Anda di halaman 1dari 7

Hassan Al Banna

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa
yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh
pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun
Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya
dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn
hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat
Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan
seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan
kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga
merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang
berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya
yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari
sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati
ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga
yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya,


Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru
dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang
berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang
bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik.
Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk
menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji,
menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis
kepada penduduk tempatan.

Ayah Hassan Al Banna


Ayah Hassan Al Banna

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai


perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian

masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakanrakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan
mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi
kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting
perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna
diwarisi oleh Hassan al Banna.
Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.
Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi
yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah
menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, allkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad alSakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam
Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan
ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia
yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga
tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau
telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana
kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik


dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk.
Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau
kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat
mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna
dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedaikedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokohtokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda,
Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima
orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati
kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika
itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru
bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan
al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita
menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana
mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui.
Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh
Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir
dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau


meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang
berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang
dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang
berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan


Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan
ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya
menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar
pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih
dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui


mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al
Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad
Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenarbenarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang
sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya.
Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha
beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada
kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang
jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat
meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan
keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak


mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu
memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta
kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia
menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir


terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding
dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin
sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah
menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan
beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia
Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah
juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000
cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan
yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang
bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong
yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan
manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan,
hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka


untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja
kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai
atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu
dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di
bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah
mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan
untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu
ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan.
Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.
Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram,
pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin
yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah
dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap,
dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh.
Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman
itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan
menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan
telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda
pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke
dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik)


antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan alBanna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin.
Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul
Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di
pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan
mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak
kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk
pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak
dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus
melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu
tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh
tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat
Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka
ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad
al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al
Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas
yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah
Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke
rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan
pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu,
pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa
beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar


menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan
sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar
rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak
membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum
dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak
ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90
tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah
anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas
pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk
mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan
tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan


takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak
dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa
mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan.
Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada
di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri
menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan
pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya
telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya
"Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan


arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah
tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes
pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah
ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri
Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari.
Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari
singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan
pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur
hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan


hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar
dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan


Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut
menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir,
malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan
Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak
langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani,
berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam
gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah
pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan
dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai