Anda di halaman 1dari 4

1.

PENDAHULUAN

Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru
dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti.
Justeru itu, sambutan Hari Guru SK Asyakirin dijadikan satu program tahunan bagi
menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah
aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang
unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi
guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras
utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan.
2.0

RASIONAL

Sambutan Hari Guru peringkat SK Asyakirin yang bertemakan Guru : Membina


Ilmu Menyempurnakan Akhlak ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah.
Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan,
jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan
mengenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul
selama ini di sekolah.
3.0

OBJEKTIF

Antara objektif sambutan hari guru SK Asyakirin tahun 2015 adalah seperti berikut :
Menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk memastikan
kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah.
Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan pendidik
bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal insan dan negara.
Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan pentadbiran sekolah kepada semua
guru.

Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri
Pelajaran Malaysia
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Mendidik pelajar supaya menghargai dan menghormati guru.
4.0

TARIKH

27 hb Mei 2015 (Rabu)


1

5.0

TEMPAT

SK Asyakirin
6.0

AKTIVITI

* Rujuk lampiran.
7.0

TENTATIF PROGRAM

* Rujuk lampiran.
8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Hadiah sukaneka
Hamper

: Tempat 1 - RM 150.00
: Tempat 2 - RM 100.00
: Tempat 3 - RM 80.00
: Tempat 4 RM 80.00

JUMLAH
9.0

= RM 410.00

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi

En. Senusu bin Hj Shahrani


Guru Besar SK Asyakirin

Timb. Pengerusi

Pn. Dayang Halimah binti Unus


Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Aminah binti Sisi
Penolong Kanan HEM
En. Mohamed Khaider bin Mohamed Arebi
Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras

En. Muhamad Saifuddin bin Razali

Setiausaha

Cik Wan Farhana binti Megat Haron

Ahli Jawatan Kuasa :


Sukaneka

semua guru pendidikan jasmani

Persiapan tempat

semua guru pendidikan moral

Persembahan

En. Slyvester Enggu


2

10.0

Hadiah

Cik Haziah binti Raduan

Pengacara Majlis

En. Zulkarami bin Joini

Bacaan doa

En. Mohd Azhan bin Jamaludin

Dokumentasi

semua guru pendidikan islam

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru-guru, ibu
bapa dan pelajar-pelajar SBPIJ. Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap dapat
memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggung
jawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

..

..............................................

(CIK WAN FARHANA BINTI MEGAT HARON)

(EN. SENUSI BIN HJ SHAHRANI)

Setiausaha Sambutan Hari Guru


SK Asyakirin
Bintulu.

Guru Besar, SK Asyakirin


Bintulu

Lampiran
TENTATIF PROGRAM
SAMBUTAN HARI GURU
SK ASYAKIRIN 2015
27 Mei Sambutan Hari Guru
15

30

7 7 pagi
7 30 8 00 pagi

: Perhimpunan pagi
: Guru mengambil kedatangan pelajar
: Senamrobik
8 00 11 40 pagi : Sukaneka
1. Kopek kelapa
2. Isi air dalam botol
3. Siapa panjang
950 10 50 pagi
REHAT
4. Pelayan hotel
5. Lari berhalangan
6. Ratu hari guru
40
40
11 12 tgh hari
: Jamuan
BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai