Anda di halaman 1dari 9

3.

PENGERTIAN ISLAM LIBERAL


Sebelum kita membahaskan dengan lebih terperinci masalah Islam Liberal ini , eloklah

terlebih dahulu kita memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam akan maksud dan
pengertian Islam Liberal itu sendiri.Jika kita meneliti pengertian Liberal seperti yang tercatat
dalam kamus Dewan adalah seperti berikut :
a. (Bentuk sifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik
( menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yang
menganut fahaman Liberal;
b. Bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada
sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)
Ini bermakna , golongan yang mengaku menganut fahaman Islam Liberal , adalah
golongan yang tidak terikat dengan mana-mana pandangan dan pendapat serta aliran
pemikiran.Mereka ini juga akan mempraktikkan Islam itu dengan pandangan dan pendapat serta
pemikiran yang terbuka dengan tidak merujuk kepada mana-mana Ulama.Golongan Islam
Liberal ini mempunyai berbagai-bagai fahaman dan pemikiran yang menjadi dasar kepada
perjuangan golongan tersebut yang mana ianya juga turut disebarkan kepada masyarakat dengan
tujuan mempengaruhi masyarakat supaya sama-sama membela dan mendokongi perjuangan
golongan tersebut.

3.1

LIBERALISME MEMPENGARUHI KEFAHAMAN UMAT ISLAM TERHADAP


AGAMA
Seorang penulis buku dari Sudan, Abdullah al-Naim, telah menulis buku kontroversi

yang bertajuk Toward an Islamic Reformation (1989). Abdullah mahu merombak cara berfikir
umat islam terhadap syariat. Beliau mendakwa bahawa syariat adalah ciptaan manusia dan ianya
tidak suci. Dia juga mendakwa bahawa hukum-hukum Islam melanggar hak-hak asasi manusia,
tidak sesuai dengan peredaran zaman serta mengongkong penganutnya. Ini berikutan kerana
Abdullah telah terpengaruh dengan idealogi-idealogi oreantalis-oreantalis barat seperti
Goldziher, Schacht dan Coulsan. Para orientalis ini mendakwa bahawa syariat islam dalah
ciptaan para fuqaha selama 300 tahun
3.2

CIRI-CIRI FAHAMAN LIBERALISME


1

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam fahaman Islam Liberal ialah seperti :
I. Penafsiran al-Quran berlandaskan akal semata-mata (logik akal)
II. Mempertikaikan kesahihan al-Quran
III. Mendakwa al-Quran bukan wahyu Allah tetapi ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.
IV. Menolak hadith
V. Menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan

3.3

KESAN

DAN

PENGARUH

GOLONGAN

ISLAM

LIBERAL DALAM

MASYARAKAT MALAYSIA.
Kemasukkan fahaman dan pemikiran kotor Islam Liberal ini sebenarnya membawa kesan
dan pengaruh yang sangat buruk dan amat merbahaya jika ianya dibiarkan terus bertapak dan
melebarkan sayapnya ke serata pelusuk Negara. Ini adalah kerana golongan Islam Liberal ini
sudah jelas akan kesesatan dan kekeliruan dari sudut fahaman dan pemikiran mereka terhadap
agama Islam itu sendiri.Malah ianya akan memberikan kesan negatif terhadap kesucian dan
ketulenan agama Islam.Lebih-lebih lagi jika sesuatu kenyataan itu datangnya dari seseorang yang
mengaku menganut agama Islam tulen tetapi setiap butir kenyataannya tidak lain hanyalah
memburuk-buruk dan merendah-rendahkan martabat Islam.Di bawah ini penulis menyertakan
sekali Kandungan Resolusi Muzakarah Ulama 2006 sebagai menyatakan bantahan terhadap
golongan Islam Liberal yang semakin membimbangkan masyarakat Muslim Malaysia.
Islam adalah agama wahyu dari Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
kira-kira 1400 tahun yang lalu. Islam adalah agama yang lengkap ( syumul) yakni menyeluruh
bagi manusia mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah berlandaskan alQuran dan hadis. Islam adalah way of life yang lengkap mengenai aspek-aspek kehidupan dari
segi sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.Namun, pada akhir abad ke-20 masihi terdapat
fenomena baru dalam pemikiran Islam yang memperkenalkan tentang Islam liberal yang telah
mengemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversi dan idea-idea yang agak eksterim.
Namun begitu,tidak ramai menyedari bahawa gerakan yang mendokong Islam liberal telah
membuka jaringan yang luas, bukan sahaja di nusantara dan di semenanjung arab malahan serata
dunia.

Pada umumnya, Islam liberal merupakan proses pembaharuan kepada modenisme


Islam pada kurun ke-21. Modenisme Islam telah lama wujud di kalangan intelektual muslim dan
menjadi pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak abad ke-19 Masehi.Golongan
yang menganut fahaman Islam Liberal , adalah golongan yang tidak terikat dengan mana-mana
pandangan dan pendapat serta aliran pemikiran.Mereka ini juga akan mempraktikkan Islam itu
dengan pandangan dan pendapat serta pemikiran yang terbuka dengan tidak merujuk kepada
mana-mana Ulama.Secara ringkasnya juga golongan ini boleh disebut sebagai golongan yang
bersifat bebas dalam apa juga hal dalam Islam.
Pada asalnya kemunculan modenisme Islam adalah untuk memperjuangkan pembaharuan
dengan menentang taqlid. Seorang tokoh utama modenisme Islam, Muhammad Abduh yang
membawa aliran pemikiran tersebut yang menginginkan pembaharuan dalam sistem pendidikan
supaya umat Islam tidak berfikiran jumud dan mundur agar tidak ketinggalan disebabkan
pemikiran yang tertutup. Akibat dari itu, aliran yang dibawa oleh tokoh modenisme ini telah
menjadi satu aliran yang menjadikan aliran rasionalisme sebagai prinsip dalam setiap pendekatan
yang diambil.

IMPLIKASI ISLAM LIBERAL TERHADAP KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA.

Implikasi Islam liberal terhadap kedudukan islam di malaysia ini dapatlah disimpulkan
dalam 4 isu utama yang menjadi tunjang mereka yang berfahaman Islam Liberal dalam menjaga
fahaman mereka. Isu tersebut adalah ;
1.

ISU ARTIKEL 121(LA) PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


TENTANG AGAMA
Peristiwa kematian Muhammad Abdullah Murthy, seorang pengembara Gunung Everest,

punya hikmah yang tersendiri kepada Islam dan umatnya di negara ini. Protes besaran-besaran
masyarakat bukan Islam yang berpengaruh di Malaysia beserta dengan kelompok Muslim liberal
adalah membuktikan dengan jelas di hadapan kita bahawa gerakan untuk memencilkan semula
martabat Mahkamah Syari'ah di Malaysia sedang hebat menyemarak. Mereka mahu menobatkan
semula Mahkamah Sivil warisan penjajahan Inggeris di dalam sistem perundangan negara.
Dakwaan mereka ialah berlakunya penafian hak diadili bagi orang-orang bukan Islam dalam keskes yang telah melibatkan pertukaran agama "masuk Islam". Kes ini telah dibesar-besarkan pada
khalayak antara bangsa bahawa Mahkamah Syariah telah campur tangan urusan hidup orangorang bukan Islam lalu mendiskriminasikan mereka. Tanpa asas yang kukuh perkara 121 (1 A)
telah dipersalahkan.
2.

PENUBUHAN FIC
Satu lagi usaha untuk mensirnakan kedaulatan Islam di negara ini ialah gagasan

masyarakat bukan Islam untuk menubuhkan Faith Inter Council (FIC) atau Majlis Antara
Agama-Agama. Antara badan bukan Islam yang menggerakkannya ialah (MCCBCHS) atau
(Majlis Kristian Buddha Hindu Dan Sikh Malaysia) melalui memorandum yang telah dihantar ke
Majlis Peguam Malaysia pada 21 Ogos, 2001. Tujuan utama FIC ialah untuk menjadi sebuah
suruhanjaya yang berkuasa menerima dan melayan aduan berkaitan agama yang boleh dibuat
oleh pelbagai pihak. Sebagai sebuah badan berkanun ia mempunyai kuasa undang-undang bagi
mengubah ajaran mana-mana agama (terutama sekali Islam), walaupun atas desakan penganut
agama lain. FIC berfungsi seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad.
Mahkamah Sivil boleh digunakan sebagai saluran pelaksanaannya.
3.

ISU MURTAD

Para pendukung Islam liberal nampaknya telah kehilangan 'izzat sebagai seorang Muslim.
Di kalangan mereka yang terdiri dari peguam-peguam dan ahli-ahli akademik tidak merasa
gementar dengan fenomena mutakhir peningkatan jumlah orang-orang Islam yang telah menjadi
murtad. Oleh kerana mereka BERIMAN teguh dengan konsep HAM (Hak Asasi Manusia) tajaan
Barat, atas nama kebebasan agama dan ekspresi, golongan liberal Islam mengusahakan pelbagai
ikhtiar untuk memudahkan mereka menukar agama dari segi bantuan guaman undang-undang.
Hari ini mereka amat tidak bersetuju dengan kedudukan Perlembagaan Malaysia yang masih
menyukarkan penukaran agama seorang Muslim dan prosedur di Jabatan pendaftaran Negara
(JPN). Pada satu ketika usaha mereka untuk meminggirkan identiti Islam dalam kad pengenalan
hampir-hampir berjaya. Mujurlah masih ada pihak-pihak tertentu yang berwibawa di kalangan
pegawai-pegawai Muslim yang telah berjaya menghalangnya.
4.

PENENTANGAN TERHADAP KONSEP DAN PERLAKSANAAN SYARI'AT


ISLAM
Golongan liberal Islam di negara ini telah menyatakan penolakan mereka terhadap

perlaksanaan syari'ah terutama yang berkaitan dengan hukum hudud di Kelantan dan
Terengganu. Tanpa menafikan bahawa terdapat beberapa masalah tertentu dalam pelaksanaan
hudud di negara ini, sikap kritis dan sinis golongan liberal Muslim telah menyebabkan orangorang bukan Islam di negara ini meraih peluang dan ruang untuk mengkusutkan lagi kefahaman
mereka terhadap syari'at Islam. Hari ini terdapat beberapa ahli parlimen bukan Islam yang begitu
vokal menentang syari'at Islam dalam sesi-sesi parlimen. Nampaknya mereka menjadi berani
kerana sebahagian besar ahli-ahli parlimen Muslim tidak sensatif dengan keperluan untuk
menjelaskan konsep syari'at Islam secara objektif dan komprehensif.
5.

GERAKAN FEMINISME DAN GENDER~ PERSAMAAN GANDER


Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005) yang begitu hangat

dibahaskan baru-baru ini di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah satu lagi
manifestasi keaktifan gerakan feminisme di dalam negara ini. Dengan menggunakan jaringan
sebahagian ahli-ahli politik, penggubal undang-undang dan media, Sisters in Islam, adalah antara
NGO wanita yang paling kuat menentang penggubalan rang undang-undang tersebut. Meskipun
Dato' Dr. Abdullah Mohd. Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan
5

kenyataan meminta supaya orang ramai dapat memahami undang-undang tersebut bukan untuk
mendiskriminasi wanita Islam.
6.

REFORMASI KURIKULUM INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM


Aliran pemikiran Islam liberal telah melakarkan agenda untuk merubah kurikulum

pendidikan Islam. Kritikan demi kritikan telah dilontarkan terhadap sistem pendidikan Islam
tradisional. Mereka mendakwa bahawa kurikulum yang ada pada hari ini adalah "jumud" (beku)
dan bertentangan dengan arus perubahan zaman.

PENOLAKAN TERHADAP SYARIAH ISLAM


Islam liberal menolak perlaksanaan syariah Islam. Di Indonesia penolakan tersebut
dikemukan oleh Jaringan Islam Liberal ( JIL). Di Amerika, pengikut setia tokoh kontroversial
Mahmud Muhammad Taha dari Sudan bernama, Abdullah Ahmed al-Naim menulis sebuah buku
pada tahun 1990 yang bertajuk Towards an Islamic Reformation, yang mana menceritakan
tentang merombak pemahaman orang Islam terhadap syariah Islam. Menurut nya syariah Islam
itu tidak suci.

6.0

PENUTUP
Gerakan Islam Liberal adalah salah satu ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam

sebenar malahan ianya adalah ajaran yang wajib ditentang.Islam wajib dipertahankan
6

keasliannya kerana ia adalah agama dan wahyu terakhir dari Allah. Jika ia terseleweng, tidak
akan ada lagi nabi yang akan turun untuk membentulkannya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
ulama dan pendokong Islam untuk mempertahankan keaslian Islam dari dinodai oleh kelompok
Islam liberal atau muktazilah moden. Jika dulu ulama-ulama ahli Sunnah telah berjaya
menyelamatkan Islam dari dinodai oleh fahaman Muktazilah, Jabariah, Murjiah dan sebagainya
maka kita hari ini mesti berusaha menyelamatkan Islam dari pendokong-pendokong ideologi
Barat yang bertentangan dengan fikrah Islam.
Pemikiran Islam Liberal adalah suatu bentuk bidah yang besar dalam agama yang boleh
menggugat akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang. Bidah bukan hanya berlaku
dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran. Malah bidah dalam aqidah dan
pemikiran lebih berbahaya dari bidah dalam amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan
mengeluarkan seseorang dari agama. Jika zaman dahulu pelopor kepada bidah akidah dan
pemikiran ialah golongan muktazilah, jabariyyah, murjiah dan sebagainya itu, maka pada zaman
hari ini ia dipelopori oleh golongan liberal yang membawa masuk pelbagai ideologi asing ke
dalam masyarakat umat Islam seperti ideologi sekular, rasionalisme, sosialisme, komunisme,
nationalisme dan sebagainya lagi.
Untuk selamat dari segala bentuk bidah akidah dan pemikiran tersebut, umat Islam
hendaklah berpegang-teguh dengan ajaran Islam kerana ia adalah satu-satunya jalan Allah yang
lurus yang dapat menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penyelewengan.
Firman Allah dalam surah Al-Anam ayat 153 ;

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah
kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),
kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Anam: 153)

Tatkala mentafsirkan ayat ini, Rasulullah di hadapan sahabat-sahabat baginda telah melakarkan
di atas padang pasir satu garisan lurus dan pelbagai garis bersimpang siur di sisi garis lurus itu.
Rasulullah menegaskan bahawa garis lurus itu ialah Islam dan semua garis bersimpang siur itu
7

ialah jalan-jalan kesesatan yang membawa kepada penyimpangan dari jalan sebenarnya.

KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dan kajian ringkas yang dijalankan, dapatlah disimpulkan
bahawa Islam Liberal ini merupakan satu lagi ancaman ideologi yang sangat merbahaya ke atas
umat Islam khususnya di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan oleh para orientalis barat sejak
berabad lamanya untuk menghancurkan Islam dari kalangan umatnya akhirnya membuahkan
hasil. Kini, negara kita juga tidak ketinggalan dalam mendakyah ahli masyarakat melalui lidah
para aktivis Islam Liberal. Bernaung di bawah pelbagai organisasi rasmi seperti SIS, jelas
fikrah orientalis ini mendapat platform yang selesa untuk terus menyebarkan kekeliruan di
kalangan masyarakat muslim khasnya. Sekalipun para aktivis ini tidak menjelaskan diri sebagai
Islam Liberal yang masih bersembunyi di bawah nama SIS, FIC dan sebagainya.
Namun fikrah Islam Liberal yang merupakan anak didik dan provokasi orientalis barat
tetap terserlah. Menisbahkan Islam ke atas apa jua sifat adalah tindakan yang salah dan jelas
menggambarkan kekeliruan mereka. Sekalipun terdapat kelemahan yang berlaku, hakikatnya ia
bukanlah salah Islam itu sendiri tapi adalah berpunca dari kelemahan umatnya. Islam adalah
agama yang syumul dan universal, tidak berhajat kepada sebarang kata sifat yang tertentu untuk
menyempurnakannya. Ia tidak perlu dimoden atau di liberalkan. Ia telah pun memenuhi
segala keperluan hidup manusia dan sentiasa sempurna dan relevan sepanjang masa, tempat dan
zaman.

RUJUKAN
Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor. 2009. Islam Liberal Isu dan Cabaran. Selangor:
Persatuan Ulama Malaysia.
8

Ahmad Yumni. 2009. Jaringan Islam Liberal (JIL) : Kajian Terhadap Sumber Epistemologi.
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Ahmad Zaki Zakaria Anshary. 2005.Konsep Negara Sekular Jaringan Islam Liberal Di
Indonesia Analisis Dari Perspektif Dakwah Islamiah. Jabatan Usuluddin Dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anis Shakila Ismail. 2006. Pemikiran Islam Liberal Di Malaysia : Kajian Terhadap Isu Yang
ditimbulkan oleh Farish Nor dan Syed Akbar Ali. Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
Azizan Othman. 2006. Kajian Karya-karya Ilmiah Islam Liberal. Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Baterah Alias & Che Zarrina Saari. 2006. Islam Dan Emansipasi Wanita. KualaLumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor: Perniagaan Jahabersa.
Jaffary Awang & Kamarudin Salleh. 2007. Pemikiran Islam dan isu-isu semasa. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khalif Muammar. 2006. Atas Nama Kebenaran Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam
Liberal. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan.
Luthfi Assyaukani (pnyt.). 2002. Wajah Liberal Islam di Indonesia. Jakarta: Jaringan Islam
Liberal.
Riduan Mohd Nor & Ahmad Adnan Fadhil, (2009), Islam Liberal dan Pluralisme Agama, Kuala
Lumpur: Jundi Resources.
Zamihan Mat Zin, (2008) Ancaman Islam dan Pluralisme, Bahagian Penyelidikan, Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Seminar Isu-isu Semasa Akidah Kepada
Kakitangan Kerajaan Dan Badan-badan Berkanun 2008. Kuala Lumpur: Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).