Anda di halaman 1dari 3

Sujud Syukur

WW #47 Selamat Pengantin Baru


25SEP

Sujud Sahwi
Posted 25/09/2012 by Shafi-Q in Solat, SUJUD. Tagged: & Sujud Syukur, ayat 107; Maryam, ayat 15; al-Araaf, ayat 15; anNahl, ayat 18; al-Furqaan, ayat 206; ar-Rad, ayat 21; Saad, ayat 24., ayat 25; Fussilat, ayat 38; al Alaq, ayat 49; alIsraa, ayat 58; al-Haj, ayat 60; an-Naml, ayat 62; Insyiqaaq, ayat 9; an-Najm, Bacaan Sujud Sahwi, Bacaan Sujud
Tilawah, Bacaan Sujud Tilawah Rumi, Boleh tangguh sujud tilawah Ayat sajdah ialah surah as-Sajdah, Dan
Syukur, sajdah, SOLAT, Sujud Sahwi, sunat. 17 Comments

Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka Sujud Sahwi dilakukan oleh seseorang yang
bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Abadh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.
Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang
meninggalkan sesuatu sunat abad seperti meninggalkan Doa Qunut dengan sengaja kerana tidak hafal
adalah disunatkan melakukan Sujud Sahwi juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud
sahwi di atas qaedah atau ( kebiasaan pengunaannya).
.
Sujud Sahwi adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan
yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu
yang disebabkan terlupa.
.
Dari Abu Said al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa
Sallam bersabda:




.

.

Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa
rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis
keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali
sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah
melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud
tadi adalah penghinaan bagi syaitan.
(Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-NasaI r.a.)
.
Menerangkan tentang lupa di dalam solat, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu. Aku lupa sebagaimana
kamu juga lupa. Jika aku lupa, maka ingatkanlah aku.
[Sahih: Shahiihul Jaamiush Shaghiir (no. 2339), Irwaaul Ghaliil (no. 339).]
.
Hilkmah dilupakan Baginda SAW oleh Allah Taala adalah untuk menjadi pengajaran dan panduan bagi
umat Rasulullah SAW.
.
.

1. Diharuskan Sujud Sahwi


Sujud Sahwi dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:
1. Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.
2. Lupa membaca Tasyahud Awal.
3. Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.
4. Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.
5. Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,
6. Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.
7. Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).
.
.

2. Cara Melakukan Sujud Sahwi


Sujud Sahwi adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah
berniat untuk melakukannya sebelum sujud;
1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir Allaahu
Akbar dan dalam sujud membaca:

2. Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.
3. Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.
4. Kemudian duduk semula dengan duduk Iftirasy (Tahiyat Akhir).
5. Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.
.
.

3. Permasalahan
1.

Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan Sujud
Sahwi sahaja, malah sekiranya:

a)

Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka

diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat.
Kemudian sunat melakukan Sujud Sahwisebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.
b)

Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya,

maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat
dan tidak perlu melakukan Sujud Sahwi sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
c)

Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri

semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat,
kemudian sunat melakukan Sujud Sahwi.
d)
2.

Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.
Sekiranya tertinggal sunat-sunat abad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada
dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama,
maka luputlah tuntutan Sujud Sahwi.

3.

Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua
kali sujud, sambil berniat melakukan Sujud Sahwi, kemudian memberi salam buat kali kedua.

4.

Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang
sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.

5.

Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya
tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.

6.

Jika imam terlupa Sujud Sahwi, makmum boleh Sujud Sahwi selepas imam memberi
salam.
.

Dari

Ibnu

Abbas

radhiyallahu

anhuma,

Rasulullah Shallallahu

alaihi

wa

Sallam telah

bersabda : Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku yang


tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.(Hadis Riwayat: Ibnu Majah,
Baihaqi dll.)
.

Anda mungkin juga menyukai