Anda di halaman 1dari 7

10 Saintis Hebat Yang Mati Kerana Eksperimen Sendiri

Salam.
Jom singkap sedikit sejarah silam, kali ini saya paparkan kepada anda mengenai kehebatan 10
saintis dunia yang akhirnya mati dek kerana eksperimen sendiri. Ironinya, eksperimen itu
adalah untuk kebaikan manusia sejagat. Biarpun begitu, kerana mereka ramai yang telah
mendapat manfaat di sebalik kematian tragis mereka ini.

Sir David Brewster


Sir David Brewster
Beliau adalah seorang saintis Scotland, dan penulis. Bidang yang menjadikan beliau seorang
saintis hebat ialah bidang optik dan polarisasi cahaya. Pada tahun 1831, Sir David Brewster
telah melakukan satu eksperimen kimia yang menyebabkanya hampir buta, sehinggalah ia
mati. Sir David Brewster juga terkenal kerana menemukan atau pencipta kaleidoskop.

Alex Bogdanov
Alexander Bogdanov
Alexander Bogdanov adalah seorang doktor Rusia, ahli falsafah, ekonomi, dan penulis
fiksyen sains. Pada tahun 1924, beliau telah membuat satu percubaan pemindahan darah.
Setelah melakukan 11 pemindahan darah buat dirinya, beliau telah berjaya menemukan
kejayaan untuk mencegah kebotakkan dirinya, serta membantu untuk meningkatkan daya
penglihatannya. Malangnya, Bogdanov lupa untuk menguji tahap kebersihan darah penderma
yang digunakan. Pada tahun 1928, Bogdanov telah melakukan satu pemindahan darah yang
akhirnya meragut nyawanya. Darah tersebut telah didapati dijangkiti dengan malaria dan
TBC.

Karl Scheele
Karl Scheele
Beliau adalah seorang ahli farmasi yang telah menemui banyak unsur-unsur kimia. Yang
paling terkenal adalah penemuan unsur oksigen, molibdenum, tungsten, mangan dan klorin.
Dia juga merupakan saintis yang menemukan sebuah proses yang sangat mirip dengan
pasteurisasi. Beliau mempunyai satu perilaku yang memudaratkan iaitu membuat ujian rasa
setiap bahan kimia yang ditemuinya. Beliau mati kerana keracunan merkuri, walaupun
sebelumnya dia terselamat dari keracunan hidrogen sianida.

Elizabeth Ascheim
Elizabeth Ascheim

Kepada yang meminati radiologi, tentu kenal dengan saintis ini. Mengikut sejarah, selepas
kematian ibu, Elizabeth Fleischman Ascheim berkahwin dengan doktor keluarganya iaitu Dr.
Woolf. Dr. Woolf pada ketika itu sangat teruja dengan satu penemuan baru iaitu Wilhelm
Conrad Rntgen x-ray. Dan pada masa yang sama, isterinya juga menjadi sama tertarik
mengenainya. Pasangan ini akhirnya membeli sebuah mesin x-ray dan menyimpannya di
pejabat suaminya yang merupakan makmal x-ray pertama di San Francisco.
Menggunakan diri mereka sebagai subjek, dia dan suaminya menghabiskan beberapa tahun
bereksperimen dengan mesin. Malangnya, mereka tidak menyedari kesan daripada kurangnya
perlindungan untuk x-ray. Elizabeth meninggal dunia kerana kanser yang telahpun merebak
di dalam badannya.

Jean Francois De Rozier


Jean Francois De Rozier
Jean Francois adalah seorang guru kimia dan fizik. Pada 1783, dia telah menyaksikan belon
pertama di dunia membuat penerbangan, ini telah mencetuskan hasrat dalam dirinya untuk
terbang. Setelah menguji pelbagai ujian penerbangan menggunakan kambing, ayam, dan itik,
akhirnya dia dapat menempatkan dirinya untuk ujian belon pertama dengan manusia.
Penerbangan pertama menggunakan belon udara panas ini telah mencapai ketinggian 3,000
kaki. Kemudian, De Rozier merancang menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis ke Bahasa
Inggeris. Ketika melakukan penerbangan itu, ketika berada di ketinggian 1,500 kaki, belon
udaranya tetiba menguncup lalu dia mati jatuh terhempas.

Sir Humphry Davy


Sir Humphry Davy
Sir Humphry Davy adalah seorang ahli kimia Inggeris yang sangat bijak dan merupakan
seorang perekacipta yang hebat. Beliau antara banyak saintis yang suka melakukan
eksperimen, dan hampir kesemua eksperimennya yang melibatkan bahan kimia berakhir
dengan letupan! Dia pernah dibuang kolej kerana melakukan eksperimen berbahaya tersebut.
Dan antara sifatnya yang membawa kepada kematiannya ialah sangat suka menghidu
pelbagai gas ketika bereksperimen dengan bahan tersebut. Kerana kebiasaan ini, dia telah
berjaya menemukan sifat anestesi nitrus oksida. Kerana terlalu banyak keracunan akibat gas
berbahaya, beliau lumpuh dan menghabiskan sisa hidupnya selama 2 dekad dengan sia-sia.
Dia juga mengalami kerosakan mata kekal dalam letupan triklorida nitrogen.

Michael Faraday

Michael Faraday
Setelah seorang saintis Inggeris Sir Humphrey Davy cedera, dia telah mengambil Faraday
sebagai anak murid. Michael Faraday telah melakukan usaha untuk meningkatkan kaedah Sir
Humphrey Davy dalam elektrolisis yang akhirnya berjaya membuat penemuan yang berguna
di bidang elektro-magnet. Malangnya, Faraday juga mengalami kerosakan matanya dalam
letupan nitrogen klorida. Dia menghabiskan sisa hidupnya dengan penderitaan keracunan
kimia kronik.

Galileo Galilei
Galileo Galilei
Galileo juga disebut sebagai "bapak fizik moden". Karyanya pada penyempurnaan teleskop
adalah yang paling hebat. Ini membuka pintu alam semesta untuk generasi akan datang,
namun pada masa yang sama telah merosakkan penglihatannya. Dia terpesona dengan
matahari dan menghabiskan berjam-jam menatapnya. Sebagai akibatnya, ia mendapat
kerosakan retina, yang akhirnya menyebabkan ia buta, lalu menghabiskan sisa hidup dalam
kegelapan selama empat tahun terakhir hidupnya.

Louis Slotin
Louis Slotin

Slotin merupakan seorang saintis yang bekerja dengan AS untuk membuat bom nuklear
pertama. Sementara melakukan eksperimen untuk projek, secara tidak disengajakan
menjatuhkan bebola Berillium yang mengakibatkan radiasi. Dia mati akibat radiasi selepas 9
hari dirawat di hospital.
Jumlah radiasi yang terkena pada Slotin adalah setara dengan berdiri 4800 meter dari letupan
bom atom.

Marie Curie
Marie Curie
Curie bersama suaminya Pierre mencari radium pada 1898. Dia menghabiskan sisa hidupnya
melakukan kajian radiasi dan belajar mengenai terapi radiasi. Dia mati akibat terlalu terdedah
dengan radiasi yang menyebabkan ia menderita akibat leukemia. Dia meninggal dunia pada
tahun 1934. Curie adalah orang pertama dan satu-satunya yang menerima dua hadiah Nobel
dalam ilmu di dua bidang yang berbeza, kimia dan fizik. Hebat bukan?

Sumber Asal: 10 Saintis Hebat Yang Mati Kerana Eksperimen Sendiri


http://www.hasrulhassan.com/2011/06/10-saintis-hebat-yang-matikerana.html#ixzz28qwih73K
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Anda mungkin juga menyukai