Anda di halaman 1dari 3

Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani

Selain melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani, guru
pendidikan jasmani juga perlu melaksanakan proses pengujian, pengukuran dan penilaian subjek
pendidikan jasmani. Ianya sangat penting untuk memberi maklum balas terhadap pembelajaran
pendidikan jasmani bagi membangunkan akauntabiliti akademik pendidikan jasmani. Diantara
kepentingan penilaian ialah dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Menurut Veal (1991),
bagi memotivasikan pelajar belajar, guru mestilah menghargai nilai aktiviti tersebut dan memastikan
pelajar dapat mencapai dan mampu berjaya jika mereka mencurahkan usaha yang setimpal.
Sebagai tenaga pengajar, guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan perlu memiliki
kemahiran dan pengetahuan serta memahami prosedur untuk melakukan sesuatu pengujian,
pengukuran dan penilaian. Pengujian, pengukuran dan penilaian ini adalah merupakan cara untuk
mengesan sama ada matlamat dan objektif telah tercapai atau tidak. Hasil daripada maklumat ini
dapat membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.
Masalah perbezaan penggredan berlaku dalam Pendidikan Jasmani yang mana pengukuran
tidak dapat mewujudkan penghasilan kebolehan prestasi sebenar pelajar. Penggredan seharusnya
melihat kepada kemampuan dalam melakukan kemahiran yang dilatih. Oleh itu, pelajar harus diberi
peluang untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti fizikal serta masa yang mencukupi untuk berlatih
kemahiran, seterusnya mencapai gred yang lebih baik.
Penekanan betapa pentingnya hubungan antara penilaian dan pengajaran dan ketepatan
sesuatu penilaian yang dibuat akan memberi kesan yang besar terhadap pengalaman pengajaran
yang dialami pelajar.
Tujuan asal pengajaran adalah untuk membantu dan menolong para pelajar memperolehi
pelajaran yang diinginkan dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor dan untuk mencapai
matlamat penilaian ianya hendaklah dilakukan dengan sistematik bagi mengangarkan sejauh mana
objektif intruksional yang dicapai oleh para pelajar.
Tumpuan terhadap akauntabiliti yang semakin meningkat telah membentuk suatu keperluan
untuk pengukuran dan penilaian. Keperluan ini telah dirasa pada setiap tahap di segenap penjuru
pendidikan dan Pendidikan Jasmani juga tidak terkecuali.
Setiap guru perlulah bijak menguji kemahiran yang dikehendaki kerana guru merupakan
penguji yang layak kerana mereka tahu tentang prestasi pelajarnya berbanding penguji luar atau ujian
yang serupa. Masalah utama yang dihadapi oleh guru pendidikan jasmani ialah untuk membuat
pemarkahan (grading) terhadap pendidikan jasmani kerana tiada prosedur dan kaedah yang jelas
untuk melaksanakannya.
Pendidik pendidikan jasmani dapat menguji kemampuan motivasi pelajar dalam penggredan
dengan kaedah berikut:

1)

Menggunakan penilaian rujukan criteria berdasarkan pencapaian dan objektif yang jelas seperti yang
dinyatakan dalam buku rujukan pendidikan jasmani
2) Elakkan penilaian rujukan norma walaupun ia dapat membantu guru menilai kemampuan murid, ia
selalu di salah gunakan. Ia boleh melemahkan pelajar yang lembab dan menjadikan sukan untuk
menentukan samada murid telah menguasai kemahiran asas.
3) Elakkan penggredan lulusgagal atau kredit dan tidak kredit. Sistem ini kadangkala menyebabkan
pencapaian yang rendah dan kehendak untuk melakukan yang terbaik tidak sama berbanding
pelajaran lain. Ia juga menggalakkan sikap yang negatif terhadap pendidikan jasmani.
Terdapat beberapa perinsip yang perlu dipatuhi dalam penggredan. Diantaranya ialah gred
yang diberikan mestilah berkait terus dengan objektif pengajaran dan pembelajaran, mempunyai
kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti yang tinggi. Kaedah pemberatan perlulah digunakan bagi
setiap unit pengajaran agar tumpuan dapat diberikan dengan tepat. Kaedah penggredan juga perlulah
mudah ditadbir dan mudah difahami oleh semua pihak termasuklah guru, pelajar dan keluarga pelajar.
Seterusnya gred yang diberikan harus dapat membezakan pencapaian pelajar yang baik dan lemah.
Walaupun penyelidik kajian lampau berjaya menghasilkan bateri ujian kecergasan motor,
tetapi hasil kajian mereka masih kurang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi mengukur
kecergasan motor pelajar. Adalah terlalu sukar bagi guru Pendidikan Jasmani untuk menggunakan
bateri ujian tersebut. Ini terutamanya kerana kebanyakan ujian yang terdapat dalam bateri ujian
tersebut tidak dinyatakan prosedur ujian yang lengkap dan piawai.
Kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani hanya menyatakan jenis ujian kecergasan motor yang
mesti dijalankan tetapi tidak menyediakan prosedur menjalankan ujian. Tanpa prosedur ujian yang
piawai, guru Pendidikan Jasmani tidak dapat menjalankan ujian dengan berkesan.
Keseluruhannya, penilaian yang berkaitan dengan prestasi kecergasan motor pelajar dapat
dijalankan dengan lebih berkesan setelah guru Pendidikan Jasmani memahami tujuan sebenar
pengujian dan pengukuran ujian kecergasan motor. Guru Pendidikan Jasmani juga perlu benar-benar
mengetahui semua perinsip-prinsip pengujian dan pengukuran sebelum menjalankan ujian
kecergasan motor. Kegagalan guru menguasai prosedur menjalankan ujian kecergasan motor akan
menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Kesan daripada kegagalan menggunakan
prosedur ujian yang tepat menyebabkan data yang diperoleh adalah meragukan. Sebarang bentuk
penilaian yang dibuat oleh guru berdasarkan keputusan ujian yang meragukan akan menjejaskan
prestasi kecergasan motor pelajar.
Setiap perubahan perlu dalam konteks meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan supaya
bakatnya itu dapat di gilap bagi menentukan hala tujunya dalam bidang sukan. Sekiranya tiada
pembaharuan dalam pengukuran penilaian prestasi pelajar, hala tuju Malaysia sebagai sebuah
negara untuk melahirkan bakat-bakat dalam arena sukan mungkin tidak kesampaian. Oleh itu
perlulah di perbaiki dari peringkat bawahan terutama di sekolah dalam memberikan pengukuran yang
bermakna dalam mengenal pasti pelajar-pelajar yang berbakat dalam pendidikan jasmani khususnya
dan sukan secara amnya. Sekiranya perkara ini dititikberatkan nescaya prestasi sukan di negara ini
dapat ditingkatkan sebaik mungkin.
Menurut Larry (1990), ruang antara teori dan praktis seharusnya dikurangkan dengan
memberi penumpuan utama terhadap teknik yang mudah, efesyen dan boleh digunakan secara

meluas dan ramai, tapi mengekalkan tahap kebolehpercayaan, kesahan dan keobjektifan yang boleh
diterima.

Sesungguhnya secara jelas, yang cara pengajaran serta penilaian yang


sistematik amat diperlukan khususnya dalam konteks Pendidikan Jasmani di
Malaysia. Apa yang berlaku kini, pengukuran dan penilaian kurang diberi
keutamaan di kalangan guru Pendidikan Jasmani. Salah satu sebab utamanya
adalah dikaitkan dengan masalah masa pengurusan. Contohnya, Pendidikan
Jasmani hanya dijalankan selama 50 minit seminggu. Ini mendatangkan masalah
kepada guru untuk merekod, menganalisis dan melaporkan keputusan ujian
dengan sistematik dan berkesan. Disamping itu juga guru-guru kekurangan
pengetahuan tentang cara dan teknik penilaian yang sistematik.

Kini, menjadi tanggungjawab Kementerian dan Jabatan Pendidikan untuk memastikan


perlaksanaan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan/Sains Sukan secara sistematik dapat dilakukan oleh guru-guru di sekolah.