Anda di halaman 1dari 28

MASALAH

PEMBELAJARAN
BAHASA
Aspek Neurologi dalam
Pembelajaran Bahasa

Definisi Neurologi

Satu cabang perubatan yang berhubung dengan


sistem saraf manusia
(Terjemahan daripada Random House Websters
College Dictionary)
Kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakitpenyakit sistem saraf
(Halaman 927, Kamus Dewan Edisi Ketiga)

Mengapakah Penting untuk Kita Menghalusi Aspek Neurologi


dalam Pembelajaran Bahasa?

Kita dapat memahami aktiviti dalam otak manusia yang dapat


memproses, menjana, dan mencerakinkan ciri-ciri kebahasaan
dan linguistik

Kita dapat merangka sistem pengajaran dan pembelajaran


bahasa yang lebih mujarab selaras dengan perkembangan
kognitif individu

Kita dapat mengetahui jenis-jenis kecacatan dalam otak yang


menjejaskan pembelajaran bahasa seseorang

Kita dapat mengkaji pendekatan saintifik untuk memulihkan atau


mempermudah proses pemerolehan bahasa oleh individu yang
bermasalah

Hubungan antara Otak dengan Bahasa

Kajian menunjukkan bahawa hemisfera kiri otak manusia


merupakan bahagian yang berperanan terhadap mekanisme
pemerolehan bahasa
Bahasa berperanan sebagai wahana aktiviti kognitif dalam
otak. Misalnya, perkara yang kita fikirkan (aktiviti kognitif) dapat
diartikulasikan kepada orang lain melalui pertuturan (bahasa)

Persekitaran

Maklumat

PANCAINDERA

RANGSANGAN

INPUT
AUDITORI

OTAK MEMPROSES

NIAT

INGATAN

BAHASA

KEUPAYAAN
LINGUISTIK
DAN
ARTIKULASI

Persediaan Minda untuk Mempelajari sesuatu Bahasa

Dapat menanggapi kejadian yang berturutan dan akustik dalam


jangka masa yang singkat lantas memberikan makna
terhadapnya
Berkeupayaan untuk terlibat secara aktif, peka, responsif dan
menelah hasil sesuatu rangsangan
Berkeupayaan untuk menggunakan simbol memandangkan
bahasa bersifat simbolik
Berkeupayaan mencipta dan menguasai sintaksis melalui
rangsangan daripada bahasa di persekitaran seseorang
Mempunyai tenaga mental mencukupi untuk mempelajari
bahasa

Apakah kemungkinan yang mengakibatkan seseorang itu


menghadapi masalah pembelajaran bahasa?

GANGGUAN
PADA PUSAT
MEKANISME
NEUROLOGI(OTAK)

GANGGUAN
PERIFERI

FAKTOR
GANGGUAN
BAHASA

FAKTOR
PERSEKITARAN
DAN EMOSI

Maksud Gangguan Bahasa

Gangguan bahasa atau Language Disorder dapat ditandai atau


dikesan daripada tahap pemahaman, penghasilan (verbal)
atau penggunaan bahasa yang rendah pada seseorang
individu

Contoh-contoh Gangguan Bahasa pada


Pusat Mekanisme Neurologi (OTAK)

Specific Language Disability (SLD)


Kerencatan Mental
Pervasive Development Disorder (PDD) Autisme
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Afasia - Kecederaan/ Kecacatan pada Otak

Ciri-ciri Umum Individu yang Menghadapi Gangguan


Bahasa

Mempunyai tahap kecerdasan yang biasa (tidak terencat akal)


Keupayaan verbal yang tidak memuaskan
Mempunyai daya tanggapan yang luar biasa sehingga
mempengaruhi pendengaran, pembacaan, penulisan,
pertuturan, malah matematik
Menghadapi masalah sosial dan behavioral seperti tidak
memahami humor, sindiran, bahasa tubuh, perasaan orang lain,
gagal membuat interpretasi, gagal berkomunikasi sehingga
dicap sebagai malas atau tidak memberikan tumpuan.
Biasanya menghadapi masalah motor dan koordinasi yang
menjejaskan pengucapan
Gagal menunjukkan respons terhadap rangsangan yang
mendorong kepada penguasaan bahasa

Apa itu Afasia?

The loss of a previously held ability to speak or understand


spoken or written language, due to disease or injury of the
brain.
Random House Websters College Dictionary, p 64

Ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan,


tulisan, dan isyarat, atau ketakupayaan untuk memahami
pertuturan dan bahasa bertulis yang disebabkan kecederaan
pada otak.
Hlm 11, Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP.

Aphasia means partial or total loss of the ability to articulate


ideas due to brain damage.
National Institutes of Health Information, U.S.

Siapakah yang berisiko Menghidap Afasia?

Penghidap afasia biasanya terdiri daripada warga tua, tetapi


afasia boleh berlaku pada semua peringkat umur.
Pesakit hipertensi dan strok paling berisiko tinggi menghidap
afasia
Kajian menunjukkan bahawa afasia menyerang kedua-dua
jantina
Afasia tidak membezakan kaum, latar pendidikan dan latar
sosioekonomi.
Ringkasnya, afasia bersifat non-discriminatory

Apakah implikasi afasia kepada penghidapnya?

Kebanyakan pesakit yang menjalani terapi masih tidak berupaya


untuk bekerja.
Mereka yang menceburi alam kerjaya semula hanya dapat
menyandang jawatan yang berkeperluan minimum ekoran
daripada keterbatasan penggunaan bahasa.
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit afasia
disisihkan oleh masyarakat kerana kesukaran dalam
komunikasi.

Implikasi Afasia terhadap Aspek Pembelajaran Bahasa

1. Kekurangan dari segi Penerimaan Bahasa

Masalah Pemahaman Auditori menghadapi kesukaran untuk


memahami perkara yang diperkatakan.
Masalah Membaca Petikan Perkataan atau diksi tidak
memberikan makna kepada penghidap afasia. Tidak dapat
mengecam huruf dan kata.

2. Kekurangan dari segi Mengekspresikan Buah Fikiran

Ekspresi Lisan
Afasia Fasih - Fasih bertutur tetapi ayat yang diujarkan tidak
bermakna
Afasia Tidak Fasih Ujaran terputus-putus, tidak
berkesinambungan, terpaksa bergelut dengan perkataan.
Hanya menggunakan kata kunci untuk menyampaikan sesuatu.

3. Kemahiran Penulisan yang Terhad hanya dapat menggunakan


beberapa patah perkataan malah ada yang langsung tidak dapat
menulis apa-apa.

Ciri-ciri Pesakit Afasia

Anomia masalah pengenalpastian diksi. Pesakit afasia


mengetahui perkara yang hendak diucapkan oleh mereka tetapi
tidak berupaya mengenal pasti perkataan yang tepat. Gerak
badan seseorang mungkin dapat mencetuskan ingatan mereka
terhadap perkataan itu.

Paraphasia penggantian perkataan; mungkin menggunakan


perkataan dengan bunyi yang hampir sama atau menggunakan
perkataan yang hampir seerti.

Neologisme menggunakan perkataan ciptaan sendiri secara


yakin seolah-olah perkataan itu wujud dan tepat.

Ciri-ciri Pesakit Afasia (sambungan)

Agramatisme- meninggalkan kata-kata yang berfungsi, ujaran


terputus-putus ; amat biasa dalam kalangan pesakit Afasia Tidak
Fasih.

Jargon Ucapan yang berkesan dan lancar tetapi tidak relevan


dan tidak bermakna.

Stereotaip Verbal menggunakan beberapa patah kata atau


ayat yang sama sahaja secara berulang-ulang untuk
menyampaikan apa-apa atau menjawab apa-apa sahaja

Jenis-jenis Afasia

Walaupun penyelelidikan demi penyelidikan telah


dijalankan sehingga pelbagai dapatan tentang
taksonomi kecederaan otak yang berhubung
dengan kebahasaan telah dianalisiskan secara
terperinci, jenis-jenis afasia masih berasaskan dua
orang penyelidik abad ke-19, iaitu Paul Broca dan
Carl Wernicke.

Jenis-jenis Afasia

Afasia Broca
Berpunca daripada
kecederaan pada bahagian
hadapan di kawasan otak
yang dominan untuk bahasa

Afasia Wernicke
Berpunca daripada
kecederaan pada bahagian
belakang di kawasan otak
yang dominan untuk bahasa

Kedudukan Kawasan Broca dan Kawasan Wernicke

Afasia Broca

Afasia Broca kadangkala dikenal sebagai disfluent aphasia atau


afasia agramatik.
Dijelaskan sindromnya dan hubungannya dengan kecederaan di
sesuatu kawasan spesifik pada otak oleh seorang pakar bedah
dan antroplogi Perancis, Pierre-Paul Broca(1824-1880)

Afasia Broca (sambungan)

Agramatisme secara tipikalnya membabitkan ujaran yang


terkial-kial (laboured speech) barangkali disebabkan oleh
kerosakan pada jalur motor(motor strip) yang terletak
bersebelahan dengan kawasan Broca
Agramatisme juga memperlihatkan kekuranagn penggunaan
sintaksis dalam penghasilan ucapan dan proses pemahaman

Contoh Ujaran Agramatik

Ah ... Isnin ... ah, Abah dan Hanif [pesakit sendiri] and abah ...
hospital. Dua .. .ah, doktor ... dan ah ... Tiga puluh minit .. .dan ya
... ah ... hospital. Dan, er, Rabu ... Pukul sembilan. Dan er
Khamis, sepuluh .. .doktor. Dua doktor ... Dan ah ... gigi. Ya, ...
baik.
(Sumber: School of Medicine, UCDAMS(Terjemahan))

Afasia Wernicke

Afasia Wernicke dikenal juga sebagai sensory aphasia atau


Afasia Fasih.
Ujaran pesakit Afasia Wernicke biasanya memperlihatkan
aliran yang lancar serta berlandaskan hukum tatabahasa tetapi
menghadapi kesukaran mengingati perkataan yang tepat
dengan isi kandungan wacana, terutamanya kata nama
(anomia). Perkataan yang digunakan mungkin langsung tidak
bermakna (neologisme atau parafasia)

Contoh Ujaran Pesakit Afasia Wernicke

Apabila ditanya tentang kejadian yang berlaku di sesuatu tempat,


pesakit afasia Wernicke berkata:
I can't tell you what that is, but I know what it is, but I don't now
where it is. But I don't know what's under. I know it's you couldn't
say it's ... I couldn't say what it is. I couldn't say what that is. This
shu-- that should be right in here. That's very bad in there.
Anyway, this one here, and that, and that's it. This is the getting in
here and that's the getting around here, and that, and that's it.
This is getting in here and that's the getting around here, this one
and one with this one. And this one, and that's it, isn't it? I don't
know what else you'd want
(Sumber: School of Medicine, UCDAMS)

Perbandingan secara Ringkas Antara Afasia Broca dan


Afasia Wernicke
Afasia Broca
Afasia Wernicke
Masalah pada jalur
Masalah pada korteks auditori
motor
Sindromnya menyifatkannya
Sindromnya
sebagai afasia penerimaan
menyifatkannya sebagai Gagal menerima dan
afasia penghasilan
memahami ujaran orang lain
Ekspresi idea tidak fasih Ujaran tidak bermakna,
Ujaran bermakna,
wacana tidak koheran
namun kurang jelas
Pesakit berasa kurang terseksa
kerana tidak lancar
(tidak sedar)
Pesakit berasa lebih
Lebih serius secara bandingan
terseksa
dengan Afasia Broca
Kurang serius secara
bandingan dengan
Afasia Wernicke

Terapi untuk Afasia

Secara individu atau berkumpulan. Terapi individu paling berkesan


jika dijalankan sebaik sahaja setelah simptom mula dikesan. Terapi
secara berkumpulan dijalankan pada peringkat yang seterusnya
Terapi berkumpulan bermatlamat untuk mewujudkan komunikasi
secara berkesan
Teknik-teknik khusus
Meniru atau mengulangi bunyi ; mengikut arahan.
Berfokus pada komponen bahasa yang telah dikuasai.
Meningkatkan kemahiran berbahasa melalui muzik.
Komunikasi dalam Keluarga
Ahli keluarga perlu dilatih untuk mewujudkan persekitaran yang
dapat melahirkan komunikasi berkesan dengan pesakit afasia

Kesimpulan

Aspek neurologi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan


proses pembelajaran bahasa
Pakar linguistik dan pakar neurologi perlulah menggembleng
tenaga untuk merangka terapi dan merencanakan pedagogi
yang mujarab supaya pesakit yang bermasalah neurologi
mampu menggunakan bahasa - wahana komunikasi sesama
manusia.