Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 58


PERINGKAT SEKOLAH
SK DURIAN MENTANGAU
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan Salam Satu Malaysia.
Yang Berusaha, En Abd Halim Bin Mohamad, Guru Besar SK Durian Mentangau,
Yang Dihormati Ustaz Ahmad Rozali Bin Wahab, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sk
Durian Mentangau, Yang Dihormati, En. Abdul Aziz Bin Saad, Guru Penolong Kanan
Ko-Kurikulum Sk Durian Mentangau, Yang Dihormati, Pn Norazizah Binti Jusoh, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Durian Mentangau, barisan guru-guru yang
dikasihi, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Pada pagi yang indah ini, sekali lagi kita berhimpun untuk sama-sama menyambut
Hari Kemerdekaan Negara kita yang Ke 58. Tema sambutan perayaan Kemerdekan
negara kita pada tahun ini ialah Sehati Sejiwa.
Saya selaku pengacara majlis pada pagi ini, bagi pihak SK Durian Mentangau, mengalualukan seluruh warga PIBG SK Durian Mentangau atas kesudiaan untuk sama-sama
menjayakan program ini.
Tetak buluh panjang 10,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tgn jari 10,
Doa diminta biar selamat.
Bagi memberkati majlis, dengan ini majlis menjemput Ustaz Ahmad Rozali Bin
Wahab untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Rozali Bin Wahab diatas bacaan
doa sebentar tadi. Semoga perjalanan majlis kita pada hari ini berjalan lancar serta
mendapat Rahmat dan Keberkatan dariNya.
Irama beralun gendang dipalu,
langkah diayun berpasang-pasangan,
58 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Nyanyian Lagu Selamat
Sultan. Diminta supaya para hadirin berdiri tegak.
Terima kasih diatas nyanyian dua buah lagu sebentar tadi. Majlis mempersilakan
para hadirin untuk duduk.
( Jika murid tidak duduk, ulang Majlis mempersilakan para hadirin untuk duduk )
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis berbesar hati mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Abd Halim Bin Mohamad, Guru Besar Sk Durian Mentangau untuk
menyampaikan ucapannya dan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat SK Durian Mentangau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Abd Halim Bin Mohamad, Guru Besar Sk
Durian Mentangau diatas penyampaian ucapan yang bersemangat lagi memberi inspirasi
kepada kita semua.
Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian,
Untuk pengetahuan semua, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah
dilaksanakan selama sebulan dari 16 Ogos 2015 sehingga 17 September 2015.
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
Majlis bagi pihak penyelaras program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SK
Durian Mentangau ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih diatas kerjasama yang
ditunjukkan oleh guru-guru serta murid-murid SK Durian Mentangau atas segala usaha
untuk menjadikan majlis Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 Peringkat SK Durian
mentangau menjadi satu realiti.:
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,


Dengan ini, majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan khas merdeka oleh
murid-murid SK Durian Mentangau.
Persembahan akan dimulakan oleh murid-murid Tahun 1. Majlis dengan ini
mempersilakan.
Terima Kasih diatas persembahan yang begitu bersemangat dari anak-anak Tahun 1.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput murid-murid Tahun 2 untuk mempersembahkan
persembahan mereka. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 2 diatas persembahan yang
mempersonakan.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput murid-murid Tahun 3 untuk
mempersembahkan persembahan mereka. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 3 diatas persembahan yang
mengasyikkan.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput murid-murid Tahun 4 untuk
mempersembahkan persembahan mereka. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 4 diatas persembahan yang begitu
mantap.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput murid-murid Tahun 5 untuk
mempersembahkan persembahan mereka. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 5 diatas persembahan yang begitu
menakjubkan.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput murid-murid Tahun 6 untuk
mempersembahkan persembahan mereka. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 diatas persembahan yang begitu
mengujakan.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,


Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lapan tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman dan damai.
Majlis akan diteruskan lagi dengan acara seterusnya iaitu pertandingan pakaian
beragam. Majlis dengan ini mempersilakan murid-murid yang menyertai pertandingan ini
untuk naik ke pentas. Sedikit informasi mengenai pertandingan pakaian beragam. Para
peserta akan diadili oleh juri-juri professional yang diketuai oleh
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Para peserta akan dinilai dari segi pakaian, penampilan dan ketulenan fesyen yang
ingin dipersembahkan. Tanpa membuang masa, majlis dengan ini menjemput para juri
untuk memulakan pertandingan.
Terima kasih kepada para juri yang cuba sedaya upaya untuk memberikan markah
kepada para peserta. Untuk pengetahuan hadirin, keputusan pertandingan akan
diumumkan di akhir majlis nanti untuk acara penyampaian hadiah.
Majlis diteruskan lagi dengan acara pertandingan basikal berhias. Untuk
pengetahuan hadirin, pertandingan ini terbuka kepada semua murid sk durian mentangau.
Para juri akan mengadili basikal peserta mengikut criteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Majlis dengan sukacitanya menjemput para juri untuk memulakan pertandingan.
Majlis sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para juri yang
bertungkus lumus mengadili basikal para peserta.
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah. Majlis dengan
ini menjemput, En. Ahmad Rozali Bin Wahab untuk mengiringi Tuan GB SK durian
Mentangau, En. Abd Halim Bin Mohamad untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Majlis dengan ini mempersilakan.
Pemenang bagi pertandingan pakaian beragam
1.
2.
3.
Pemenang bagi pertandingan basikal berhias
1.
2.
3.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada TN GB kerana kesudian beliau untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Kepada peserta yang memenangi hadiah,
tahniah diucapkan. Kepada peserta yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada tahun
hadapan.
Penutup :
Alhamdulillah, majlis kita pada hari ini hampir kepada penghujungnya. Selepas
ini kita akan sama-sama menyanyikan lagu tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 58
iaitu sehati sejiwa diikuti dengan laungan Kemerdekaan yang diketuai oleh Yang
Berusaha Tuan GB Sk Durian mentangau. Para hadirin diminta berdiri tegak.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Dengan berakhirnya Laungan merdeka sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 58, peringkat sekolah. Saya mewakili seluruh warga
kerja Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih terutama kepada pihak pentadbir SK durian mentangau diatas
sokongan penganjuran Majlis ini. Akhir kata, semoga segala aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak penganjur dapat membangkitkan rasa cinta pada Negara dan menambah rasa
syukur kita terhadap nilai kemerdekaan.
Dengan Ini Majlis Bersurai.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu.
Kita Akhiri majlis ini dengan bacaan surah Wal- Ask

Anda mungkin juga menyukai