Anda di halaman 1dari 16

Kitab Ilmu & Makrifat ( Tok Guru Peramu )

-Awang Kenali-

http://kalimahcintaku.blogspot.com/2012/01/kitab-ilmu-makrifat-tok-guru-peramu.html

+60103940651 (Hairee@Awang Kenali)


~Selamat datang kepada semua musafir dunia sekalian. Blog ini melambangkan biduk dakwah saya
dalam pelayaran kehidupan seumpama cahaya kerdipan bintang-bintang di langit yang menjadi tanda
arah kepada pelayar-pelayar. Saya layarkan ilmu hakikat dan penbandingan agama dalam mencari
kebenaran di bawah satu cahaya yg HAQ. Kerana Allah jualah yg melayarkan kapal-kapal di lautan luas.
Fahami benar-benar wahai saudaraku, kerana "JALAN" itu tidak nampak dek mata dan kita harus
menusurinya untuk bahagia Dunia & Akhirat. Jika kamu tanya dengan apakah kita menusurinya....Ku
katakan dengan "CINTA ALLAH" itu lah kenderaan mu akan membawa kepadaNYA. Tiada Wujud
melainkan WujudMU Allah dan Muhammad PenyampaiNYA.
KESIMPULAN HATI
Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir
Kedua Sumah Lawannya Bidah
Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat
Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.
KEDUDUKAN NIAT
Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan:QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan
TAKRID menentukan ZAT akan SIFATNYA dan kepada yang disifatkan.
TAAYUN sebenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kpd Sifat yg
disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU
ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau
tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat
Aku semata-mata.
Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata ?
Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku
punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji
DiriKu di atas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa di dalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu .
Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.
TIANG SOLAT
a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah )
didalam solat
b. KHUSU / TETAP HATI di dalam solat yakni tidak merayau rayau fikiran ke mana mana.
c. SEMPURNA bacaan FATIHAH
SAH SOLAT
a. Sah solat kerana SAH WUDHU
b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA
c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.
KESEMPURNAAN ISLAM
Nota oleh Fakir S = Soalan , J = Jawapan
S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?
J Tiga Perkara :a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota
S Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ?

J Empat perkara :-

a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam


b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadath Besar

S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?


J Empat perkara :a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.
S Apakah yang membinasakan Islam ?
J Empat perkara :a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU


Pendapat Tok Peramu tentang Makrifat adalah saperti berikut :Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus ilmu itu yaitu Mati...............
Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian.......
BAHAGIAN PERTAMA :Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?
Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?
Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?
BAHAGIAN KEDUA
Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi.
Pertama 40 hari hendak mati
Kedua 7 hari hendak mati
Ketiga 3 harihendak mati
Keempat 24 jam sebelum mati.
BAHAGIAN KETIGA
Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui
Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu
Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu
Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu
Keempat hendaklah kenal TUHAN kamu
BAHAGIAN KEEMPAT
Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.
Pertama Serahkan dengan ZIKIR AFAL yakni La Ilaha Illallah
Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA yakni Allah Allah Allah
Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu
Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMA
Hendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara

Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI


Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI
Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI
Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD.
MUHAMMAD..............
Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.
Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita
Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita
Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.
TUBUH.................
Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa
Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AFAL ALLAH.
FUAD................
Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada MATA
HATI pada JANTUNG.
Di dalam jantung ada FUAD
Di dalam Fuan ada CAHAYA
Di dalam Cahaya ada RAHSIA
Di dalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :Al Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu
Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.
KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )
Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam
Hadith Qudsi :Sekalian jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKU
Sabda Baginda Rasul :- Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )
Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat
Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA
Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH
Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu bernama AH...( Alif Ha )
KETERANGAN HURUF HA MUHAMMAD ( HA )
Artinya SIFAT HAMBA yakni RUKUK dalam solat
Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk
Zikir bagi Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH
KETERANGAN HURUF MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )
Artinya ASMA HAMBA yaitu SUJUD dalam solat
Tempat TARIQAT tatkala Sujud
Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH
Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR MUHAMMAD.

Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT


KETERANGAN HURUF DAL MUHAMMAD ( DAL )
AFAL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat
Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk
Zikir bagi Afal yaitu TUBUH La Ilaha Illallah
Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim )
KEJADIAN DIRI
Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian yaitu ( ada 16 shj
dicatitkan fakir )
Bahagian Pertama
1
2
3
4

Jenis
Jenis
Jenis
Jenis

ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus


SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi --- Alam Jabarut
ASMA Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani --- Tubuh halus
AFAL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir

Bahagian Kedua
1
2
3
4

Wujud Wujud mutlak Wujud Hakiki Wujud Idhafi Wujud Tajalli


Ilmu Ilmu Hakiki Ilmu Maklumat Ilmu Fikir Ilmu Madom --- Al-Asma
Nur Nur AlHadi Nurul quddus Nur hadi Nur Al-bayan
Syuhud Syuhud Al-Ain Suhud Khadafi Khaliq Al-Asmat -- Syuhud Taufil

Bahagian Ketiga
1
2
3
4

Angin Angin Niat Angin Padtar Angin Sarsa Angin Serul


Api Al-Hayat Al-Muja Sajin
Air Maal Hayat Maal Kus Maal Zam Zam Maal Hain
Tanah Tanah Firdaus Tanah Tiin Arbail baasir Tiin Siipaab

Bahagian Keempat
1
2
3
4

Di Jadi Ruh Masripah Tubuh Afal


Wadi Jadi Tulang Tariqat Hati Asma
Mani Jadi urat Haqiqat Nyawa Sifat
Manikam Jadi Nyawa Makrifat Rahsia Zat

Bahagian Kelima
1 LA ( Laf Alif ) >> Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah
2 ILAHA ( Alif Lam Ha )>> Ucapan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur
3 ILLA ( Alif Lam Alif )>> Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy
4 Allah ( Alif lam Lam Ha) >> Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu RABBI terdiri Aku di dalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah
Muhammadur Rasullullah Fi-Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il Mullah
Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MANIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT turun
kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Manikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh
petala bumi
-

kemudian
kemudian
kemudian
kemudian
kemudian

manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari


manikam itu jatuh ke jantung bapa 40 hari
manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari
Manikam itu jatuh TAAYUN HATI berupa air 3 hari
manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24 jam

- kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF
- kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama Manikam
- kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al
insanu sirri wa ana sirruhu
- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah ibunya.
Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji,
keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka menangis ia sebab suara inilah
bernama ALAM INSAN.

BILA AKHIR HAYAT


Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :ALASTU BI RAB BIKUM AH ( Alif Ha ) ANA MA KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.
Maka jawablah :-

YA ANA LA ILA HA ILLALLAH 3 kali

Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH 3 kali
Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU 3 kali
Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita
memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH AH- AH ( Alif Ha ).
Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah.
ALHAMDU ( Alif Lam- Ha -Mim -Dal )
Saudara pembaca yang budiman,
Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia yakni Nabi
Adam a.s yang bermaksud Segala Puji Milik Allah.
Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada di tangan fakir yang tidak membicarakan kalimah
ALHAMDU ini. Masing masing memberi tafsiran tersendiri secara panjang lebar.
Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU
PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU ini.
....................................................................................
ALHAMDU .....( Alif Lam Ha Mim - Dal )
ALIF
Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya
Abu Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni
MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri . Keluar
cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAM
Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari huruf
Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD ILMU NUR SYUHUD. Istananya pada HATI di
lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA
HA
Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikatnya MIKAIL.
Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API AIR ANGIn TANAH.
Istanayna pada LIMPA Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.
MIM

Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya
ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita ialah MATA
( Cahayanya )
DAL
Huruf DAL itu waktu ISYA Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya
ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI WADI MANI MANIKAM. Istananya
HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.
Nota Fakir :Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan di atas kerana fakir tidak
faham.
Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini kerana
Allah jua.
Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui Ruangan KOMEN
Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir . Tq.
TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH
ZIKIR QALBI
Dua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI
ZIKIR RUH
Dua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA
ZIKIR SIRR
Dua jari bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA
ZIKIR KHOFI
Dua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI
ZIKIR AKHFA
Ditengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI
ZIKIR NAFAS
Antara 2 kening meliputi sekalian kepala
ZIKIR KHALIAH
Di ubun ubun meliputi sekalian jasad
20 SIFAT DIDALAM DIRI
1 WUJUD
Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia
2 KIDAM
RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam
3 BAQA
RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI

4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH


RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri
5 BINAFSIHI
RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI
6 WAHDANIAT
RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku
8 IRADAT
RUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri
9 ILMU
RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ
10 HAYAT
RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.
11 SAMA
BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi
12 BASAR
PANCARAN MANIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri
13 KALAM
RUH MANIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia
14 QADIRUN
WUJUD MANIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku
15 MURIDUN
ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku
16 ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih
17 HAIYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku
18 SAMIUN
Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku
19 BASIRUN
RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat

20 MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Kabah Ghaib aku didalam Kabah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman allah :Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu
ialah Engakau Kenal Aku
Allah juga Berfirman :Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka
engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul
betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi
Firman Firman Allah saperti berikut :Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak
Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang
berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta
kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudahmudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya
EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh
Allah SWT. Perkara itu ialah :Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti
yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara
diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca
mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku
buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan
jelas.
RAHSIA DIDALAM DIRI
Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :NAFAS
ANPAS

TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat
sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu
saperti rupa ASMA dan Asma itu saperti rupa AFAL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan
nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan
TUHANnya yang qadim adanya.
Ketahuilah olehmu wahai talib YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak
dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke
hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
WUJUD
WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK
ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.
Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini
adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain
daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT
namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.
Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang
dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ?
Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.

PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG


Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR
Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK
Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar
benarnya t
Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH
Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT
atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.

PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH


NABI
Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AFAL daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFAT
Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad
MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA daripada ZAT ALLAH.
ASMA
Adapun ASMA itu Nama NamaNya.
AFAL
Adapun AFAL itu Tubuh Nabi namanya AFAL.
RASULLULLAH - Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT.
ZAT
Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.
Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita
Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita
Ketiga ASMA ALLAH itu HATI pada kita
Keempat AFAL ALLAH itu TUBUH pada kita.
Dan TAJALLI Afal Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah pada
Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.
ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.
Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat.
Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH BAPA dan IBU.

DATANG DARIPADA ALLAH 5 PERKARA.


1
2
3
4
5

Niat
Nyawa
Wujud
Nafas
Afal

Yaitu didalam bentuk Merasa Mencium Menjamah Melihat & Mendengar


DATANG DARIPADA BAPA 4 PERKARA
1
2
3
4

Tulang
Kuku
Rambut
Rupa

DATANG DARIPADA IBU 4 PERKARA


1 Darah
2 Daging

3 Otak
4 Lendir
Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan
sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.
YANG MATI YANG HILANG - YANG TINGGAL YANG PULANG
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni Wujud Anggota Hawa Nafsu Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah Daging Tulang & Kulit
YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat
YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya.
HENING QASAD TAQRID & TAYUN
HENING itu apa ?
Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala
tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti
terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.
Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita
Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi
RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD
Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN
NIAT tetapi ADOM ( ADAM )
Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT
yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi
sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat
KAMIL MUKAMIL.
TARID
Adapun TARID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH
ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan
INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.
Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.
Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR
MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :Aku daripada Allah sekalian anbia daripada aku.
ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI

Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku


Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH /
JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH
BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TAYUN
Adapun TAYUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya
NYATA AFAL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah
sebenarnya TAYUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang
dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia
( pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku
hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.
HAKIKAT ZAT AFAL HAKIKAT SOLAT
Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.
Yang menyembah itu FANA - yang disembah itu BAQA. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka
KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.
Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana
Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah
Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH sematamata.
Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun
dikiri.
TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH.
Hadith Qudsi yang bermaksud :1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU
2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI
Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita.
Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah
WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita
dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu
antara dua bulu kening.
Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud
kita yang batin hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut
semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana sekalian kelakuan
dan diri kita maka nyatalah BAQA keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga
sampai kepada SALAM.

Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa
itulah sebenar-benarnya IMAN.
Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni
Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.

.
Salam para pembaca yang budiman. Semuga sehat selalu dan terima kasih kerana sudi melawat
lamanblog kerdil ini dan membaca artikel artikel yang disiarkan.
Fakir perhatikan tarikh haribulan yang dicatatkan pada setiap entri yang dipostkan terlewat sehari dari
tarikh sebenar fakir memasukkannya . Silap fakir sendiri kerana tidak tahu untuk membetulkannya.
Maklumlah dalam bab ini fakir kurang ilmu. Asalkan dapat dicatatkan kira ok-lah pada fakir.
Entri yang diambil dari manuskrip bertajuk diatas hampir selesai. Memang ada sedikit lagi tetapi ianya
merupakan ulangan dari isi kandungan yang telah diposkan . Jadi fakir memilih untuk tidak
memasukkannya.
Timbul hajat dihati ini untuk memasukkan artikel artikel yang dipetik dari kitab kitab karangan
MUHYIDDIN IBN ARABI selepas ini untuk bacaan dan renungan kita bersama. Pada fakir kitab kitab Ibn
Arabi memang seronok dibaca berulang ulang kali walaupun kekadang intipatinya susah juga untuk
difahami.
Barangkali ramai daripada saudara semua sudahpun membacanya dan barangkali juga ramai juga yang
belum dan ramai juga yang menganggap ajaran Ibn Arabi menyeleweng dari Ilmu Agama Islam yang
sebenarnya.
Selepas entri Tok Peramu ini selesai fakir akan postkan rencana yang dipetik dari Kitab POHON
KEWUJUDAN / EKSISTENSI secara bersiri.............Terima kasih dan Salam Takzim dari...........
Fakirabdillah.
..................................................................................
MANUSKRIP TOK PERAMU....
DALIL NAQLI AYAT AL-QURAN
Telah ada Aku dalam dirimu betapa tidak kamu lihat ?
SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH
A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR
ADAM = JASAD YANG KASAR
a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa
b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa
c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa
d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa
e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa
f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa
g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa
B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSAN
a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan
b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan
c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA Tuhan
e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan

f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan


g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan
PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat
diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.
DALIL DALIL AL-QURAN
WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN
Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam
LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah
FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH
Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah
Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu pada
sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu
pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu
hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat
MAANI Allah yang lain.
Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.
ALLAH AN - NIAT AHDAH WAHDAH WAHIDIAH
ALLAH Alif - Lam Lam- Ha
ALIF itu AHDIAH ZAT
LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah
USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan
kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada
pihak TANZIL.
LAM AWAL = ALIF DIATAS
Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya
SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TAAYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni
TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD AIN SABITAH WUJUD IDHAFI INSAN KAMIL pun ia
juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMANYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya
ASMA mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TAAYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA
maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada
huruf Alif Di-Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka
jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat
Sifat Alif Lam Lam Ha

ALLAH HU AKBAR
ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) Empat Sifat
ALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA
HA = AFAL
AKBAR ( Alif Kaf Ba Ra )
ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMAL
ALLAH = GHAIBUL GHUYUB
ALIF = LA TAAYUN = MERTABAT ZAT
LAM AWAL = TAAYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
LAM AKHIR = TAAYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
HA = MERTABAT TUBUH = JASAD
ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL
YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya ILMU YAKIN
AFAL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya ILMU
YAKIN.
Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.
Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah
CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu
sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.
DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU ENTRI KEENAM BELAS ( 16 TERAKHIR. )
HAKIKAT FATIHAH................
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH..............
Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad
engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH.......
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad
Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN................
Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN AR RAHIM...........
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.
MALIKIYAU MID DIIN..............
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah kerajaannya.

IYYA KANA BUDU................


Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
WA IYYA KAA NAS TAA IIN....
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku
SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu
WA LAD DHAL LIN...
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
AMIN..
Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah
didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang
Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan
Tuhannya tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-mata.