Anda di halaman 1dari 4

EDU 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK
MENILAI VIDEO RAKAMAN
SESI P & P

KUMPULAN
EL-BP03 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
PUAN ALINA BINTI SARMAN

NO. ID
D2011052789

NAMA TUTOR E-LEARNING:


NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF

NO. TELEFON
017-7442436

Kemahiran mikropengajaran menurut Sharifah Alwiah (1986), merupakan satu teknik


pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu
seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat
bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain.
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan
murid melakukan proses pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti set induksi,

penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri ,


gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukkan kepala
dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan
kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik
darjah.
Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran
untuk membolehkan murid-murid menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran
dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya.
Saya telah melihat rakaman video sesi pengajaran oleh Norkhamidah binti Sulam. Saya
memilih aspek kemahiran mikropengajaran set induksi yang terdapat dalam rakaman video
untuk dinilai.

Kemahiran set induksi mempunyai kaitan dengan cara guru untuk

memperkenalkan atau memulakan sesuatu pelajaran.


telah dapat menarik minat dan perhatian murid.

Set induksi yang telah dilaksanakan

Guru telah berjaya menggunakan nada

suaranya yang jelas dan lantang untuk menarik perhatian murid ke arah pelajaran yang akan
diajar. Tutur kata yang jelas membantu murid lebih memahami apa yang diajar oleh guru.
Gerak geri guru juga membantu untuk menjadikan set induksi ini menarik perhatian dan
lebih berkesan. Guru bergerak secara rawak di dalam kelas dan dengan ini murid-murid lebih
memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Pergerakan guru yang aktif di dalam kelas
telah dapat memantau murid-murid agar lebih memberi tumpuan terhadap pelajaran yang
sedang dijalankan.

Semasa memberi penerangan dan menyoal cikgu Norkhamidah telah

berjaya menggunakan kontaks mata dan pergerakan yang sentiasa memandang murid-murid.
Semasa mendengar jawapan murid juga beliau memastikan untuk memandang dan memberi
tumpuan kepada jawapan murid. Tindakan beliau telah dapat membantu tumpuan murid-murid
terhadap pelajaran malah juga membantu mengawal disiplin murid-murid di dalam kelas.

Set induksi yang menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dapat
menimbulkan dan merangsang perasaan

ingin tahu di dalam diri murid-murid.

Cikgu

Norkhamidah telah menggunakan bahan bantu mengajar dengan menggunakan gambar jenisjenis air untuk ditunjukkan kepada murid-murid. Beliau menunjukkan gambar tersebut satu
persatu dan meminta murid memberikan nama jenis air yang ditunjukkan. Apabila melihat
gambar tersebut murid-murid berasa ingin tahu apakah pelajaran yang akan mereka pelajari
nanti. Oleh demikian, langkah mempamerkan gambar oleh cikgu Norkhamidah telah berjaya
membuatkan murid-murid

ingin tahu dan menimbulkan rasa tidak sabar untuk mereka

mengikuti pelajaran seterusnya.


.
Di samping itu, Cikgu Norkhamidah juga telah berjaya membuat perkaitan pelajaran
dengan pengetahuan sedia ada di dalam diri murid-murid. Ini jelas dapat dilihat melalui soalansoalan yang telah dikemukakan oleh beliau.
melihat air hujan?

Air hujan, air embun

Beliau bertanya adakah murid-murid pernah

atau air sungai memang biasa dilihat dan telah

diketahui oleh murid-murid. Oleh demikian, murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru. Apabila murid-murid dapat menjawab semua soalan yang diberikan,
cikgu Norkhamidah mengaitkan pula jawapan-jawapan murid dengan topik pelajaran yang
akan mereka pelajari.

Dalam penyampaian pengajaran cikgu Norkhamidah juga telah memberi peneguhan


secara lisan kepada murid-murid. Sebagai seorang guru pelbagai peneguhan boleh dilakukan
seperti senyuman, anggukan kepala, memuji murid yang memberi jawapan yang baik,
menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis perkataan
syabas atau bagus dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.

Cikgu

Norkhamidah telah memberikan peneguhan seperti baik dan betul bagi setiap jawapan yang
telah diberikan oleh murid-murid. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan
perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif. Malah peneguhan yang
diberikan oleh cikgu Norkhamidah juga memberikan perasaan satu kepuasan dan
keseronokkan di dalam diri murid-murid kerana telah diberikan pujian oleh guru.

Selain itu, Cikgu Norkhamidah juga telah berjaya mengawal tingkah laku dan disiplin
murid-murid semasa pengajaran pembelajaran sedang dilaksanakan. Tindakan beliau yang
sentiasa bergerak aktif di dalam kelas dapat membantu mengelakkan murid daripada membuat
bising. Malah nada suara beliau yang jelas dan tegas juga membantu dalam usaha mengawal
tingkah laku murid.
Walau pun pengajaran pembelajaran ini mempunyai kelebihannya dan kekuatannya,
namun terdapat juga sedikit penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan
pencapaian objektif pengajaran yang lebih berkesan di dalam dikelas.

Tindakan cikgu

Norkhamidah menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar dapat menimbulkan rasa
ingin tahu didalam diri murid-murid.

Tetapi sepatutnya gambar tersebut tidak perlu ada

perkataan yang menerangkan tentang jenis air tersebut. Dengan terdapatnya perkataan maka
tidak dapat menguji sepenuhnya pengetahuan murid-murid.

Sepatutnya cikgu hanya

mempamerkan gambar jenis-jenis air dan meminta murid untuk memberitahu apakah jenis air
tersebut. Dengan cara ini terdapat pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid-murid dan cikgu
boleh menjelaskan jenis air yang sebenarnya.
Di samping itu juga, Cikgu Norkhamidah juga seharusnya melekatkan di hadapan
gambar jenis-jenis air tersebut. Setelah beliau menunjukkan gambar jenis-jenis air, gambar
tersebut dilekatkan dan dipamerkan di hadapan kelas. Ini bertujuan agar murid-murid lebih
memahami dan mengetahui jenis-jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci.
Secara kesimpulannya, set induksi sememangnya memainkan peranan untuk menarik
minat dan menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri murid untuk mengikuti pelajaran
seterusnya.

Permulaan pengajaran yang menarik akan membantu murid berminat untuk

meneruskan pelajaran dan akhirnya akan membantu pencapaian objektif pengajaran


pembelajaran yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai