Anda di halaman 1dari 8

Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka.

Manakalaperwatakan pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi
(dalaman) seseorang itu.
Watak Utama

Badri

Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.

Seorang pengawas sekolah

Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa

Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas


sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas
berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
Berdisiplin - Badri
peraturan sekolah

tidak

pernah

melanggar

Menepati masa dan seorang yang sistematik setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah
menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik
dengan Jamil dan banyak membantunya dalam
pelajaran.
Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar
apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak
samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap
menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak
Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan
belajar.
Kerajinan . Contohnya Badri merupakan
seorang yang rajin, baik sebagai pengawas
mahupun sebagai seorang murid. Berkat

kerajinannya, dia berjaya mengubah sikap


rakan-rakannya
yang
negative
kepada
positive. Sebagai seorang anak, Badri sering
membantu ibunya membuat kerja rumah.

Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak


mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai
hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
Kejujuran. Contohnya Badri menasihati Nadira
supaya tidak bergaul dengan Shahrul. Badri
bimbang Nadira akan terpengaruh oleh sikap
Shahrul yang buruk itu. Badri ingin melihat
Nadira selamat. Dia tidak ada niat lain.

Watak Sampingan

Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada

Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong

Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal


di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah
banglo.
Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan
penjualan telefon bimbit yang dicuri sematamata untuk memperoleh wang bagi membeli
barangan mewah dan berjenama.
Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budakbudak motor dan melepak di kompleks beli-belah.

Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak


menjadi pengawas.
Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar
agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual
telefon bimbit secara ansuran.
Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani
membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
Mementingkan
diri
sendiri

Shahrul
meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis
cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
Apabla melihat keadaan kelam-kabut itu,
Shahrul
terus
memecut
motosikalnya
meninggalkan Nadira bersendirian
Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya
Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan
sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng
Kong dibuang asrama.
Pendendam Shahrul meminta Din untuk memukul
Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.

Nadira

Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari


Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang
mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah
dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes

telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg


Badri.

Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala


Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira
memakai jeans ketat dan baju senteng.
Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan
nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul
yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak
berfaedah.
Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima
nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang
penampilannya.
Tidak menghormati orang lain meninggikan
suara ketika kakaknya menegur tentang
pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok
mata.
Suka membazirkan masa sering membazirkan
masa dengan bersiar-siar dan melepak di
kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.

Meng Kong

Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.

Rakan kepada Shahrul dan Kumar

Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar


dan telefon bimbit dari kedai ayahnya lalu
dijual kepada pelajar di sekolahnya.
Mata duitan atau materialistik - Meng Kong
sanggup mencuri telefon bimbit di kedai
ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga
mencecah hampir dua ribu ringgit.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah
bapanya
mengetahui
perbuatan
jahatnya
melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf
daripada ayahnya dan berjanji tidak akan
melakukan kesalahan itu lagi.
Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong
sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang
diarahkan oleh bapanya.

Kumar

Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam


perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar
kepada pelajar sekolah.
Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam
tandas.
Benci
dan
marah
terhadap
Badrul
yang
menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu
Jailani.
Mata duitan atau materialistik Kumar
bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng
Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon
bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh
wang lebih.

Mudah dipergunakan oleh orang lain Kumar


cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong
dibuang asrama atas arahan Shahrul.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan Tidak
mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar
bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam
pelajarn.
Berubah menjadi baik setelah beberapa kali
diberi sesi kaunseling mula akrab dengan
Badri dan mengulang kaji pelajaran bersamasama.

Jamil

Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri


tentang risiko menjadi pengawas.
Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai
dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul,
Meng Kong dan Kumar.
Menjauhkan diri daripada
mengetahui kegiatannya.

Badri

setelah

Badri

Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah


mendapati
dia
mempunyai
masalah
dengan
kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan
meminta maaf kepada Bari kerana terpaksa
menyembunyikan rahsianya daripada Badri.
Hal ini demikian kerana Meng Kong telah
memerangkap Jamil dengan tuduhan mencuri
telefon bimbit.

Taat kepada ibu bapa Semasa Jamil dibawa ke


Sarawak oleh ayahnya dia tidak membantah.
Selain itu Jamil juga tidak memberitahu Badri
kerana dilarang oleh ayahnya.

Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.


Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada
pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
Contohnya, selepas Shahrul menyerang Badri,
beliau telah memanggil ayah Shahrul untuk
bertanya sebab Shahrul berkelakuan begitu.
Adil Contohnya, Cikgu Jailani adalah seorang
yang adil. Dalam kes telefon bimbit yang
terdapat di dalam beg sekolah Badri, cikgu
Jailani tidak terburu-buru membuat keputusan.
Dia
membuat
siasatan
terlebih
dahulu.
Akhirnya, terbongkar rahsia bahawa Shahrul
yang meletakkan telefon bimbit itu ke dalam
beg Badri.

Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika


berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang
dijumpainya di dalam beg Badri.
Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap
melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar
memohon maaf dan berjanji tidak akan
mengulangi
kesilapannya,
akhirnya
cikgu
Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Siew Mei

Siew Mei pelajat tingkatan 5 , adik kepada Ah Meng,


pembantu di kedai telefon bimbit
Siew Mei petah berhujah
Baik hati Walaupun Badri telah melukakan
hatinya dengan menyebut nama Nadira di
hadapannya, dia masih bersahabat baik
dengan Badri.
Prihatin Semasa Badri mengalami segala
konspirasi,
sabotaj,
dan
fitnah
yang
dilemparkan
kepadanya, Siew Mei
yang
memberikan kata-kata semangat kepada Badri
Rajin - Siew Mei mengulang kaji pelajarannya
di perpustakaan sekolah. Berkat kerajinannya,
dia berjaya mendapat 9A dalam SPM.

Anda mungkin juga menyukai