Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

KERTAS CADANGAN
PROGRAM NEWSPAPER IN EDUCATION (NIE) UNTUK
MURID TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI,


06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH:
5 NOVEMBER 2015
PROGRAM ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI, 06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN

1.0 PENGENALAN
Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dapat memotivasikan para pelajar
untuk belajar, terutamanya dalam subjek yang kritikal seperti Bahasa Inggeris.
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris yang menarik seperti Newspaper in
Education (NIE) dapat memastikan bahawa para pelajar dapat belajar dalam
suasana yang menyeronokkan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengambil
bahagian secara aktif semasa aktiviti tersebut dijalankan.
Program Newspaper in Education (NIE) ini tertumpu kepada murid Tahun 6
disebabkan mereka mempunyai banyak masa terluang setelah tamatnya Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh itu, guru pelatih merasakan bahawa
program ini amat sesuai dijalankan kepada mereka agar mereka dapat mengisi
masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat di samping meningkatkan
prestasi dan pemahaman mereka di dalam subjek Bahasa Inggeris.

2.0 RASIONAL
Program Neswpaper in Education (NIE) mempunyai banyak manfaat kepada
para pelajar. Antaranya ialah para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan beritaberita serta isu-isu terkini yang dipaparkan di dalam akhbar Bahasa Inggeris seperti
New Straits Times ataupun The Star. Ini dapat menerapkan minat membaca dalam
diri setiap pelajar serta membantu mereka meningkatkan kosa kata Bahasa Inggeris.
Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan keupayaan murid untuk membaca
serta

mengeja

perkataan-perkataan

di

dalam

Bahasa

Inggeris. Ini

dapat

meningkatkan prestasi mereka di dalam subjek Bahasa Inggeris.


Di samping itu, program ini juga dapat mendedahkan murid kepada dunia
sebenar dimana para pelajar dapat mengasah kemahiran mereka untuk berfikir,
menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berdasarkan isu-isu dunia
sebenar yang didedahkan melalui surat khabar yang dibaca. Akhir sekali, program
ini juga mendedahkan murid kepada pelbagai jenis bentuk penulisan yang dapat
membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran menulis di dalam Bahasa
Inggeris.

3.0 MATLAMAT
3.1 Mendedahkan murid dengan isu-isu serta berita-berita terkini.
3.2 Menerapkan minat membaca dalam diri setiap murid.
3.3 Membantu murid menambah kosa kata di dalam Bahasa Inggeris
3.4 Mengasah kemahiran setiap murid untuk berfikir, menyelesaikan masalah
serta membuat keputusan.
3.5 Mendedahkan murid dengan pelbagai bentuk penulisan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
4.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
4.3 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.4 Menunjukkan inisiatif

ke arah meningkatkan nilai profesionalisme

keguruan secara berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM


Program Newspaper in Education (NIE) untuk murid Tahun 6 di SK Bukit Tampoi

6.0 ANJURAN
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

7.0 TARIKH
5 November 2015

8.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

9.0 ORGANISASI
Penasihat

En. Azlan bin Saad


(Guru Besar SK Bukit Tampoi)

Mentor

Pn. Saveetha a/p K. R. Vasudevan


(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

AJK perlaksana

Nurhazirah binti Azhar


(Guru Pelatih IPG Kampus Darulaman)

10.0

PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah
1

Aktiviti

Merangka aktiviti yang akan dijalankan.

Membeli semua peralatan serta bahan yang akan digunakan


seperti akhbar, kertas mahjong, marker pen, gunting dan gam.

Mengumpulkan semua murid Tahun 6 di satu kawasan.

Membahagi murid Tahun 6 kepada beberapa kumpulan.

Mengagihkan peralatan serta bahan yang akan digunakan semasa

aktiviti dijalankan kepada setiap kumpulan.


Guru pelatih memberi arahan kepada murid semasa aktiviti
dijalankan.

Guru

dijalankan.
Guru pelatih meminta setiap kumpulan untuk membentangkan

pelatih

memantau

setiap

kumpulan

semasa

aktiviti

hasil kerja mereka.

Guru pelatih memberi komen terhadap pembentangan setiap


kumpulan.

11.0

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL

PERKARA

BILANGAN UNIT

HARGA (RM)

Kertas mahjong

5 unit

RM 5

Marker Pen

5 unit

RM 10

Akhbar New Straits Times

5 unit

RM 10

Gunting

5 unit

RM 10

Gam

5 unit

RM 5

JUMLAH

RM 40

12.0

PENUTUP
Adalah menjadi harapan saya agar projek ini dapat diterima dan akan

berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini dapat memberi manfaat
kepada semua pihak.
Disediakan oleh:

...........
(NURHAZIRAH BINTI AZHAR)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Darulaman,
06000 Jitra,Kedah Darul Aman.

BAHAGIAN

A:

MENTOR / GURU PEMBIMBING

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.


Butiran kewangan yang diberikan adalah betul
Telah disemak dengan teliti
ULASAN:

Tarikh :
..........

..................................

Tandatangan & Cop

BAHAGIAN

B:

Guru Penolong Kanan

Disahkan betul.
DISOKONG / TIDAK DISOKONG.
ULASAN:

Tarikh :
...

...................................
Tandatangan & Cop

BAHAGIAN C

Guru Besar

ULASAN: .

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Tarikh :

Tandatangan & Cop

Anda mungkin juga menyukai