Anda di halaman 1dari 1

Sebagaimana dirancangkan pertandingan sebelum Hari Kokurikulum,

Pertandingan permainan berlangsung pada pukul 3.30 petang.Semua peserta


yang hadir telah disusun dalam pasukan masing-masing iaitu Bola sepak,Sepak
takraw dan bola baling serta diberi penerangan tentang peraturan
permainan.Setelah tamat memberi penerangan setiap pasukan diarahkan
beredar ke tempat pertandingan masing-masing.Pertandingan ini dijalankan
secara liga pusingan pertama dan kalah singkir dalam pusingan kedua.Para
penyokong pula duduk sekeliling padang.Manakala ibu bapa yang hadir
disediakan kerusi.Pertandingan telah dimulakan dengan peniupan wisel oleh
ketua pengadil.
Murid-murid yang mengambil bahagian adalah mengikut rumah sukan
masing-masing iaitu rumah Merah,Biru,Hijau, dan Kuning.
Setelah selesai petandingan permainan pada 19 September 2012 saya mulalah
menyediakan barangan keperluan untuk pertandingan kawad kaki dan
pertandingan perkhemahan yang akan berlangsung pada 27 September
2012.Selain daripada itu, saya juga berjumpa sekali lagi pihak agensi luar
sebelum tiga hari pertandingan untuk mengesahkan kehadiran dan
persembahan mereka.Saya juga mengadakan mesyuarat kali ke tiga bersama
dengan guru-guru untuk mengesahkan persediaan masing-masing.Setelah
semua selesai dan puas hati saya memaklumkan pada mentor.
Sepertimana yang dirancang pada 27 September 2012 bermulalah Hari
Kokurikulum dengan nyanyian lagu-lagu rasmi diikuti dengan ucapan Persamian
Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Azura bt Abdul Aziz.Setelah selesai ucapan
beliau,beliau memeriksa perbarisan kesemua unit-unit beruniform yang
terlibat.Kemudian,pertandingan kawad kaki dimulakan.Setelah selesai
pertandingan kawad kaki,pertandingan memasang khemah pula
dijalankan.Sementara menunggu keputusan daripada hakim persembahan
daripada pihak bomba di adakan iaitu Demonstrasi Memadam Api aktiviti ini
dapat menarik perhatian murid dan murid-murid menunjukkan rasa
keseronokkan semasa api dipadamkan.Beberapa orang guru juga turut terlibat
dalam aktiviti memadam api.Aktiviti ini telah mengambil masa lebih kurang
setengah jam.