Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN )

TAHUN 4
UJIAN PRESTASI KEDUA
BULAN OGOS, 2010
SEK. KEB. ( SATU ) JALAN MERU, KLANG
NAMA :

KELAS :

Soalan 1 20
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. _____________ mesti bermain bersungguh-sungguh, kata ketua pasukan kepada rakan
sepasukannya.
A. Kita
B. Saya
C. Kami
D. mereka
Soalan 2 berdasarkan gambar

2. Abang menggunakan se______________ dawai untuk membuat ampaian.


A. urat
B. gelung
C. lembar
D. gulung
3. Senarai nama pemenang peraduan itu ditampal _________ papan kenyataan.
A. di
B. ke
C. pada
D. kepada
4. Adik bermain di singki ____________ bajunya basah.
A. jika
B. selagi
C. sehingga
D. apabila

Soalan 5 berdasarkan gambar

5. Anuar dan Anis ___________ raja sehari di atas pelamin yang dihias dengan bunga mawar
merah.
A. mengapit
B. menghimpit
C. mengepit
D. mengawal
Soalan 6 berdasarkan gambar.

6. Danial sedang mengelap _________ basikalnya dengan sehelai kain.


A. jari-jari
B. kisi-kisi
C. kuda-kuda
D. bola-bola
7. Kawasan projek perumahan yang _____________ itu ditumbuhi semak-samun.
A. tersusun
B. terbengkalai
C. terpelihara
D. terbina
8. ___________, awak pun ada di sini! kata Aqilah.
A. Amboi
B. Cis
C. Wah
D. Eh
9. Hobi membuat kraf tangan bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, _____________ dapat juga
menambahkan pendapatan.
A. malahan
C. namun
B. meskipun
D. tetapi

Soalan 10 berdasarkan gambar

10. Wak Sutarjo _____________ sayur dari kebunnya dengan sebatang kayu.
A. memikul
B. menjinjing
C. mengangkat
D. mengandar
11. Fara Fauzana telah dilantik sebagai ____________ dalam majlis persandingan penyanyi terkenal
itu.
A. jurumudi
B. juruacara
C. juruhebah
D. jurucakap
12. Sejak berjauhan, Suzana semakin ____________ akan ibunya di kampung.
A. segan
B. rindu
C. sedih
D. berani
13. Ada sebatang sungai di _________ kampung itu.
A. tepi
B. atas
C. penjuru
D. hujung
14. Kata-kata kesat yang dikatakan oleh Ajis masih _________________ di telingaku.
A. teringat-ingat
B. terngiang-ngiang
C. terpusing-pusing
D. terpisat-pisat
15. Pelanggan yang datang ke Butik Cendana itu pasti ____________ apabila melihat pelbagai jenis
rekaan baju.
A. cahaya mata
B. putih mata
C. buta warna
D. rambang mata

16. Tukang jahit itu ______________ menyiapkan tempahan itu dalam masa tiga hari.
A. hanya
B. juga
C. sahaja
17. Kami sangat takut apabila melihat mukanya yang pucat macam ____________ itu.
A. badak
B. semut
C. harimau
D. mayat
18. ____________ itu telah mengadakan pameran lukisan di Balai Seni Lukis Negara.
A. Pelukis
B. Melukis
C. Dilukis
D. Terlukis
19. _____________ bermain di tepi tebing yang curam itu.
A. Minta
B. Tolong
C. Sila
D. Jangan
20. Kakak Alif bekerja sebagai _________ di salah sebuah syarikat akhbar tempatan.
A. seniman
B. wartawan
C. peragawati
D. olahragawati
21. Wajahnya yang tampan menjadi igauan setiap gadis yang melihatnya.
Perkataan seerti bagi tampan ialah
A. kacak
B. anggun
C. kemas
D. bergaya
22. Satvinder segera berdiri apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Redzuan.
Perkataan berlawan bagi berdiri ialah
A. berlari
B. bangun
C. duduk
D. tidur

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.


23. Utaya menabung sejak kecil lagi. Kini, wang simpanannya dapat digunakan untuk membiayai
pelajarannya.
A.
B.
C.
D.

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit


Genggam bara api biar sampai menjadi arang
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


24. Hari Kebangsaan di sambut pada 31 Ogos setiap tahun.
A.
B.
C.
D.

Bilakah Hari Kebangsaan disambut?


Mengapakah Hari Kebangsaan disambut?
Bagaimanakah Hari Kebangsaan disambut?
Mengapakah Hari Kebangsaan diadakan?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


25. Mengapakah Tasik Kenyir menjadi pilihan kaki-kaki pancing?
A.
B.
C.
D.

Sudah lama Tasik Kenyir menjadi pilihan kaki-kaki pancing.


Tasik Kenyir menjadi pilihan kaki-kaki pancing kerana kawasan itu menjadi lubuk ikan.
Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia yang popular di Terengganu.
Kawasan itu menjadi tumpuan kaki-kaki pancing pada hujung minggu dan musim cuti
sekolah.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


26. Dinding kantin itu diconteng oleh Saad dan Armin.
A.
B.
C.
D.

Saad dan Armin dilarang menconteng dinding kantin itu.


Saad dan Armin diconteng oleh dinding kantin itu.
Saad dan Armin menconteng dinding kantin itu.
Dinding kantin itu menconteng Saad dsan Armin.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


27.

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Buku latihan Sani lega kerana dikoyakkan oleh adiknya.


Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR.
Dapur rumah saya lega kerana baru disambung.

I dan III
II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV

28.

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Adik ketakutan apabila mendengar deruan air hujan menimpa atap rumah.
Hati Aida sayu mendengar berita bencana yang menimpa penduduk Aceh.
Perasaan rindu akan ibunya tiba-tiba menimpa hati Hasmi.
Lawatan ke Melaka dibatalkan kerana tarikhnya menimpa tarikh peperiksaan.

I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV

Pilih ayat yang betul


29.

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

30.

I dan II
II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I
II
III
IV

A.
B.
C.
D.

Oleh kerana hujan, perlawanan hoki itu dibatalkan.


Rumah-rumah di pinggir bandar itu besar belaka.
Projek itu dibangunkan demi kepentingan rakyat.
Berbagai barang di pasar raya itu sangat murah.

Surihani lebih tinggi daripada Shafikah.


Di hari minggu pantai Port Dickson penuh dengan orang ramai.
Kita jangan sekali menghina orang yang miskin.
Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

I dan III
I dan IV
I, II dan IV
II, III dan IV

Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Hujan lebat baru reda, namun nyanyiannya masih kedengaran di cucur atap. Kadir
duduk meringkuk memeluk lututnya. Malam yang dingin itu bagai menggigit-gigit kulit
dan tulangnya. Dalam cahaya pelita yang samar-samar itu, Kadir memerhatikan deretan
adik-adiknya, Fikri, Azam dan Esah yang telah lama dibuai mimpi. Tiba-tiba hatinya
sayu memikirkan hal mereka. Andai sesuatu terjadi kepada ayah, bagaimanalah nasib
kita, dik? bisik hatinya.
Sudahlah Kadir, pergi kamu tidur, esok nak ke sekolah, pintas Mak Leha
memutuskan lamunan Kadir.
Ke mana ayah pergi, mak? Dah tengah malam tak balik-balik. Bahaya ke hutan
seorang diri, tanya Kadir kepada ibunya. Entahlah, agaknya kerana hujan lebat, dia
berteduh di mana-mana. Sekejap lagi pulanglah dia. Pergilah tidur, biar mak saja yang

tunggu, kata Mak Leha sambil menyembunyikan kerisauannya yang semakin


memuncak.
Kadir tak mahu tidur selagi ayah tak balik. Mak, Kadir tahu sejak akhir-akhir ini,
ayah bekerja keras untuk mengumpulkan duit persekolahan kami adik-beradik. Kasihan
ayah, kurus kering badannya. Kadir nak bekerja ayah tak izinkan. Petang tadi Kadir nak
mengikut ayah mencari rotan pun ayah tak izinkan, ujar Kadir lagi.
Kadir, kamu masih bersekolah. Tanggungjawab kamu belajar bersungguh-sungguh.
Tambahan pula, kamu akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ayah kamu
tidak mahu pelajaran kamu terjejas kerana menolongnya. Sebagai anak sulung, tunjukkan
contoh yang terbaik untuk adik-adik kamu. Hidup kita susah, tutur Mak Esah lagi.
Tiba-tiba terdengar bunyi pintu diketuk orang. Kadir melompat bangun untuk
membuka pintu. Di atas tangga terdampar seorang lelaki yang berlumuran darah. Kedua-dua
beranak itu tergamam seketika sebelum menerpa orang yang mereka kasihi.
Ayah, apa yang berlaku? Kadir meraung melihat keadaan ayahnya.
Ayah diserang harimau di hutan tadi. Bawa ayah naik, ayah dah tak berdaya ni, Pak
Yop terketar-ketar menahan kesakitan.

31. Apakah yang sedang difikir oleh Kadir pada malam itu?
A.
B.
C.
D.

Nasib adik-adiknya
Keselamatan ayahnya
Kemiskinan keluarganya
Peperiksaan yang bakal menjelang

32. Ke manakah perginya Pak Yop?


A.
B.
C.
D.

Mencari akar kayu di hutan


Memburu haiwan di hutan
Mencari rotan di hutan
Memasang perangkap di hutan

33. Berapa orangkah adik beradik Kadir?


A.
B.
C.
D.

Dua orang
Tiga orang
Empat orang
Lima orang

34. Mengapakah badan Pak Yop kurus kering?


A.
B.
C.
D.

Dia bekerja keras


Dia ada penyakit
Hatinya selalu risau
Sering tidur lewat malam

35. Rangkai kata tunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik kamu dalam
petikan di atas merujuk kepada
A.
B.
C.
D.

Kadir rajin membantu ayahnya mencari rezeki.


Kadir mendengar nasihat ibunya.
Kadir berbudi bahasa dengan adik-adiknya.
Kadir berjaya dalam peperiksaan SPM.

Soalan 35 -36
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
KARNIVAL HARI KANTIN 2010
Pada hari Sabtu ini, bersamaan 8 Ogos 2010, pihak Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor bersama PIBG
akan menganjurkan Karnival Hari Kantin bagi mengutip derma untuk kemajuan pendidikan anak-anak
murid. Karnival ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.
Warga Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor ( SKTG ) dengan rasa besar hati menjemput orang
ramai untuk memeriahkan lagi Karnival Hari Kantin 2010 ini. Alamat sekolah ialah Sekolah
Kebangsaan Tasek Gelugor, Junjong, Kulim, Kedah.
Pelbagai aktiviti dan gerai jualan akan dibuka sepanjang karnival tersebut. Orang ramai boleh
menggunakan kupon dengan membelinya di sekolah atau di kaunter kupon SKTG bermula hari ini
sehingga Karnival Hari Kantin pada hari Sabtu ini. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti
menunggang kuda, menunggang motosikal kecil, pertandingan mewarna, pertandingan teka silang kata
dan sebagainya.
Hadiah menarik turut disediakan kepada semua pemenang. Karnival Hari Kantin 2010 ini juga
dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan orang awam.
Pihak sekolah berharap agar Karnival Hari Kantin 2010 ini mendapat sokongan dan sambutan
yang menggalakkan daripada orang ramai.
OLEH ITU, SILALAH DATANG BERAMAI-RAMAI,
BERSERONOKLAH SAMBIL MENDERMA
36. Apakah tujuan karnival itu diadakan?
A. Untuk membantu murid miskin
B. Untuk memperbaiki kemudahan sekolah
C. Untuk mengutip derma
D. Untuk menjual barang-barang
37. Di manakah kupon boleh dibeli?
A. Di gerai jualan
B. Di kantin sekolah
C. Di Tasik Gelugor
D. Di kaunter kupon sekolah

38. Aktiviti berikut terdapat di karnival, kecuali


A. pertandingan mewarna
B. menunggang kuda
C. meniup belon
D. menunggang motosikal kecil
39. Apakah perkataan berlawan bagi mengutip?
A. Mengambil
B. Membuang
C. Menyimpan
D. Melihat
40. Pada pendapat kamu, apakah kelebihan menyertai Karnival Hari Kantin?
A. Melatih murid-murid menjadi usahawan
B. Memberikan pendidikan kepada murid-murid
C. Menambahkan pengetahuan murid-murid
D. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan orang ramai

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh,

( SITI SALMAH BINTISOBRI )


Guru Bahasa Melayu Tahun 4

Disemak oleh,
.
( EN. AHMAD BIN SHAPIEE )
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai