Anda di halaman 1dari 6

3

Jenis Sakit Kepala Usahawan


yang guna FB Ads
(dan panadolnya )


Sakit Kepala #1 Iklan Tiada Klik





(Tempoh bacaan : 4 minit 34 saat)

Muhamad Suffian Salahudin


www.suffiansalahudin.com























Sakit Kepala #1 Iklan tiada klik (atau klik rendah )

FB Ads yang anda keluarkan, perlu menarik perhatian prospek.

Jika CTR tinggi, itu petanda iklan itu menarik.
Bagi orang yang baru bermula, CTR 1% - 2% sudah bagus.

Terdapat 3 ciri yang menentukan iklan itu menarik atau tidak.

3 ciri tersebut adalah:

A) Gambar yang menarik.

Dari kempen pemasaran saya yang lepas, saya dapati gambar sangat
memainkan peranan untuk mendapatkan clicks.

Contoh gambar yang bagus adalah gambar yang ada manusia dalam
gambar tersebut. Saya kerap pakai gambar manusia. Sangat berkesan.

Selain itu, warna turut berperanan penting. Warna yang bagus adalah
warna yang terang seperti merah, kuning dan hijau muda.
Secara asasnya, warna tersebut perlu berbeza daripada warna background
Facebook iaitu putih.

Gunakan frame untuk gambar tersebut.
Letakkan headline di bahagian atas atau bawah gambar tersebut supaya
lebih menarik.

Gambar di bawah adalah contoh gambar yang bagus:













Gambar 1: Contoh gambar yang menarik (Ada manusia,warna terang, ada frame dan ada headline )


B) Target Audience yang tepat

Secara umum, target audience yang tepat bergantung kepada umur,
lokasi dan minat.

Untuk produk mahal, umur yang sesuai adalah umur 30 tahun ke atas.
Ini kerana mereka mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi.

Berbanding umur yang lebih rendah, mereka masih muda dan
barangkali masih banyak komitmen seperti baru kahwin, baru dapat
kerja dan seumpamanya.

Produk mahal di sini bermaksud produk yang berharga RM100 ke atas.
Untuk produk berharga RM100 ke bawah, umur 25-35 tahun adalah sesuai.
Ini kerana ia berada dalam kategori mampu-milik.

Lokasi juga penting.

Jika produk anda produk yang mahal, pilih lokasi bandar-bandar orang
berduit seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuching dan sebagainya.

Mereka tinggal di kawasan yang kos sara hidup tinggi, jadi gaji mereka lebih
tinggi, dan potensi untuk membeli adalah lebih tinggi.

Minat ( Interest ) paling penting.

Di bahagian targetting, ada satu bahagian dipanggil Interest.

Saya selalu menggunakan idea ini untuk mengisi bahagian tersebut:

Bayangkan apa yang prospek buat dari bangun pagi sampai tidur

Contoh, ( prospek bernama Suhaila )
Produk: Baju Bayi

Suhaila bangun pagi jam 6, kemudian buat susu jenama Fernleaf.

Jam 7 pagi tengok Tanyalah Ustaz.
Kebetulan pagi itu, Prof. Dr. Muhaya berceramah.

Kemudian, jika anak menangis, buka video Upin Ipin.

Suhaila pergi ke pasar menaiki kereta Proton. Beli Harian Metro.

Suhaila seorang ibu. Dia minat memasak.
Suhaila minat Chef Wan.


OK, cukup setakat itu.
Sudah ada idea nak isi target audience yang sesuai untuk prospek produk anda?


Saya sertakan gambar ini untuk panduan mengisi target audience.

Tapi asasnya sama.

Bayangkan apa yang prospek buat dari bangun pagi sampai tidur

Gambar 2: Idea untuk Isi Interest


C) Headline yang tergamam prospek membaca

Tulis headline yang buat prospek sasaran rasa:

Ini Aku! Ini untuk aku !

Headline sangat penting !

Salah seorang rujukan saya,
juga merupakan seorang lagenda pengiklanan,
Claude Hopkins dalam bukunya Scientific Advertising, menulis:

Bukan satu perkara yang pelik untuk berlaku. Dengan hanya mengubah
headline, keuntungan mampu meningkat sebanyak 5-10 kali ganda.

Seorang lagi lagenda pengiklanan, David Ogilvy menulis:

Jika kos iklan anda RM1, pelaburan 80 sen perlu diletakkan kepada
headline

Bagaimana menulis headline yang bagus ?

Pertama, tulis 5 headline.

Kedua, baca semua headline tersebut dan pilih yang mana yang boleh
buat prospek tergamam.

=================================================
Antara jenis headline yang paling berkesan (saya sendiri guna)
=================================================

a) Headline jenis soalan.
Contoh :

Ada masalah jerawat ?

Anak tak pandai mengaji ?

Sakit gastrik lagi ?

b) Headline jenis manfaat.
Contoh :
Cara kuruskan badan gaya artis
Cara berkesan hilangkan sakit belakang
Hapuskan parut jerawat seawal 7 hari

c) Headline jenis Bagaimana ?

Contoh :


Bagaimana Siti Sarah kurus mendadak ?


Bagaimana cerahkan kulit dengan bedak X ?


Bagaimana mata rabun boleh pulih ?


Nota Akhir:

Pastikan headline tidak terlalu panjang.
Jangan lebih dari 9 patah perkataan kerana ia bakal menghilangkan rasa
minat (kecuali anda sudah mahir dengan penggunaan perkataan berpengaruh.)

Jika anda buntu cari idea headline,
saya sarankan anda membelek suratkhabar Harian Metro atau majalah-
majalah.
Suratkhabar dan majalah, mereka upah copywriter yang hebat untuk
menghasilkan tulisan yang menarik.

Website yang bagus untuk rujukan,
Jika anda inginkan idea headline, saya sangat syorkan baca 2 blog ini:

www.viralnova.com dan www.lifebuzz.com

Kedua-dua web ini menjadi rujukan saya untuk menghasilkan headline yang
bagus. Headline-nya sangat menarik.


Semoga ebook ini bermanfaat.


Ikhlas,
Suffian Salahudin

P/S: Nantikan emel saya esok!

Esok saya akan berikan ebook kedua iaitu ebook :

Sakit Kepala #2:
Kenapa banyak klik tapi tak ada pelanggan SMS/PM?

Ini masalah yang paling kerap saya di-PM

Kenapa bagi esok, tak hari ni?

Mengikut pengalaman saya,
Kalau diberi semua sekaligus, susah untuk pembaca praktik.
Lebih baik kita pecahkan jadi tajuk kecil, supaya mudah hadam perlahan-lahan
ilmunya.

Nantikan emel esok.


Anda mungkin juga menyukai