Anda di halaman 1dari 9

Definisi

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan
tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang
pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir
bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan


pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami

Tujuan

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk


membolehkan pelajar:

 mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan bijak

 mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara


lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

 menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

 mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur


dan sempit

 meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan


intelek mereka

 bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina


keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan
alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

 Komponen utama KBKK:

 Berfikir secara kritis,


 Berfikir secara kreatif.

 Apakah kemahiran berfikir secara kritis?


    KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti.

 Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

 menjana dan menghasilkan idea,


 mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
 menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah
seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh  kemahiran  berfikir bagi setiap komponen itu?

 Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:

 membanding dan membeza:


 membuat kategori,
 meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
 menerangkan sebab.
 membuat sekuen / urutan.
 menentukan sumber yang dipercayai,
 membuat ramalan,
 mengusul periksa andaian,
 membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

 mencipta analogi
 menjana dan menghasilkan idea baru
 mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan


masalah?

 Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen


berfikir secara kreatif.

Ciri-Ciri Pemikir Bijak

 Cekal                 
 Luwes
 Reflektif
 Kurang impulsif
 Ingin tahu
 Mengambil risiko
 Mahir menyoal
 Tidak mudah putus asa
 Asertif
 Berkerjasama

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu
menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan
dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara
kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan
sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti.  

Senarai  kemahiran berfikir secara kritis:

 membanding dan membeza:


 membuat kategori,
 meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
 menerangkan sebab.
 membuat sekuen / urutan.
 menentukan sumber yang dipercayai,
 membuat ramalan,
 mengusul periksa andaian,
 membuat inferens  

Membanding dan membeza:  

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang  membolehkan


anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan
sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.

Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya
antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan
seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti  segi tiga dan piramid, dua
peristiwa dan sebagainya.

Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan 
Membeza.
Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang
mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam
kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.
Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat
serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya,
anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.  

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil
dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-
bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.

Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana


setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan
lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Menerangkan sebab.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan


minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru,
asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.

Senarai  kemahiran berfikir secara kreatif:

 mencipta analogi
 menjana dan menghasilkan idea baru
 mencipta metafora

Kemahiran Membuat Keputusan

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk
memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan
tujuan dan kriteria tertentu.

Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan
sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak
membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang
anda mesti lakukan?

Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan.


Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah
menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai
pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar,
berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal,
dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan
kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan
mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement".
Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing,
selecting".

Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan


akronim J. U. D. G. E.

J  untuk Jot down occasion for decision

U untuk Use brainstorming for alternatives

D untuk Decide on best possibilities

G untuk Gauge positive and negative outcomes

E untuk Express selection; DECIDE.

Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara
tersusun/ sistematis ialah

1. Peta Minda

2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir
yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan
kemahiran  membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang
berkaitan dengan situasi.
2. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG)
yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang
sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.

Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran kepada seseorang.


Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.

Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak


untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.

Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan
akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak
dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

 Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah?

Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai


perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur
utama kerana saiznya terlalu besar.

Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.

Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan


menyelesaikan masalah.

 Objektif menyelesaikan masalah:

Membuat penyelesaian yang terbaik

Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak


setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.

Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:


Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:

 Peta minda
 Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran
berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi
menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan
dengan situasi yang memerlukan  penyelesaian.
2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan
Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi
menyelesaikan masalah berkaitan.
 

1.3 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)


 
Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli
fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam
konsep dan sejarah KB dan pemikiran kritis yang telah kita bincangkan di
atas, maka Kemahiran berfikir yang juga ditafsiran
sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dalam kertas ini
dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan
pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis,
dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui
pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi –
sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan.
Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul,
Pengasas dan pengarah kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu
badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di
Amerika Syarikat.
 
 
 
 
Walau bagaimanapun elok juga kita lihat KB dari perspektif KBKK
(Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) saperti yang diketengahkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum KBKK,
kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting
iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir
secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada
keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai
keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan
boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab.
Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis
termasuklah; membanding dan membeza (compare and contrast),
membuat ketegori (categorization), menerangkan sebab akibat (cause
and effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan
keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi.
Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di
definisikan sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-
idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan
kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk
idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini
boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru,
mencipta analogi dan metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk
menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
 
Mari kita lihat satu lagi perspektif penting yang ada kaitan dengan
berfikir. Dengan mengambil kira kepentingan EQ (kecerdasan emosi)
seperti yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman maka KB juga
menegaskan kepentingan peranan hati atau ‘qalbu’ sebelum satu-satu
tindakan dibuat atau diyakini. Pemikiran yang didasarkan kepada domain
kognitif (IQ) tanpa mengambil kira kepentingan domain afektif (EQ)
belum tentu boleh menjanjikan satu-satu kejayaan yang sempurna
dalam hidup seseorang. Ini selari dengan apa yang disarankan oleh
Goleman (1998) “bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung
kepada EQ dan bukannya IQ”. Konsep berhubung dengan EQ akan
dijelaskan dengan mendalam dalam topik berkaitan dalam kertas ini

Anda mungkin juga menyukai