebook dengan akaun 1Bestarinet ID anda.
Jika anda log masuk dengan akaun Yes ID anda, anda dengan mudah boleh menggunakan
perkhidmatan Google seperti Google Calendar, Google Docs dan sebagainya. Di samping itu,
memandangkan penanda buku dan tetapan pelayar anda disimpan dalam akaun Yes ID, anda
boleh menggunakan tetapan yang sama walaupun dengan Chromebook yang lain.
Klik pada Add User

Masukkan 1Bestarinet Yes ID dan kata laluan anda.

Pilih satu gambar.

Setelah anda melengkapkan bahagian log masuk, Desktop akan dipaparkan. Anda boleh
menggunakan Chrome dan pelbagai jenis aplikasi dengan mengklik ikon di sebelah kiri bawah
skrin.

2.0.12 Memilih aplikasi untuk App list aplikasi

Klik butang App list (


) di bawah skrin untuk memaparkan semua Apps yang sedang
terpasang. Anda boleh mengawal aplikasi yang muncul dalam senarai dan membukanya dengan
mudah.

2.0.13 Antara muka Pelayar


Sebaik sahaja anda mendaftar masuk, anda serta-merta berada dalam web. Di sini terdapat
pengenalan pantas tentang antara muka yang anda akan dapat lihat:

NO

MENU

FUNGSI

Butang kawalan
tetingkap.

Tarik ke bawah untuk mengecilkannya/ Seret ke kiri atau kanan untuk


melabukannya. Anda boleh mengubah saiz atau melabuhkan tetingkap anda.

Butang New tab

Klik untuk melihat aplikasi dan laman yang paling kerap dikunjungi.

Butang Navigasi

Kembali, ke hadapan, atau muat semula halaman anda.

Bar Alamat

Cari atau masukkan alamat web.

Bookmark

Bookmark halaman.

Tetapan

Klik untuk melaras tetapan pelayar anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan pelayar, layari Google Help Center
di http://www.google.com/support/chromeos.

2.0.14 Saiz skrin


Chromebook mempunyai paparan 11.6 inci (1366 x 768).

11.6 inches

Penting!

Skrin Chromebook bukanlah skrin sesentuh.


Ia boleh tercalar dan perlu berhati-hati semasa menutup menutup Chromebook dengan
memastikan tiada apa-apa objek melekat pada skrin atau papan kekunci yang boleh
mencalar atau meretakkan skrin, semasa Chromebook ditutup.

2.0.15 Melaras kecerahan LCD


Laraskan kecerahan LCD dengan menekan :

1. Kunci

untuk mengurangkan kecerahan.

2. Kunci

untuk menambah kecerahan.

Nota : Apabila anda menekan kekunci


sebanyak satu peringkat.

, kecerahan LCD akan bertambah

2.0.16 Arahan pembersihan skrin LCD

Bersihkan panel LCD dengan kain lembut yang dibasahkan sedikit dengan
pembersih komputer dengan bergerak dalam satu arah.
Pembersihan panel LCD secara kasar boleh merosakkan LCD.

2.0.17 Pad Sentuh


Fungsi Pad Sentuh Asas

Gerakkan kursor pada skrin

Letakkan jari anda sedikit pada pad sentuh dan


gerakkan jari anda. Kursor tetikus akan
bergerak sewajarnya. Gerakkan jari anda pada
arah anda mahu kursor itu bergerak.

Untuk melaras tetapan pad sentuh, ikuti langkah-langkah di bawah:


Klik pada sepana di sudut atas kanan tetingkap, atau ikon User ID di sudut
kanan bawah skrin. Ini di sebelah atas kanan skrin.
Ini berada di sebelah bawah kanan skrin.
Klik pada Settings. Menu Settings kemudiannya dipaparkan.

Di bawah Device, anda boleh menggunakan peluncur untuk melaras kelajuan penunjuk.

Klik pada Pointer settings. Tetingkap Pointer settings akan terpapar.

Dalam Pointer settings, anda boleh memilih


Enable tap-to-click atau Enable simple
scrolling direction. Untuk mengaktifkan
salah satu daripada pilihan ini, klik kotak
yang terdapat sebelumnya.

Semasa menggunakan Chromebook, gunakan pad sentuh untuk menggerakkan penunjuk dan
memilih item pada skrin. Berikut adalah beberapa syarat dan tindakan yang disokong oleh pad
sentuh:
Gerakkan penunjuk: Hanya gerakkan jari anda di seluruh pad sentuh tersebut.

Klik: Hanya tekan ke bawah pada separuh bawah pad sentuh tersebut.
Memandangkan tap-to-click diaktifkan secara lalai, anda boleh mengetuk pas sentuh
dengan pantas untuk mengkliknya.

Klik-kanan: Klik pad sentuh dengan dua jari.

Skrol: Letakkan dua jari pada pad sentuh dan gerakkan ke atas dan ke bawah untuk
tatalan menegak, kiri dan kanan untuk menatal melintang.
Jika dua jari anda diaktifkan untuk tatalan, gerakkan kedua-dua jari ke atas untuk
menatal ke bawah. (Ia berfungsi sama seperti anda menggunakan telefon pintar atau
tablet anda.) Jika anda membuka beberapa pelayar, anda boleh leret ke kiri dan ke
kanan dengan tiga jari untuk bergerak dengan pantas di antara tab-tab.
Leret: Gerakkan dengan cepat dua jari ke kiri atau ke kanan atau ke depan atau ke
belakang pada halaman web atau semasa menggunakan aplikasi.
Seret dan lepas: Klik item yang anda mahu gerakkan dengan satu jari. Dengan jari
kedua, gerakkan item tersebut. Lepaskan kedua-dua jari untuk melepaskan item di
tempat ia ingin diletakkan.

2.0.18 Jek audio

Pasankan jek audio alat dengar anda pada jek Audio Input di sebelah kiri Chromebook.

Audio Jack Input

2.0.19 Jek kuasa

Gunakan jek kuasa untuk mengecas Chromebook anda. Periksa lampu penunjuk bateri untuk
mengetahui sama ada Chromebook jika pengecasan Chromebook berfungsi. Ia boleh ditemui di
bahagian Battery di dalam modul ini.

Anda mungkin juga menyukai