Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera dan selamat pagi;

Nilai murni yang akan saya bicarakan pada pagi ini ialah kejujuran. Mari kita
bertanya kepada diri kita betapa jujurkah kita kepada diri kita? Kejujuran ialah
sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharap balasan.
Para Guru dan Rakan-rakan sekalian;
Sifat jujur adalah sifat terpuji yang mesti ada pada diri kita. Ia adalah kunci
kebahagiaan dan keharmonian hidup.
Orang yang jujur sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang pekerjaan,
bercakap benar, menepati janji, berakhlak mulia, berdisiplin, taat kepada
perintah agama dan beramanah. Sebagai pelajar sejauh manakah kita
berusaha memupuk nilai ini ke dalam diri kita?
Contohnya, jika kita terjumpa barang atau wang, kita hendaklah
memulangkannya kepada pemiliknya atau diserahkan kepada ibu bapa atau
guru. Janganlah kita mengambil sesuatu yang bukan milik kita. Tidak jujur
ada kaitan dengan mencuri dan menipu. Pepatah melayu ada berkata;
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri; Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri
Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari dari membuat kesilapan.
Maka, kita harus berlaku jujur dengan mengaku kesilapan kita. Sekiranya kita
jujur, orang akan lebih mempercayai kita.

Rakan-Rakan Sekalian;
Saya menyeru supaya kita sentiasa menjadikan kejujuran sebagai asas
perjuangan kita untuk memartabatkan sekolah kita sebagai sebuah sekolah
yang dapat melahirkan modal insan yang gemilang dan terbilang dan
dihormati oleh masyarakat seluruhnya.
Semoga apa yang saya sampaikan pada pagi ini menjadi renungan kepada
kita bersama.
Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai