Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia !

Memetik
kata-kata bapa kemerdekaan kita, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul
Rahman, Merdeka itu adalah suatu perkara yang bukan mudah untuk
diperoleh, ianya memerlukan pengorbanan bukan sahaja wang ringgit
dan usaha tenaga ! bahkan nyawa sendiri juga ! Sekalung apresiasi saya
hulurkan buat saudari peneraju majlis, kombinasi panel kehakiman
berintelektual dan berintegriti, guru-guru dan warga sekolah yang saya
hormati sekalian. Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh
iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana
para sarjana, melalui mauduk pidato saya. Malaysiaku Berdaulat,Tanah
Tumpahnya Darahku apakah maksud sebenar yang perlu kita telusuri di
sebalik maksud tema kemerdekaan ini? Pada dasarnya maksud daulat
ialah maruah atau identiti sesebuah negara,manakala maksud tanah
tumpahnya darahku dianalogikan kepada persoalan usaha masyarakat
untuk mengekalkan kemerdekaan negara serta menjamin semangat
patriotisme dalam jiwa setiap masyarakat.Oleh itu kita utamakan
persoalan apakah usaha yang perlu dan akan kita usahakan demi
menjaga kedaulatan negara untuk selama-lamanya.
Menyingkap fokus perbicaraan saya, semangat nasionalisme membawa
kepada kemerdekaan. Ya, melalui semangat NASIONALISME inilah yang
telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bangsa. Setelah
dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat
negara kita mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah-bagi
apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia
Kedua tamat. Desakan yang berupa tunjuk perasaan, bantahan,
berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya
membuahkan hasil. Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa
penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal
31 Ogos 1957. Bagi saya nasionalisme Melayu harus dipandang sebagai
teras nasionalisme Malaya dan perjuangan kemerdekaan. Mengapa?
Pertama, secara akar umbinya warisan politik dan budaya Melayu adalah
wajah keseluruhan Tanah Melayu berabad lamanya. Kedua, selama lebih
500 tahun orang Melayu dijajah dan akhirnya orang Melayu bangkit
menentang penjajah dengan penuh tenaga dan upaya. Ingin saya
menyokong hujah di atas dengan merujuk kepada penulisan James Ongkili
yang bertajuk The British and Malayan Nationalism, yang menyifatkan
nasionalisme Malaya adalah kesinambungan daripada semangat
nasionalisme Melayu 1946. Namun hadirin sekalian,wujud segelintir

masyarakat kita yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia


tetapi pada masa yang sama menghina negara sendiri. Kita imbau
kembali peristiwa pembalikan Jalur Gemilang di Taiwan yang telah berlaku
beberapa tahun yang lalu.Hanya sekadar tidak mempersetujui dasar yang
dibawakan oleh kerajaan terus Jalur Gemilang diterbalikkan.Adakah ini
yang kita gelar sebagai warganegara Malaysia,yakni anak watan yang
bakal memegang tampuk kepimpinan negara.Tambahan pula wujud juga
sesetengah warganegara kita yang ingin merancang untuk mengubah
Jalur Gemilang. Bendera yang selama ini elok sudut dan garisnya ingin
dibengkok-bengkokkan. Selain itu ada juga sesetengah warganegara kita
yang mengubah genre lagu negaraku.Lagu Negaraku yang selama ini
indah dan dinyanyikan dengan genre patriotik kini dilagukan dengan
genre dan nada rock.Jelas,bahawa warganegara seperti inilah yang akan
menyebabkan kedaulatan negara dihina dan tidak dijaga dengan penuh
semangat. Sidang saksi yang bervisi,
Menyusuri aspirasi saya yang
ketiga, iaitu sejarah memerdekakan kita, mengapa sejarah dikatakan
memerdekakan kita? Mari kita merungkai persoalan ini. Sejarah
menceritakan prihal pahlawan-pahlawan dahulu kala yang bertungkuslumus untuk memerdekakan negeri masing-masing dari cengkaman
penjajah. Mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang
membara, dan semangat kental itu tidak berakhir sehingga titisan darah
terakhir mereka. Melalui sejarah yang telah dicipta oleh pejuang-pejuang
terdahulu inilah yang menyebabkan Malaysia sehingga hari ini mampu
mempertahankan kemerdekaannya. Mengapa pula? Kerana rakyat
Malaysia mengambil secebis semangat kental pejuang terdahulu untuk
dijadikan tangkal azimat demi memerdekakan negara dan mengekalkan
kemerdekaan yang diperoleh. Semangat ini juga terus mengalir di dalam
darah anak-anak merdeka dari generasi ke generasi. Pengetehuan
mereka mengenai sejarah menjadikan mereka terus berusaha
mengekalkan kemerdekaan kerana gusar sejarah akan berulang. Saya
ingin memetik bait-bait kata mantan perdana menteri kita yang keempat
Tun Dr. Mahathir Mohammad Orang yang tidak tahu sejarah akan
mengulangi sejarah. Jelaslah sejarah merupakan kalam pedoman dan
tauladan yang perlu menjadi penanda arah dalam titik kehidupan setiap
individu. Konklusinya, menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri
lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa
perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya
kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk

meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi


terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi
bangsa yang maju dan moden. Pengorbanan pejuang-pejuang kebebasan
dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang dengan
ucapan terima kasih dan doa. Sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa
perjuangan ! Oleh itu,kita tanya kepada diri kita,apakah sumbangan dan
usaha kita terhadap negara?Apakah rancangan kita untuk meneruskan
perjuangan kemerdekaan yang telah dicapai sebelum ini?Adakah kita
sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kedaulatan negara.Tepuk
dada tanya diamanakah tahap patriotisme kita jangan asyik bertanya
selera makan,selera yang lain tidak diendahkan.Akhir kata daripada saya
selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysiaku
Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku Sekian. Saya akhiri pidato saya
dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai