Anda di halaman 1dari 49

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun

tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di
Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Pengenalan
Sebingkas madah
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Tingkap papan kayu bersegi,
sampan sakat di Pulau Angsa, indah tampan kerana budi, tinggi darjat kerana bahasa. Bahasa boleh meninggikan darjat
manakala indah bahasa sedap didengar. Resam diertikan kebiasaan manakala Melayu ialah bangsa atau rumpun.
Seuntai kata
Bicara tentang resam Melayu akan membawa para pembaca menimba ilmu dalam pelbagai aspek yang meliputi
kehidupan harian, asal-usul, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, adab dan tingkah laku, pakaian serta
perhiasan, peralatan, permainan, dan perubatan tradisional, senjata, tarian, silat, seni reka dan segenap aspek yang
terkandung dalam erti kata resam itu sendiri. Penulis menulisberdasarkan pengalaman, artikel kualiti, fakta sejarah
yang ingin dikongsi bersama pembaca yang menjurus kepada pengayaan bangsa/rumpun Melayu itu sendiri.
Di samping itu, blog ini juga memuatkan barangan jualan seperti keris, kompang, dan tanjak, bengkung serta sampin.
Keris dijual daripada bilah lama atau baru, bergantung kepada bilah yang boleh didapati pada satu-satu masa justeru
jualan keris akan dibuat berdasarkan permintaan sahabat handai yang ingin menjual atau menambah koleksi keris
mereka.
Wassalam.

Lain-lain

ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali
adalah peringkatmerisik.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap
awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna
dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga
pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya,
pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan
restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti
perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh
seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang
si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau
bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima
lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang
agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap
mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang
dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah
para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah
itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna,
dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak
teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si
dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak
keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.

Sudah lama langsatnya condong


Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah

Dari Pauh singgah Permatang


Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan


Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik

Berapa tinggi pucuk pisang


Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati

Kabung enau tebang satu


Tebang sekali dengan sigainya
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku
Harapan dalam tutur katanya

Besar api Teluk Gadung


Anak buaya mengonggong bangkai
Niat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai

Sudah lama langsatnya condong

Dahannya rebah ke ampaian


Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka,
maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:

Perahu kolek ke hilir tanjung


Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita

Pelita dipasang atas peti


Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang


Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati

Tumbuk lada di atas para


Ada kasut simpan di hati
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan
kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit


Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik


Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama kami mencari
Baru sekarang kami mendapat

Raja Hindu raja di Sailan


Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman

Cendrawasih burung yang sakti


Singgah hinggap di atas karang
Kasih berputik di dalam hati
Dari dahulu sampai sekarang

Singgah berenang di persiraman


Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak
pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk
cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan
tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana
pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan
adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

MEMINANG & BERTUNANG


Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang
biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk
mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara
tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang
kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat,
walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati
dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah
menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam
mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan
perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak
perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak
mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka
akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan
majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan.
Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar
Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan dari
pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran
tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara
bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan
kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya
adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut
citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain


cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau
sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung.
Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak
perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak
lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya
sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya
pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih
junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh


pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari
pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak
perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak
perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh
pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang
juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih
kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan
persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan
dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya
dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal
dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya
diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggillangkah
bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai
kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh,

sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang
tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah
hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini
dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat
bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*


Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas)
maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*


Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan
pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di
jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak
perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan
status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis
pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat
merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia
(mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah
ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu
diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa
menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan
maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya
bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masingmasing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan
menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang
untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya
dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun
pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat
mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini.
Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang
terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan
juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa
memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..
'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'

ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3
peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan
memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari
hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara
kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki
bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk
tatapan saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari
berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran
tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk
para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin
lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai
besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada
sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun
wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh
kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes
inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan
oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu
bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak
pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada
sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini
biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus
merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan
cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil
daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin
lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas
pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan
kari dan nasi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai
http://www.ashtech.com.my/adat/berinai.html

AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan perkahwinan dalam
ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin
perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga
boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

bapa pengantin perempuan mewakil wali kepada imam

Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya
sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis
berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin
dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam
atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada
dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah
nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan
rumahtangga dari sudut agama.

Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat tangan dengan
pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam
menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin
perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut
oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan
oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya
tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.

ijab dan kabul sedang berlangsung

Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua
mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara
membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai
kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat
ini dilakukan sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
http://www.ashtech.com.my/adat/belanja_akadnikah.html
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 1 2 : 0 4 A M

MAJLIS PERSANDINGAN

Sebelum majlis persandingan


dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti
suatu singgahsanayang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil
peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Di hadapan
pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyityang dihiasi dengan bunga-bunga
telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga.

Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli
iaitubertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki.
Pengantin lelaki serta rombongannya yang diarak
akan diiringi dengan selawat danpukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke
rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih
dahulu.

Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun
untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan
kompang dan rebana. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana.
Apabila rombongan mempelai telahtiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela
dari rumah pengantin. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit.

Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah
seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan
kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelaisebelum masuk ke rumah. Kedua-dua
pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang
disinonimkan dengan istilah raja sehari.

Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua
pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan
diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari,
tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin laludisuapkan ke mulut
mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.

Setelah itu majlis diteru

skan dengan adat

merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri
pengantintersebut. Antara bahanyang digunakan untuk upacara ini adalah air mawar, bunga rampai
serta beras kunyit. Upacara ini biasanyadimulakan oleh kedua ibu bapa pengantin, kemudian diikuti
oleh saudara-mara serta para tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua mempelai
akan direnjis terlebih dahulu dengan air mawar. Kemudian,beras kunyit akan ditabur pada

pengantin dan diakhiri dengan meletakkan bunga rampai di atas kedua-dua tapak
tanganpengantin. Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai
penghargaan terima kasih.

KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS)


Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu kala.
Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan yang
lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Tujuan
diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada
masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah.
Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, mandi
limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.

Rewang (GOTONG ROYONG)


Rewang adalah acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau
gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk
membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain
itu, penanggah juga bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para
tetamu. Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu
dalam bentuk wang atau hadiah. Walau bagaimanapun, adat rewang ini semakin pudar dikalangan

masyarakat Melayu kerana budaya buffet atau katering kian popular dan sering diamalkan oleh
masyarakat kita.

Mandi Limau

Terdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai
mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan,
pengantin akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk istiadat
ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas itu,
emak pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan pengantin. Tujuan
adat ini dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin. Adat ini dijalankan
sebelum kenduri kahwin dijalankan.

Menyambut Menantu dan Cukai Pintu

Adat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu.
Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan atau lelaki
bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke rumah pengantin
perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi
wang kepada pengapitdan kaum keluarga terdekat si pengantin perempuan. Kebiasaanya, wang
yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas selesai upacara tersebut, barulah si
pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si pengantin perempuan .

Kompang, Silat dan Tarian

Sepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan
kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain itu,
seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang
dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih
diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang, beberapa
bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan
celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.

Makan Beradap

Di samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan
dijalankan, iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan
pengantin dan turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yamg disediakan untuk
adat makan beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah
pengantin lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat
makan beradap diakhiri dengan upacara memotong kek ataupulut kuning. Kemudian dihidangkan
kepada para tetamu yang dijemput.

ADAT PERKAHWINAN MELAYU MENGIKUT NEGERI


Istiadat negeri Melaka

Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan orang Melayu Melaka, berjalan berperingkat mengikut tertib dan
menjadikan warisan adat resam ini sesuatu yang unik. Masyarakat di pinggir pantai Melaka mengamalkan unsur
adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat.
Terdapat dua cara digunakan bagi amalan dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu berdasarkan
kesanggupan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah pemilihan pihak lelaki itu sendiri
dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya. Kaedah kedua pula, pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna
setelah berkenan akan seseorang gadis yang dipilih untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak
terunanya.
Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik
biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat.
Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang
dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak.
Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari tunangannya.
Adat menyampai dan menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut..
Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan pihak lelaki
datang ke rumah pihak perempuan. Mereka akan saling bertukar hantaran serta iringan setelah kedua pihak

menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan.


Jika dijalankan upacara menghantar belanja pada siang hari, maka malamnya pula diadakan
majlis 'menyerambi bertunang'. Adat ini dilakukan di serambi rumah.
Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan membuat acaramenjemput tetamu iaitu menjemput orang-orang tua
kampung untuk memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan membuat tepak sirih dan
meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk bersama-sama meraikan majlis itu.
Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Mulai malam tersebut, jarijari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Berinai curi biasanya diadakan
sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.
Malam berikutnya majlis berinai kecil diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki.
Keesokan harinya diadakan istiadat berandam di mana upacara memotong rambut di bahagian depan kepala
dijalankan oleh tukang andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut di dahi serta di pelipisnya.
Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. Biasanya upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda
ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras basuh, sirih berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua
sepilih dan daun ribu-ribu. Mandi berhias dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di
serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti
oleh pengantin perempuan.
Upacara akad nikah dijalankan pada malam selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai. Pakaian
pengantin lelaki serba putih kecuali songkok dan kasut.
Setelah selesai upacara akad nikah, majlis berinai besardilakukan di atas pelamin dengan dimulai oleh
pengantin lelaki. Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu.
Hari persandingan juga disebut hari langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di rumah pengantin
perempuan akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju ke rumah pengantin perempuan
dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya untuk upacara persandingan.
Makanan disediakan di bilik pengantin di mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama dan mereka
akan dilayan oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di dalam majlis itu (makan
damai). Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak.
Di dalam majlis ini, besan dengan besan akan duduk bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan
waris dan sanak saudara dari kedua belah pihak.
Majlis jemput menantu ini diadakan untuk pengantin perempuan yang dijemput ke rumah pengantin lelaki
berserta pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan ke rumah bapa mertuanya selagi
pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang menjemput . Kedatangan pengantin lelaki digelar
sebagai 'balik minum air'.
Setelah pengantin perempuan pulang ke rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya pula.
Pengantin lelaki akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa mertuanya. Acara ini
dipanggil malam satu.

sumber rujukan: http://www.pengantin.com.my

Istiadat perkahwinan diraja Perak

Istiadat pernikahan kerabat diraja negeri Perak sepenuhnya, sepatutnya


membabitkan lima peringkat iaitu meminang, akad nikah, berlimau,
bersanding dan bersiram sampat.
Upacara perkahwinan Diraja Perak bermula dengan adat istiadat
meminang, bagaimanapun sebelum istiadat ini disempurnakan, seorang wakil
ditugaskan untuk merisik kedua-dua belah pihak. Selepas diketahui pinangan itu
diterima, sirih peminangan dihantar sebagai tanda. Peralatan sirih peminang
bergantung kepada kemampuan seseorang, tetapi lazimnya tidak melebihi 16
bingkisan, iaitu lapan puan (bekas) keemasan yang bertetampan berisi sirih dan
lapan bundi keemasan yang bertetampan berisi selengkap persalinan. Sekiranya
peralatan sirih peminang itu memuaskan hati waris perempuan, maka
peminangan itu diterima sebagai meletak tanda atau bertaruh kata.
Istiadat Akad Nikah akan berlangsung pada tarikh yang ditetap dan
dipersetujui kedua-dua belah pihak. Pada hari berkenaan, pengantin lelaki
berpakaian sederhana dan dipersilakan bersemayam di atas coir keemasan yang
disediakan di hadapan petarakna diiringi oleh pengapit yang membawa mahar
atau mas kahwin.

Istiadat Berlimau ini terbahagi kepada dua peringkat, iaituIstiadat


Berlimau Besar (atau dikenali sebagai istiadat bersiram
khutbah) dan Istiadat Berlimau Kerana Hendak Menampal Inai. Kedua-dua
istiadat ini biasanya dijalankan pawang darat dan pawang jahir mengikut jawatan
dan kuasanya didahului oleh Raja Cik Muda. Air yang digunakan untuk istiadat ini
diambil daripada tujuh kuala sungai dan diisikan ke dalam geluk emas atau perak
mengikut taraf masing-masing.
Apabila tiba hari yang ditetapkan, kedua pengantin berpakaian istiadat dan
diarak hingga ke istana lalu disambut waris pengantin dengan penuh istiadat.
Kedua pengantin akan dipimpin dan disemayamkan di atas petarakna
untuk Istiadat Bersanding.Ketika bersanding, istiadat menepung tawar
dijalankan oleh beberapa orang Raja dan Orang Besar-Besar yang diikuti dengan
melayani santap nasi adap-adapan dan bersuap-suapan oleh isteri Raja-raja yang
berusia.
Selepas tiga hari tiga malam istiadat bersanding, kedua-dua pengantin
dipersalinkan dengan selengkap pakaian kerajaan dan diarakkan dengan jawat
nobat ke Balai Panca Persada untuk menyempurnakan Istiadat Bersiram
Sampat. Selesai bersantap, mereka dibawa menyembah atau memberi hormat kepada
mentua dan ayahanda bonda kedua. Setelah selesai, dikurniakan sembah itu dengan wang
emas dan lain-lain dinamakan lapik sembah oleh orang yang terkena sembah.
sumber rujukan: http://intim.wordpress.com

Istiadat negeri Kedah

Tahap-tahap istiadat yang hendak dijalankan perlulah mendapat perkenan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Istiadat-istiadat yang berlangsung dalamIstiadat
Perkahwinan adalah Merisik, Meminang, Meletak Kerja, Berinai (besar dan kecil),
Menerima Hantaran, Bersanding/Merenjis dan Bersiram.
Tahap pertama merupakan istiadat merisik dengan disusuli Istiadat
Meminang. Setelah selesai Istiadat Meminang dan setelah diperkenankan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah, Istiadat Meletak Kerja disempurnakan. Dalam
Istiadat ini, warkah peminangan dan segala hantaran dipersembahkan. Istiadat Meletak
Kerja berikutnya didahului dengan paluan Nobat dan tembakan meriam sembilan

das.Istiadat Berandam dilangsungkan selepas Istiadat Meletak Kerja dan dijalankan oleh
Mak Andam dengan menggunakan peralatan istiadat yang diwarisi sejak dahulu. Pengantin
Puteri ditepung tawar dan disintuk limau sebelum dimandikan.
Istiadat Berinai Kecil dilangsungkan selepas Istiadat Berandam. Istiadat Berinai Kecil
hanya melibatkan kaum wanita sahaja. Kerja memetik inai di tambak inai disempurnakan
oleh pawai perermpuan dengan iringan muzik tradisional. Tahap seterusnya
merupakan Istiadat Hantaran dan Penerimaan Mas Kahwin serta Akad Nikah. Tempatnya
berlangsung di Dewan Penghadapan.
Istiadat Berinai Besar diadakan pada sebelah malam pada hari yang sama dengan Istiadat
Penerimaan Mas Kahwin dan Akad Nikah. Dalam Istiadat Berinai Besar, Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan ahli-ahli Kerabat DiRaja yang kanan merenjis dan
menepung tawar Pengantin DiRaja Putera. Manakala Pengantin DiRaja Puteri pula direnjis
dan ditepung tawar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dan ahli-ahli
Kerabat DiRaja yang lain.
Kemuncak Istiadat Perkahwinan ialah Istiadat Persandingan yang berlangsung serentak
dengan Majlis Santapan Malam. Kedua-dua pasangan mempelai bersanding di atas
peterana, dan kemudiannya dibawa pula ke Geta Kirana. Duli-Duli Yang Maha Mulia SultanSultan dan Permaisuri-Permaisuri negeri-negeri turut merenjis dan menepung tawar kedua
pasangan mempelai.
Selang beberapa hari diadakan pula Istiadat Berlimauyang berlangsung di panca persada.
Kedua-dua mempelai dirinig ke panca persada dengan iringan paluan Nobat.Istiadat
Menyambut menjadi istiadat yang terakhir di dalam Istiadat Perkahwinan DiRaja. Istiadat ini
diadakan di Dewan Penghadapan dengan dihadiri oleh Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan dan Sultanah, kaum Kerabat, pembesar-pembesar negeri serta dif-dif
jemputan.
sumber rujukan: http://www.mykedah2.com
Istiadat negeri Sabah
Mengikut tradisi masyarakat Murut, anak-anak mereka berkahwin dalam usia yang
masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi anak perempuan dan 15 hingga 18 tahun bagi anak
lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka Dalam
adat perkahwinan masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati

atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat bagi
mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah berkahwin.
Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat Murut merangkumi peringkatmerisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik Adat ini sama seperti adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat lain. Ia
bertujuan untuk mempastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih
belum berpunya atau belum dirisik oleh orang lain. Ibu bapa pihak lelaki terlebih dahulu
akan menyampaikan hasrat mereka kepada keluarga perempuan. Dalam hal ini keluarga
pihak perempuan akan memutuskan samada risikan itu diterima atau sebaliknya
berdasarkan kepada persetujuan anak perempuan mereka. Seterusnya adat meminang dan
bertunang pula akan menyusul.
Walaupun tidak dinyatakan adat meminangyang khusus, namun pada dasarnya
adat meminang yang diamalkan oleh Masyarakat Murut menyerupai adat meminang yang
dijalankan oleh masyarakat lain. Ini termasuklah dari segi penghantaran wakil sebagai
meminang dan barangan tertentu yang dibawa semasa meminang.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan peminangan tersebut, adat
pertunangan akan dijalankan. Upacara pertunangan biasanya berlangsung selama sepuluh
hari. Semasa perbincangan dijalankan, beberapa orang saudara daripada pihak lelaki akan
dijemput di samping ketua kampungnya dan ketua kampung daripada pihak isteri sebagai
saksi utama. Perbincangan akan berkisar tentang mas kahwin dan hal-hal lain berkaitan
perkahwinan.
Majlis perkahwinan lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat
istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut.
Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya
dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli
gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut.

sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my

Istiadat negeri Sarawak


Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawakmempunyai banyak persamaan dengan adat
perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumiadat merasi, merisik
dan majlis perkahwinan.

Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu
bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada
pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari
jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya
tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak. Adat ini di panggil merasi.
Selepas merasi, ngangin pula di buat iaitu wakil pihak lelaki akan membuat
pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada
perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh
untuk membuat persetujuan.
Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu
sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk
ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin
emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan
diadakan (mereya).
Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki
melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki.
Persediaan bagi majlis perkahwinanbiasanya mengambil masa yang lama. Ia
termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi
majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias
pengantin dan persediaan pelamin. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang
melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah
acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan. Bergendang adalah acara
keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam.
Jenis-jenis nikah:
1. Nikah benar ialah perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat
seperti merisik dan bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak.
2. Nikah salah berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan
dipaksa untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan
sederhana.

3. Nyerah diri berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak
mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan
perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan
dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.
4. Ngekot berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka
akan dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga
perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya.
Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis
persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut
ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan
lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin
juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan
berwudhu. Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan
dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin
dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri
pengantin.Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan
sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki. Setibanya di rumah
pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat
kapak) sebagai pembuka pintu. Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan
didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah
dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembakdijalankan di mana
pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan
jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan
adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua
mempelai. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh
kali. Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi
membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan
rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara
dan sahabat handai.
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah
ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali
sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit
kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan
penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu perempuan yang baru.
sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my

Istiadat negeri pulau pinang

Biasanya mereka akan pegang pada adat resam dan semua sanak-saudara akan berkumpul
lebih awal sebelum kenduri perkahwinan kaum kerabat mereka. Mengenai adat
perkahwinan, beliau menyatakan terdapat adat 'suap gula' yang diamalkan dalam
masyarakat Melayu Pulau Pinang. Berdasarkan adat ini, ahli keluarga akan menyuapkan gula
dan juga susu ke mulut pengantin. Justeru, beliau berpendapat adat ini merupakan adat yang
diamalkan di kalangan India Muslim di Pulau Pinang. Adat ini dianggap sebagai sesuatu
yang unik yang terdapat dalam acara perkahwinan masyarakat Melayu Pulau Pinang, kerana
di negeri-negeri lain adat seumpama ini tidak dilakukan.

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA


1.JOHOR
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50
2.MELAKA
ANAK DARA
RM 40
JANDA
RM 40
3.NEGERI SEMBILAN
-BUKAN WARIS
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 12
-AHLI WARIS
ANAK DARA
RM 48
JANDA
RM 24
-KERABAT DIRAJA
RM 725
4.SELANGOR
-PUTERI SULTAN
ANAK DARA
RM 2500
JANDA
RM 625
-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN
ANAK DARA

RM 2000
JANDA
RM 500
-PUTERI KERABAT DIRAJA
ANAK DARA
RM 1000
JANDA
RM 250
-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)
ANAK DARA
RM 550
JANDA
RM 137.50
-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)
ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75
-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR
ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75
-CUCU ORANG-ORANG BESAR
ANAK DARA
RM 200
JANDA
RM 50
-ORANG KEBANYAKKAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM40
5.KUALA LUMPUR
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 40

6.PERAK
ANAK DARA
RM 101
7.PULAU PINANG
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 24
8.PAHANG
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50
9.KEDAH
-TIDAK DITETAPKAN
10.PERLIS
-TIDAK DITETAPKAN
11.TERENGGANU
-TIDAK DITETAPKAN
12.KELANTAN
-TIDAK DITETAPKAN
13.SABAH
ANAK DARA
RM 100
JANDA
RM 80
14.SARAWAK
ANAK DARA
RM 120
JANDA
RM 120
15.WILAYAH PERSEKUTUAN
ANAK DARA

RM 80
JANDA
RM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin
telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas
tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak
pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang
ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada
pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran
pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar
hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin
perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.
Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

al-Quran

perfume set

Alat penjagaan diri

Jam tangan

Make up

Chocolate

cake

AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan
perkahwinan dalam ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di
pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok
kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu
menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga
boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

bapa pengantin perempuan mewakil wali kepada imam

Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis


perkahwinan diadakan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan
pengantin lelaki, majlis berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum
upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan
diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah
majlis. Tok imam atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam
bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.
Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum
akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari
sudut agama.

Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat
tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya
sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku
nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak
..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz
berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok
kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak,
sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga
saksi tersebut berpuas hati.

ijab dan kabul sedang berlangsung

Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana
kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin
lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan
menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di
dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan
sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
http://www.ashtech.com.my/adat/belanja_akadnikah.html

Anda mungkin juga menyukai