Anda di halaman 1dari 14

Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi. Karangan Bahagian B. SPM.

Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada dari
segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit
sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi.Kes
ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar
harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab
yang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka.
Persoalannya, apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi
ini semakin meningkat?
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan punca
utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang
didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah
ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada
mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya sanggup
mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan agama dalam sahsiah remaja
amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya
didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu
malah mereka akan dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk.
Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan
mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat
yang lemah dari segi agama.
Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam
masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak
telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian
daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka
perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap
hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk
mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang
kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu
bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang
berpunca daripada anak-anak sendiri.
Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya
masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka
yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya
yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk
melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke
tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja
yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan
akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam
keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian

kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas
perbuatan mereka.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiad penawarnya. Oleh yang demikian,
langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini
daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa.
Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan
anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik
dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak
hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang
mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir
dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa
borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan bebas
yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.
Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan
bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat di negara ini.
Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan
kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Sebagai
contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh
kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping
itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempenkempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang
dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan
untuk rakyat Malaysia.
Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng.
Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kita tidak
seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja sebaliknya kita
hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membenteras masalah ini
persis mutiara kata, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Dengan adanya kerjasama
yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani
dari akar umbinya sekali gus misi Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan
mengikut landasan yang betul.

Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru


ketika mengambil tindakan. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah
yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara
sering memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa
segan-silu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita
akan tercalar. Jadi, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal pasti
sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah
kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita.
Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta impak
kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama
yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan
agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul
atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat
apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu
haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang
tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya.
Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncinng.
Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah
runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau
ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak
menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan
Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada
keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan
nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan
tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak
mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam
perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah
pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan
bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini
sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu
berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia
yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini,
wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu?
Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit
apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari
kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini.
Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja
tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan
anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh
masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini merupakan pemangkin gejala ini.

Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini.
Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan
remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual
yang bebas. Remaja yang baruberumur setahun jagung dan berdarah setampuk
pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau
adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka.
Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu
berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu
yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah
anak luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin
menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.
Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak
seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlulah diambil
demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Satu
daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah
diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan
memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini,
orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang.
Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja.
Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik
remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya,
orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.
Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada
peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut,
masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita
ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap
sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri
daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak
tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besarbesaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah dilakukan
secara berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha
dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa
berada di landasan yang betul dalam kehidupan.
Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan
perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol
dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami
ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai
contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima
kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur
ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk
membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu
dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita
merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang
berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini
kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara
tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu,
undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina
berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama.
Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara
dan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak
berdosa itu di negara kita.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk
menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa
hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses
ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa.
Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari
rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan
ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama
dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbangambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan
agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh
anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada
melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang
bebas daripada kes pembuangan bayi.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini yang diesebabkan oleh banyak faktor
mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan
mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan
menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang
berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat
penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah
sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat
yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.

Pada abad ke-21 ini ,


Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongk
ah arus pemodenan dalam dunia global ini. Kini,
Malaysia begitu terkenal di mata dunia .
Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui sat
u penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat ,
iaitu masalah pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi
yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai
satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi ,
semakin hari semakin banyak dilaporkan di dadadada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang
tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat
dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Namun
begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah k
urangnya didikan agama dalam kalangan remaja.Kekurangan didikan
agama
yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang ar
ah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas
.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk
menjalinkan hubungan bertentangan dengan hukum agama.Kesannya,remaja peremp
uan akan mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut
,
remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang
atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjaw
ab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama
dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh
dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah
Sad,ayat 26
juga
menyatakan
bahawa
,
janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan k
amu dari jalan Allah.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan
menjadi
benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang
negatif dalam kehidupan.

Disamping itu,
sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini.Remaja kini sangat
cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu .
Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud
dalam diri remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mere
ka.Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat
dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebihlebih lagi perlakuan seks rambang
.Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam m
embuat keputusan dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama
.Persis kata peribahasa Melayu,sesal dahulu pendapatan ,

sesal kemudian tidak berguna, menjelaskan


kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak me
nyesal di
kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan lebih ra
pat dan banyak menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan ibu bapa
mereka. Maka,boleh
dikatakan pengaruh rakan sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada
masalah ini.

Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak y
ang begitu besar dalam kalangan masyarakat,negara mahupun
diri
remaja
sendiri.Antara kesan
permasalahan ini
kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja musnah begitu sahaja a
kibat kelalaian mereka menuruti hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini aka
n turut memberi impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula
adalah Perkembangan ekonomi negara akan merosot
dan seterusnya
menjejaskan pendapatan negara.
Hal ini demikian kerana,
remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan memainkan peran
an yang
amat
penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi
muda yakni remaja itu sendiri .Hal ini kerana , pemuda harapan bangsa , pemudi
tiang negara.Namun begitu
,
jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara k
ita pada masa akan datang?

Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat


merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur,
zuriat yang dilahirkan dianggap beban atau masalah dan bukti keterlanjuran atau ke
salahan yang mereka lakukan.Hal ini mendorong mereka untuk membunuh atau me
mbuang zuriat tersebut
.Namun,
wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh
ibu
bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan bukan sahaja dibunuh mala
h kadang-kala menjadi habuan binatang buas.Bagi bayi yang masih bernyawa pula
kesannya lebih mendalam kerana mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan me
megang gelaran anak luar nikah
.Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu
bapa kandung mereka. Masa depan mereka akan turut terjejas.

Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah


yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian d
an
didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi
.Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya .Memberi didikan dan perhatian
kepada anak-anak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa.Jika ibu
bapa sendiri lalai daripada melaksanakan tugas mereka akibat rakus mengejar keme
wahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang kurang didika

n dan kasih sayang?.Lebih-lebih lagi,


pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan
dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu
bapa
mengabaikan
tanggungjawab mereka.Dalam situasi ini,
sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang negatif bagi mereka
berkongsi kasih
dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini da
pat diatasi jika ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Selain itu,
Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama gol
ongan remaja. Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal
dan lebih berat iaitu penjara seumur hidup kepada mereka yang didapati bersalah.
Hal Ini harus dilakukan agar remaja berasa takut dan serik untuk melakukan
atau terlibat dengan gejala pembuangan bayi yang kian berleluasa ini.
Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang
melampaui
batasan
agama.
Penekanan pendidikan juga amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama
remaja supaya mereka tidak terjebak dalam masalah
sosial
yang
membabitkan
jenayah ini.
Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara
kita sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu
yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru
itu,
setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggemblen
g tenaga mencegah dan membanteras penyakit sosial ini agar tidak menular denga
n lebih serius
dan menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai wawasan
2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni
remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini.
Bak kata pepatah hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya.

Soalan Karangan : Kes pembuangan bayi yang semakin meningkat pada masa ini amat
membimbangkan masyarakat di negara kita.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah
ini.
Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat marcapada. Isu ini seolah-olah sudah menjadi
trend atau ikutan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan
terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen. Hal ini akan
menyebabkan negara kita mendapat imej yang buruk dan pandangan yang tidak baik daripada negara-negara luar.
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini
daripada terus membelenggu masyarakat. Pihak yang paling penting dan perlu memainkan peranan mereka untuk
menangani masalah ini ialah ibu bapa.
Ibu bapa merupakan penjaga dan pendidik kepada anak-anak mereka sama ada di luar mahupun di dalam
rumah. Ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak mereka dan mereka perlu mengambil tahu tentang kawankawan anak mereka dan cara pergaulan anak-anak. Perkara ini penting kerana kadangkala anak-anak hanya
berpura-pura menjadi seorang yang baik di hadapan ibu bapa mereka sahaja. Sebagai contohnya, anak-anak
mengatakan bahawa mereka ingin ke sekolah tetapi hakikatnya mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah atau
ponteng sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti dan perlakuan anak-anak agar mereka
tidak terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.
Selain itu, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak, walaupun sibuk bekerja. Hal
ini demikian kerana, perhatian daripada ibu bapa dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Anak-anak
juga akan sentiasa mengingati pesanan ibu bapa apabila setiap kali mereka hendak melakukan kesalahan. Kasih
sayang yang ikhlas daripada ibu bapa juga dapat mengubah sikap negatif seseorang anak kepada sikap yang positif.
Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak, seperti makan bersama-sama, pergi bersiarsiar, solat berjemaah dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan mereka berasa disayangi dan mengelakkan
mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas.
Menghantar anak-anak ke kem-kem motivasi ataupun seminar jati diri juga merupakan langkah yang
berkesan untuk menangani masalah pembuangan bayi. Hal ini akan menyebabkan minda mereka terbuka dan
melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan yang berbeza. Di dalam kem-kem motivasi, biasanya mereka
akan didedahkan dengan isu-isu semasa yang melanda negara. Mereka akan diberikan informasi atau maklumat
tentang kesan-kesan buruk sesuatu isu itu. Sebagai contohnya, kes pembuangan bayi akan menyebabkan nyawa si
ibu terancam akibat proses melahirkan anak yang salah dan tidak normal tanpa pengawasan doktor. Perkara itu
akan menimbulkan kesedaran dalam diri anak-anak khususnya para remaja tentang implikasi kes pembuangan bayi.
Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Di samping itu, nilai-nilai agama yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap remaja. Ibu bapalah yang
bertanggungjawab untuk menerapkan dan mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama yang sebenarnya.
Perkara ini demikian kerana, pengisian nilai-nilai keagamaan dalam diri remaja dapat membina kekuatan dalaman
mereka. Hati mereka tidak akan mudah terusik dengan anasir-anasir yang tidak baik kerana mereka sudah
mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan dapat membezakan dosa dengan pahala. Penerapan nilai agama
ini perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi dan secara perlahan-lahan, nilai-nilai tersebut akan sebati dengan diri
mereka bak kata pepatah, Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain, begitu jugalah dengan anak-anak. Hal
ini dapat menjauhkan mereka daripada mendekati zina dan terlibat dalam kancah maksiat.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan tegas, tetapi ketegasan yang sesuai dengan situasi. Terdapat
sesetengah ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan cara seperti seorang askar. Hal ini bertujuan untuk

mendisiplin anak-anak mereka. Dengan disiplin yang tinggi dan ketegasan ibu bapa, anak-anak akan akur dengan
arahan dan kehendak ibu bapa. Mereka juga akan taat terhadap perintah ibu bapa mereka. Namun begitu, remaja
tidak boleh dididik dengan cara yang tegas. Ibu bapa perlu mendidik merekabagai menatang minyak yang penuh.
Dengan perkataan lain, mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang, tetapi jangan sampai mereka memijak
kepala ibu bapa pula. Dalam kelembutan, sertakan sedikit ketegasan yang membuat mereka hormat kepada ibu
bapa. Dengan cara ini, ibu bapa mudah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti anak mereka di luar.Perkara ini dapat
mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti pembuangan bayi.
Konklusinya, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk
menangani kes pembuangan bayi ini. Selain ibu bapa, pihak lain juga mestilah menggembleng tenaga bagi
menangani fenomena ini. Dengan cara ini, kes pembuangan bayi dapat diatasi dengan efektif kerana semua pihak
terlibat dalam usaha untuk membendungnya. Remaja pula merupakan golongan yang sangat berharga untuk masa
depan negara pada masa akan datang. Oleh itu, didikan yang baik perlu diberikan kepada mereka sejak kecil lagi
kerana mereka ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Hal ini juga bersesuaian dengan
peribahasa Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Melalui empat kategori iaitu:

Daripada Ibu Bapa


Daripada rakan sebaya
Daripada laman sesawang
Daripada diri Sendiri

Daripada Ibu Bapa


[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam
keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh
membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerakgeri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa
pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan
merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa
ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu
bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik
sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan
mereka lupakan sedikit demi sedikit.
Daripada Rakan Sebaya
Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung
pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan
baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa
mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku
kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan
diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan
remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan agama
seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.
Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa
sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video
yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa
sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media
elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka
dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang
membawa kepada lahirnya anak luar nikah.
Daripada Diri Sendiri

Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak


berperikemanusiaan sepertinmana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi.
Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk menutup malu demi
hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang,
kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang meratarata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini
membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji
serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia,
haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi
keselamatan anak-anaknya.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:

Peranan pihak berkuasa dan badan NGO


Peranan ibu bapa
Peranan pihak media massa

Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO


Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan
pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain
itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang
bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan
mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula
hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih
berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan
masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam
masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.
Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan
tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama
yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu
mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah
terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan
mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak
terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

Peranan Pihak Media Massa


Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan
pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi
dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan
bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang
pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program
motivasi dan kempen kesedaran seperti Dosa Besar dan Adab Bergaul mampu
memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak
media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang
boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.
KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI

Mempunyai tiga kesan:


Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi


Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina
oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu
bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan
sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini
akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya.
Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu
namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Kesan terhadap ibu yang melahirkan


Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang
bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui
anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan
dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali
kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu
telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan
berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan
ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan


Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan
musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan
keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan
di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata
orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu
keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak
bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala
ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat
kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses
sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah
menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan
menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

PENUTUP
Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu,
semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan
mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius.
Tindakan
bersepadu
Angkatan
Relawan
Rakyat
(RELA),
Jawatankuasa
Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas
dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT
yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah
sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu
menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia
yang masih muda iaitu usia remaja.

Anda mungkin juga menyukai