Anda di halaman 1dari 33

Penggolongan

Kata
Hamdan
Arifin
Jeya

Golongan kata
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan

perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan


fungsi dengan anggota lain atau golongan yang
sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan

kata :
I. Kata
II. Kata
III. Kata
IV. Kata

Nama
Kerja
Adjektif / Sifat
Tugas

Golongan kata nama


Kata nama menunjukkan nama benda, naam

orang, nama tempat dan nama perkara. Kata


nama ialah sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan
lazimnya perkataan demikian menamakan
orang, tempat, benda atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga

jenis :
a) Kata Nama Khas
kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu

benda yang khusus dan ejaannya


berpangkalkan huruf besar.
Ia terbahagi kepada tiga :
Kata Nama Khas Hidup Manusia contoh : Lina,
Ahmad, Tun Abdul Razak
Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia contoh
: Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrail
Kata Nama Khas Tidak Hidup Balakong, Proton
Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.

Kata Nama Am
kata nama yang merujuk kepada benda-benda
atau perkara yang umum sifatnya.
Ia terbahagi kepada dua :
a. Kata Nama Am Abstrak

jenis kata nama yang bukan berkonsepkan


kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian,
kemerdekaan, demokrasi.
b. Kata Nama Am Konkrit

kata nama yang berkonsepkan kebendaan,


contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.

Kata Ganti Nama


kata ganti nama terbahagi kepada :
a. Kata ganti nama tunjuk
kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda
ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada

benda yang dekat)

b. Kata ganti nama diri kata ganti nama yang menjadi pengganti nama

sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh
dibahagikan kepada:
Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfingsi menanyakan hal
benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk :
.Siapa merujuk kepada orang
.Apa merujuk kepada benda atau perkara
.Mana merujuk kepada benda
i.

ii.

Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk kepada
manusia yang terdiri daripada tiga kategori :
.orang pertama saya, aku, beta, patik, kita
.orang kedua saudara, kamu, awak, engkau, anda
.orang ketiga ia, dia, beliau, mereka, nya.

Golongan kata kerja


Kata kerja berperanan untuk menunjukan

sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan.


Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:
a. Kata Kerja Transitif :
Kata Kerja Transitif Aktif
Kata Kerja Transitif Pasif

b. Kata Kerja Tak Transitif :


Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja transitif


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti
kata kerja transitif ialah frasa nama.
Contoh :
Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya.
Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.
i.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi
dalam ayat aktif dan menerima awalan men dengan
atau tanpa akhiran kan atau i.
Contoh :
Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air
ii. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang
berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil
dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif
akan mewujudkan kata kerja transitif pasif.
Contoh :
.Pakaian dicuci oleh Mastura.

Terdapat beberapa cara yang dapat


membantu untuk mengenali kata
kerja transitif :
Mengemukakan pertanyaan apa selepas

sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan


boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut
adalah kata kerja transitif.
Contoh : mengecat apa ? mengecat rumah
Apabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan
terlebih dahulu, ini bermakna pada asalnya
perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya
perkataaan mengecat berasal daripada kata
nama cat selepas menerima imbuhan
menge.

Setiap ayat yang menggunakan kata kerja

transitif mesti mengandungi dua kata


nama, ini kerana kata kerja transitif mesti
dilakukan oleh seseorang ke atas orang
atau benda lain.
Contoh : Sulaiman menembak burung
gagak.
Sulaiman kata nama pelaku
Burung gagak kata nama objek
menembak kata kerja transitif

Apabila membicarakan mengenai kata kerja

transitif, maka perlu diketahui tentang konsep


objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat
yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh
dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek.
Contoh :
Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas.
membelikan kata kerja transitif
rantai emas objek tepat
kekasihnya objek sipi
Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti
dengan hanya bertanya apa kepada kata kerja
yang hadir dalam ayat itu.

Kata kerja tak transitif


Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang
tidak memerlukan objek atau pelengkap
selepasnya. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada dua :
i. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap


Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah
bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu
boleh berdiri sendiri tanpa diikuti oleh pelengkap
atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri
daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan
dengan imbuhan awalan. Contoh : terbang,
tidur, berlari, berenang.
Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan
bertanya apa selepas kata kerja itu. Sekiranya
tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah
kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek.
Contoh :
Burung terbang terbang apa ? (tiada jawapan)
Adik berlari berlari apa ? (tiada jawapan)

Kata kerja tak transitif berpelengkap


Kata kerja transitif berpelengkap bermaksud
kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat.
Terdapat beberapa jenis pelengkap :
Waktu . contoh : Ali duduk sejak tadi.
Tempat . contoh : Kakak duduk di atas kerusi
Cara . contoh : Ali duduk bersimpuh
Sebab. contoh : Dia duduk kerana letih.

Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi

menyempurnakan maksud ayat. Jikalau


pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu
menjadi tidak gramatis. Contoh :
Sarah ingin menjadi peragawati
Amri bertambah sayang kepada isterinya
Jika tanpa pelengkap :
Sarah ingin menjadi (menjadi apa?)
Ali bertambah(bertambah apa?)

Pelengkap hendaklah dibezakan dengan

objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak


transitif, manakala objek pula hadir selepas
kata kerja transitif dengan tujuan melengkap
maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja
transitif sahaja dapat dipasifkan.

Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata

kerja atau tidak, terdapat beberapa cara :


1. Kata kerja dapat digandingkan dengan kata
bantu. Contoh :
minum sudah minum
sebaliknya : baju sudah baju (tidak memberi

makna)

.Kaedah ini amat perlu apabila hendak

membezakan beberapa kata kerja yang


kelihatan seakan-seakan kata sifat.
2. Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan
tertentu seperti ber, me, kan,i dan di

Kata sifat/adjektif
Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur

inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh


dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama
atau kata kerja dengan cirinya yang boleh
didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata
sifat menceritakan sifat benda (kata nama)
dan sifat perbuatan (kata kerja).

Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada


sembilan berdasarkan kriteria makna.
Kata Sifat Keadaan-memberi makna keadaan kata

nama yang diterangkan.


Contoh : orang jahat, budak pintar
Kata Sifat Warna-membawa makna warna untuk

menerangkan kata nama.


Contoh : langit biru, bibir merah.
Kata Sifat Ukuran-menyatakan ukuran kata nama.

Contoh : perahu panjang, pokok renek


Kata Sifat Bentuk-menerangkan mengenai bentuk kata

nama.
Contoh : jalan bengkok, mata bulat

Kata Sifat Jarak-menerangkan kata nama dari segi ruang.


Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

Kata Sifat Waktu-memberi penjelasan konsep masa


sebagai unsur keterangan.
Contoh : makanan segera, rumah baru

Kata Sifat Cara -membawa makna keadaan kelakuan atau


ragam untuk menerangkan kata nama.
Contoh : air deras, hujan lebat

Kata Sifat Perasaan-memberi pengertian kepada konsep


perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama.
Contoh : suka akan, penuh ragu

Kata Sifat Pancaindera-terdiri daripada yang memberi


makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.

Terdapat beberapa cara yang boleh

membantu untuk mengenal pasti kata sifat :

i. Kata sifat boleh berganding dengan kata


penguat seperti amat dan paling, sama
ada diletakkan di hadapan kata sifat atau
diakhirnya.
ii. Kata sifat diberi imbuhan ter dan se.

Kata tugas
Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak

di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai


makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan
frasa untuk menjalankan sesuatu tugas
tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi
penghubung, penentu, penguat, pedepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar,
pemeri, penanya dan penyeru.

Ada 16 jenis kata tugas yang boleh


dikelompokkan
berdasarkan
kriteria
- kata hubung
dan fungsinya dalam binaan
- katakedudukan
penegas
- kata tanya
iaitu :
- kataayat,
nafi
- kata seru
- kata pemeri
- kata perintah
- kata sendi nama

- kata pembenar
- kata arah
- kata pangkal ayat
- kata bilangan
- kata bantu
- kata penekan
- kata penguat
- kata pembenda

Untuk memudahkan penghuraian, jenis


kata ini boleh dibahagikan kepada empat
kelompok :
a) Kata Penyambung Ayat
.terdiri daripada satu jenis kata tugas
sahaja, iaitu kata hubung.
.Ia adalah sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat
atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis
yang dikenali sebagai ayat majmuk.
.Contoh : dan, atau, tetapi, serta,
sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

b) Kata Praklausa
sejumlah perkataan yang terletak perkataan
yang terletak dihadapan klausa iaitu yang
terdiri daripada :
kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai

bentuk ayat yang menunjukkan perasaan.


Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau
menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa,
bila, bagaimana.

Kata Perintah : perkataan yang bertujuan

menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia


diucapkan dengan nada perintah, arahan,
larangan, silaan atau permintaan. Contoh :
jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan
sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,
Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di
bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh :
hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.

c) Kata Prafrasa
sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja
atau frasa adjektif.
Ia mendukung tugas-tugas maksud yang
terkandung dalam ayat seperti membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan,
menyendikan, menunjukkanarah dan
membilang.
terdapat 8 jenis kata prafrasa :

Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas

membantu frasa kerja, frasa adjektif dan


frasa sendi nama dengan
menimbulkanmakna-makna tambahan dari
segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan
Kata Bantu aspek yang bertugas
menerangkan sama ada perubatan itu
sudah dilakukan, sedang dilakukan atau
akan dilakukan. Contoh : telah, sudah,
pernah, sedang, masih, akan, belum.

Kata Bantu ragam bertugas menerangkan

kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang


yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh :
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.
Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata
adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar,
sungguh, amat.

kata penegas : juga dikenali sebagai kata

partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang


memberi penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata
penegas
menegaskan hanya frasa predikat atau

bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah,


-lah.
menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu
frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya
atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.

Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi

frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa


kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada
dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi
pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Contoh : adalah, merupakan, ialah.
Kata Sendi Nama : kata yang terletak di
hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama
sentiasa hadir di hadapan perkataan yang
diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari,
demi, tentang, seperti, terhadap.

Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir

sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah


perkataan sendi nama untuk menunjukkan
hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi,
antara.
Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang
menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
Contoh : dua puluh, segala, semua,
para,banyak, masing-masing.

d) Kata Pasca
ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas
perkataan. Bentuk itu ialah -nya , yang
berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
Kata penekan ialah satu bentuk yang
memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Contoh :
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda pula ialah bentuk yang

menjadikan sesuatu perkataan yang bukan


dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :
Lajunya 100 km sejam.

Sekian terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai