Anda di halaman 1dari 12

SIFAT MAHMUDDAH

PENYAYANG
Manusia secara tabiinya dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai makhluk
yang bersosial. Mereka sentiasa cenderung untuk bergaul sesama sendiri,
bermuafakat, bertolong-tolongan untuk mendapat manfaat dan memenuhi
keperluan diri. Secara
zahirnya tidak mungkin manusia itu hidup sendirian tanpa apa-apa
hubungan dengan manusia lain.
Nabi s.a.w. telah mengajar umatnya bahawa Islam adalah agama kasih
sayang sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Muslim daripada Nu'man bin Bashir r.a:

Maksudnya: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih


sayang,berkasihan belas dan menaruh simpati adalah seperti satu tubuh.
Apabila salah satu anggota ada yang sakit, maka seluruh anggota tubuh
akan merasainya seperti demam dan
tidak dapat tidur malam.

Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada semua makhluk. Di


antara nilai rahmat itu ialah Islam menganjurkan umatnya bersifat kasih
sayang sesama manusia, sayang kepada haiwan, sayang kepada keindahan
alam sekitar, dan makhluk Allah yang lain. Hal i ni ditegaskan dalam sebuah
hadis yang berbunyi:

Rasulullah SAW bersabda:

"






"

Maksudnya : Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan
menyayanginya.
(H.R. Al-Termizi)

Oleh itu, sifat kasih sayang adalah kunci perpaduan manusia. Seorang
pemimpin yang pengasih dan perihatin, menyebabkan rakyat dan
pengikutnya akan hormat dan menyanjunginya. Seorang ayah yang
penyayang dan perihatin, menyebabkan dia dicintai dan dihormati oleh
anak-anak dan isterinya. Demikianlah rahsia kekuatan kasih sayang dalam
kehidupan manusia.
Di sini diselitkan cerita yang boleh diambil iktibar daripadanya,
bagaimana kasih sayang seekor kucing dan ular seperti yang diceritakan
oleh Imam Malik bin Dinar r.a.. Menurut beliau ketika hendak makan, tibatiba seekor kucing menyambar sepotong daging dari pinggannya. Lalu beliau
mengekori

ke

mana

ia

dibawa.

Rupa-rupanya

kucing

itu

telah

mencampakkan daging tersebut ke dalam lubang berbatu yang dihuni oleh


seekor ular buta yang kelaparan. Renungilah, betapa pengasih dan
penyayangnya haiwan ini walaupun berlainan jenis. Allah s.w.t. sengaja
mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran buat
manusia. Walaupun ada antaranya bersifat ganas, tetapi kasih sayangnya
sangat tinggi.
Sebagai muslim dan mukmin yang berpegang dengan ajaran al-Qur'an
dan as-Sunnah, maka marilah kita menghayati semangat kasih sayang dan
muhibbah dalam kehidupan seharian demi mencapai keredhaan Allah dan
kebahagiaan dunia serta akhirat.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 89:

Maksudnya: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah


kamu
yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan
sebab
sumpah yang sengaja kamu buat.
Secara keseluruhannya, sifat mahmudah yang berkaitan dengan kasih
sayang ini perlu ada dalam diri setiap individu muslim untuk membentuk
keperibadian yang unggul. Oleh itu, sebagai muslim dan mukmin yang berpegang
dengan ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah, marilah sama-sama kita menyuburkan
budaya kasih sayang dan muhibbah dalam kehidupan berkeluarga, berjiran
dan bermasyarakat, mudah-mudahan kita akan di rahmati Allah S.W.T dan
dapat mencapai kebahagiaan dunia serta akhirat.

PEMAAF
Pemaaf ialah sifat sedia memaafkan kesalahan dan kesilapan orang
lain. Sifat ini sangatlah dituntut dan merupakan salah satu sifat yang
dianjurkan oleh agama islam. Dalam perhubungan dan pergaulan hidup
bermasyarakat sehari-hari, sebagai seorang hamba yang biasa pasti kita
tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Dan Allah swt telah
berfirman : Dan hendaklah mereka memaafkan dan merelakan,tindakan
kamu ingin bahawa Allah mengampuni dosamu? Allah maha penyayang lagi
maha pengasih.

(Surah An-Nur

ayat 22)
Sifat pemaaf ini perlu ada pada setiap diri muslim kerana dalam hidup
ini, kita berhubung dengan manusia dan manusia bersifat daif, tiada terlepas
daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Sifat pemaaf juga adalah suatu tarbiah kepada seseorang yang


terlanjur melakukan kesilapan dan kesalahan sehingga boleh membutakan si
pembuat kesalahan itu berasa malu dan seterusnya mula menyedari akan
kesilapan tindak-tanduknya itu.Perlu difahami walaupun setiap insan
digalakkan menyuburkan dalam diri masing-masing dengan sifat pemaaf,
namun Allah menegaskan seseorang yang dizalimi diizinkan untuk membela

diri dan membalas kezaliman itu. Pada waktu dan saat beginilah, Allah
menuntutnya hamba-Nya segera menyemai dalam diri dengan sifat pemaaf
dan toleransi. Allah berfirman dalam surah as-Syuara ayat 39-40 yang
bermaksud:
Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Balasan
sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Maka, sesiapa yang
memaafkan dan berbuat baik, pahalanya adalah tanggungan Allah.
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.
Umum mengakui bahawa penyebaran fitnah dan pembohongan adalah
suatu perbuatan keji yang boleh meruntuhkan kemakmuran dan
keharmonian hidup insan seluruhnya. Lantaran itulah ketika berlaku
peristiwa itu, Saidina Abu Bakar begitu marah kepada orang yang membuat
fitnah terbabit.
Abu Bakar juga dengan drastik memberhentikan layanan baik yang diberikan
kepada sahabat handai dan rakan yang turut terbabit dalam peristiwa
penyebaran berita dusta itu.
Tindakan Abu Bakar itu rupa-rupanya tidak disukai Allah. Lalu Allah
menurunkan wahyu melalui Rasulullah bagi memberi teguran tegas-Nya
seperti mafhum ayat 22, surah an-Nur: Dan janganlah orang yang
mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa
mereka tidak akan memberi pertolongan kepada kaum kerabatnya, orang
miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka sentiasa
memaafkan mereka dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah
mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihi.
Demikianlah tegasnya Allah dalam menyempurnakan kehidupan
hamba-Nya. Sesungguhnya putik kejahatan yang tumbuh sebenarnya hanya
akan terus membangkitkan persengketaan berterusan untuk tempoh masa
yang lama. Sebaliknya jika kejahatan itu dibalas dengan kebaikan, nescaya

akan padam api kemarahan dan terurai rasa dendam yang terpendam dalam
diri.
Aisyah pernah menyatakan bahawa:
Rasulullah tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada
isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang pada jalan Allah. Dan
dia tidak pernah membalas sedikit pun kepada seseorang yang menyakiti
hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah.
(Hadis riwayat Muslim).
Anas pula menceritakan,
Ketika saya sedang berjalan bersama Rasulullah di mana pada waktu
itu Baginda sedang mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab
Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata:
Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka
Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun kabulkan permintaan orang itu.
(Riwayat Muttafaq Alaih).

Ramai ulama turut menyifatkan bahawa sifat pemaaf boleh merujuk


kepada dua sempadan yang ditentukan Islam dalam menghadapi sesuatu
kejahatan.
Pertama -- Memaafkan kesalahan orang lain bagi yang terlanjur
berbuat dosa.
Kedua -- Dihukum setimpal dengan kesalahannya. Hukumannya yang
lebih berat mungkin boleh diambil termasuk Qisas.
Hukuman itu adalah sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka yang
terbabit dan kepada semua muslimin secara keseluruhannya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menangani


konsep bermaafan ini. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf
kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan
kekuatan. Sifat ini eloklah jika disemai dalam diri setiap individu. Di samping
itu, sifat ini juga dapat membaikpulih antara hubungan sesama manusia.

PEMURAH
Islam telah mengajar penganutnya untuk sentiasa berbuat kebajikan
sesame sendiri,tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun baik dari segi harta
benda, menderma, dan bersedekah kepada sesiapapun.islam ditegakkan dan
berkembang bukan atas dasar kedekut dan menyimpan harta benda. Oleh
kerana itu, Islam menasihatkan kepada setiap muslim agar menyambut
dorongan menderma dan sentiasa membuat kebajikan,baik yang dilakukan

secara terang-terangan ataupun secara tersembunyi. Itulah sendi ajaran


Islam yang didasarkan pada pengorbanan membelanjakan sebahagian harta
yang dimiliki,untuk berderma dan bersedekah,sebagai melahirkan rasa
syukur kepada Allah yang memberi kurnia. Allah s.w.t telah berfirman dalam
Surah Al-Baqarah,ayat 274 :

Maksudnya: orang-orang yang menafkahkanhartanya di malam dam


di siang hari secara sembunyi dan terang-terangan,maka mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak
(pula)mereka bersedih hati.
Setiap mulim hendaklah berjimat dalam mengeluarkan hartanya untuk
memenuhi kepentingan hidupnya,agar hartanya tidak habis begitu sahaja.
Kerana ianya berkewajipan mengajak orang lain dalam menikmati dan
memanfaatkan harta yang dikurniakan Allah kepada seseorang. Kekayaan
yang dikurniakan hendaklah digunakan untuk membantu kepentingan
umum, menolong fakir miskin,dan ikut meringankan penderitaan orangorang yang susah dan tidak mampu. Dengan itu,

Rasulullah telah bersabda:

Maksudnya : Hai anak Adam,kalau engkau mendermakan


kelebihanmu,itu lebih baik bagimu, dan apabila engkau tahan saja,itu
berbahaya bagimu. Dan engkau tidak tercela atas kesederhanaan. Dan
dahulukan orang-orang yang menjadi tanggunganmu. Dan tangan yang di
atas(yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah(yang
menerima) .

(H.R. Muslim)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Isra, ayat 26-27 :

Maksudnya : Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan


haknya, kepada orang miskin dan orang uang dalam perjalanan; dan
janganlah kamu menghambur-hamburkan(hartamu) dengan boros.
sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan
syaitan itu adalah sangat ingkar pada tuhannya.
Demikianlah perintah Allah dalam al-Quran. Tetapi bagi seorang
muslim yang tidak mampu menolong dan membantu dengan hartanya,maka
Allah memberi petunjuk; agar berbuat baik dengan sedekah ucapan dan
perkataan-perkataan yang baik dan menyenangkan hati mereka.
Ajakan Islam untuk bermurah hati dan berderma cukup banyak, baik
dalam al-Quran mahupun al-Hadis. Begitu juga dengan larangan-larangan
menjadi kedekut. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia
dan dekat kepada syurga. Dan orang yang bermurah hati itu jauh dari
neraka. Sedangkan orang yang kedekut itu, jauh dari Allah, jauh dari
manusia, juga jauh dari syurga, dan dekat dengan neraka. Orang yang

jahil/bodoh yang bersifat pemurah,lebih disukai Alah daripada ahli ibadat


tetapi kedekut.

(H.R. Tarmizi)

Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat keadaan yang


menyedihkan, sehingga menggugat hati baginda untuk melakukan sesuatu.
Baginda lalu mengumpulkan kaum muslimin, lalu baginda berkhutbah. Di
dalam khutbahnya baginda mengemukakan hak dan kewajipan manusia
sesame manusia secara timbale balik. Baginda mengajak manusia sentiasa
takut kepada allah.dan azab hari akhirat. Sebelum baginda berpisah
daripada mereka, baginda telah dapat mengumpulkan makanan dan pakaian
yang bertompok-tompok dan cukup dibahagikan kepada yang
memerlukanya.
Dari Ibnu Jabir r.a ia berkata: Di pagi hari ketika kami bersama
Rasulullah s.a.w. tiba-tibadatanglah rombongan fakir miskin yang pada
umumnya mereka dari kaum Bani Mudhar. Pakaian mereka bercompangcamping. Rasulllah saw melihat keadaan yang menyedihkan itu menjadi
terperanjat dan hatinya amat sedih,kerana melihat kemiskinan mereka tidak
mendapat bantuan dari orang-orang yang mampu. Rasulullah saw masuk ke
rumah lalu baginda keluar semula, dan menyuruh Bilal untuk azan,maka Bilal
pun azan dan iqamat. Selesai bersolat, Rasulullah saw berpidato dan isi
pidatonya berbunyi:

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada


Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri memperhatikan apa yang ia kerjakan
untuk esok. (Al-Hasyr,18)
Kemudian baginda bersabda lagi yang maksudnya:
Hendaknya orang yang mampu bersedekah, diambilkan baik dari dinar
mahupun dirham, baik dari pakaian amhupun makanan, seperti gandum

atau kurma, hingga baginda bersabda: (sedekahlah kalian) biarpun hanya


sebelah(sebiji) kurma.
Jarir berkata pula: Maka datang seorang lelaki dari sahabat Ansar sambil
membawa bungkusan berisi wang yang banyak, sehingga tangannya hampir
tidak kuat untuk membawanya. Bahkan memang benar-benar tidak kuat.
Kemudian berturut-turut orang-orang berdatangan membawa sedekah yang
berbagai macam, sehingga saya melihat dua tompokan barang terdiri dari
makanan dan pakaian. Ketika itu saya melihat wajah Rasulullah berseri-seri
laksana cahaya kuning keemasan.
Berikut adalah kisah sifat pemurah Abu Hanifah
Sifat pemurah Abu Hanifah tersebar begitu luas, terutamanya di
kalangan teman-temannya. Suatu hari seorang temannya datang ke
kedainya. Sambil melihat kain-kain yang tersusun rapi di kedai tersebut dia
berkata :
" Saya memerlukan sehelai baju bulu, wahai Abu Hanifah," Sambil tersenyum
Abu Hanifah bertanya: Warna apa yang kamu inginkan?
Temannya menjawab: "Warnanya...."
"Tungguhlah hingga saya memperolehinya dan saya akan bawakan
kepadamu,: jawab Abu Hanifah sambil tersenyum.
Apabila hari Jumaat, baju yang dipesan pun tiba. Lantas baju ini dibawa
kepada temannya. Sambil mengeluarkan kain bulu tersebut Abu Hanifah
berkata :"Saya telah menerima pesanan yang engkau perlukan."
Dengan wajah yang girang, temannya bertanya:"Berapakah harganya?"

"Satu dirham."jawab Abu Hanifah


"Satu Dirham?!" balas temannya dengan terkejut.
"Ya.",tegas Abu Hanifah.
Temannya merasa tidak percaya dengan kata-kata Abu Hanifah:"Apakah
engkau bergurau, wahai Abu Hanifah."
Abu Hanifah menguntum senyum seraya berkata:"Saya tidakbergurau.
Saya beli baju ini bersama satu lagi baju dengan harga 20 dinar emas dan
satu dirham perak. Sehelai saya telah jual dengan harga 20 dinar emas dan
tinggal yang ini saya jual dengan satu dirham. Saya tidak mahu ambil untung
daripada teman saya."

Secara keseluruhannya sifat pemurah adalah sifat dan sikap seseorang


yang boleh dilakukan dalam kehidupan harian melalui sedekah tathawu,
seperti sedekah-sedekah lain di luar zakat, memberikan hadiah, memberikan
hibah, memberikan infa, memberikan derma dan lain-lain. Selainnya, sifat
bernurah hati ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesame manusia.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menyemai sifat mahmudah ini dalam diri
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai