Anda di halaman 1dari 17

ARNAB

DAN
KURA-KURA

Dalam sebuah
hutan,tinggal
seekor kura-kura.
Ia berjalan
perlahan sahaja
kerana badannya
besar dan
cengkerangnya
tebal.

Tiba-tiba seekor
arnab melompat
pantas dan berdiri
di hadapannya.
Kura-kura, ke
mana kamu nak
pergi?tanya arnab.
Saya nak mencari
makanan, jawab
kura-kura.

Kamu berjalan
terlalu lambat,mana
boleh dapat
makanan, kata
arnab.
Cuba tengok
saya, pantas dan
cergas,
sambungnya.
Arnab berasa
bangga dengan

Kura-kura berasa
sangat marah
dengan kata-kata
arnab.
Kalau kamu
berasa diri kamu
gagah,mari kita
berlumba,cadang
kura-kura.

Arnab ketawa
mengejek.
Kamu nak
berlumba lari
dengan saya?
tanya arnab.
Kura-kura
mengangguk.

Kamu tak boleh


menang.Kalau
kamu
menang,saya
akan sediakan
makanan untuk
kamu, kata
arnab sambil
ketawa.

Jangan cakap
besar.Nanti kamu
menyesal, kata
kura-kura.
Selepas itu,arnab
segera mencari
kambing dan kerbau
untuk menjadi
pengadil.

Kura-kura dan
arnab sudah
bersedia.
Kambing pun
melepaskan
mereka.

Arnab yang
sudah jauh di
hadapan menoleh
ke belakang.
Kura-kura jauh
tertinggal di
belakang.

Apabila tiba di
sebatang pokok
besar,arnab berhenti
sambil menoleh ke
belakang.
Lebih baik saya
berehat di sini
dahulu.Kura-kura
tentu masih jauh di
belakang, kata arnab.
Arnab berehat di situ
lalu tertidur.

Kura-kura tiba
di pokok besar
itu.Ia nampak
arnab sedang
lena.
Ia terus juga
berjalan.

Kambing menanti
sehingga arnab
sedar.Setelah lama
menanti,akhirnya
arnab terjaga.
Hah. Hari dah
petang.Saya nak
teruskan perjalanan
ini.Kura-kura tentu
belum sampai lagi,
kata arnab.

Kura-kura dah
jauh
meninggalkan
kamu, kata
kambing.
Arnab
terperanjat
mendengar
jawapan itu.Ia
terus berlari
sekuat hati.

Apabila sampai di
garisan penamat,
arnab dapati kurakura sedang
berbual-bual
dengan kerbau.
Kamu mesti
tunaikan janji, kata
kerbau dengan
arnab.

Sejak hari
itu,kura-kura tidak
perlu mencari
makanan lagi.
Arnab pula berasa
menyesal dan
meminta maaf
dengan kura-kura.
Arnab berjanji tidak
akan sombong lagi.
Mereka berdua
pun menjadi kawan
baik.

NILAI MURNI
Setiap orang
mempunyai
keistimewaan dan
kelebihan masingmasing.
Jangan sekali-kali
memandang
rendah terhadap
orang yang lemah
atau miskin.

Anda mungkin juga menyukai