Anda di halaman 1dari 5

Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

1 of 5

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga


umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa
ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit
matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam
jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga
mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu
kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit
akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi
harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam
sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna)
dari masa ke semasa.[4]

Kadar inflasi

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi
positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan
nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa,
Kadar inflasi tahunan di A.S.,
ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan
1666-2004.
pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada
kekurangan barangan
apabila pengguna mula
Ekonomi
menyorokkan barangan
kerana bimbang harga akan
naik pada masa akan datang.
Kesan positif termasuklah
memastikan bank-bank pusat
Ekonomi mengikut kawasan
boleh menyesuaikan kadar
faedah nominal (yang
Kategori umum
bertujuan untuk
Mikroekonomi Makroekonomi
mengurangkan kesan
Sejarah pemikiran ekonomi
kemelesetan ekonomi),[5]
Metodologi Heterodox approaches
dan menggalakkan
pelaburan dalam projekEkonometrik
projek modal bukan
Ekonomi matematik Statistik
monetari.
Ahli ekonomi setuju bahawa
hiperinflasi (kadar inflasi
yang tinggi) disebabkan oleh
pertumbuhan tinggi bekalan
wang.[6] Pandangan tentang
kadar inflasi yang sederhana
pula pelbagai. Inflasi yang
rendah atau sederhana
disumbang oleh turun naik

[tunjuk]

Cross section & Panel Data


Persamaan serentak Siri masa
Computational Experimental
National accounts

Bidang dan subbidang


Kelakuan Budaya Evolutionary
Tumbesaran Pembangunan Sejarah
International Sistem ekonomi
Monetary and Financial economics
Public and Welfare economics

9/20/2015 12:12 PM

Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

2 of 5

permintaan sebenar
barangan dan perkhidmatan,
atau perubahan dalam
bekalan seperti semasa
kekurangan, dan juga
pertumbuhan dalam bekalan
wang. Kebanyakan ahli
ekonomi bersetuju tempoh
inflasi yang berterusan
disebabkan kadar
pertumbuhan bekalan wang
lebih pantas daripada
pertumbuhan produktiviti
dalam sesuatu ekonomi.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi

Health Education Welfare


Population Labour Managerial
Business Information Game theory
Industrial organization Law
Agricultural Natural resource
Environmental Ecological
Urban Rural Regional Geography

Senarai
Jurnal Publications
Kategori Tajuk Economists
Ideologi ekonomi

[tunjuk]

Ekonomi: konsep dan Sejarah

Portal Perniagaan dan Ekonomi


Kotak ini: lihat bincang sunting (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Economics_sidebar&action=edit)

Tugas mengawal kadar


inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya
mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi
pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

1 Ukuran
2 Faktor inflasi
2.1 Inflasi tolakan kos
2.2 Inflasi tarikan permintaan
2.3 Inflasi diimport
2.4 Jangkaan pengguna
3 Kesan inflasi
4 Lihat juga
5 Bacaan lanjut
6 Pautan luar
7 Nota kaki

Inflasi selalunya diukur(guna kalkulator) dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk
kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan
perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada
sesuatu masa.
Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:
Indeks kos sara hidup
Indeks harga pengeluar
Indeks harga komoditi

9/20/2015 12:12 PM

Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

3 of 5

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi

Indeks harga pengguna teras

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor
ini:

Inflasi tolakan kos


Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini
disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah
meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.
Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan
mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan
dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan
gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran
akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan
meningkat sekali lagi.

Inflasi tarikan permintaan


Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah
penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku
peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud.
Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat
gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar
dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh
atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
Peningkatan tingkat pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna.
Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan
meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan
pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
Peningkatan penawaran wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara.
Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang
tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar
barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

Inflasi diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:
Peningkatan harga di luar negara

9/20/2015 12:12 PM

Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

4 of 5

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi

Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka
yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia
akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
Penurunan kadar pertukaran wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang
Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu
dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat
sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke
atas pengguna dalam negara.

Jangkaan pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada
masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu
ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk
meningkatkan harga.

Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga
kebajikan individu dan masyarakat.

Bank pusat
Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan
Indeks harga pengguna
Deflasi
Depresiasi
Disinflasi
Penurunan nilai
Ekonomi
Hiperinflasi
Inflasi perakaunan
Penyesuaian inflasi
Makroekonomi
Lengkungan Phillips
Revolusi harga
Peraturan 72 - satu peraturan mudah untuk mengira tempoh inflasi untuk mengurangkan kepada separuh
nilai beli suatu jumlah yang tetap
Seignorage
Stagflasi
Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Inflasi Jerman 1920-an
Inflasi petroleum sedunia
Inflasi makanan sedunia

9/20/2015 12:12 PM

Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

5 of 5

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi

Krisis harga makanan 2007-2008

George Reisman, Capitalism: A Treatise on Economics (http://www.mises.org/books/capitalism.pdf)


(Ottawa : Jameson Books, 1990), 503-506 & Chapter 19 ISBN 0-915463-73-3
Mishkin, Frederic S., The Economics of Money, Banking, and Financial Markets, New York, Harper
Collins, 1995.
Baumol, William J. and Alan S. Blinder, Macroeconomics: Principles and Policy, Edisi ke-10. Thomson
South-Western, 2006. ISBN 0-324-22114-2
Bank Rizab Persekutuan Boston, "Understanding Inflation and the Implications for Monetary Policy: A
Phillips Curve Retrospective" (http://www.bos.frb.org/economic/conf/conf53/index.htm), Siri 53
Persidangan, 911 Jun 2008, Chatham, Massachusetts. (Also cf. Phillips curve article)

Inflation News (http://birlaa.com/index.php?s=inflation)

1. Lihat:
Wyplosz & Burda 1997 (Glosari);
Blanchard 2000 (Glosari)
Barro 1997 (Glosari)
Abel & Bernanke 1995 (Glosari)
2. Why price stability? (http://wayback.vefsafn.is
/wayback/20051102225117/www.sedlabanki.is
/?PageID=195), Bank Pusat Iceland, dicapai pada 11
September 2008.

3. Paul H. Walgenbach, Norman E. Dittrich and Ernest


I. Hanson, (1973), Financial Accounting, New York:
Harcourt Brace Javonovich, Inc. ms 429. The
Measuring Unit principle: The unit of measure in
accounting shall be the base money unit of the most
relevant currency. This principle also assumes the unit
of measure is stable; that is, changes in its general
purchasing power are not considered sufficiently
important to require adjustments to the basic financial
statements.
4. Mankiw 2002
5. Mankiw 2002
6. Robert Barro and Vittorio Grilli (1994), European
Macroeconomics, Bab 8, ms. 139, Rajah 8.1.
Macmillan, ISBN 0-333-57764-7.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inflasi&oldid=3661226"


Kategori: Inflasi Ekonomi
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 15:36, 13 Julai 2015.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma
tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

9/20/2015 12:12 PM

Anda mungkin juga menyukai