Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PERTANDINGAN

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN
a.
b.
c.
d.
BELUD
e.

Tarikh
Hari
Masa
Pengelola

: 29 HINGGA 30 APRIL 2015


: RABU DAN KHAMIS
: 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
: PPD KOTA BELUD & SMK TAMBULION, KOTA

Tempat Pertandingan

: DEWAN SMK TAMBULION KOTA BELUD

2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut :
- Antara kumpulan peringkat sekolah Rendah dan sekolah menengah
Bahagian Zon Utara.
3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini tertakluk dengan Undang-undang persatuan Bola
Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball IFNA yang dikuatkuasakan
pada masa ini) dan peraturan Am MSSM.
4. PENDAFTARAN PERMAINAN
Pemain yang didaftarkan hendaklah mengikut kohot umur seperti berikut :
- Bawah 12 tahun 1.1.2003
- Bawah 15 tahun 1.1.2000
- Bawah 18 tahun 1.1.1998
Setiap pasukan mempunyai :a. 12 orang pemain
b. 1 orang pengurus pasukan
c. 1 orang jurulatih pasukan
d. 1 orang fisioterapi
Butir-butir peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar/
pengetua masing-masing.
a. Nama (mengikut kad pengenalan/ suarat branak)
b. Nombor kad pengenalan/ surat beranak
c. Nombor Angka Giliran
d. Gambar pemain
e. Cop Sekolah
5. PASUKAN
Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya minimum
lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang
daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

6. PERATURAN DAN FORMAT PERMAINAN


6.1 Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga
6.2 Jadual pertandingan disediakan pihak pengelola
6.3 Masa permainan adalah 15 minit (masa pertama) x 5 minit (rehat) x
15 minit
(masa kedua)= 35 minit. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas
separuh masa
permainan.
6.4 Cara memberi mata :
Menang 2 mata
Seri
1 mata
Kalah
0 mata
6.5 Masa Permainan separuh akhir dan akhir adalah 15 minit (masa
pertama) x 5 minit
(rehat) x 15 minit (masa kedua)= 35 minit. Pasukan hendaklah
bertukar gol selepas
separuh masa
permainan.
6.6 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada meja urusetia
permainan sebelum
masa perlawanan bermula.
6.7 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,
pertandingan ini
tertakluk dengan Undang-undang Persekutuan Bola Jaring
Antarabangsa. Sekiranya
timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang
permainan, maka
keputusan akan ditentukan oleh Jawatan Pengelola dari aspek
teknikal.
6.8 Jawatankuasa pengelola berhak memindah atau menambah manamana peraturan jika
difikirkan perlu.
7. BANTAHAN
7.1. Setiap bantahan hendak dibuat dengan menggunakan surat rasmi
yang ditandatangani
oleh pengurus pasukan selewat-lewatnya 30 minit selepas permainan
dan disertakan
dengan wang bantahan sebanyak RM200.00.
7.2. Wang bantahan tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan yang
dibuat tidak diterima.
7.3 Untuk menetukan keputusan, Pihak Jawatan kuasa pengelola akan
bermesyuarat yang
terdiri daripada 7 orang iaitu:i.
Wakil daripada PPD/Pengerusi penganjur
ii.
Pengerusi teknik Daerah
iii.
Setiausaha
iv.
Seorang Jurirayuan
v.
Seorang penyelaras pertandingan
vi.
2 orang pengurus pasukan yang berkecuali
8. KELEWATAN
8.1 Sepuluh (10) minit masa akan diberi untuk kelewatan. Jika selepas
sepuluh (10) minit

sesuatu pasukan itu tidak hadir dengan sekurang-kurangnya lima(5)


orang pemain,
maka pasukan itu dikira menarik diri daripada kejohanan.
9. MENARIK DIRI
9.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada suatu perlawanan, maka
pasukan itu tidak
dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini.
9.2 Pasukanyang menarik diri di kira tidak bertanding untuk kejohanan ini
dan semua
keputusan perlawanan yang berkaitan dengan pasukan tersebut akan
terbatal dengan
sendirinya.
10. PAKAIAN
10.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan hendaklah seragam.
10.2 Permain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track panjang atau
mini skirt
10.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set bibs yang
berlainan warna.
11. PERALATAN
Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bibs yang berlainan
warna.
12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan
Peraturan Permainan berkenaan akan diputusan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamd.
13. KESELAMATAN
Pihak pengelola akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin
setakat mana yang munasabah. Walau bagaimanapun pihak pengelola TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota
badan, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain
yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan dan kejohanan ini.