Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN TEKNIK 'PETAK 10' DALAM MENINGKATKAN

PEMAHAMAN KONSEP ASAS DARAB MELIBATKAN


PENAMBAHAN BERULANG
Oleh :
Norhaliza Binti Ibrahim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk menilai penggunaan teknik "petak 10"
dalam
meningkatkan pemahaman konsep asas darab melibatkan penambahan berulang. Kajian ini
dijalankan ke atas enam orang murid dalam kalangan murid Tahun 3 Pintar di Sekolah Kebangsaan
Tiak. Murid ini terdiri daripada lima orang murid lelaki dan seorang
murid perempuan.
Penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan Model Kurt Lewin. Data dikumpulkan melalui
kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, analisis dokumen dan Ujian Awal dan Ujian Akhir.
Hasil tinjauan awal mendapati murid menghadapi masalah untuk memahami konsep asas darab.
Hasil dapatan kajian itunjukkan dalam bentuk jadual dan graf bagi menunjukkan perbandingan.
Dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan ketara dalam ujian akhir berbanding ujian awal.
Oleh itu keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah petak 10 dapat membantu murid
memahami konsep asas darab serta dapat meningkatkan minat murid dalam menyelesaikan operasi
darab dalam Matematik.
Kata kunci : Teknik petak 10, konsep asas darab,penambahan berulang.

Pengenalan
Dalam kehidupan sehari-hari,aktiviti membilang sentiasa dilakukan. Ramai yang tidak menyedarinya
kerana ia berlaku secara automatis. Oleh itu agak menghairankan apabila terdapat segelintir murid
yang tidak berminat dengan pelajaran matematik kerana dianggap sukar dan membosankan. Hal ini
merupakan penghalang ke arah mempertingkatkan kualiti pencapaian murid - murid dalam matematik.
Dalam satu tinjauan yang dijalankan, salah satu masalah yang dihadapi ketika mengajar ialah tajuk
darab. Murid-murid didapati lemah dan sukar untuk menjawab soalan yang disediakan. Murid
tersebut juga didapati tidak memahami langsung konsep asas darab.
Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian, pemerhatian,
analisis dokumen, soal selidik dan juga temubual ke atas 6 orang murid Tahun 3. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah
terutama bagi topik darab. Program LINUS yang telah diperkenalkan merupakan agenda kerajaan
Malaysia yang bertujuan untuk mensifarkan bilangan murid buta huruf di Malaysia. Seiring dengan
usaha kerajaan ini saya bertanggungjawab untuk membantu dengan cara memastikan semua murid
yang saya ajar dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Refelksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya mengajar di kelas tahun 3 bagi mata pelajaran matematik. Ketika mengajar, masalah yang saya
hadapi ialah murid-murid lemah atau sukar untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan topik
darab. Seperti yang kita ketahui, tajuk darab dan bahagi saling mempunyai kaitan antara satu sama
lain. Jika murid tidak dapat menguasai konsep asas darab maka secara tidak langsung mereka juga
tidak akan dapat menguasai tajuk bahagi. Ini akan menimbulkan masalah kepada
murid
itu
sendiri. Oleh itu, saya perlu mencari sebab mengapa perkara ini berlaku bagi memastikan mereka
tidak tercicir.

654

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid, temu bual dengan murid, soal
selidik dan ujian yang telah dijalankan di dalam kelas. Saya dapati murid sukar memahami soalan
yang diberikan. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul malahan
terdapat juga murid yang memberikan jawapan mengikut angka yang disukai tanpa mengira dengan
betul. Keputusan ujian berdasarkan tajuk darab tidak mencapai target yang dikehendaki.
Saya juga telah mengaitkan konsep darab dengan konsep penambahan berulang. Pada pandangan
saya, ia merupakan kemahiran yang paling mudah dikuasai oleh murid. Saya berpendapat murid yang
lemah untuk mendarab boleh menggunakan konsep penambahan berulang untuk mencari jawapan
bagi soalan yang diberi. Namun begitu, saya dapati terdapat murid yang masih tidak menguasai fakta
asas tambah Matematik. Mereka masih lagi bergantung kepada pengiraan jari untuk menambah. Ini
memberikan saya satu tamparan yang hebat dan mencabar semangat saya untuk membantu mereka
menguasai isi pembelajaran.

FOKUS KAJIAN
Sewaktu mengajar topik darab, saya dapati ramai murid tidak faham konsep darab. Saya dapat
mengesan masalah ini kerana semasa saya mengajukan soalan, murid tidak dapat menjawabnya dan
ada juga murid yang berdiam diri sahaja. Semua soalan ujian yang melibatkan sifir tidak dijawab
dengan betul dan murid hanya menjawab soalan dengan menulis angka yang disukainya sahaja. Murid
tidak faham konsep darab yang dikatakan ada hubung kait dengan penambahan berulang. Murid tidak
dapat menentukan di antara kumpulan dan ahli kumpulan dalam ayat matematik darab. Murid juga
tidak dapat melengkapkan jadual sifir yang di beri dengan betul.
Dalam ujian yang telah dijalankan, sebanyak 10 soalan telah diberikan dan didapati seramai 6 orang
murid hanya mendapat markah kurang daripada 40%. Jika masalah ini tidak diatasi, murid-murid ini
akan terus tercicir. Oleh itu, saya akan fokuskan kajian ini kepada bagaimana hendak membantu
murid memahami konsep asas darab melibatkan penambahan berulang. Penggunaan teknik "petak 10"
akan dapat meningkatkan pemahaman murid tentang konsep asas darab melibatkan penambahan
berulang.
Teknik "petak 10" akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi memudahkan murid memahami
konsep asas darab melibatkan penambahan berulang. Dalam matematik, kemahiran mendarab amat
penting. Murid perlu dibantu untuk meningkatkan pemahaman konsep darab melibatkan penambahan
berulang kerana ia merupakan asas kepada konsep darab. Teknik "petak 10" yang diperkenalkan
amat mudah digunakan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan kepada murid dan guru.
Bahan yang
digunakan untuk membuat "petak 10" juga mudah didapati dan bersesuaian dengan murid.

OBJEKTIF KAJIAN.
1.
Untuk mengkaji kesan penggunaan teknik "petak 10" dapat membantu murid memahami
konsep asas darab melibatkan penambahan berulang.
2. Untuk mengkaji sama ada teknik petak 10 berjaya meningkatkan minat murid dalam pelajaran
matematik dan dapat menguasai konsep asas darab.

SOALAN KAJIAN.
1.
Adakah penggunaan teknik "petak 10" dapat membantu meningkatkan pemahaman konsep asas
darab melibatkan penambahan berulang?
2.
Adakah teknik "petak 10" dapat membantu meningkatkan minat murid dalam mempelajari
konsep asas darab melibatkan penambahan berulang ?

655

Tinjauan Literatur
Kontruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang memudahkan
pemahaman murid. Pendekatan kontruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana
murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari
dengan pengetahuan sedia ada mereka. Kajian Sharan dan Sachar (1992, disebut dalam Sushkin,1999)
membuktikan bahawa kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah
mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid yang diajar
menggunakan pendekatan tradisional.
Kajian Caprio (1994), Nor Aini (2002), Van Drie dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998) dan
Licu
(1997) turut membuktikan bahawa pendekatan kontruktivisme dapat membantu murid untuk
mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi. Kefahaman konsep merupakan perkara
penting dalam pembelajaran Matematik. Murid yang tidak dapat menguasai konsep matematik akan
menganggap ia sukar.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Zainudin dan Mohd Rashidi (2005) yang bertajuk Keberkesanan
Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4 : Satu Kajian
Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor, pendaraban merupakan salah satu
kemahiran
asas
matematik. Kemahiran ini sekiranya tidak dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah rendah akan
membantutkan penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.
Dalam kajian Azizi dan Hu (2010) menyatakan bahawa murid lemah dalam kemahiran mendarab
disebabkan masalah dalam sifir. Mereka mencadangkan penggunaan kotak magic untuk membantu
murid-murid menjawab soalan yang melibatkan pendaraban. Namun begitu, mengikut kajian yang
telah dijalankan oleh mereka, timbulnya masalah penambahan melibatkan proses mengumpul semula .

Metalogi Kajian
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 6 orang murid yang terdiri daripada seorang murid perempuan dan lima orang
murid lelaki berbangsa Melayu. Murid ini dipilih berdasarkan satu ujian berkenaan dengan topik
pendaraban yang telah dijalankan pada bulan Januari 2015. Mereka terdiri daripada murid
berpencapaian lemah dan mendapat markah kurang daripada 40% dalam ujian tersebut.Penglibatan
murid yang dipilih ini di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menggalakkan dan apabila
disoal mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul dan ada yang hanya berdiam diri.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Setelah langkah-langkah dilaksanakan , data - data dikumpulkan. Kajian yang dilaksanakan
menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti pemerhatian,soal selidik, temu bual, analisis
dokumen, Ujian Awal dan Ujian Akhir.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN


Kajian tindakan ini berdasarkan Model Tindakan Lewin (1946). Reka bentuk kajian tindakan Kurt
Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin Action Research yang mana
menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang dikaji. Beliau
mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mempunyai 4 langkah
iaitu
merancang (planning), bertindak (action) , memerhati (observe)
dan mereflek (reflecting).

656

Perancangan dan pelaksanaan tindakan.


Reka bentuk kajian yang saya lakukan ialah pada sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan tindakan
dijalankan. Tindakan ini dilaksanakan selepas sesi persekolahan. Jadual 1 menunjukkan tindakan
yaang telah saya jalankan.
Jadual 1
Pelaksanaan Tindakan Di sekolah
__________________________________________________________________________________
Minggu
Perancangan Tindakan
__________________________________________________________________________________
Minggu 1

Pemerhatian awal
Melaksanakan Ujian awal

Minggu 2 & 3

Melaksanakan intervensi menggunakan teknik "petak 10"

Minggu 4

Melaksanakan Ujian Akhir

_________________________________________________________________________
Aktiviti 1 : Ujian Awal
Daripada 26 orang murid yang terdapat di dalam kelas Tahun 3, seramai 6 orang murid dipilih
berpandukan ujian awal yang dijalankan dan juga pemerhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Tujuan ujian dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana penguasaan
murid yang dipilih tentang operasi darab sebelum intervensi dijalankan. Ujian ini dijalankan selama
30 minit dan terdapat 10 soalan yang telah diberikan berkaitan dengan topik darab.
Aktiviti 2 : Pengenalan kepada teknik petak 10.
Saya telah mengajar murid-murid yang dipilih ini menggunakan teknik "petak 10". Kaedah ini diajar
kepada 6 orang murid yang telah dipilih berpandukan ujian awal yang dijalankan.
Aktiviti Teknik "Petak 10"
Aktiviti ini merupakan aktiviti individu. Murid akan diberikan kertas A4 yang mempunyai petak 10
yang telah diliminitkan. Kertas tersebut diliminitkan bagi memudahkan murid menulis diatasnya.
Setiap murid juga dibekalkan dengan sebatang pen whiteboard. Di setiap petak ada satu bulatan yang
ditulis dengan nombor seperti di bawah

10
00

657

Cara-cara menggunakan petak 10.


Langkah 1 :Tanda dan lukis
Murid akan diberikan soalan ayat matematik darab.
Contoh

5 x 2 =

Setelah diberikan soalan, murid dikehendaki melihat nombor yang pertama pada ayat matematik.
Contohnya nombor 5 berdasarkan soalan di atas dan kemudian menanda nombor sehingga 5 pada
bulatan yang terdapat pada "petak 10". Guru menjelaskan kepada murid tentang nombor 5 dan
nombor 2 di mana nombor 5 yang ditanda pada bulatan dikenali sebagai kumpulan manakala
nombor 2 ialah bilangan ahli dalam kumpulan.Kemudian murid akan melukis gambar atau objek
yang disukai dalam
setiap petak yang telah ditanda mengikut bilangan ahli dalam kumpulan.
Aktiviti diulang sehingga murid boleh menanda dan melukis dengan betul.(melibatkan sifir 2, 3, 4
dan 5)
Contoh :
1

10
00

Langkah 2: Bilang dan tulis.


Setelah murid mahir dalam menanda dan melukis pada "petak 10", murid dikehendaki membilang
dan menulis.Murid akan membilang bilangan petak yang telah ditanda dan dilukis. Kemudian
murid dikehendaki menulis ayat penambahan berulang pada petak yang disediakan mengikut
jumlah gambar atau objek yang dilukis. Aktiviti akan diulang sehingga murid mahir.
Contoh :
1

10
00

658

2 + 2 +

+ 2

Langkah 3 : Mari tulis ayat.


Murid diperkenalkan dengan konsep darab melalui penambahan berulang. Murid menulis ayat
matematik itu semula berpandukan ayat penambahan berulang yang ditulis pada "petak 10".
Sebelum murid menulis ayat matematik, murid dikehendaki mengira bulatan yang ditanda dan
kemudian akan didarabkan pula dengan bilangan objek yang dilukis dalam setiap petak.Semasa
murid menulis ayat matematik, simbol darab digunakan.

Contoh :
1

2 + 2 + 2
5 x 2

+ 2

10
00

Langkah 4 : Jom Kira


Untuk mendapatkan jawapan yang betul, murid dikehendaki mengira semua jumlah objek yang
telah dilukis pada petak 10.

Contoh :
1

2 + 2 + 2
5 x 2

+ 2

10
00

2
10

Aktiviti 3 : Aplikasi "Kaedah Petak 10"

659

Setelah murid mahir menyelesaikan soalan operasi darab menggunakan "petak 10", murid
dikehendaki
menyelesaikan soalan latihan. Latihan aplikasi ini bertujuan untuk mengenal pasti
adakah penggunaan teknik "petak 10" dapat membantu murid meningkatkan pemahaman konsep asas
darab melibatkan penambahan berulang. Pada peringkat ini, murid telah mengaplikasikan
sepenuhnya kaedah "petak 10"untuk menjawab soalan operasi darab.

Aktiviti 4 : Ujian Akhir


Selepas intervensi dijalankan, ujian akhir dijalankan dan sebanyak 10 soalan diberikan. Semua soalan
yang diberikan melibatkan operasi darab. Saya membuat perbandingan pencapaian pemarkahan
sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Dapatan dan Refleksi

Setelah langkah-langkah dilaksanakan, data-data dikumpulkan. Kajian yang dilaksanakan


menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti pemerhatian,soal selidik, temu bual, analisis
dokumen , Ujian Awal
dan Ujian Akhir. Perancangan dan hasil dapatan daripada kajian ini
dihuraikan dengan menyeluruh bagi memberi gambaran yang jelas.
Analisis Melalui Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses melihat dan meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Saya telah
menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat pemahaman murid dalam menguasai kemahiran
konsep asas darab melalui penambahan berulang. Pemerhatian dibuat sebelum dan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.. Melalui pemerhatian semasa intenversi dijalankan saya
telah memerhati perubahan sikap murid semasa menjalankan aktiviti. Sebelum ini mereka tidak
bersemangat untuk belajar dan asyik bermain. Apabila mereka melalui aktiviti intervensi ini mereka
berlumba-lumba dan bersemangat untuk mencuba. Penggunaan "petak 10" dapat meningkatkan
lagi minat mereka untuk belajar. Setiap murid diberi peluang melukis dan membilang menggunakan
kad "petak 10". Murid- murid ini juga semakin bersemangat dan berminat untuk menyelesaikan
tugasan dan latihan yang diberikan tanpa mengganggu rakan yang lain.
Analisis Melalui Soal Selidik
Borang soal selidik diberikan kepada 6 orang murid untuk menilai minat mereka
terhadap pelajaran matematik dan juga penguasaan murid tentang konsep asas
darab menggunakan kaedah "petak 10". Borang soal selidik diberi sebelum dan
selepas intervensi dijalankan. Sebelum intervensi murid diberikan borang soal
selidik yang mempunyai 5 soalan. Kemudian borang soal selidik diberikan kepada
murid selepas intervensi dijalankan Terdapat 7 soalan dalam borang soal selidik
ini dan murid dikehendaki menjawab soalan ini dalam masa 15 minit. Murid
perlu memberikan jawapan "setuju" atau "tidak setuju" terhadap soalan yang
diberikan.
Semua murid memilih jawapan "setuju" berbanding dengan "tidak setuju". Teknik "petak 10"
yang diperkenalkan menyebabkan mereka minat untuk menyelesaikan operasi darab. Daripada
hasil soal selidik yang dijalankan, 6 orang murid ini telah menunjukkan peningkatan. Mereka mula
menunjukkan minat terhadap pelajaran matematik dan menganggap metematik pelajaran
yang
mudah untuk dipelajari walaupun sebelum ini mereka mengatakan matematik susah.
Keenam-enam murid berpendapat bahawa teknik "petak 10" yang diperkenalkan telah dapat
membantu mereka untuk menjawab soalan melibatkan operasi darab. Secara keseluruhannya
teknik "petak 10" dapat meningkatkan lagi penguasaan murid dalam menguasai konsep asas darab
melibatkan penambahan berulang disamping dapat menarik minat murid untuk mempelajari
matematik.

660

Analisis Melalui Kaedah Temu Bual


Temu bual bersama dengan murid dijalankan untuk mendapatkan respon daripada murid. Saya
telah jalankan temu bual dengan keenam-enam orang murid secara individu. Dapatan daripada
temu bual yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa murid berminat mempelajari matematik
menggunakan kaedah yang diperkenalkan.

Berdasarkan soalan yang diberikan kepada murid, kebanyakan murid


menjawab mereka suka
matematik tetapi matematik susah untuk dipelajari. Di samping itu, mereka juga tidak faham apa yang
diajar oleh guru. Mereka juga tidak suka menulis kerana nombor terlalu banyak. Temu bual ini dapat
mengukuhkan lagi bahawa murid- murid yang menjadi sasaran kajian belum dapat menguasai
kemahiran konsep asas darab. Setelah keenam-enam murid diperkenalkan dengan teknik "petak 10",
mereka memberikan respon yang positif
Analisis Melalui Dokumen
Saya telah menggunakan kaedah analisis dokumen untuk mengetahui sejauh mana perkembangan
murid terhadap intervensi yang dijalankan ke atas mereka. Bahan-bahan
ini
dianalisis
menggunakan instrumen senarai semak. Murid yang agak lemah akan dibimbing secara lebih dekat
supaya mereka merasa lebih seronok untuk mempelajari apa yang diajar.
Hasil analisis dokumen yang telah dijalankan, keenam-enam murid telah menunjukkan peningkatan
yang baik setelah mereka menggunakan "petak 10". Di akhir intervensi , murid telah dapat
menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menguasai konsep asas darab melibatkan penambahan
berulang.

Analisis Melalui Ujian Awal dan Ujian Akhir


Perbandingan Pencapaian bagi Ujian Awal dan Ujian Akhir
Jadual 16
Perbandingan Keputusan Pencapaian Murid bagi Ujian Awal dan Ujian Akhir
_________________________________________________________________________________
Murid
Markah Ujian Awal
Peratus
Markah Ujian Akhir
Peratus
__________________________________________________________________________________
Murid A
0
0%
10
100%
Murid B
3
30%
9
90%
Murid C
1
10%
10
100%
Murid D
2
20%
8
80%
Murid E
3
30%
10
100%
Murid F
3
30%
9
90%

661

_______________________________________________________________________________
Jadual di atas menunjukkan perbandingan antara ujian awal dan ujian akhir. Markah ujian yang
diperolehi dipaparkan dalam bentuk graf di bawah. .
120%
100%
80%
60%
40%
20%
0%

Ujian Awal
Column1

Rajah 6 : Graf Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir

Graf di atas menunjukkan jumlah data yang dikumpul daripada Ujian Awal dan Ujian Akhir.
Jadual juga menerangkan tentang peratusan peningkatan sebelum intervensi dan selepas intervensi.
Murid A mendapat 0 peratus sebelum intervensi dan meningkat ke 100 peratus selepas intervensi.
Murid B pula mendapat 30 peratus sebelum intervensi dan meningkat kepada 90 peratus
selepas intervensi. P. Manakala Murid C pula mendapat 10 peratus sebelum intervensi dan 100 peratus
selepas intervensi dijalankan. Murid D pula mendapat 20 peratus sebelum intervensi dan 80
peratus selepas intervensi. Murid E mendapat markah sebanyak 30 peratus sebelum intervensi dan
100 peratus selepas intervensi. Murid F mendapat 30 peratus sebelum intervensi dan 90 peratus
selepas intervensi. Berdasarkan perbandingan markah ujian awal dan ujian akhir yang ditunjukkan,
keenam-enam murid menunjukkan peningkatan yang positif. Seramai 3
orang
murid
berjaya
mendapat 100 peratus dalam ujian akhir. Pencapaian ini
menunjukkan bahawa murid-murid
dapat menguasai konsep asas darab menggunakan teknik "petak 10".
Rumusan dan Refleksi
Rumusan
Berdasarkan kepada data yang telah dibincang dan dianalisis secara terperinci sebelum ini, dapat
dilihat dengan jelas bahawa teknik "petak 10" berkesan dalam membantu murid meningkatkan
pemahaman konsep asas darab melibatkan penambahan berulang. Peningkatan markah yang
ditunjukkan oleh keenam-enam murid menjelaskan bahawa teknik "petak 10" dapat membantu
meningkatkan pemahaman konsep asas darab melibatkan penambahan berulang.

662

Peningkatan markah ini telah menunjukkan bahawa murid memahami dan dapat
mengaplikasikan setiap aktiviti yang dijalankan. Teknik petak 10 yang diperkenalkan bukan sahaja
dapat membantu murid meningkatkan pemahaman konsep asas darab melibatkan penambahan
berulang malah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.
Refleksi
Kajian yang dijalankan telah memberi kesan yang positif kepada murid yang terlibat.Dalam ujian
yang dijalankan, keenam-enam murid telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Ini boleh
dilihat hasil perbandingan antara ujian awal dan
ujian
akhir
yang
dijalankan.
Keenam-enam murid ini juga telah menunjukkan perubahan sikap di mana sebelum
intervensi dijalankan mereka lebih suka berdiam diri dan tidak mahu memberikan jawapan. Namun
begitu, setelah intervensi dijalankan murid-murid ini lebih bersemangat dan berminat untuk
belajar. Seperti yang kita ketahui, murid yang lemah perlu diajar dengan cara yang mudah difahami.
Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan perlu mengikut tahap yang bersesuaian dengan murid.
Secara tidak langsung murid akan berminat untuk belajar . Selepas melaksanakan kajian tindakan
ini, saya boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Selain kepada murid, kajian ini juga memberi implikasi kepada diri saya
supaya menjadi seorang guru yang kreatif dan kritis dalam melaksanakan sesuatu kaedah pengajaran.
Selain itu, saya juga dapat meningkat lagi amalan profesional saya sebagai seorang guru. Guru yang
kreatif dan berinovasi dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
dapat memberi keseronokan kepada murid di dalam kelas.

Cadangan kajian Lanjutan


Melalui kajian tindakan yang dijalankan, terdapat beberapa cadangan untuk kajian lanjutan.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan didapati
berlakunya
peningkatan tahap pencapaian murid. Ini secara tidak langsung
dapat menjawab soalan kajian
dan dapat dijadikan ukuran kepada tahap pencapaian
objektif penyelidikan ini. Terdapat
beberapa proses penambahbaikan perlu dibuat jika kajian ini hendak diteruskan lagi. Antara cadangan
penambahbaikan ialah jumlah peserta kajian yang bermasalah hendaklah ditambah. Penambahan
bilangan murid yang dikaji perlu untuk mendapatkan keputusan dan dapatan yang kukuh dan jitu.
Selain itu, kajian ini akan menjadi lebih berfaedah kepada ramai lagi murid yang mengalami masalah
untuk memahami konsep asas darab yang melibatkan penambahan berulang.
Teknik "petak 10"
juga boleh diajar kepada murid tanpa mengira tahap mereka terutamanya kepada murid pemulihan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian yang dilaksanakan dapat meningkatkan pemahaman konsep darab melibatkan
penambahan berulang. Saya dapat teknik "petak 10" membantu murid meningkatkan pemahaman
konsep asas darab melibatkan penambahan berulang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa muridmurid mencapai objektif yang dikehendaki.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2009). Guru Sebagai Penyelidik: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005).
Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (1995). Modul
Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: PIER - Sub Program 4, BPPP, KPM.

663

Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd. Puchong, Malaysia.
National Council of Teachers of Mathematics. 1989. Curriculum and evaluation standards for
school mathematics. Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.
Nik Aziz Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noor Shah Saad (2002). Teori & Perkaedahan Pendidikan Matematik: Prentice Hall Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Piaget,J. 1971. Psychology and epistemology: Towards a theory of knowledge. New York: The
Viking Press.
Reysl (2004). Helping Children Learn Mathematics. (

7t h edition). USA: John

Wiley

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Zainuddin Abu Bakar & Mohd Rashidi Mat Jalil. (2005). Keberkesanan Kaedah Petak Sifir
Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4 : Satu Kajian Di
Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Diperoleh pada Februari 2015 dari
http://eprints.utm.my/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Dalam_
Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf.

664

Anda mungkin juga menyukai