Anda di halaman 1dari 11

Tema dan persoalan-persoalan novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh bertemakan kegigihan seorang anak muda
dari kampung yang menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup, tetapi akhirnya berjaya.
Di antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah:
1. Kerajinan bekerja untuk kelangsungan hidup
Contoh: Jalil rajin bekerja di sawah bendang arwah ayahnya ( Pak Teh ) di kampung Bukit
Nibung untuk kelangsungan hidup bersama ibunya ( Mak Teh ) atau Jalil bekerja sebagai pelukis
jalanan di Kuala Lumpur bersama dengan abang Joe untuk kelangsungan hidupnya.
2. Fitnah-memfitnah untuk kepentingan diri sendiri
Contoh: Pak Ngah Kadir/Kudin anaknya telah membuat tuduhan yang Muhsin melarikan
Sabariah/Biah, iaitu anak gadisnya ke Kuala Lumpur. Dan dituduhnya Biah bunting kerana
perbuatan Muhsin ( abang Jalil ).
3. Dengki/dendam kepada seseorang
Contoh: Kudin dengki kepada Jalil sehingga sanggup membuang serpihan kaca ke dalam
tapak semaian Jalil menyebabkan kakinya luka kerana terpijak kaca buangan tersebut.
4. Tolong-menolong atau membantu seseorang
Contoh: Arwah Pak Teh tolong menyelamatkan mendiang Ah Yau iaitu ayah Ah Bee semasa
darurat dengan membawanya berlindung di dalam parit.
5. Mengambil kesempatan di atas kesusahan/kesempitan hidup seseorang/menangguk di air
keroh
Contoh: Pak Lang Ali mengambil untung sebanyak RM5 ribu hasil penjualan tanah arwah Pak
Teh/Mak Teh/ayah Jalil kepada Pak Amat dengan harga RM10 ribu.
6. Mungkir janji/tidak menepati janji yang dibuat kepada seseorang
Contoh: Pak Amat yang membeli tanah dari Mak Teh dengan harga RM10 ribu telah berjanji
dengan Jalil untuk memulangkan tanah tersebut dalam masa di antara lima hingga sepuluh tahun.
Tetapi sewaktu Jalil pulang dari Kuala Lumpur untuk membayar balik harga tanah tersebut tidak
disetujui oleh Pak Amat. Dia telah menaikkan harga tanah kepada RM50 ribu.
7. Rajin belajar/mementingkan pelajaran untuk masa hadapan
Contoh: Jalil, walaupun miskin dan susah rajin belajar sehingga dia lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan SPM dan berjaya memasuki Universiti Putera Malaysia dalam bidang taman
dan landskap.
8. Bertanggungjawab kepada orang tua
Contoh: Jalil seorang anak yang bertanggungjawab kepada ibunya ( Mak Teh ), iaitu dengan
mengirim wang setiap bulan kepadanya di kampung setelah dia berjaya menjadi usahawan di
Kuala Lumpur.

9. Menunaikan amanah dan wasiat arwah orang tua


Contoh: Jalil berjanji di hadapan kubur arwah ayahnya/Pak Teh untuk melaksanakan
wasiat/pesanan arwah ayahnya supaya menjaga dan mengusahakan tanah peninggalannya. Dan
Jalil telah melaksanakannya.
10. Hidup mempunyai cita-cita tinggi/berwawasan/ada masa hadapan
Contoh: Jalil mempunyai perancangan yang besar dalam hidupnya iaitu ingin menebus balik
tanah arwah ayahnya dan membeli keseluruhan tanah penduduk kampung Bukit Nibung dan
Bukit Jenun untuk membangun projek Taman Tema Air.
11. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang yang dalam kesusahan hidup
Contoh: Latifah amat bersimpati kepada Jalil yang hidup bersendirian di dangaunya. Latifah
telah menghantar makanan kepada Jalil. Latifah juga membalut kaki Jalil yang luka terkena kaca
di sawah bendang.
12. Bertindak terburu-buru tanpa berfikir panjang/ikut perasaan
Contoh: Mak Teh telah menjual tanah arwah Pak Teh kepada Pak Amat melalui Pak Lang Ali
tanpa memberi tahu atau berbincang dengan Jalil terlebih dahulu.
13. Sayang kepada binatang ternakan
Contoh: Jalil telah menjaga kerbau jantannya si awang dengan baik dan menangis ketika
hendak meninggalkan kerbaunya kepada Pak Samad di kampung Tanjung Setul.
14. Melakukan perbuatan sumbang mahram
Contoh: Pak Ngah Kadir telah menodai anak gadisnya sendiri, iaitu Sabariah/Biah sehingga
mengandung, tetapi menuduh Muhsin yang melakukannya.
15. Percintaan sesama insan
Contoh: Jalil jatuh hati kepada Latifah anak gadis Pak Lang Ali yang bekerja sebagai
pegawai akaun di syarikatnya. Jalil pernah membawa Latif bersiar-siar di Pantai Morib,
Selangor.
16. Percaya kepada bomoh/dukun
Contoh: Mak Teh telah beberapa kali pergi ke rumah bomoh Tok Su Dolah untuk menengok
sama ada betul atau tidak Muhsin yang dituduh oleh Pak Ngah Kadir membawa lari
Sabariah/Biah ke Kuala Lumpur.
17. Keinsafan/penyesalan di atas sikap buruk diri sendiri
Contoh: Kudin yang selalu dengki, dendam, marah, menentang Jalil dan menghasut penduduk
kampung supaya tidak menandatangani penyerahan tanah kepada Jalil/Syarikat Alam Hijau
untuk projek Taman Tema Bukit Nibung, akhirnya merasa bersalah dan meminta maaf kepada
Jalil.
18. Kemiskinan hidup masyarakat/penduduk kampung
Contoh: Majoriti penduduk kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Tanjung Setul dan Banggol
Lalang hidup dalam keadaan miskin. Sumber pendapatan penduduk kampung sebagai petani,
penoreh getah dan pencari hasil hutan.

Biodata penulis novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )


1. Nama sebenar/samaran/pena: Ghazali Lateh
2. Tarikh lahir: 15 Mac, 1961
3. Tempat lahir: Kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Kedah
4. Latar belakang pendidikan: SK. Bukit Jenun, SM. Guar Cempedak, Maktab Perguruan
Kinta, UPM
5. Pekerjaan: Tiada catatan dalam teks..............
6. Genre penulisan: cerpen, novel, puisi, esei dan berita
7. Hasil karya penulisan kreatif: Cerpen Anak-anak Pejuang, puisi/sajak Sebuah Pesanan,
novel Dari Lembah ke Puncak
8. Anugerah pernah diterima: Tempat pertama Pertandingan Menulis Puisi Selangor, 2003.
Tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-IX ( cerpen ). Hadiah pertama
pertandingan Menulis Puisi Alam Sekitar 1998. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
Hadiah Puisi Karyanet. Beberapa kali memenangi hadiah pertama pertandingan menulis
cerita kanak-kanak.
9. Sumbangan/peranan dalam dunia sastera:

Banyak menghasilkan puisi/sajak

Banyak menghasilkan cerpen

Banyak menghasilkan novel

Banyak menghasilkan esei

Banyak menghasilkan cerita kanak-kanak

Mengharumkan dunia sastera tanah air di pentas dunia

10. Keistimewaan pengarang/penulis:

Menghasilkan pelbagai genre sastera ( puisi, cerpen, novel dan esei )

Memenangi banyak hadiah/juara dalam pertandingan sastera

Memenangi banyak kali dalam pertandingan menulis cerita kanak-kanak sempena


Hari Guru

Watak-watak dalam novel Dari Lembah ke Puncak


( Ghazali Lateh )
1. Arwah Pak Teh ( ayah kepada Mohsin, Fatimah dan Jalil )
2. Mak Teh ( ibu kepada Mohsin, Fatimah dan Jalil )
3. Mohsin ( abang Jalil-anak kesayangan Mak Teh;dituduh oleh Pak Ngah Kadir
membawa lari Sabariah/Biah anak gadisnya ke Kuala Lumpur )
4. Fatimah ( kakak Jalil-berkahwin dengan askar dan menetap di Sarawak )
5. Jalil ( watak utama cerita- anak arwah Pak Teh dan Mak Teh: akhirnya berkahwin
dengan Latifah anak gadis ketiga Pak Lang Ali )
6. Pak Long Ayob ( sepupu Mat Teh yang tinggal di kampung Banggol Lalang )
7. Pak Ngah Kadir ( ayah Sabariah/Biah, Kudin dan Imah -watak antoganis)
8.Sabariah/Biah ( anak gadis Pak Ngah Kadir dan kakak kepada Kudin dan Imah )
9. Kudin ( anak Pak Ngah Kadir dan adik kepada Sabariah/Biah -watak dinamis)
10. Imah ( anak gadis Pak Ngah Kadir dan adik kepada Sabariah/Biah dan Kudin )
11. Ah Bee ( watak protoganis- banyak menolong/membantu Jalil semasa di kampung
Bukit Nibung )
12. Haji Lazim
13. Pak Lang Ali ( ayah kepada Fauziah, Hasnah dan Latifah- orang tengah yang menjual
tanah arwah Pak Teh kepada Pak Amat/sepupunya dengan harga RM10 ribu- watak
dinamis )
14. Fauziah ( anak gadis Pak Lang Ali- kakak kepada Hasnah dan Latifah )
15. Hasnah ( anak gadis Pak Lang Ali - adik Hasnah dan kakak Latifah )
16. Latifah ( anak gadis Pak Lang Ali- adik kepada Fauziah dan Hasnah, menjadi isteri
Jalil )

17. Si awang ( kerbau jantan arwah Pak Teh/Jalil )


18. Haji Saad
19. Ah Tong ( mendian ayah Ah Bee )
20. Pak Amat ( sepupu Pak Lang Ali- tinggal di Gurun dan pembeli tanah arwah Pak
Teh/ayah Jalil dengan harga RM5 ribu )
21. Lebai Kob
22. Mak Jah
23. Ustaz Haji Megat ( watak protoganis- orang yang membela Jalil di kampung Bukit
Nibung )
24. Pak Cik Jid
25. Ah Yau ( pemilik kebun getah di kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun )
26. Tok Kamis
27. Tok Pin
28. Tok Mat ( Ketua kampung Bukit Nibung )
29. Mamak Hameed
30. Mak Yam ( isteri Pak Ngah Kadir/ibu Sabariah/Biah )
31. Seng Huat ( pemilik kedai kopi di pekan Jenun )
32. Rosman ( sepupu Kudin/anak saudara Pak Ngah Kadir )
33. Mak cik Nab
34. Mak Tiah ( isteri Pak Lang Ali/ibu Latifah )
35. Ngah Berahim ( ayah arwah Mat Tohid )
36. Roslan
37. Din Lebai Kob
38. Mat Zain
39. Lias
40. Shafie
41. Mat Tohid ( kawan rapat Jalil di kg Bkt. Nibung/berpenyakit gila babi/meninggal
dunia kerana terjatuh ke dalam parit tali air sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah
Jalil )
42. Mat Ngah Jah
43. Abang Nun
44. Tok Arop
45. Aziz
46. Cikgu Nordin
47. Cikgu Nora
48. Cikgu Rozi
49. Mr. Goh
50. Pak Samad
51. Seorang gadis ( pelanggan seni lukis di pasar budaya yang meminta Jalil melukis
wajahnya )
52. Seorang pelukis jalanan ( Abang Joe/ rakan kongsi Syarikat Alam Hijau milik Jalil )
53. Kerani SMK. Guar Cempedak ( sekolah tempat Jalil belajar dan mengambil
peperiksaan SPM )
54. Mat Rizal
55. Mr. Shanmugam
56. Seorang tua/peminta sedekah
57. Suami Biah/Sabariah ( Biah dipaksa oleh Pak Ngah Kadir berkahwin dengan
sepupunya )

58. Pak Andak Ali


59. Pak Man Kering
60. Pak Cu Mat
61. Shuib ( anak Ngah Ibrahim adik-beradik arwah Mat Tohid )
62. Anak Lebai Harun
63. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
64. Mrs. Wong
65. Sani
66. Sudin
67. Mr. Lim ( guru kelas tingkatan 5 Sains Jalil di SMK. Guar Cempedak )
68. Intan ( setiausaha peribadi Jalil selepas menjadi usahawan dan jutawan berjaya
melalui Syarikat Alam Hijau yang membangunkan Taman Tema Nibung Park )
Mungkin ada watak-watak lain lagi yang tercicir dan terlepas pandang sewaktu
menggarapkannya. Harap maaf dan minta tolong pembaca tambah sendiri.
Menguasai dan mengingati nama-nama watak dalam sesebuah cerita sangat penting
bagi membantu pelajar memahami sesebuah cerita atau novel dengan lebih baik dan
berkesan. Watak-watak juga dapat membantu pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan
dengan baik dalam peperiksaan, kerana 80% soalan peperiksaan memerlukan huraian
dalam bentuk contoh.

Cara pengarang menggambarkan seseorang watak dalam sesebuah cerita


( cerpen, novel, drama dan prosa tradisional )
1. Secara monolog watak: iaitu watak yang bercakap sendirian/mengeluh/berbicara dalam
minda/hati. Contoh, Dalam hatinya, Jalil berfikir, perlukah dia terus menerima simpati
untuk meneruskan kehidupan dan impiannya? Monolog watak Jalil ( Hal. 69 ).

2. Secara dialog di antara watak: iaitu watak-watak yang berdialog atau bercakap mengenai
seseorang watak lain. Contoh, "Jalil tu budak baik. Saya tahu sebab saya yang
mengajarnya semasa di sekolah rendah dulu." Ustaz Haji Megat bersuara perlahan. "
Nampak saja baik. Abangnya dulu siapa sangka akan melarikan anak saya ke Kuala
Lumpur?" protes Pak Ngah Kadir. Jelas sekali kemarahannya masih pada tahap yang
tinggi. Dialog di antara Ustaz Haji Megat dengan Pak Ngah Kadir ( Hal. 84 )

3. Melalui percakapan watak lain: iaitu watak lain yang bercakap atau memberi tahu
perwatakan seseorang watak. Contoh, Joe meletakkan segalanya kepada Jalil. Selama
mengenali anak muda kampung itu, Jalil seorang yang sangat tekun dan gigih. Dia bukan
sebarangan anak muda. Joe yakin Jalil akan menjadi seseorang suatu hari nanti. Hanya
masa yang akan menentukannya. Percakapan watak Joe ( Hal. 206 ).

4. Melalui pengarang yang menggambarkan secara langsung: iaitu pengarang/penulis yang


menghuraikan terus perwatakan seseorang watak. Misalnya, gadis berambut ikal dan
bermata galak itu sering sahaja tersenyum di kanvas putih. Siapakah dia? Siapa lagi kalau
tidak Latifah. Pengarang yang menghuraikan perwatakan fizikal Latifah ( Hal. 208 )

5. Melalui aksi watak: iaitu tindakan yang diambil atau dilakukan oleh watak tersebut
seperti yang terdapat dalam cerita. Misalnya, begitu pun, Jalil tidak pernah mengabaikan
ibunya. Saban bulan dia mengirimkan wang untuk ibunya walaupun tidak seberapa.
Watak Jalil yang melakukan sesuatu/aksi.

6. Melalui reaksi: iaitu tindakan maklum balas melalui pergerakan anggota badan seperti air
muka, wajah, mata, mulut, kening, hidung, kepala, tangan dan lain-lain.

Perwatakan Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )


Berdasarkan kajian terhadap novel DLKP karya Ghazali Lateh, perwatakan Jalil ialah seperti
berikut:
1. Watak utama/protagonis
2. Berumur dalam lingkungan 30-an
3. Anak kepada arwah Pak Teh ( ibunya ialah Mak Teh )
4. Belajar di SK. Kampung Bukit Jenun, SM. Kampung Guar Cempedak dan Universiti Putera
Malaysia dalam bidang Taman dan Lanskap, dan pernah ditawarkan belajar ke sekolah teknik.
Becita-cita untuk belajar ke luar negara, iaitu ke Kanada.
5. Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM di SM Kampung Guar Cempedak.
6. Anak ketiga dalam keluarga, iaitu adik kepada Muhsin dan Fatimah )
7. Berkahwin dengan Latifah/menjadi suami Latifah iaitu anak gadis Pak Lang Ali
8. Pemilik Syarikat Alam Hijau/Pengasas Syarikat Alam Hijau
9. Pandai/meminati seni lukis

10. Dalam usia remaja, selepas kematian ayahnya, tinggal bersendirian di kampung Bukit
Nibung kerana ditinggalkan oleh ibu, abang dan kakaknya.
11. Seorang yang rajin bekerja/berusaha
Contoh: Jalil rajin bekerja di sawah bendang peninggalan arwah ayahnya/Pak The
12. Seorang yang bijak
Contoh: Jalil lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM/bijak menyediakan kertas
kerja projek gunting rambut pelajar sekolah seluruh negara/kertas kerja projek Taman Tema
Bukit Nibung/bijak melukis dan bijak mencari wang di Kuala Lumpur untuk menebus balik
tanah arwah ayahnya yang dijual oleh ibunya kepada Pak Amat.
13. Seorang yang rajin belajar
Contoh: Walau pun susah, miskin dan banyak cabaran, Jalil terus belajar sehingga lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya memasuki Universiti Putera Malaysia.
14. Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Jalil bertanggungjawab mencari wang untuk menunaikan wasiat ayahnya supaya
menjaga tanah bendang yang ditinggalkannya/Bertanggungjawab memulihkan imej keluarganya
yang tercalar di mata masyarakat kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun/Bertanggungjawab
menghantar wang kepada ibunya pada setiap bulan semasa berada di Kuala Lumpur.
15. Seorang yang penyayang
Contoh: Jalil sangat menyayangi arwah ayahnya/Pak Teh atau ibunya Mak Teh.
16. Seoran yang menghormati/patuh kepada orang tua
Contoh: Jalil tidak pernah melawan cakap/berkasar dengan ibunya walau pun banyak perkara
yang dia tidak bersetuju dengan ibunya.
17. Seorang yang bercita-cita tinggi/berwawasan
Contoh: Jalil bercita-cita besar untuk membangun dan memajukan kampung halamannya
yang tertinggal di arus pemodenan.
18. Seorang yang tabah/gigih menghadapi cabaran/liku-liku/dugaan hidup
Contoh: Jalil tabah menghadapi sikap orang kampung yang memulaunya gara-gara
perbuatan abangnya Muhsin yang melarikan Sabariah/Biah ke Kuala Lumpur.
19. Seorang yang penyabar dan pemaaf
Contoh: Jalil sabar dengan tindakan Kudin yang menganiayainya dengan menaburkan
serpihan kaca di tapak semaiannya sehingga kakinya luka parah tetapi akhirnya memaafkan
Kudin yang menyatakan bersalah kepadanya dan meminta maaf.
20. Seorang yang kuat semangat dalam hidup
Contoh: Latifah mengatakan Jalil seorang anak muda yang kuat semangat.
21. Seorang yang berpendirian tegas

Contoh: Jalil bertegas akan tinggal bersendirian di kampung Bukit Nibung dan tidak akan
ikut ibunya yang berpindah membuat rumah baru di kampung Banggol Lalang berhampiran
dengan rumah Pak Long Ayob.
22. Seorang yang berani mempertahankan maruah atau nyawa
Contoh: Jalil berani dan sanggup berkorban nyawa ketika mempertahankan diri semasa
dihalang dan diserang oleh Rosman ( sepupu Kudin ) dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang
dari kedai Ah Bee untuk membeli minyak tanah.
23. Seorang yang mendengar nasihat
Contoh: Jalil mendengar nasihat Abang Joe yang menyuruhnya pulang ke kampung berjumpa
ibunya untuk memohon restu bagi memulakan projek pembinaan Taman Tema Bukit Nibung.
24. Seorang yang beriman/bertakwa/beramal ibadat kepada Allah
Contoh: Jalil berkunjung/menziarahi kubur arwah ayahnya, kemudian berdoa dan membaca
al-fatihah kepada arwah ayahnya.
25. Seorang yang berhemah dan bersopan santun
Contoh: Jalil bercakap secara berhemah dan bersopan santun dengan orang-orang kampung
Bukit Nibung dan Bukit Jenun semasa perjumpaan dan memberi penerangan untuk membina
projek Taman Tema Bukit Nibung.

Cabaran/dugaan hidup watak Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak


( Ghazali Lateh )
Daripada kajian yang dibuat terhadap novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh, watak
Jalil banyak menghadapi cabaran/dugaan/masalah/rintangan dalam hidupnya, terutama pada
zaman remajanya di kampung Bukit Nibung. Di antara cabaran/dugaan hidup tersebut ialah:
1. Miskin/susah
2. Kematian ayah sewaktu berumur 14 tahun
3. Selalu dimarahi oleh ibunya Mak Teh
4. Dimarahi oleh cikgu Miss Ong iaitu guru mata pelajaran Biologi yang risau prestasinya
akan jatuh kerana Jalil sering tidak hadir ke sekolah.
5. Malu kepada orang kampung yang menuduh abangnya Muhsin bercinta dengan
Biah/Sabariah dan melarikannya ke Kuala Lumpur.
6. Dipukul oleh tiga orang pemuda, iaitu kawan-kawan Kudin di tengah jalan sewaktu
pulang dari sekolah.
7. Kawan-kawan sekampungnya seperti Kudin, Rosman, Roslan, Din Lebai Kob, Mat Zain,
Lias dan Shafie sudah tidak mahu berkawan dengan Jalil lagi.

8. Rumah kediamannya dirobohkan oleh ibunya sendiri.


9. Ibunya berpindah ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak dan membuat rumah
baru di sana.
10. Ibunya telah menjual tanah tapak rumah dan tanah bendang pesaka arwah ayahnya/Pak
Teh di kampung Bukit Nibung kepada Pak Amat dari Gurun.
11. Ibunya hendak mendirikan rumah baru di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
12. Terpaksa tinggal bersendirian di dangau usang yang dibina sendiri di bekas tapak
rumahnya di kampung Bukit Nibung.
13. Dipulau oleh seluruh penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
14. Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat untuk menghalaunya keluar dari
kampung selepas Jalil tamat menduduki peperiksaan SPM.
15. Berjanji dengan Pak Amat untuk membayar balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh
Mak Teh dengan harga RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun.
16. Pergi ke sekolah dengan basikal kargo/tua arwah ayahnya sejauh 14 kilo meter
17. Terpaksa memasak nasi sendiri sekembali dari sekolah.
18. Dangaunya runtuh pada waktu tengah malam kerana ditanduk oleh si awang, iaitu kerbau
jantannya.
19. Orang-orang kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau untuk menghalau Jalil dari
kampungnya.
20. Kudin anak Pak Ngah Kadir sangat marah, dengki dan dendam kepadanya.
21. Kedua-dua kakinya luka dan berdarah kerana terpijak serpihan kaca dalam tapak semaian
bendang yang ditaburkan oleh Kudin.
22. Musuh ketat Jalil di kampung Bukit Nibung ialah Pak Ngah Kadir dan anaknya Kudin.
23. Pernah disekat oleh Kudin dan kawan-kawannya di tengah jalan semasa pulang dari
sekolah.
24. Pernah ditahan oleh Rosman, iaitu sepupu Kudin dan rakan-rakannya sekembali dari
Kedai Ah Bee membeli minyak tanah.
25. Jalil tidak dijemput oleh Pak Ngah Kadir menghadiri majlis kenduri kahwin
Sabariah/Biah dengan sepupunya.

26. Jalil kematian sahabat karibnya yang bernama Mat Tohid yang terjatuh ke dalam parit tali
air.
27. Kudin tidak membenarkan Jalil mengusung jenazah Mat Tohid ke kubur.
28. Pak Lang Ali tidak mahu pergi ke rumah Pak Amat ketika Jalil mengajaknya untuk pergi
bersama bagi tujuan membayar balik harga tanah gadaian.
29. Jalil terpaksa bekerja keras di Kuala Lumpur untuk mengumpul wang sebanyak RM10
ribu dalam masa sepuluh tahun untuk membayar balik harga tanah yang dijual oleh
ibunya kepada Pak Amat.
30. Pak Amat tidak bersetuju untuk menyerah balik tanah gadaian dengan harga RM10 ribu
kepada Jalil seperti yang dijanjikan dahulu.
31. Pak Amat meminta Jalil membayar dengan harga RM50 ribu untuk mendapat balik tanah
arwah Pak Teh yang telah dijual oleh Mak Teh kepadanya.
32. Jalil terpaksa kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja keras untuk mengumpul wang
sebanyak RM50 ribu bagi menebus balik tanah arwah ayahnya daripada Pak Amat.
33. Pada peringkat awal, Kudin menentang dan menghasut orang-orang kampung Bukit
Nibung dan Bukit Jenun supaya tidak menandatangani dan menyerah tanah mereka
kepada Jalil/Syarikat Alam Hijau yang bercadang untuk membina projek Taman Tema
Bukit Nibung.

Anda mungkin juga menyukai