Anda di halaman 1dari 20

TAJUK : CERPEN ANAK-ANAK YANG

BERGELIMPANGAN
OLEH : NOORJAYA

MASA : 80 MINIT
HASIL PEMBELAJARN : MENGENAL PASTI DAN
MENJELASKAN
ASPEK INTRINSIK DALAM PROSA.
MENERANGKAN KEPELBAGAIAN ASPEK PEMIKIRAN
MASYARAKAT DALAM KARYA.

TEMA :
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk
mengaut keuntungan dengan mudah telah membawa
kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk ikan
dan manusia.
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menuba
ikan di Sungai Tengas menyebabkan air sungai
tercemar
Sehingga semua ikan mati dan anak-anak mereka
sakit.

PERSOALAN
KASIH SAYANG
KASIH SAYANG ANTARA MAKHLUK ALLAH.
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sangat sayangkan anak-anak
Mereka dan menyesal dengan perbuatan mereka menyebabkab
anakAnaknya pening dan muntah.
BERTANGGUNGJAWAB
Seorang ketua atau pemimpin yang bertanggungjawab terhadap
Keselamatan anak buahnya.
Ikan Haruan bertanggungjawab menjaga keselamatan ikan-ikan
yang
Lain dengan menyuruh mereka mendapatkan perlindungan apabila
Menyedari air sungai tercemar.

KEINSAFAN
Seseorang yang meyesali segala perbuatan salah yang
pernah
Dilakukannya.
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menyesal dan
Memohon maaf atas perbuatan mereka menuba ikan di
Sungai
Tengas.
KEPENTINGAN SUNGAI
Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia dan hidupan air.
Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian,Terbui dan lain-lain dapat
Hidup dengan riang gembira dan aman apabila air sungai
tidak dicemari. Begitu juga dengan Husin, Mail dan Budin

SIMPATI Melihat
ikan Baung, Sebarau
yang tersangkut
pada jala.

PRIHATIN-Menyuruh
ikan-ikan lain
menyelamatkan diri
ke hilir sungai.

IKAN HARUAN

PINTAR-Bijak
melepaskan diri
daripada terminum
air sungai yang
dicemari tuba.

WATAK PERWATAKAN
PAK KASA, MAT DALI DAN AWANG CIK LEH
TAMAK Menggunakan tuba untuk mendapatkan ikan yang banyak.
PENYAYANG Mereka sangat menyayangi anak-anak dan bersedih
dengan apa yang berlaku kepada mereka.
INSAF Menyesal atas perbuatan mereka menuba ikan hingga
menyebabkan banyak ikan mati begelimpangan dan anak mereka
Sendiri pening dan muntah.

MESEJ
Menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan.
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah insaf dengan
perbuatan
Mereka menuba ikan di Sungai Tengas.
Bertanggungjawab menjaga keselamatan anak buah.
Ikan Haruan sentiasa menasihati anak buahnya supaya
berwaspada
Dengan manusia.
Menggunakan kebijaksanaan dengan sebaik mungkin.
Ikan Haruan bijak melepaskan diri dari terminum air sungai yang
telah dituba dengan membenamkan diri ke dalam sungai.

AKTIVITI PELAJAR
RUJUK LEMBARAN KERJA

SEKIAN TERIMA KASIH

TAJUK : CERPEN DI SEBALIK SIRAT MAKNA


0LEH : ABANG MEDIAN ABANG SAID

MASA : 80 MINIT
HASIL PEMBELAJARAN:
1. Mengenal pasti dan menjelaskan tema dan persoalan
Yang terdapat dalam cerpen ini.
2. Mengenal pasti teknik penceritaan dalam cerpen.
3. Menyatakan mesej yang terdapat dalam cerpen.

TEMA
PROFESIONALISME BIDANG KEGURUAN.
Guru merupakan golongan profesional dalam menjalankan tugas
dan
Tanggungjawab dalam mendidik pelajar berteraskan asas
Kejayaan.
Cikgu Ibau merupakan seorang guru yang berpengalaman dan
sangat
Menitik beratkan disiplin. Semasa beliau mendidik Cikgu Naszkir,
beliau pernah merotannya sehingga menjadi pelajar berdisiplin dan
berjaya dalam pelajaran.

PERSOALAN
JASA DAN PENGORBANAN GURU
Cikgu Naszkir mengenang jasa cikgu Ibau yang telah mendidiknya
Hingga berjaya menjadi guru.
MASALAH DISIPLIN PELAJAR ASRAMA
Cikgu Ibau bertegas untuk mengawal disiplin para pelajarnya
terutama yang tinggal di asrama.
DENDAM DAN BERPRASANGKA BURUK
Cikgu Ibau berprasangka buruk terhadap Cikgu Naszkir atas
tindakan merotannya dahulu. Namun sebenarnya Cikgu Naszkir
tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap Cikgu
Ibau.

Plot dan Peristiwa:


Peristiwa-peristiwa penting:
1. Kegelisahan Cikgu Ibau apabila dia dimaklumkan Naszkir bekas pelajarnya akan
bertugas bersama dengannya.
2. Keresahannya semakin terasa apabila dia selaku ketua warden asrama terpaksa
bertugas di bawah Naszkir yang telah berjaya menjawat jawatan sebagai guru penolong
kanan Hal Ehwal Murid.
3. Pengetua mengharapkan mereka berdua boleh bekerjasama bagi meningkatkan tahap
disiplin pelajar serta dapat menepis tanggapan negatif masyarakat yang menganggap
disiplin pelajar semakin teruk.
4. Cikgu Ibau berasa semakin pelik dan menimbulkan persolana apabila pengetua
melantik Cikgu Naszkir sebagai warden di Asrama Sarjana
5. Perlantikan tersebut telah menjadi isu di kalangan guru-guru lain sehingga
mewujudkan rasa kurang senang Cikgu Ibau yang menganggap dirinya lebih
berpengalaman berbanding dengan CikguNaszkir.

6. Kemarahan Cikgu Ibau semakin memuncak apabila Cikgu Naszkir membuat


keputusan menerima kembali Tinang yang bermasalah dan telah dibuang asrama tetapi
Cikgu Naszkir ada alasan yang munasabah.
7. Cikgu Ibau berasakan tindakan Cikgu Naszkir akan memebri kesan negatif pada
pelajar lain kerana dia bimbang Tinang akan mempengaruhi pelajar-pelajar lain.
8. Cikgu Ibau berasakan tindakan yang dilakukan oleh Naszkir sebagai tindakan
membalas dendam atas apa yang dilakukannya kepada Naszkir 20 tahun yang lalu.
9. Konflik antara Cikgu Ibau dan Naszkir mendapat perhatian pengetua, beliau
menyokong tindakan Naszkir dan meminta agar Cikgu Ibau dapat menerimanya dan
berharap agar Cikgu Ibau dapat menikmati waktu-waktu yang ada sementara menunggu
hari persaraanya.
10. Badan pengawas telah menganjurkan majlis persaraan Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir
turut berucap mewakili guru-guru, beliau menghargai jasa dan pengorbanan Cikgu Ibau
yang berjaya membentuk

Peristiwa Imbas kembali:


1. Cikgu Ibau teringatkan peristiwa ketika Naszkir masih lagi muridnya, dia pernah
merotan Naszkir kerana banyak melakukan kesalahan melanggar disiplin sekolah dan
dia menggelarkan Naszkir dengan gelaran hantu jerangkung, kaki pukul, kaki ponteng
dan penyangak. (hlm. 173)
2. Naszkir memberitahu pengetua yang suatu waktu dahulu, Cikgu Ibau ialah bekas
gurunya dan dia adalah ketua warden. (hlm.175)
3. Cikgu Ibau teringat peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu, ketika dia menasihati
Naszkir agar mendisiplin diri jika tidak dia akan gagal kerana bagi Cikgu Ibau
Kejayaan bermula daripada disiplin. (hlm 179)
4. Cikgu Ibau teringat peristiwa ketika dalam mesyuarat mingguan warden yang
dikendalikan oleh Naszkir dia tidak dapat berkata apa-apa hingga dia berasakan dirinya
seperti orang bodoh. (hlm.180)
5. Semasa berucap Cikgu Naszkir teringatkan kembali peristiwa ketika dia bergelar
pelajar, dia begitu marah dengan tindak cikgu Ibau tetapi setelah meningkat dewasa
barulah dia faham tindakan yang dibuat oleh Cikgu Ibau. (hlm.187)

Watak dan Perwatakan:


1. Cikgu Ibau
a. latarbelakang:
-Nama penuh Ibau Paul Nyibang (175)
-Isteri Chrisy (180)
-Ketua Warden (174)
-Berkhidmat lebih 40 tahun (175)
-Ada 6 bulan masa untuk bersara (185)
b. Perwatakan:
-Watak utama
-Tegas (hlm.173-174)
Menangani disiplin pelajar cth: Pernah merotan Naszkir 20 tahun lalu kerana Naszkir
melanggar disiplin sekolah.
-Komited dengan tugas (hlm. 174)
Biarpun hamper hendak bersara masih tetap bersemangat meneruskan tugasnya
sebagai ketua warden, cth: beliau mempertikaikan tindakan Cikgu Naszkir menerima
Tinang masuk asrama kembali kerana bimbang ianya akan memberi kesan kepada pelajarpelajar lain.

-Cepat melenting / panas baran (hlm. 178)


Apabila ada rakan guru yang lain mempertikaikan kewibawaannya selaku ketua warden dan
dibandingkan dengan Naszkir dia benar-benar marah kerana menganggap dia lebih baik kerana banyak
pengalaman.
-Bekerja mengikut prosedur (peraturan) tanpa budi bicara (hlm.183)
Mempertikaikan tindakan Naszkir menerima Tinang yang telah dibuang asrama kerana melakukan
banyak perbuatan yang menyalahi undang-undang asrama dan tindakan itu baginya mengikut tatacara
dan terbaik bagi menangani masalah disiplin.
-Berpegang pada prinsip kejayaan bermula daripada disiplin (hlm. 179)
Cikgu Ibau pernah menasihati Naszkir yang bermasalah dari segi disiplin agar Naszkir mendisiplinkan
dirinya barulah dia akan mencapai kejayaan
-Cepat melenting / panas baran (hlm. 178)
Apabila ada rakan guru yang lain mempertikaikan kewibawaannya selaku
ketua warden dan dibandingkan dengan Naszkir dia benar-benar marah kerana
menganggap dia lebih baik kerana banyak pengalaman.

-Bekerja mengikut prosedur (peraturan) tanpa budi bicara (hlm.183)


Mempertikaikan tindakan Naszkir menerima Tinang yang telah dibuang asrama
kerana melakukan banyak perbuatan yang menyalahi undang-undang asrama
dan tindakan itu baginya mengikut tatacara dan terbaik bagi menangani masalah
disiplin.

-Berpegang pada prinsip kejayaan bermula daripada disiplin (hlm.


179)
Cikgu Ibau pernah menasihati Naszkir yang bermasalah dari segi disiplin agar
Naszkir mendisiplinkan dirinya barulah dia akan mencapai kejayaan

Soalan Latihan 1
Dia seperti ditikam dari belakang. kemarahannya berada pada tahap klimaks. Sungguh.
Tidak pernah sebelum ini, sebarang keputusan membelangkangi dirinya. Dirinya terasa
tersisih dalam kepompong tugas.
[Dipetik dari cerpen Di Sebalik Sirat Makna, karya Abang Median Abang alSaid, teks
Permata Sastera, DBP. halaman 180]
a.
b.
c.
d.

Siapakah watak dia yang dimaksudkan dalam petikan di atas. [ 2 ]


Galurkan peristiwa yang terjadi seterusnya.
[6]
Jelaskan konflik yang dialami oleh watak dia di atas.
[9]
Huraikan mesej yang terdapat dalam cerpen di atas.
[8]

Soalan Latihan 2
Kalau cikgu rasa begitu, terpulang. Saya tak bermaksud menyalahkan cikgu. Namun
cikgu harus ingat, kita bukan manusia sempurna. Walaupun kita ingin mencapai batas zero
defect. Kadangkala kita tersasar tidak mahu berpaling kerana egoistic. Mungkin
seseorang pelajar itu bertindak setelah diganggu oleh pelajar lain. Kita kena selidik semua
situasi. Kita sepatutnya merobah kesilapan dan buat pengetahuan cikgu, kesilapan itulah
yang mendewasakan saya.
[Dipetik dari cerpen Di Sebalik Sirat Makna, karya Abang Median Abang alSaid, teks
Permata Sastera, DBP. halaman 183]
a. Siapakah watak cikgu dan siapa pula yang dimaksudkan dengan watak saya?[ 2 ]
b.

Galurkan peristiwa yang terjadi sebelumnya sehingga tercetusnya dialog di atas?


[6]
c. Jelaskan mesej yang terdapat dalam petikan di atas?
[9]
d.

Jelaskan dua sikap postif dan sikap negatif pada watak cikgu dalam cerpen di atas.
[8]

Anda mungkin juga menyukai