Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bil.
Perkara
Muka
Surat
Pengenalan
36-37
Refleksi
38-39
Rujukan
40
Lampiran
3-34
35
1.0 PENGENALAN
Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan
bernapas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam
dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong
kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan
dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag),
ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya
tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes) Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan
hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas.
Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.
Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam
akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan,
boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.
Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa
merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan
diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang
agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, seseorang individu itu
hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara
pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak
berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat
mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar
yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam
akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari
habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan
jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam
satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya
mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam
akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam
akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.
Sisik
Sirip dorsal
Garisan lateral
Mata
Sirip kaudal /
ekor
Mulut
Penutup
insang
Sirip
pektoral
Sirip pelvik
Sirip anal
Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .
Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari
dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan
ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu
supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip
berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan,
berundur berpusing dan mengapung.
Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang
hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air.
Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan
keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui
insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan beberapa
perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila sesuatu hobi itu
memerlukan belanja yang agak besar. Walaupun hobi memelihara ikan ini tidak melibatkan
4
belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya hobi baru yang kita ceburi ini boleh
mendatangkan manfaat.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan ialah
mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita
lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh memulakan dengan membaca
buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul dengan mereka yang telah lama
memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan
supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga sebagai
penambahan ilmu kepada kita.
Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira
sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium itu
sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan punca air
dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan lampu dan
motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan penyelenggaraan
mingguan dijalankan.
Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut
betina.
Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahanbahan makanan yang terdapat di dalam air.
Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun.
Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus.
Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan
dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur.
Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina.
Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk.
Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang
terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.
Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini
dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi.
Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki
dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang
Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat
(rounded).
Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Bijibiji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya.
Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah dipelihara di dalam:
kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau
tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.
Makanan yang diberikan:
pellet yang mengandungi 30-35% protein.
sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.
Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak
mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood
worm).
Pembiakan ikan emas
Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu.
Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.
8
Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari.
Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur.
Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru
selama 10-15 minit sebelum digunakan.
Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan.
Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi.
Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.
Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan.
Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas
dalam tempoh 30 - 35 jam.
Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada akar
kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.
'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned
Rosy Barb'
Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi
hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus.
Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp.
Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi
makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.
4. 4 IKAN ANGEL
Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm.
Ikan ini disukai kerana tahan lasak.
Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.
Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare):
Ikan jantan:
Ikan betina:
11
Lebih agresif.
Kurang agresif.
12
4.5
13
b.
Ikan karnivor
di
dalam
air
Ikan herbivor
Sesetengah
memakan
ianya
ikan
hiasan
tumbuhan
dikenali
dan
sebagai
ditanam
tumbuhan
Ikan omnivor
memakan pelbagai jenis
makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan
atau pellet. Kebanyakan ikan
hiasan ialah jenis ini kerana
ianya telah menyesuaikan diri
untuk hidup di dalam tangki.
Contoh ikan omnivor ialah ikan
Pelaga, Oscar, dan cichlid.
14
Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
Blood worm
Ulat roti
Plankton
Plankton
15
b.
Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
c.
Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
d.
Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang
membuat makanan. Ianya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan
haiwan.
Pellet
Emping
b. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat
ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat
menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan
terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan
sihat.
c.
Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari
pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
17
18
Bil
Penyakit
Jangkitan bakteria
Sebab / Kesan
Ubat
Tetracycline atau
MarOxy
Ekor layu
Aquarisol atau
akuarium bergaram
Badan berkulat
Sembelit
Maracyn atau
Furacyn
dibeku/hidup
Dropsy
Tetracycline
Ekor memburuk
BettaMax atau
MelaFix
Mulut berkulat
Penyakit insang
Furanase
Maracyn
dijangkiti
9
Lubang di kepala
Hexamit
7.0
Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga
boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem
hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).
Bentuk akuarium.
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di
Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu,
bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat
segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium
berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal
aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder
(cylindrical aquarium). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa
digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang
paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga
semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang
paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa
bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk
kubus sebagai namanya.
21
Rajah 1: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama
(A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama(D)
separa silinder (E) dan silinder (F)
pengurusan akuarium.
Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat
dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.
22
Sistem penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2). Fungsi
utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan
bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah
sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini
merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria
dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air
menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi
paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem
penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung
kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan
air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal
pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media
penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan
mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari
akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan
dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus
menerus.
Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering
ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran
penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis
akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan
kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).
Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis.
Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media
penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya
dipanggil kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan
sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar
oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air
yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus
menerus selagi pam penapis digerakkan.
23
Sistem pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air
apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injapinjap akuarium(aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah
memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu
udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke
seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara
dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara.
Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara
yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium,
membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke
dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium
berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu
beroperasi 24 jam.
24
Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat
berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium
tersebut.
Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;
mempastikan pH air pada tahap optima;
memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan
dapat dipam keluar daripada akuarium;
mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan
bersih; dan
lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai
sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat
sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium
ialah:
aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;
aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;
25
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,
pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan
pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa
jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan
cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan
dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10
hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai
lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu
untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi
perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar
umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik
untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya
mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu
yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang
cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah
akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk
mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan
5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent
tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai
26
spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga
boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu
jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk
tumbuhan.
Rajah 4: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan
akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).
8.0
Tumbuhan akuatik
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya
merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini
bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan
27
akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada
industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan.
Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar
negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor,
antaranya ialah:
kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium.
sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak
tahap pencahayaan akuarium
tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium.
kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan
juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak
dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor
mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan
akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan
tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan
peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi
akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis.
Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.
Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam
sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak
dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air.
Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.
akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap
bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.
Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium
Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla
verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah
dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium.
Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1
memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.
Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium
Spesis
1. Anubias sp
2. Aponogeton sp
3. Azolla sp
4. Bacopa sp
5. Cabomba sp
6. Hydrocotyle sp
7. Hygrophila sp
8. Hydrilla verticiliata
9. Elodea sp
9.0
29
10.0
MENGHIAS AKUARIUM
Akuarium merupakan bekas atau tempat untuk mempamerkan ikan hiasan.Untuk memastikan
keadaan akuarium kelihatan lebih menarik,beberapa langkah perlu diambil.Berikut adalah
beberapa langkah yang perlu diambil :
pasangkan penapis
masukkan pasir atau batuan
masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
masukkan aksesori yang dikehendaki
masukkan tumbuhan hiasan
masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
pasang dan hidupkan pam, biarkan selama 2 jam
masukkan ikan hiasan
11.0
31
Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg
plastik.
12.0
KOS SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH (RM)
(RM)
Ikan Emas
3.50
14.00
2.00
4.00
1.00
4.00
32
Ikan Bandaran
3.00
3.00
6.00
12.00
3.00
12.00
3.50
17.50
3.50
10.50
15.00
15.00
Background akuarium
6.00
6.00
Tiub 3 kaki
1.00
1.00
10.50
10.50
Tunggul kayu
4.00
4.00
Polisterin
3.00
3.00
Akuarium kaca
25.00
25.00
Makanan ikan
2.50
2.50
Anti Klorin
1.00
1.00
Lampu
Jumlah
13.0
RM 145.00
Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah
penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak
akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat
sepanjang masa. Berikut disenaraikan beberapa langkah dan tugasan yang perlu dilakukan
oleh setiap peminat ikan dan akuarium.
Bil
Tugasan
Tindakan
Seminggu sekali
Beri makanan
2 kali sehari
Seminggu sekali
Seminggu sekali
Periksa lampu
Sebulan sekali
33
Keselamatan akuarium
Sepanjang masa
Periksa pam
Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat
dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit
seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan,
berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan
diberi rawatan.
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan
alat yang disediakan
Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau
bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara
waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada
hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa
hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan
berlebihan.
34
14.0 Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus
Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian RBT 3120E saya. Saya Anas bin Abd Malik sangat
berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini
tidak akan berlaku jika rakan sekumpulan, pensyarah tidak memberi galakan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan saya berasa sangat teruja dan gembira
kerana saya tidak menyangka buat pertama kalinya saya telah memelihara ikan hiasan di
dalam akuarium. Saya dan rakan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan
dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai
teknik penjagaan ikan hiasan kerana bagi saya yang belum pernah membela ikan hiasan,saya
langsung tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya.. Selepas itu, saya terpaksa pula
mencari maklumat mengenai
memulakan tugasan ini kerana kesuntukan masa untuk menjalankan amali dan membuat rekod
laporan ikan hiasan tetapi setelah di terangkan oleh Tn Hj. Ismail b. Baharudin, saya akhirnya
dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.
35
Sekian ,
................................................................
( ANAS BIN ABD MALIK )
36
15.0
RUJUKAN
37
38