Anda di halaman 1dari 2

pastry popia basah ni cik an beli yang dah siap saja kat

supermarket.bonus la klu yang pandai buat kulit popia .. lagi sedap

Bahan untuk inti*


1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya

minyak untuk menumis


**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit
minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram +
garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***


15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis (cik an ganti dgn madu)
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih.


Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan
kicap dan gula perang + garam dan perasa

Resepi sos lada hitam pula . resepi asalnya wa ambil di...


myresipi

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara

Cairkan butter dengan api kecil.


Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas
atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam
sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila
masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau
hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh
dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos
akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

Anda mungkin juga menyukai