Anda di halaman 1dari 5

ULAR JELMAAN

Di hujung sebuah kampung, tinggallah sebuah keluarga miskin. Mak Itam,


Cempaka, dan anak tiri Mak Itam, Baiduri. Hidup mereka susah. Kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang.
Mak Itam sangat garang. Dia amat membenci Baiduri. Setiap hari Baiduri terpaksa
menolongnya membuat kerja untuk mendapatkan wang. Cempaka pula asyik duduk dan
tidur sahaja.
Baiduri! Hari ini kau mesti ke hutan. Cari kayu api. Selepas itu kau masak dan
basuh kain. Perintah Mak Itam.
Padan muka kau! Kata Cempaka.
Baiduri amat sedih kerana dia terpaksa bekerja sedangkan Cempaka duduk
bersenang lenang. Sejak kematian ayahnya, Mak Itam semakin garang dan selalu
menyeksanya.
Esoknya, pagi-pagi lagi Baiduri telah pergi ke hutan. Setelah mendapat kayu, dia
memikul kayu pulang ke rumah.
Apa??? Ini sahaja kayu yang kau dapat? Pemalas! kata Mak Itam sambil
bercekak pinggang. Diambilnya sebatang kayu lalu dipukulnya Baiduri.
Ampun ibu, ampunkan Baiduri, jerit Baiduri kesakitan.
Pukul lagi bu, pukul lagi! jerit Cempaka sambil bertepuk tangan.
Hari ini, kau jangan makan. Tidur di luar!. Mak Itam dan Cempaka masuk ke
dalam rumah lalu mengunci pintu. Tinggallah Baiduri keseorangan. Baiduri menangis.
Akhirnya dia terlena di atas tanah.

Keesokan harinya, Baiduri ke hutan lagi. Kali ini dia membawa banyak kayu api.
Mak Itam melihat denga senang hati.
Nah, makan nasi ini, kata Mak Itam.

Besok, kau mesti mencari kayu api lagi. Mesti lebih banyak daripada ini. perintah
Mak Itam.
Baiduri yang sedang menyuap nasi terdiam. Bolehkah saya berehat dulu ibu?
Tanya Baiduri.
Apa? Nak berehat? Baru kerja sikit dah nak berehat? Jangan nak mengadangada. Kau mesti cari kayu api lagi. kalau tidak, tahulah kau. Tengking Mak Itam.
Baiduri menangis teresak-esak.
Beginilah nasib
Diriku yang malang
Oh Tuhan
Badan Baiduri sakit-sakit. Tetapi dia terpaksa mencari kayu api lagi.
Ya, kawan-kawan, sikap sabar adalah amalan yang mulia. Jangan suka mementingkan
diri sendiri, kelak akan memakan diri.
Sampai di hutan, Baiduri terduduk keletihan. Akhirnya, dia tertidur. Apabila dia
terjaga, hari sudah petang. Baiduri merasa amat takut. Dia belum menddapat kayu api
lagi. Baiduri memotong sebatang kayu lalu pulang.
Setibanya di rumah, Baiduri amat terkejut bila melihat longgokan kayu api. Mak
Itam pula tersenyum melihatnya.
Kalau hari-hari begini kan bagus. Tidak lama lagi, kita akan kaya kata Mak Itam.

Siapa yang membawa kayu api ini? kata Baiduri didalam hatinya. Namun dia
tidak berani bertanya.
Esok, kau ke hutan lagi. Cari kayu api banyak-banyak. Kata Mak Itam .
Tapi bu
Tak ada tapi-tapi. Kau mesti cari kayu api lagi! tengking Mak Itam. Baiduri diam
ketakutan. Hatinya semakin bimbang.
Hati Baiduri bimbang dan curiga,
Hendak bertanya pada siapa,
Kayu api sudah tersedia,
Siapa gerangan empunya kerja.
Setiap hari keadaan yang sama berlaku . Baiduri membuat rancangan. Seperti
biasa, Baiduri masuk ke hutan. Sampai di hutan, dia bersandar di pokok dan berpurapura tidur.
Tiba-tiba dia melihat seekor ular yang besar menghampirinya.
Ular itu menumbangkan beberapa batang pokok besar, memotongnya dan
membawanya pulang ke rumah Baiduri. Setelah selesai, ular itu duduk di sebelah
Baiduri. Entah bagaimana, ular itu menyedari yang Baiduri mengintainya.
Bangunlah. Semua kerja telah aku siapkan. Jangan kamu susah hati kata ular.
Perlahan-lahan Baiduri membuka matanya.
Selama ini, engkaulah yang menolong aku? Tanya Baiduri.
Ya jawab ular

Bagaimana aku harus membalas jasamu itu? Tanya Baiduri


Bukan sekarang. Apabila tiba masanya nanti, barulah aku akan beritahu, jawab
ular lalu menghilangkan diri.
Apakah gerangan, janji si ular
Pada Baiduri bakti diberi
Setiap waktu setiap hari
Ibu tiri curiga di hati
Hairan aku melihat Baiduri itu. Dia tetap sihat, padahal setiap hari dia bekerja.
Baik aku siasat perkara ini, fikir Mak Itam.
Keesokan harinya, Mak Itam mengekori Baiduri. Alangkah terkejutnya Mak Itam
melihat Baiduri berkawan dengan seekor ular besar.

Baiduri, mari ke sini. Panggil Mak Itam setelah Baiduri pulang.


Ada apa ibu? Tanya Baiduri ketakutan.
Siapa yang menolong kau mencari kayu api? Tanya Mak Itam garang.
Baiduri cuba menyembunyikan perkara sebenar, tetapi Mak Itam telah
mengetahui segala-galanya.
Jangan kau nak tipu aku. Aku tahu semuanya. Aku akan kahwinkan kau
dengan ular itu Kata Mak Itam.
Dengan tidak semena-mena, ular itu muncul di muka pintu.
Memang aku mahu kahwin dengan Baiduri. Itulah janji Baiduri sebagai
balasan pertolonganku
Baiklah. Baiklah. Mak Itam bersetuju mengahwinkan Baiduri dengan ular itu.
Baiduri menangis ketakutan.

Rupa-rupanya ular itu ialah ular jelmaan. Ular itu sebenarnya ialah seorang
anak raja yang telah terkena sumpahan. Setelah berkahwin, Baiduri di bawa balik ke
istana dan menjadi permaisuri.
Setiap perbuatan yang baik pasti akan menerima balasan yang baik.
Mak Itam berasa iri hati terhadap Baiduri. Dia ke hutan mencari seekor ular
besar untuk dikahwinkan dengan Cempaka. Nasib Cempaka malang, kerana ular
yang dicari itu bukan ular jelmaan. Ular itu telah menelan Cempaka. Mak Itam
menyesal di atas perbuatannya selama ini.