Anda di halaman 1dari 22

OPEN UNIVERSITI

MALAYSIA
NAMA

:AINAA SAFIAH BT AZIZ

NO.MATRIK

:860922025272001

NAMA PENSYARAH

:FAIZAH BT ALI

SUBJEK

:TARANUMAL QURAN

(HBQE3103)

PENGERTIAN TARANUM AL-QURAN

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama,


yatarannamu tarannum

yang

membawa

maksud

berdendang atau

menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan


bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu,
tarnim yang membawa maksud intonation, modulation, recital, chanting,
singing and humming iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian
dan bacaan yang baik.
Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan
mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu. Nada adalah tingkatan
atau

tekanan

bunyi

suara

dan

rentak

adalah

pergerakan

yang

menghidupkan bunyi suara.Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.


Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah
SAW. Sabda Baginda:

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang
diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum)
bacaan al-Quran.
Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi.


Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang
elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat
beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik
antaranya Abdullah bin Masud RA, Abu Musa Asyari dan ramai lagi.
Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah
bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah)
dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang
terus berkembang sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran
(simai), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara
sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika
zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat
berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan
itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran
yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi,
Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran
yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qariqari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannumtarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari
aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya
untuk bacaan Al-Quran.

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN


Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian
amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa
hati

pembaca

dengan

pendengar

kepada

keagungan

Allah

S.W.T.

Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan.


Antara Falsafah tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling


agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: diturunkan al-Quran itu
dengan penuh kebesaran dan kehormatan. (Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca
dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah
Taala yang bermaksud: Mereka segera menundukkan muka sambil
menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan
keinsafan. (Surah al-Isra:ayat 109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala
bermaksud:

Dan

apabila

al-Quran

di

baca

hendaklah

kamu

mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya)


semoga kamu beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti
sabda Rasulullah SAW: Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan
suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu
menambahkan keindahan seni al-Quran.
Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
Aliran Hijazi
Padang pasir. Bukit bukau. Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya
lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.
Aliran Misri
Lembah nil. Subur menghijau. Suhu sederhana.Lalu: irama dan
rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.
Asal Ilham Tarannum
Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari
persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi
tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah

mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab


disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum


Berdasarkan

kaedah

fiqhiyyah

serta

pandangan

alim-ulama,

bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut:


Sabda Rasulullah s.a.w.:yang bermaksudnya:
"Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab
dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah
keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi
(Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan
muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu
yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih
yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa
lagi hati mereka yang mengkaguminya".( Riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).

Kata Ibnu Kathir: Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut


hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa
penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta
memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM

Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan al-Quran


dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan al-Quran. Tarannum sangat


berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusun
lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

a) Tarannum bit Tahqiq Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq


menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qariqari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain.
Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.

b) Tarannum bit Tadwir Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir


menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh
Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti
Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an.


Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata Bihumurin
jasad

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak.


Sunani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah
yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.

7. Jiharkah.

Selain itu, terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini,


Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang
kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum mempunyai nama yang sama di


dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri
yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qariqari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah
mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran
zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti
asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah
arab.

Untuk bertarannum, para Qari haruslah mengenali beberapa kompenan


penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan
satu mahattah).

2.3.2 Qitah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sinai (bunga-bunga suara yang terjadi dengan
sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang


sempurna).

2.3.5 Salalim suud dan nuzul (suara menaik dan menurun mengikut
ilmu peringkat-peringkat suara)

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7

Wuslah

al-mumathalah

(kemahiran

menggabungkan

alunan

beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

Hukum Umum Bertarannum Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta


pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum
adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak
masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan
diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar
atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniruniru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang
hanya melekakan dan lain-lain. Sabda Rasulullah s.a.w.:

.
( ) . Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya
lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca
dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian.
Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita).
Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan
yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan
sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui
khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang
mengkaguminya".

Kata

Ibnu

Kathir:

Bahawasanya

(berlagu)

yang

dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang


menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan,
kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.

JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS TARANNUM BAYYATI Perkataan


bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat
kediaman.
Sifat Tarannum Al-Bayyati Lembut disamping tegas. Sesuai dengan
tobaqot sederhana. Harmoni. Berunsur ketenangan.
Peranan Tarannum Al-Bayyati Memantapkan persembahan. Sesuai
sebagai tarannum pembukaan dan penutup. Pengukuran kepada
tarannum sesudahnya. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SOBA Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir Sifat
Tarannum Soba Gerak ringan meresap jiwa. Alunan lembut yang
mendayu. Sesuai dengan tobaqot sederhana. Sesuai dengan ayat
memohon, merayu, merintih dan sebagainya. Peranan Tarannum Soba
Menenangkan persembahan. Membawa kekhusyukan dan keinsafan.

Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan


perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat
popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini
tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka. Sifat Tarannum Hijaz Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan

pendorong

semangat.

Kelincahan

menghidupkan

persembahan. Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Sesuai dengan


ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz. Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Memberi tenaga
kepada tarannum sesudahnya. Menunjukkan Ketegasan kepada mesej
Al-Quran. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat
menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM NAHWAND Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak
di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat
Tarannum Nahwand Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan
bersopan. Sederhana memikat jiwa. Kehalusan seni. Sesuai dengan
tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Nahawand Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar. Sesuai dengan ayat
memohon, bercerita dan sebagainya. Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat
Al-Quran.
TARANNUM RAST Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qariqari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir
mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Rast Gerak lembut
disamping ketegasan. Kelembutan alunan. Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Sesuai dengan mana-mana bentuk
ayat. Peranan Tarannum Rast Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya. Memberi kepuasan

kepada pembaca dan pendengar. Dapat menimbulkan kesenian fasohah


Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat AlQuran.
TARANNUM SIKAH Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh
qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini
tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka. Sifat Tarannum Sikah Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu. Berciri kesedihan dan kerintihan. Sesuai
dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. Sesuai
dengan mana-mana tobaqot. Peranan Tarannum Sikah Melembutkan
persembahan. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat
Al-Quran.
TARANNUM JIHARKAH Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh
qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini
tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka. Sifat Tarannum Jiharkah Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan menusuk kalbu. Harmoni. Sesuai dengan ayat-ayat
merayu, memohon, merintih dan sebagainya. Sesuai dengan tobaqot
sederhana. Peranan Tarannum Jiharkah Menenangkan ketegangan
persembahan. Melembutkan persembahan. Membawa kekhusukan
dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat
menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BERKESAN

Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan


sangat diimpikan oleh seorang qari dan qariah serta pencinta seni alQuran.Pakar-pakar tarannum di dalam dan luar negara sentiasa berusaha

menggembelingkan tenaga ke arah pemantapan seni tarannum al-quran


agar ia dialunkan menepati kehendak bacaan yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW , para sahabat dan tabien serta generasi selepasNya.
Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir
adalah merupakan kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan
pembacaan Kalam Allah walaupun dewasa kini kita dibanjiri oleh ledakan
kemajuan ICT . Ia tidak boleh menggantikan guru dalam memberi tunjuk
ajar yang berkesan.
Dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum
tidak boleh menolak secara total terhadap segala inisiatif yang lebih
moden dalam pengajaran al-Quran melalui media elektronik. Rancangan
Mari Bertarannum yang disiarkan di tv9 merupakan salah satu daripada
usaha murni untuk mendidik generasi cilik cara mengasah bakat
membaca al-Quran dengan alunan tarannum yang pelbagai. Lebih
istimewa lagi apabila proses mentahsinkan suara diajar dengan latihan
vocal .
Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, seorang pakar tarannum terkemuka
tanah air menggariskan beberapa perkara penting mesti difahami oleh
seseorang qari dalam usaha mencapai tahap penguasaan tarannum yang
berkesan. Perkara-perkara penting tersebut ialah sebagaimana berikut ;

1. Memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu


tajwid, ilmu ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu tarannum.
Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan
yang amat rapat dalam penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang
qari mesti mengenal sifat-sifat suara yang dimiliki bagi menyesuaikan
tobaqat qarar, nawa, jawab dan jawabul jawab. Persembahan tarannum
yang berkesan dan mantap akan lebih terserlah jika suara dialunkan
menepati

kesemua

tingkatan-tingkatan

suara

tersebut

tobaqat suara yang paling tinggi iaitu suara mustar atau otak.

termasuklah

Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain bagi setiap orang
Islam terutamanya seorang qari atau qariah. Seseorang qari semestinya
mendalami ilmu tajwid demi memelihara lidah dari kesalahan jaliy dan
khafiy semasa membaca kalam Allah. Ia juga bertujuan menyelamatkan
seorang qari daripada tersasar dalam menyebut makharij al-huruf dan
sifat-sifatnya.

Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :


Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa
tidak memperelokkan bacaan.

Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih adalah tidak


kurang

pentingnya

bagi

seseorang

qari.

Ketartilan

pada

setiap

persembahan amat dititikberatkan bagi memenuhi piawaian tilawah yang


berkualiti tinggi sehingga memberi keinsafan kepada pembaca dan
pendengar dalam menghayati maksud ayat ,bahkan ia adalah tuntutan
daripada Allah SWT sebagaimana firman Nya:





Maksudnya: Bacalah Al-Quran itu dengan tartil.


)


(






Maksudnya: Bacalah dengan perlahan dan hati-hati kerana hal itu akan
membantu pemahaman serta tadabbur terhadap Al-Quran.

Ulama telah bersepakat bahawa ayat ini merupakan dasar pokok yang
memerintahkan Al-Quran dibaca dengan berhati-hati sehingga baik
pengucapannya serta memenuhi ketentuan hukum bacaan, perintah
mana yang mengandungi hukum wajib.
Ironinya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara
satu sama lain yang melahirkan kombinasi korikulum bersepadu yang
mantap. Hasilnya tergubal sistem pemarkahan dan penghakiman tilawah
al-quran di Malaysia bagi menilai setiap kategori ini secara sistemetik
demi memartabatkan persembahan tarannum yang berkualiti tinggi
sesuai dengan kemuliaan mukjizat terunggul.

2. Memahami Fungsi Tarannum Bi al-Quran.


Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, ianya terbahagi
kepada dua kategori bagaimana berikut:1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung
kepada tarannum lain iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini,
tarannum Kurdi, tarannum Saba, tarannum Hijaz, tarannum Nahwand,
tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum Jiharkah.
2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih
sesuai menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum
Ajami, tarannum Nawa asar atau tarannum Ushaq dan tarannum Syuri.
Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati
oleh qari-qari yang mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh
Muhammad Rifat, As-Sheikh Taha Af-Fashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan
sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai tarannum selingan atau
sebagai

wuslah

kepada

mana-mana

menambahkan kecanggihan tarannum.

persembahan

bacaan

untuk

PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PERSEMBAHAN TARANNUM

Seorang sarjana dalam bidang Al-quran telah menampilkan lima tahap


proses pembelajaran secara berskala untuk memantapkan penguasaan
persembahan tarannum secara berkesan dan sempurna, sebagaimana
berikut ;

ASPEK TARANNUM
Tahap 1 : Proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan
berkonsisten, tanpa timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau
melodi tarannum tersebut.

Tahap 2 : Proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan


tersusun mengikut keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan,
pengurusan, perimbangan dan lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap

Proses

membetulkan

cara

pengendalian,

pengurusan,

pengolahan suara serta kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan
juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)


Tahap 4 : Proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu',
malakukan gerak sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun

burdah

sama

ada

burdah

kasar

atau

halus,

jarang

atau

kerap,

mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah jumlah harakat dan


melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5 : Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan
sempurna dari awal hingga akhir.

Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan


berkesan, mestilah melalui 5 tahap yang disebutkan dan melalui latihan
yang berterusan.

TEKNIK PEMBAYANG LAGU ATAU MAQAM TARANNUM


Menurut Mohd Ali bin Abu Bakar (1997 ),beliau mengemukakan
teknik pengukuhan persembahan tarannum dengan mengggunakan seni
kata pembayang daripada syair-syair arab. Haji Qasim bin Haji Ahmad,qari
dari Kedah telah menyusun panduan bertarannum menggunakan seni
kata nasyid,berzanji dan marhaban sebagai pembayang untuk diterapkan
dalam persembahan. Seseorang qari akan cuba menghayati irama, rentak
dan nada berbantukan bait-bait syair ini untuk diterapkan dalam
persembahan tarannum tertentu. Di antara bait-bait tersebut yang ialah :
1. Maqam tarannum nahawand
2. Maqam Tarannum Rast

3. Maqam Tarannum Hijaz


4. Maqam Taranum Sikah)

PEMANTAPAN LAGU CABANG

Walaubagaimanapun seorang qari yang mahir dalam selok belok


lagu dan tarannum bukan sahaja dapat mempersembahkan lagu asas
mengikut rentak dan irama tertentu, tetapi mampu menguasai lagu-lagu
cabang. Menurut Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail , terdapat lebih tiga
ratus cabang lagu lain yang boleh diselitkan dalam persembahan lagu
asas.
Mohd Ali bin Abu Bakar(1997) cuba menyusun bai-bait seni kata
pembayang bagi maqam lagu Nkris dan Usysyaq sebagaimana berikut.
(1) Maqam Lagu Nakriz

(2) Maqam Lagu Usyshaq

KAEDAH LATIH TUBI YANG BERTERUSAN

Dalam
seorang

qari

usaha
perlu

memantapkan
menjalani

suatu

persembahan

latihan-latihan

taraannum,

berterusan

mengikut

potongan ayat atau surah yang pelbagai. Latih tubi tersebut perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut :
1- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat pilihan ujian
tilawah dengan mempraktikkan ke semua jenis lagu dan dihiasi dengan

wuslah al-mumathalah, ikhtilal al-lahn, salalim nuzul dan suud serta


mahattah yang canggih .
2- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang dimulakan
dengan huruf muqathoah dan diwakafkan dengan Mad Asli atau Mad Fari
menerusi susunan lagu yang pelbagai.
3- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang diwakafkan
dengan Ta Marbutoh menerusi susunan Bayati, Saba, Hijjaz, Nahwand dan
Rast.
4- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi
bacaan khusus bagi riwayat Hafs seperti bacaan imalah, tashil dan ibdal,
isymam dan ikhtilas ,saktah, bacaan naqal dan silah .
5- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal, Harfi Muthaqqal serta Mad Istifham yang
memerlukan kadar panjang bacaannya dengan 6 harakat.

Latihan-latihan pengukuhan dan pemantapan seperti ini diharapkan


dapat memberikan natijah yang terbaik bagi setiap qari dan qariah demi
melahirkan generasi quranik yang berkualiti tinggi, mahir dari sudut tajwid
dan fasohah, memiliki nafas yang panjang dan mampu mengalunkan
alunan suara berlahjah Arab.
Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar
bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah 1.
Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast. 2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast
dan Sikah. 3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah. Bagi lagu-lagu
lain hanya sebagai selingan sahaja.

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa seseorang qari yang


berhasrat menguasai persembahan tarannum al-Quran yang berkesan
sewajarnya menitikberatkan beberapa perkara berikut antaranya adalah
erusaha sedaya upaya untuk memnguasai kaedah sebutan kalimahkalimah dan mahir menggabungkan kalimah tersebut dalam potongan
ayat al-Quran mengikut lahjah Arab.Justeru mendalami ilmu tatabahasa
Arab dan merujuk guru-guru yang memahami bahasa al-Quran supaya
menepati kehendak bacaan pada wakaf dan ibtida.Dengan Menerapkan
tarannum

yang

sesuai

dengan

pengisian

harakat

yang

canggih

berdasarkan kefahaman pada maksud kalimah dan potongan ayat yang


akan

dipersembahkan.Walaubagaimanapun

seorang

qari

perlu

memastikan susunan tarannum yang rapi dan tingkatan suara yang


bersesuaian

dengan

kemampuan

nafas

yang

dimiliki.Walhal

itu

menghiaskan setiap harakat tarannum dengan pengisian ikhtilal, salalim,


dan burdah yang berkualiti dalam usaha mencapai persembahan yang
bermutu tinggi dan mencuit jiwa pendengar dan sentiasa menjalani latih
tubi yang berterusan di samping merujuk guru-guru dan pakar tarannum
secara talaqqi dan mushafahah bagi mendapat gubahan seni yang terkini
dan kontemporari kerana sifat suatu seni itu sentiasa maju dan berubahubah.

RUJUKAN
1. Sedek Ariffin (2009).Jurnal Darul Quran JAKIM : Kepentingan Talaqqi dan
Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Disember 2009 . bil. Ke 13.
Melaka: Percetakan Surya Sdn.Bhd.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kurikulum Sijil Tinggi Tarannum AlQuran, Cet Pertama 2007. Selangor: Salwa tegap Niaga.

3. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu,
Darul Fikr, Kuala Lumpur.

4. Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Darul
Fikir, Kuala Lumpur.

5. Muhammad Al-Ghazali, ( 1996 ), Bagaimana Berinteraksi Dengan AlQuran Penerjemah Muhammad Rivai Batubara, Selangor : Budaya Ilmu
Sdn.Bhd.
6. Abu Mardhiyah,( 2004),Tajwid al-Quran. Cetakan Pertama ,Kuala
Lumpur: Perniagaan Normahs

7. Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran,
Kedah.
8. http://mytarannum.blogspot.com/

9.

http://pcbukm.blogspot.com/2009/10/tahap-tahap-pembelajaran-ilmu-

tarannum.html

10.Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri
Perak tahun 2008 dan 2009, Temubual, 1 November 2009. Hj. Nik Jafar
Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan alQuran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM,
hlm. 7.
11.Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin
Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September
2007, JAKIM, hlm. 2-7.