Anda di halaman 1dari 2

Nama pemilik insurans

SMK Bahasa Malaysia


Peti Surat 51,
95407 Saratok, Sarawak
______________________________________________________________________
Policyowner Services Dept
Level 8
Menara AIA
99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

6 JULAI

2012
Tuan,
INGIN MEMBUAT PEMBATALAN POLISI INSURANS W530995
Merujuk kepada perkara di atas, saya , NO IC, dengan nombor polisi insurans
W530995 yang berkuatkuasa pada 28 JAN 2012 ingin membuat pembatalan polisi
insurans ini.
2. Alasan saya ingin membuat pembatalan polisi insurans ini ialah saya
merasa tertipu dengan polisi insurans ini. Pada 4 Jan 2012, saya telah menerima
panggilan telefon daripada tele-marketer AIA. Saya telah tertipu dengan ayat yang
dinyatakan oleh tele-marketer AIA tanpa berfikir panjang samaada polisi insurans ini
adalah yang paling sesuai dengan keadaan kesihatan dan menepati keperluan saya dan
keluarga saya.
3. Saya juga merasa terbeban untuk membayar polisi ini kerana perlu
membayar satu lagi polisi TAKAFUL IKHLAS yang mempunyai pelan perlindungan yang
sama dengan polisi insurans AIA pada setiap bulan. Polisi insurans AIA ini juga kurang
menepati keperluan kesihatan saya dan keluarga saya. Walaupun saya tidak
mempunyai sebarang penyakit, namun ayah saya menghidap kencing manis dan saya
ingin membuat Medical Card supaya beliau boleh mendapatkan rawatan di hospital
swasta. Saya mendapati polisi insurans AIA tidak menepati keadaan kesihatan dan
keperluan saya dan keluarga saya.
4.
Untuk makluman pihak tuan, saya telah membuat surat pembatalan polisi
insurans ini dan telah difakskan pada 5 Julai 2012 dan telah diterima oleh tele-marketer
AIA. Tujuan saya membuat surat yang kedua ini adalah supaya proses pembatalan
polisi insurans saya dicepatkan dan saya tidak perlu membazirkan wang dan masa saya
untuk membayar premium bulanan yang tidak memberi manfaat yang sepenuhnya
kepada saya.
Saya berharap pihak tuan akan menghantar surat pengesahan bertulis yang
menyatakan polisi akaun saya telah dibatalkan dalam masa dua minggu. Saya juga
ingin meminta pihak tuan memulangkan kembali bayaran yang telah dipotong daripada

akaun bank saya selama 6 bulan iaitu sebanyak RM551.40 dan menghentikan
pemotongan premium bulanan polisi ini daripada akaun bank saya mulai bulan Julai
2012.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
_______________________________
()

Anda mungkin juga menyukai