Anda di halaman 1dari 3

2.

1 KAEDAH PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENTAKSIRAN


2.1.1 Kaedah Bertulis
Kaedah bertulis ialah kaedah yang termasuk dalam pentaksiran berasaskan
alternatif yang ditaksir dalam bentuk pentaksiran autentik dan perlakuan ( Gay
1998). Melalui kaedah bertulis, tahap penguasaan murid terhadap tugasan
dapat ditaksir berdasarkan sikap, tingkah laku dan pembangunan sosial.
Selain itu, pencapaian berasaskan persampelan pemikiran dapat ditaksir
semasa murid dapat menyelesaikan tugasan dengan hasil yang dikehendaki
agar objektif pembelajaran tercapai. Kaedah bertulis adalah kaedah yang
memberi

peluang

murid

untuk

menjawab

secara

bebas

dan

menginteprestasikan jawapan mereka dalam bentuk bertulis. Garapan idea


dan pendapat hasil daripada dapatan maklumat yang diperolehi dan dirujuki
boleh dikembangkan melalui hasil kerja murid secara kreatif dan inovatif.
Kaedah bertulis melibatkan proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
murid disamping mengaplikasikan strategi pengajaran guru dan pembelajaran
murid dalam kelas.
Kaedah bertulis merangkumi penulisan yang berbentuk esei, berstruktur,
ulasan kajian penyelidikan

sehinggalah kepda penyelidikan berperingkat

seperti penghasilan kertas kerja projek dan penghasilan manual. Dalam


melaksanakan kaedah pentaksiran secara bertulis di peringkat sekolah, para
guru akan memberikan bantuan dan galakan kepada murid dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu, arahan pelaksanaan
diberikan secara khusus agar objektif pembelajaran tercapai dan tidak lari dari
matlamat asal tugasan tersebut. Dalam melakasanakan pentaksiran secara
bertulis ini, murid digalakan mengolah dan mencipta idea kreatif dan inovatif
berdasarkan sumber rujukan yang ada. Maklumat yang diperolehi melalui
sumber rujukan utama seperti buku teks, buku rujukan, artikel dan sumber
dari internet dapat ditranskripkan kepada pentaksiran secara bertulis. Strategi
yang diterapkan oleh guru kepada murid seperti kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis serta penerapan teori kecergasan pelbagai dapat
menghasilkan satu produk kaedah bertulis.

2.1.2 Fungsi kedah bertulis dalam pentaksiran


Terdapat beberapa fungsi yang telah digunakan dalam pentaksiran secara
bertulis ini diantaranya ialah:
Menghasilkan

idea, pandangan dan pendapat pemikiran

yang

diterjemahkan melalui penulisan.


Memberi pemahaman mendalam dan meluas mengenai tajuk yang
telah dipelajari.
Membuahkan idea yang lebih kritis dan kreatif
Mengaitkan sesuatu penulisan dengan pengalaman sedia ada.
Memberi pendedahan khusus kepada murid tentang sesuatu topik
pembelajaran.
Mengemukakan soalan-soalan kendiri
Menggalakan tindakbalas murid secara

aktif

kerana

murid

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.


Memberi peluang kepada murid mengekses maklumat daripada
pelbagai sumber seperti buku teks, buku latihan dan juga buku nota.
Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan juga pembelajaran.
2.2 RASIONAL PEMILIHAN KAEDAH BERTULIS DALAM PENTAKSIRAN
Dalam sesuatu pentaksiran yang telah saya lakukan semasa berada di
sekolah. Pentaksiran secara bertulis merupakan salah satu daripada elemen yang
perlu dititikberatkan untuk menjana kognitif murid terhadap sesuatu topik
pembelajaran yang diajar. Dan juga ia turut mengukur sejauh mana pencapaian
objektif sesuatu standard pembelajaran dapat diukur dengan mengadakan penilaian
dan pentaksiran secara bertulis ini. Sebagai contoh bagi tajuk sejarah tahun 4 tajuk
5 iaitu Kesultanan Melayu Melaka Parameswara. Diantara jenis soalan bertulis yang
boleh ditanya kepada murid adalah :
1) Apakah peranan Parameswara terhadap Kerajaan Melaka?
2) Bagaimakah

Parameswara

Menjalinkan

Hubungan

diplomatik

untuk

mengukuhkan kerajaan Melaka?


3) Siapakah yang telah datang ke negeri Melaka untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Parameswara?

Contoh soalan diatas adalah

menggunakan kaedah pentaksiran secara bertulis

yang telah digunakan oleh saya semasa berpratikum disekolah. Bagi mencapai
standard pembelajaran tajuk Parameswara iaitu mengenalpasti sifat ketokohan
Paramewara sebagai Sultan Melaka. Oleh yang demikian,

Anda mungkin juga menyukai