Anda di halaman 1dari 2

MAHKUM FIH atau BIH

Mahkum Bih: iaitu perbuatan mukallaf yang berkaitan dengan


hukum syara sama ada dari segi tuntutan, pilihan, atau
penetapan.
Contoh:
1. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:43
Yang bermaksud: Dirikanlah solat.
Ayat ini berkaitan dengan kewajipan perbuatan mukallaf untuk
mengerjakan solat, atau kewajipan mendirikan solat.
2. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:282
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang
piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang
tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayarannya) itu.
Ayat ini berkaitan dengan perbuatan mukallaf untuk menulis
hutang yang mana perbuatan tersebut disunatkan.
3. Firman Allah dalam surah Al-Anaam:151
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh jiwa.
Dalam ayat ini terkandung suatu larangan yang berkaitan
dengan perbuatan mukallaf,iaitu melakukan pembunuhan
tanpa hak, maka perbuatan itu hukumnya haram.
4. Firman Allah dalam surah Al-Jumuah:10
Yang bermaksud: Kemudian setelah selesai sembahyang,
maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing).
Dalam ayat ini terkandung
keharusan manusia untuk
bertebaran di muka bumi dimana ia merupakan perkara
berkaitan mukallaf.