Anda di halaman 1dari 6

PERIBAHASA PMR TING 1-3

SENARAI PERUMPAMAAN DAN PEPATAH TING 1- TING 3


SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM
BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3
BIL PERUMPAMAAN/
PEPATAH MAKNA
1 Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2 Alang-alang berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
3 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
4 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang
kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
5 Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
jerih payah.
6 Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.
7 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8 Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
9 Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.
10 Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
11 Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
12 Bagai minyak dengan air

Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
13 Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap.
Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai
dicabut ekor.
14 Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15 Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
bagaimana contoh begitulah gubahannya Perangai anak biasanya mengikut orang yang
mengasuhnya.
16 Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17 Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18 Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
dulu.
19 Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.
20 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
22 Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar.
23 Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
24 Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya
akan berbaik semula.
25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat

Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26 Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
27 Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
28 Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.
29 Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa
hidupnya.
30 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
sesuatu perkara itu.
31 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32 Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.
33 Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
begitu sahaja.
34 Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian
meninggalkan kesan.
35 Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.
36 Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
37 Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
38 Perempuan serasan, lelaki pemalu

Pegangan hidup yang tidak serupa.


39 Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
40 Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41 Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.
42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.
43 Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
44 Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
tebing.
45 Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
46 Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal
47 Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48 Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
kerana kedegilannya.
49 Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50 Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.
51 Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular
menyusur akal takkan hilang bisanya.
52 Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang
sudah dimiliki.

CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 1


Bagai aur dengan tebing/Saling bekerjasama/hidup bantu-membantu
Bagai menatang minyak yang penuh/Melakukan sesuatu dengan penuh berhati-hati
Seperti murai dicabut ekor Riuh/ bercakap tidak berhenti-henti
Seperti lipas kudung/Bergerak dengan pantas
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak/Melakukan satu kerja sambilan
sementara menunggu hasil daripada kerja utama
Indah khabar dari rupa/Gambaran yang berlebih-lebihan atau tidak benar
tentang sesuatu perkara
Jauhari juga yang mengenal manikam/Hanya seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang
akan memahami keistimewaan sesuatu benda itu
Ukur baju di badan sendiri/Lakukan sesuatu yang sejajar dengan kemampuan
diri
Biar putih tulang, jangan putih mata/Tidak berputus asa atau pantang menyerah sehingga
ke penghujung nyawa
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga/Jangan cuba sesuatu atau
menceburi sesuatu bidang sekiranya kelengkapan diri tidak mencukupi
CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 2
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain/Usaha gigih yang berterusan akhirnya akan
membawa kejayaan
Genggam bara api biar sampai jadi arang/Jangan berputus asa atau meninggalkan sesuatu
pekerjaan itu di pertengahan jalan. Sebaliknya hadapi segala cabaran hingga berjaya
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan/Alang-alang melakukan
sesuatu pekerjaan, lakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
Bidan terjun/Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana desakan keadaan
Tangkai jering/Sangat kedekut
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah/Sama taraf atau darjat
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya/Hasil tidak mungkin diperoleh
tanpa usaha

Seperti embun di hujung rumput/Sesuatu yang sementara atau tidak berkekalan


Bau-bau bacang/Persaudaraan jauh
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal/Menerima sesuatu pada masa yang tepat
CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 3
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/Pasti ada penyelesaian bagi mereka yang benarbenar mencuba
Seperti ikan pulang ke lubuk/Kembali ke tempat asal
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/Gagal memperoleh perkara yang dihajati
manakala perkara yang dimiliki pula terlepas tangan
Sambil menyelam minum air/Melakukan dua kerja pada masa yang sama
Tiada rotan akar pun berguna/Bergantung kepada sesuatu yang kurang sempurna
kerana sumber sebenarnya tidak ada
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya/Darjat atau kedudukan seseorang itu tidak
akan berkurangan semata-mata kerana dia merendahkan diri
Kalau tidak kerana angin masakan pokok bergoyang/Sesuatu perkara itu tidak akan
diperkatakan orang jika tiada kebenarannya
Biar mati anak jangan mati adat/Sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahanakan
adat
Ayam tambatan/Orang kuat atau orang yang menjadi harapan
Otak cair/Sangat pandai

Anda mungkin juga menyukai