Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Berdakwah Dengan Efektif adalah hasil karangan Profesor


Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang telah diterbitkan buat pertama
kalinya pada tahun 2007 oleh PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd. Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan merupakan seorang ahli
bahasa yang terkenal di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Kuala Lumpur; Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung
Malim; dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Selain dari Berdakwah
Dengan Efektif, beliau banyak mengarang buku-buku lain dalam
bidang Bahasa Melayu, komunikasi, terjemahan, dan perkamusan. Di
samping

itu

beliau

juga

bergabung

dengan

isterinya,

Ainon

Muhammad, yang juga adalah seorang cendekiawan terkenal di


Malaysia, bagi menulis banyak buku-buku ilmiah yang lain.
Berdakwah

Dengan

Efektif

bukanlah

satu

buku

panduan

berdakwah tipikal yang banyak berada di pasaran. Kebanyakan bukubuku tersebut lebih fokus menerangkan prinsip-prinsip, strategi dan
cara kerja berdakwah menurut al-Quran dan as-Sunnah baginda
Rasullah s.a.w. Tujuan penulis mengarang buku ini adalah untuk
membantu para pendakwah Islam negara ini menguasai dua cabang
ilmu pengetahuan moden yang dapat diaplikasikan dalan aktiviti
dakwah mereka iaitu psikologi dan komunikasi.
Daripada hasil tulisan Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan ini,
pembaca dapat menguasai bidang dakwah dari cabang psikologi
persuasif,

iaitu

teknik

untuk

mempengaruhi

individu.

Cabang

kemahiran ini amat penting untuk menjadi seorang pendakwah yang


berjaya kerana prinsip utama dalam aktiviti berdakwah adalah
mempengaruhi sasaran ke arah kebaikan sesuai dengan Islam.
Pembaca juga dapat memantapkan diri dari segi komunikasi, di
mana

penulis

banyak

menerangkan

tentang

prinsip-prinsip

komunikasi pada bahagian kedua buku ini. Pendakwah iaitu daie, juga
digelar

sebagai

komunikator,

bertugas

untuk

membujuk

para

komunikan iaitu madu supaya dapat mengubah sikap, fikiran,


perasaan dan tingkah laku mereka sesuai dengan kehendak syariat.

RINGKASAN:
Buku Berdakwah Dengan Efektif ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu,
i.
ii.

Bahagian 1: Psikologi Moden Buat Pendakwah


Bahagian 2: Komunikasi Buat Pendakwah

Di dalam Bahagian 1, penulis banyak membincangkan teoriteori sedia ada dalam bidang psikologi antaranya Teori Motivasi, Teori
Albert Bandura, Teori Abraham Maslow, Teori David McClelland, Teori
Leon Festinger, Teori Carl Hovland, Teori Heider-Newcomb, Teori
Muzafer Sharif, Teori Milton Rokeach, Teori March-Simon, Teori Victor
Vroom, Teori R. W. Rogers, Teori Adorno, Teori Kenneth Burke dan Teori
Brehm.
Manakala di Bahagian 2 pula, penulis lebih fokus kepada teknikteknik

komunikasi

yang

sesuai

untuk

diaplikasikan

seorang

pendakwah. Penulis menerangkan bentuk-bentuk komunikasi yang


penting para pendakwah seperti komunikasi interpersonal (antara
individu) berserta model-modelnya dan juga komunikasi tanpa lisan
(non-verbal) yang dapat dikenalpasti melalui bahasa tubuh (body
language).
Selain itu, penulis turut membincangkan tentang imej dan
penampilan

sebagai

seorang

pendakwah,

teknik

humor

dalam

berdakwah dan pengaruh penggunaan bahasa yang sesuai mengikut


sasaran atau.
Di akhir buku ini, penulis menyelitkan senarai bacaan tambahan
yang sesuai dengan topik-topik yang telah dibincangkan di dalam
buku Berdakwah Dengan Efektif ini.

ULASAN DAN KRITIK


Secara peribadi, buku ini amat berguna bagi saya sebagai
seorang pelajar jurusan pengajian Islam pada amnya, dan pelajar
Diploma Pengajian Media Islam khususnya. Ini kerana komunikasi
merupakan satu bidang yang amat penting bagi seorang pengamal
media.
Dalam Bahagian 1, antara teori psikologi yang berjaya menarik
minat saya ialah Teori Motivasi di mana teori ini menyatakan
seseorang itu terdorong melakukan sesuatu perbuatan dengan
harapan dia akan mendapat ganjaran yang diharapkan. Teori ini
selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Maka

Tuhan

mereka

perkenankan

doa

mereka

(dengan

firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal


orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki
atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan)
dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah
(kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari
tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagaibagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang
berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh
(gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan
hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku
akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan
di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka
yang beramal soleh)."
(Aali-Imran 3:195)
Di dalam ayat tersebut ada menjelaskan bahawa setiap oleh
umat Islam yang terdorong melakukan kebaikan di jalan Allah s.w.t
akan mendapat ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak.
Dalam Bahagian 2, topik yang paling menarik minat saya ialah
Humor dalam Dakwah. Penggunaan humor yang banyak dapat kita

lihat dari pendakwah-pendakwah kini seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz


Herryantto dan ramai lagi, menjadikan pendakwah itu popular dan
mudah diterima sasaran. Namun menurut penulis, pakar psikologi ada
menyatakan

penggunaan

humor

tidak

memberi

kesan

dalam

mempengaruhi sikap dan pemikiran sasaran. Penulis mengingatkan


tujuan utama dakwah bukanlah memberi hiburan tetapi bertujuan
mempengaruhi

sasaran

supaya

mengubah

pemikiran,

sikap,

kepercayaan dan tingkah laku. Di sini saya sedikit tidak bersetuju


kerana jika dilihat dari senario dakwah masa kini, sasaran lebih
terpelajar dan dapat menerima humor bukan sekadar hiburan
semata-mata, sebaliknya menafsir intipati dakwah yang tersirat
sekaligus menjadikannya lebih mudah difahami dan diingati.
Dari keseluruhan hasil penulisan, penulis banyak menumpukan
kepada teori-teori sedia ada, fakta-fakta serta kajian-kajian yang telah
dijalankan oleh ahli-ahli bidang psikologi dan komunikasi. Penulis
hanya menyampaikannya dalam bentuk yang lebih tersusun dan
efektif kepada pembaca.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil penulisan Profesor Emeritus Dr.
Abdullah Hassan amat mudah difahami kerana cara penyusunannya
menjadikan ia mudah untuk dirujuki.
Berdakwah Dengan Efektif ini sesuai dijadikan sebagai rujukan
serta teks pengajian bagi pelajar-pelajar Dakwah dan pengajian Media
Islam kerana isi kandungannya merangkumi subjek komunikasi yang
selari

dengan

keperluan

sebagai

seorang

pendakwah

ataupun

komunikator.
Isi-isi kandungan buku ini telah disusun rapi dan dibahagi
kepada dua bahagian. Ini amat memudahkan pelajar memahami ilmu
yang cuba disampaikan penulis mengikut topik-topik yang telah
dibahagikan.
Cabang ilmu psikologi dan komunikasi amat penting bagi
pelajar Dakwah dan pengajian Media Islam kerana ianya merupakan
kebolehan atau skill yang dapat menjadikan sesorang itu pendakwah
atau komunikator yang baik baik ketika dalam pengajian atau di alam
kerjaya kelak.
Kesimpulannya buku ini amat berguna sebagai bahan bacaan
asas bagi seorang pelajar, pendakwah dan komunikator sebelum
terus mendalami bidang psikologi dan komunikasi yang sangat luas.